Jemputan Diraja

Fantasy Completed 10714

Arissa mengerling ke tepinya dimana Adriena sedang duduk. Tepi peha itu di singgul perlahan.

         "Wei..."

          Adriena yang kelihatannya tidak lalu makan palingkan kepala dan berhenti dari menguis makanannya. "Asal?"

           "Kau ada dengar berita tentang Raja Muda Tristan?"

            "Kenapa dengan dia?"

            "Aku dengar dia dah balik...bukan ke dia tu dulu scandal kau?"

Adriena menjuling mata menyampah lantas kembali memandang makanannya. Mula dah minah ni nak menyakitkan hati dia.

            "Dia dah lupa ke lepas jadi raja... aku dengar kau yang tolong dia jadi raja...ayah yang cerita." bisik Arissa lagi.

Waktu itu Kelly yang sedang makan terdengar perbualan dua orang itu. Tetapi dia tidak mengatakan apa-apa. Sebab dia tahu apa yang Adriena rasakan selama tiga tahun ini.

           "Rissa...jangan kacau kakak kamu." tegur Kelly sebaliknya ke anak perempuannya.

Melompat terkejut Arissa bila namanya di panggil. Dia pandang ke Kelly dengan kening terangkat tinggi.

            "Mana ada orang kacau dia...Rissa cuma tanya je. Ibu tahu putera tak mengenang budi tu dah balik sini sebab nak sambut hari lahir dan pertabalan dia sebagai raja muda. Lepas apa Rieena buat untuk dia, dia langsung tak jumpa Riena." tambahnya lagi.

Mata Kelly gerak ke Adriena, bila dia pandang wajah anak itu sudahpun mendung.

            "Sudah. Makan saja sebelum ia sejuk." arah Kelly enggan beri sebarang komen.

Termenung seketika Adriena melihat pinggan makanannya.

              "Oh ya...Bu, ayah tak makan sekali dengan kita ke?"tanya Rissa sambil suap makanan ke dalam mulutnya banyak-banyak.

              "Katanya dalam perjalanan...kejap lagi sampai la tu."jawab Kelly sambil pandang ke seat Ariel yang sedang terlena di sebelah meja makan.

Dekat lima minit selepas perbualan mereka tamat, muncul la Conan yang baru pulang dari melawat suatu tempat sejak pagi tadi. Lelaki itu yang segak mengenakan pakaian bersut dan neck tie jalan masuk ke ruang makan dengan wajah berseri ceria.

Conan senyum pada Kelly apabila isterinya memandang dirinya.

              "Sorry lambat." sapa Conan saat tiba di tepi Kelly lalu mengucup kepala itu dan duduk di kerusi tetapnya. "Ada urusan tadi dekat Istana Utama."beritahu dia sewaktu selesakan diri di kerusi.

Kelly perhatikan akan tingkah suaminya yang kelihatan seronok semacam dengan muka curiga.

                 "Yang awak ni nampak seronok semacam kenapa?"

                 Sambil mengunyah, Rissa bercakap. "Ha'ah...ayah happy mcm ni nak kahwin lain ke?"

Kepala Adriena dengan pantas berpaling ke ayahnya apabila dengar perkataan 'istana' tetapi tidak mengatakan apa-apa.

               "Isy...ke situ pulak kamu. Mana ada." nafi Conan saat tanggalkan kot di badan lalu digantung ke headrest kerusinya.

             "Dah tu?Apa yang awak seronokkan sangatkan ni?" tanya Kelly lagi.

Conan pandang ke Adriena lalu tersenyum lebar. Buatkan kumisnya ikut bergerak.

            "Ayah dapat jemputan rasmi dari Raja Muda Tristan untuk ke majlis malam nanti. Katanya ia sebagai penghargaan selepas dapat tahu ayah pernah berkerja sebagai penasihat utama Raja Zane..." beritahu dia dengan teruja. "Dan ayah akan diberikan anugerah kepujian untuk jasa lama."

            "Apa dia?"soal Kelly dengan girang sampai tulang pipinya terangkat kerana tersenyum lebar.

Arissa tersembur kerana terkejut, namun mujur la dia sempat tekup mulutnya sebelum itu.

Adriena hanya pandang kejung ke ayahnya kerana begitu tercengang mendengar berita itu.

Pelik!?

            "Mana dia tahu?"tanya Adriena setelah itu.

            Conan memnjungkit bahu sambil membuat muka tak tahu. "Mungkin dia buat siasatan...dan dapat tahu siapa sahaja yang pernah bekerja buat mendiang raja dan permaisuri dulu..."

Ketika itu la darah Adriena berderau laju bagai nak apa. Matanya terbutang sedikit. Dan dia merasai bulu romanya meremang seram. Hatinya di hentak dengan perasaan tidak sedap hati.

Tristan buat siasatan!?

Memangnya lelaki tu siasat sampai mana je?

Kalau sampaikan ayahnya sendiri sudah ketahuan pernah menjadi penasihat raja. Adakah Tristan mengetahui mengenai dirinya.

           "Kita akan masuk istana?" sampuk Arissa dengan teruja. Mata dia bulat terbutang luas. "Serius la!!!"

Conan berdengus kecil sambil tersengih dia mengangguk kepala ke Arissa.

           "Yass!" Arissa buat fist bump dengan bersemangat.

Kelly pegang tangan Conan cuba menarik perhatian suaminya pula.

         "Sebab itu ke awak di panggil ke istana hari ni?" tanya dia selepas itu.

Conan pandang ke Kelly semula lalu memegang tangan yang sedang hinggap di lengannya lalu ditepuk.

          "Ya.."

           "Bagus la kalau begitu." Kelly tersenyum lega. "Akhirnya kita boleh jalani hidup tanpa rasa takut lagi. Saya syukur sebab Tristan yang menjadi penerus pemerintahan kali ni..
tak sia-sia awak dan Adriena berkorban selama ni.." mata itu berkaca.

Senyuman sedih terukir di bibir Conana saat lelaki itu memandang wajah sebak Kelly. Dia pun berterima kasih pada Kelly kerana iaterinya setia di sampingnya walaupun tahu akan risiko yang mereka alami.

           "Ayah pergi la...Riena duduk rumah. Boleh tengokkan Ariel." tolak Adriena. Dia rasa takut tiba-tiba. Ada sesuatu beritahu dia dalam hati yang jemputan ini ada maksud yang tersembunyi. Dia tidak pasti apakah ia. Namun dia yakin, pasti ada sebabnya kenapa dia berasa seperti ini.

Semua di situ pandang terkejut ke gadis itu apabila mendengarnya.

           "Lah kenapa pulak...soal Ariel kita boleh hantar ke rumah babysitter dia." kata Kelly.

           Arissa menyinggul tepi lengan Adriena pula. "Entah kau ni..masa ni la peluang kau untuk jumpa Prince Ice kau tu...tanya dia apahal diam tak berkhabar lepas pergi.." agahnya.

          "Betul tu...ikut saja la. Kamu tak nak tengok ayah terima anugerah ke?Bukan selalu pun."

Adriena berkerut kening, dia pegang bekas singgulan Arissa tadi sambil termenung memandang pinggan makanan di hadapannya. Dia tak pasti dengan semua ni la!

Takut nanti kalau dia jumpa Tristan, dia tka boleh nak kawal dirinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience