Lima orang pelajar lelaki muncul dari pelbagai arah yang berbeza. Dan masing-masing juga berpenampilan yang berbeza. Ada yang berpakaian seperti Budak nerd yang sopan, ada yang berpakaian pelajar yang tidak suka patuh pada peraturan. Ada juga yang berpakaian seperti biasa seakan Budak baik-baik.
Kelima-lima itu kemudiannya bertembung dengan serentak di simpang empat itu dengan serentak lalu bergerak dalam kumpulan dengan derap langkah yang seragam lagikan lurus. Mujur la waktu itu waktu makan tengah hari. Tiada pelajar yang berlegar di koridor sebelah selatan akademi itu. Memudahkan mereka untuk menyelinap tanpa di curigai sesiapa.
"Memang sah...kerja dia lagi."
"Kau orang pasti?"
"Dua hari lepas dia orang Nampak Kirana dan Ruby ke kedai buku dia. Dari perbualan yang di dengar, nampaknya dua orang itu tidak lagi mahu beri kerjasama."
"Jadi?"
"Jadi dia arahkan pelajar lain untuk jadi kuli dia..."
"Mana dia orang?"
"Ada dalam bilik tu. Stefan dan yang lain dah uruskan awal sebelum kelas tamat tadi."
Bicara lima orang itu dengan nada perlahan dan serius yang mendatar.
Lalu kumpulan itu berhenti di hadapan sebuah dinding kosong dimana sebuah lampu berbentuk obor. Bila seorang dari mereka pegang obor itu, dua dari mereka pandang kanan dan kiri masing-masing ingin memastikan tiada sesiapa yang mengekori mereka ketika itu.
Bunyi keluar apabila dinding batu itu bergerak ke belakang mendedahkan satu laluan rahsia depan mereka berlima. Tiga dari mereka berjalan masuk terlebih dahulu lalu diikuti dua orang yang bertanggungjawab memastikan line clear.
Masuk sahaja ke dalam laluan itu, dinding batu tersebut tertutup dengan sendiri tanpa meninggalkan sebarang kesan. Dalam dua barisan berdua-dua, mereka mula jalan menyusuri lorong berbatu di situ dalam kegelapan yang samar di temani lampu yang ada pada atas lantai sepanjang lorong itu.
Semakin mereka berjalan semakin dalam kedudukan mereka dalam bangunan itu.
Akhirnya perjalanan mereka berhenti di hadapan sebuah pintu kolong berdua daun. Tanpa ketuk, terus pintu itu di tolak ke dalam tanpa berlengah.
Serta merta perkara pertama yang menyambut kedatangan mereka ketika itu adalah tiga orang pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang ada dlantai dalam keadaan melutut. Masing-masing berpeluh dan ketakutan.
"Tuanku."sambut mereka yang ada di dalam bilik itu kepada lima lelaki yang berjalan masuk ke situ.
Tristan yang paling hadapan sekali antara lima orang di situ tidak hiraukan sapaan itu. Dia malah jalan mendekati pelajar yang di arahkan untuk ditangkap olehnya.
Empat orang yang mengekori Tristan tadi berpecah. Mereka gerak ke tepi ruangan itu menanggalkan kot dari badan masing-masing.. Yang bercermin mata di simpan dalam kot, yang berpakaian kemas, buka tali leher dan butang lengan baju untuk di sinsing.
Pelajar-pelajar yang ditangkap itu pandang dengan cemas ke Tristan. Jelas terpancar di wajah mereka betapa takutnya mereka ketika itu.
"Tristan...aku tak langgar tak dia..."
"Aku tak sentuh dia...tolong. AKu tak ada kaitan langsung dengan apa yang berlaku.."
"Huhuhu...maafkan saya tuanku"
Kalut mereka di situ cuba mendapatkan perhatian dan belas kasihan dari Tristan. Tapi lelaki itu sikit pun tidak hiraukan kata-kata mereka. Sampai sahaja di hadapan mereka berempat, Seorang dari anak buah Tristan muncul dengan kerusi. Ianya diletakkan tepat di belakang Tristan sewaktu dia hendak duduk.
"Beritahu aku...Brenda.."pandangnya ke ketua kelas dimana Adriena ditetapkan. "Memangnya kau senjaga suruh Adriena bawa barang banyak-banyak atau dia yang offer untuk bantu kau?"tanya Tristan sambil buka butang kot supaya lebih selesa ketika duduk.
Brenda menggeleng kepala dengan laju. Bibirnya mencebik penuh sedih.
"So kau yang suruh dia orang?"jawab Tristan untuk soalannya sendiri. Bersama renungan tidak berminatnya dia kerling setiap wajah Budak lelaki di depannya pula. "Dan kau orang adalah minion Brenda kan? Dah berapa lama kau orang rancang hal ni?"tanya dia pada mereka pula.
KELENTUNG!
Bunyi besi dihentak pada lantai kedengaran tidak lama kemudian dari arah belakang pelajar-pelajar di situ.
Melompat terkejut mereka semua di situ. Seorang dari pelajar lelaki di situ cepat-cepat jatuhkan diri ke lantai dan memegang hujung kaki Tristan.
"Ya!Kita orang cuma di suruh!Brenda kata kalau kita orang tolong dia sakiti Adriena, dia akan bantu naikkan markah kita orang masa periksa nanti...tapi sumpah. Bukan aku yang tolak!"
"Apa kau ni!"marah Brenda dengan lantang!
"Kau jangan nak tahu salahkan kita orang!Kalau kau tak paksa kita orang sekali!Kita orang takkan terlibat!"
"Tak guna la kau ni!"
Gaduh mereka di situ kepada pelajar lelaki yang memegang kaki Tristan ketika itu.
Tristan garu lubang telinga sambil buat muka rimas dengan suara bingit mereka. Lalu topang kepala dengan siku pada kerusi itu. Siapa yang suruh kau Brenda?"
Mencebik-cebik bibir Brenda sewaktu dia palingkan kepala bertentang mata dengan Tristan. "Maafkan saya.tolong jangan apa-apakan saya.saya terpaksa.."katanya dengan suara tersedu-sedan.
Bukan itu yang dia nak dengar, Tristan yang bukan penyabar gerakkan kepala. Memberi isyarat kepada mereka di situ untuk dapatkan seorang dari mereka di situ supaya di belasah. Mereka yang faham itupun terus patuh. Tanpa bercakap banyak seorang dari pelajar lelaki di situ di heret ke tepi lalu di belasah mereka.
Share this novel