Shook!

Fantasy Completed 10714

Tak mungkin!

Semua ni tipu.

Ayahnya pasti bergurau sekarang ni?

Dia salah dengar!

Kan?

         "Adriena...kamu dengar tak ni?Kamu nampak pucat?"ayahnya memandang dirinya dengan reaksi risau.

Terus dia berkerut kening dengan pertanyaan itu. Well. Mr. Conan, mesti la dia akan pucat. Siapa je yang takkan naik pucat! Lebih dari pucat!Dia berasa begitu devastated!

          "Ayah...rasanya Rien tak salah dengar kan?Atau mungkin Riena tak faham apa yang ayah baru sampaikan tadi?Boleh ayah ulang semula?"

           "Kamu adalah yang terpilih...sekolah paling berprestij lagikan berkelas tinggi, King and Queen Academy telah memilih kamu... kenyataannya berita ini juga buatkan ayah terkejut."

            "Apa maksud ayah terkejut?Semua ini gurauan kan?Macam mana dengan Ariana...dia pun bagus dari Riena, kenapa dia tak terpilih pulak?" anak ibu tirinya itu boleh tahan apa. Semua orang dalam kampung ni sukakan Ariana. Cantik, bijak termasuk la berperangai tak guna.

             Ayahnya ketawa kecil sebelum bersandar ke depan selesakan diri. Memandang tepat ke wajahnya yang muka sudah seperti bini kematian suami! "Kamu tahu...Ariana cuba untuk masuk ke situ tapi selepas dia temu duga, dia telah di tolak. Kasihan sekali."ujarnya sebelum kembali ketawa sewaktu Adriena berkerut kening.

             "Oh."Bukan ke budak spoiled biasanya akan terpilih?

              "Ayah di sini mahu ucapkan taniah kepada kamu. Bagus Adriena. Tanpa bantuan ayah kamu mampu uruskan sendiri untuk ke sana. Ayah harap kamu lakukan sebaik mungkin dan banggakan keluarga dan kampung kita."senyumnya ke Adriena seperti anaknya itu Princess Diana yang bakal berkahwin dengan Prince William.

Yang mana buatkan Adriena semakin kebingungan. Dia tidak berminat untuk masuk ke sekolah itu inikan lagi apply temu duga ke situ! Macam mana dia boleh terpilih?Memangnya dia orang main ambik ikut suka aje ke?Atau apa?

           "Jangan nak berharap sangat ayah...Riena tak tahu sejauh mana Riena boleh pergi...tapi Riena akan cuba sebaik mungkin untuk tidak kecewakan ayah."balas Adriena dengan senyuman nipis di bibir. Hendak di tolak dia tidak tahu, hendak berundur, ayahnya yang akan menanggung malu pula. Benci betul la semua ni! Rasa macam nak lari dari rumah pun ada!

             "Itu la anak ayah...sekarang pergi. Bersiap. Mereka sendiri akan datang menjemput kamu ke sana nanti."

Terbeliak terus mata Adriena.

             "APA!"Hampir menjerit dia dibuatnya. Buang tebiat apa!Mereka nak ke sini sekarang? "Secepat ni?"soalnya dengan tergamam sekali. "Riena tak sempat nak ucap selamat tinggal dengan semua..kawan-kawan Riena?"

            Ayahnya berkerut kening. "Maafkan ayah...bukan ayah yang buat peraturan tu.."

Dan seperti tahu-tahu ketika itu la pintu terbuka. Dua lelaki berpakaian tuxedo hitam dan awesome ray bands berjalan masuk ke dalam ruangan pejabat penghulu kampung ayahnya itu. Dia mahu mengagumi penampilan mereka itu tetapi bukan masanya untuk dia lakukannya. Dia perlu lakukan sesuatu dengan cepat!

            Adriena terus bangun dari kerusi itu. Menghadap mereka dengan muka yakin pucatnya. "Dengar!Saya bukan perempuan!Saya adalah lelaki yang bertukar menjadi perempuan!!"lafaznya membuta tuli kerana itu saja yang terlintas dalam fikirannya waktu itu.

           Ayah Adriena terus ternganga luas. Dia pandang tidak percaya akan Adriena seperti anaknya itu ditumbuhi tanduk dan ekor. "Adriena...hentikannya!Ini bukan masa untuk kamu bergurau."

             Cepat-cepat Adriena menggeleng kepala. "Apa ayah cakap?Ayah tahu kan kenyataan yang saya ni adalah lelaki?"soalnya yang meneruskan lakonannya itu. Berharap mereka akan batalkan apa saja niat hendak masukkan dia ke dalam sekolah entah apa-apa tu! Dia kerling ke dua lelaki bulky bila mereka mula berdehem semacam kerana berasa tidak selesa.

Bagus!

Wajah ayahnya pula menjadi pucat seperti kertas putih.

           Adriena menghadap dua lelaki itu. "Saya sukakan lelaki sejak saya jadi lelaki...sangat. Takkan la sekolah berprestij seperti tempat awak tu terima calon seperti saya ni...jadi saya rasa ada salah faham dekat situ. Apa kata orang kalau hal ni diketahui?"

Mereka berdua hampir hendak mengangguk akan kata-kata Adriena.

           "ADRIENA BROOKE!Hentikannya!" dengking Conan dengan lantang bila anaknya semakin menjadi-jadi katanya. "Ayah tahu kamu tak suka dengan semua ni...tapi jangan la sampai melampau-lampau macam ni..ambil dia."arahnya kepada dua lelaki itu dengan marah.

           Melompat terkejut Adriena dengan suara lantang itu. Dia pandang ke ayahnya dengan mata terbutang luas. Keningnya terangkat tinggi!Ish!Ayahnya ni kan!Spoil la!Kenapa boleh jadi macam ni pulak. "Ayah... Riena tak nak!Ayah tak bagi peluang dekat Riena untuk buat keputusan..Riena tak pernah mohon pun nak ke situ!"luahnya sejujurnya.

Dua lelaki itu mencempung kedua-dua belah lengan Adriena dan mula menariknya undur ke belakang menuju pintu.

           "Kau pasti dia adalah gadis tu?"soal seorang dari lelaki itu. Akhirnya mereka mula meragui Adriena.

           "Ya...betul dia orangnya."balas lelaki yang kedua pula.

           Adriena dongak memandang ke tepinya dengan muka gelabah gaban! Kenapa dia?Apa yang berlaku?Kenapa dia!"Arghh!!!Tak semua ni salah!Saya tak pernah mohon untuk ke situ!Ayah percaya la!"raungnya sewaktu dirinya di heret keluar dari pejabat itu. Ayahnya hanya duduk di belakang meja memerhatikan dirinya. Mereka pun sikit tidak terkutik.

Bila raungan dan lakonannya tidak menjadi, terus Adriena berhenti. Buat sakit tekak je. Hela nafas mengalah dilepaskan panjang. Nampaknya ini la pengakhiran hidup bebas dia. Dirinya dibiarkan saja diheret oleh dua orang itu seperti mayat dalam bungkusan.

Siapa pun yang meletakkan nama dia pada sekolah itu, tunggu la!Akan dia cari tahu!Dan bila dia tahu memang masak dia kerjakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience