Kalau la....

Fantasy Completed 10714

Tristan pandang Adriena ketika gadis itu melawan renungan dengan dia. Hal itu buatkan dia tersengih meleret. Lalu buat muka 'oh really' kepada Adriena. Dia tak terkejut kalau ramai yang mahukan dia. Tapi dia terkejut bila ada yang menolak dirinya.

          Guru wanita itu bingung sendiri. "Ada sesiapa yang nak tukar?"tanya dia pada pelajar lelaki. Yang mana jelas-jelas tiada siapa berani hendak tawarkan diri. "Tiada?"

Adriena pandang sekelilingnya. Cuba melihat sekiranya ada yang sudi tukar pasangan. Pelajar perempuan mahupun lelaki tiada seorang pun yang bergerak. Seriously?What the heck!

         "What to do...You stuck with me princess?" senyum Tristan dengan bangga bila tiada siapa berani hendak tunaikan permintaan Adriena. Tangannya di hulur untuk di sambut.

Adriena balas dengan julingan mata menyampah. Dia silangkan tangan ke dada tanda protes. Geram!Tangan itu tidak disambut.

Sesaat kemudian lagu mula berkumandang dan pelajar lain mula bergerak untuk menari bersama pasangan masing-masing, Tapi Adriena masih kaku berdiri tidak terkutik. Ruby dan Kirana yang sudah menari, acap kali menjengah muka dari balik bahu pasangan mereka ke arah Adriena dan Tristan. Mereka berdua risau akan keselamatan Adriena.

Malas nak cakap banyak, Tristan tarik tangan Adriena. Dia letakkan tangan itu secara paksa ke bilah bahunya lalu pinggang itu di peluknya. Tubuh itu ditarik rapat ke depan dadanya.

Bila dia telah bersandar rapat pada tubuh itu, Adriena dongak memandang Tristan dengan marah. Dia cuba tolak badan itu. Tapi semakin dia tolak. semakin kuat tangan yang melingkar di sekeliling pinggangnya.

        "Makin kau gelut, makin sakit aku peluk kau.."pesan Tristan bila Adriena tidak mahu berhenti dari bergelut.

        "Lepaskan la saya kalau macam tu.."cemberut Adriena sambil pegang lengan Tristan untuk ditolak sewaktu dia kebelakangkan kepalanya mahu memjarakkan mukanya dari muka Tristan. Dah la tengah geram. Nak tambah dia geram pulak!Naik turun nafas dia dibuatnya.

Tidak mempedulikan permintaan itu, Tristan mula gerakkan mereka berdua kanan dan kiri mengikut alunan lagu yang dimainkan. Disebabkan ianya lagu berentak slow, pergerakkan mereka turut perlahan.

       "Jangan pedulikan sangat semua tu.."beritahu Tristan tidak lama selepas itu. "Kalau kau hadap makin kau sakit hati"

Kata-kata itu buatkan kerutan di kening Adriena berkurangan. Dia diam termenung memandang bahu Tristan. Langsung tidak dengar akan alunan lagu yang dimainkan. Apa yang ada di telinga dia atas suara Tristan. Rasa marah yang berombak didadanya perlahan-lahan menjadi surut.

         "Awak nak apa sebenarnya ni?Kalau soal saya hantuk kepala awak tu...saya tak-"

         "Aku tak sempat nak cakap dekat kau hari tu..."potong Tristan tanpa tunggu Adriena habiskan kata.

         Baru la dia gerakkan kepalanya untuk pandang ke muka itu. "Tentang apa?"soal Adriena.

         Sambil tersenyum, Tristan tundukkan kepala memandang Adriena dan pusingkan mereka berdua perlahan-lahan sewaktu bergerak. "Terima kasih.."ucapnya.

HUH!?

          Berkedip-kedip mata Adriena mendengarnya. "Untuk apa?"tiba-tiba terima kasih?Bukan ke patutnya dia yang mintak maaf pada Tristan. Siap senyum bagai!Ingat dia nak cair ke!

          "Sebab tolong aku masa jatuh hari tu...masa tu aku nak cakap tapi kau dah pergi dulu.."senyap-senyap Tristan melonggarkan lingkarannya di pinggang Adriena selepas gadis itu kelihatan tenang dan tidak lagi bergelut.

           Imej dimana Tristan terbaring tak dapat nak  gerakkan leher terus terimbas di dalam kepalanya. Buatkan Adriena berdengus hendak ketawa. Tapi dia kawal sedaya upayanya. "Oh...itu."lafaz dia susab payah sebab tak nak ketawa.

           "Kelakar ke?"

Adriena menggeleng kepala sambil ketap bibir rapat-rapat tak nak ketawa. Mana la dia tak ketawa. Boleh pulak lelaki yang besar panjang ni tergolek macam karung kentang dekat lantai sampai terkehel lehernya.

            "Yalah tu."sengih Tristan sewaktu pandang mata berbulu lentik itu dengan renungan penuh muslihatnya. Jari jemari Adriena yang berada dalam genggaman di kemaskan lagi cengkamannya.

Kalau la  Adriena tahu yang bahawasanya dia yang bawa Adriena masuk ke sini secara paksa. Apa agaknya reaksi Adriena ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience