Kedatangan Mengejut

Fantasy Completed 10714

"Kehadapan sahabat yang dikasihi, Adriena Brooke, ingin rakan baik ini sampaikan dia bakal bertunang tidak lama lagi. Jadi berharap la sebaik mungkin anda menerima jemputan dari aku nanti!"

           "Hahahah...serius la?"

           "Yupp"

           "Siapa?"

           "Kenalan aku di university.."

           "Lah...bagus la. Tapi kau dekat sana...aku dekat sini.."

           "Tak apa...aku share gambar dekat kau la nanti"

Sambil tersenyum lebar, bekas lukisan dan barang yang digunakan pelajarnya tadi di susun dalam troli satu persatu dengan kemas sambil memegang telefon di telinga kanan.

          Gambar je?Mana la puas?Aku rindu dekat kau ni...patut la sibuk memanjang... tengah angau bercinta rupanya.."

           "Alah kau...kata aku je lebih. Yang kau tu apa kurangnya...aku dengar prince charming kau dah balik ke tempat kau...apa lagi. Cari la dia..."

            Sengihannya pudar dari bibir lepas dengar. "Susah sikit la.."

            "Kenapa pulak?Tristan dah lupa tentang kau ke?"

             Dia menggeleng kepala dengan perlahan. Lebih dari tu. Tristan ingat dia tapi lelaki tu tidak cuba cari dia dan biarkan dia tunggu selama 3 tahun tanpa khabar macam tu je! Ada ke patut! "Panjang ceritanya kalau nak di borakkan. Aku call kau ni bukan sebab nak dengar cerita pasal aku...tapi pasal kau.."ujar Adriena saat dia tolak troli bekas cat dan warna ke tepi kelas lalu gerak untuk ke mejanya.

            "Hah?Cerita pasal aku?Apa aje yang kau nak pasal aku selain duduk dalam hospital 24 jam handle kes dan kena marah dengan doctor senior...na'ah.aku tak rasa begitu.."

             "Kenapa teruk sangat ke kau dekat situ?"dia tunduk mengemas barang yang ada sebelum gerak untuk pulang nanti. Dalam hati dia sudah terasa seperti terkilan semacam. Kenapa la dia tak ikut Stefan tadi. Kalau dia ikut pasti dia sudah berjumpa dengan Tristan. Peduli apa dia kalau lelaki tu naik angin ke marah ke mengamuk pada dia!

                "Tak adalah...biasa-biasa je. Tak banyak benda yang menarik selain aku sibuk dengan perancangan untuk majlis pertunangan aku nanti.."

              Adriena mengetap bibir. Dia tarik zip pada begnya dengan sedih. "Aku rindu kau Dini.."ucapnya. Kalau kawannya ini ada Bersama dengan dia, pasti dia takkan rasa sunyi begini.

                  "Ahahah...yalah kau. Eh...lupa pulak...kau dah bagi belum lukisan yang kau kata hadiah untuk hari lahir Tristan?"

                  "Dah.."

                 "So?Ada apa-apa tak?"

Pertanyaan itu menimbulkan rasa tak puas hati kepada Adriena. Dia buat muka.

                  "Entah..better dia tak tahu langsung pasal hadiah aku tu."

                  "Lah..kenapa pulak dah ni?"

                  "Yalah...kau tahu tak sebenarnya selama ni Tristan ingat pasal aku...tapi dia marah sebab aku buat keputusan sendiri tak cakap dengan dia...dan rahsiakan yang aku ni adalah Budak perempuan yang pernah berkawan dengan dia lama dulu."

                  "Lah ya ke?Habis tu?"

                  "Macam tu la...sebab sakit hati punya pasal dia palau aku selama 3 tahun dan semua tu salah Stefan si mulut tempayan tu.."cebik Adriena dengan muncung merajuknya. Hujung tali begnya di gentel geram.

                  "Alahai...kau orang berdua ni...sebenarnya dua kali lima je. Keras kepala. Tak hairan la kenapa kau orang berkawan berdua sejak kecil...memang sepadan tahu tu?"suara ceria Ardini mengundang sengih di bibirnya.

                 "Hmm...bertuah la aku..kalau dapat Tristan tu.."

                "Ya bertuah la...siapa tak bertuah"

Lantas dia gerak mencapai kot labuhnya dari kerusi lalu capai beg dengan tangan yang sama. Yakin semua sudah tersimpan dan dikemaskan, Adriena pun berpaling hendak ke arah pintu. Sekali bila dia pandang, tercegat sudah seseorang di pintu tu dengan tangan bersilang di dada. Memandang tepat ke arahnya.

                 "Argh!"teriak Adriena secara refleks dengan tangan dekat dada, menjatuhkan segala benda yang dipegang ketika itu. "Oh my god!"lafaznya sambil mengedip-ngedipkan mata cuba pastikan yang dia tidak salah tengok.

What the heck!

Bersama muka bengang dia, Tristan tolak dirinya dari bersandar pada pintu itu lalu berjalan masuk ke dalam mendekati Adriena. Tangannya jatuh ke sisi. Berdetak-detak tapak kasut kulit hitam itu menghentak lantai saat dia bergerak.

                 "Apa yang bertuahnya?"tanya Tristan tanpa mengalihkan renungan dia dari mata Adriena. "Seronok berbual ya?Sampai tak sedar ada orang dekat depan pintu"

               Damn!Mata Adriena naik turun menilik Tristan tanpa sedar mulutnya ikut ternganga kerana termangu dengan kehadiran lelaki itu. Mimpi apa ke dia mabuk bayang sebab teringatkan lelaki ni sangat? "Tu-tunggu dulu.."katanya sambil undur ke belakang.

                 Tristan tidak berhenti. Dia jalan menghampiri Adriena sedikit demi sedikit. "At first saya ingat nak biarkan awak tanggung rasa tu sendiri..tapi tak. Nampaknya saya pandang rendah pada awak...awak sikit pun tak terasa dengan semua ni...balik-balik saya yang makan hati!"

Adriena undur dan undur ke belakang sehingga dia melanggar mejanya tadi dan terduduk di situ dengan muka terkejutnya. Lemah lutut dibuatnya gara-gara terkejut.

Setibanya Tristan di hadapan Adriena, dia perlahan-lahan tunduk sambil memagari kanan dan kiri Adriena pada meja itu dan mendekatkan mukanya di hadapan wajah Adriena.

                 "Saya rasa kita ada urusan yang perlu di selesaikan, tak begitu Cik Adriena Brooke?"bisik Tristan di hadapan wajah Adriena.

Sambil menahan nafas terkejut Adriena pandang tepat ke mata itu. Berkira-kira dalam kepala apa yang dia patut lakukan pada waktu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience