"HAI SIR!"
Tersentak Ronan bila ada yang tiba-tiba muncul di sisinya yang ketika itu sedang berdiri mengemas rak buku di kedainya itu. Keningnya terangkat tinggi.
"Adriena.."panggilnya semasa pandang hairan akan kemunculan gadis itu ke situ. "Kamu tiada kelas ke?"
Adriena beri senyuman lebar di bibir. "Ha'ah tak ada..cikgu yang ajar sakit pulak tiba-tiba. Jadi saya teringatkan Sir...itu yang saya ke sini."dalam hati dia sudah mengutuk akan lelaki di depannya. "Ada buku baru yang sampai ke sini?Lama dah saya tak lepak dekat sini.."tanya dia sambil pusingkan badan ke kanan dan kiri ingin melihat keadaan tempat itu.
Mata Ronan perhatikan pergerakan Adriena dengan teliti. Senang hati dia kerana dapat lihat Adriena ke situ. Sudah lama kedainya ini rindukan bau dan kesan keberadaan Adriena di sini. Kalau Tristan tak buatkan Adriena masuk akademi, pasti sehingga sekarang gadis ini melawat kedainya.
"Ada..."angguk Ronan.
"Oh..iya ke.."Adriena mengangguk-ngangguk kepala. "Kalau macam tu saya tengok-tengok la dulu. Sir buat la kerja sir tu.."
Ronan palingkan kepala dengan pantas ke Adriena apabila gadis itu menjauh dari dia.
"Tunggu." minta Ronan.
Gadis itupun berpaling kebelakang menghadap Tristan semula.
"Ya, saya." sambutnya.
Ronan terus mengatur langkahnya ke Adriena. Setibanya dia di hadapan Adriena,
Seiringan dengan itu, kepala Adriena ikut mendongak apabila lelaki lampai itu melangit di hadapannya. Renungan dari balik mata itu di balas dengan berani.
"Boleh saya tanya sesuatu pada awak Adriena?" tanya Ronan.
Hujung bibir Adriena terjungkit. Ini mesti Mr. Winter sudah mencurigai dirinya. Masakan tidak, sejak beberapa hari pelbagai perkara telah dia lakukan untuk mengenakan semula keluarga lelaki di hadapannya ini. Dan bila.masanya tiba, Ronan pula yang bakal dia sakiti!
"Sure....just ask." Adriena menyilang tangan ke dada dan buat muka sassy penuh keyakinannya.
Ronan menarik nafas dalam lalu dihembus mencari semangat dan keyakinanya.
"Saya dengar banyak khabar angin mengenai awak dan Tristan. Adakah semua yang dikhabarkan itu benar? Yang awak dan Tristan mempunyai hubungan istimewa?" keningnya sedikit berkerut tidak puas hati.
Ronan berasa seperti dikhianati. Tambah-tambah lagi selepas rancangan dia untuk sakiti Adriena gagal. Adriena malah hilangkan diri kerana kecederaan yang dialami. Muncul-muncul saja gadis ini berkepit sama Tristan! Tup-tup, mereka berdua dikhabarkan bercinta. Mana adil macam ni! Dia yang susah payah dari awal, lastnya Tristan yang dapat?
Adriena tersengih.
"Kenapa?Sir berminat untuk tahu perihal peribadi saya?"jawab Adriena sebelum tersenyum manis.Soal itu ke?Ingatkan apa tadi?!"Is it bothering you?"
Kening kiri Ronan terangkat. Dia taken aback dengan soal itu. cepat-cepat dia menggeleng kepala.
"Tak. Saya cuma tanya sebab saya risaukan awak. Tristan tu hanya pembawa masalah.... mana-mana dia berada sentiasa ada masalahnya. Sebaiknya awak jauhkan diri dari Tristan sebelum sesuatu terjadi pada kamu.." pesannya.
Adreina melentokkan kepalanya sedikit ke kanan saat dengusan kecil terlepas tanpa sengaja dari hidungnya. Kelakar! Tahu tak siapa yang sebenarnya pembawa masalah sekarang ni!?
Suka hati je nak memburukkan Tristan. Dasar abang sepupu tidak guna! Sampai ke dia-dia sekali hendak di burukan Tristan tu.
"Sir risaukan saya atau risaukan diri sir sebenarnya ni?" soalnya bernada sindir.
"Apa yang kamu katakan ni Ad-"
"You know exactly what I mean." potong Adriena serta merta.
Mata Ronan terbutang memandang Adriena. Dia menahan nafas tanpa sedar kerana terperanjat dengan kata-kata itu. Memangnya apa yang Adriena maksudkan? Dia tidak mengerti!
Lantas Adriena turunkan tangan dari bersilang tadi dan merapat ke Ronan. Dia pegang kolar baju itu dan ditepis kedutan yang ada perlahan-lahan. "Terima kasih sebab arahkan orang untuk tolak saya dari tangga tempoh hari."sambil berkata sambil tu dia betulkan butang di baju kemeja itu. " Kalau bukan kerana hal tu mungkin ingatan saya takkan kembali macam tu saja..." barulah dia mengangkat mata memandang wajah kacak didepan mukanya. "Abang Ronan..."sebutnya dengan nada berbisik.
Ronan terpempan. Dia pandang tidak berkedip ke Adriena seperti baru melihat hantu tidak berkepala melintasi depan matanya. Nafas yang sedia di tahan, di tarik lebih dalam kerana begitu tergamam. Betapa terkejutnya dia ketika itu.
Share this novel