Jelousy

Fantasy Completed 10714

Flashbacks

3 minggu selepas pembedahan berjaya di jalankan....

Sambil termenung melihat tiub iv yang tertusuk pada tangannya, fikiran dia menerawang memikirkan sesuatu.

Waktu itu segalanya terasa numb. Kosong dan terasing. Dia yang baru sedar dari tidur panjangnya disambut dengan suasana bilik rawatan hospital yang sama dia pernah lihat.

Hatinya masih sakit.

Masih lagi segar di ingatannya mengenai perbualannya sebelum pembedahan di jalankan.

Dua jam sebelum dia dibawa masuk ke dalam bilik bedah, Stefan yang menemani dirinya dalam ruangan itu.

         "Kau cakap apa ni Stefan!"

          "Maafkan aku, Adriena yang suruh rahsiakan hal ni dari kau....aku nak kau tahu semuanya sebelum kau jalani pembedahan."

          "Jadi selama ni kau dah tahu segalanya tapi rahsiakannya sebab Adriena yang suruh!? Dekat sini siapa kawan kau!Aku ke Adriena?"

          "Dia tak nak kau marah macam ni..mdia tahu kau takkan setuju untuk jalani pembedahan ni kalau kau tau yang kau akan hilang ingatan mengenai dia.."

          "Kau memang tak guna tau tak Stefan! Yang kau pandai-pandai mintak persetujuan dari ayah Adriena kenapa pulak!Siapa izinkan kau buat semua tu!"

          "Sebab ayah Adriena yang aku percayakan untuk selamatkan kau Tristan. Dalam negara ni kalau boleh semua orang nak kau mati. Sebab itu Adriena handle semuanya sendiri dan rahsiakan hal ni dari kau supaya kau selamat.Bukan dia saja tak nak beritahu kau dia adalah budak perempuan yang kau cari selama ni..."

          "Dia ke kau ke...orang lain ke..semuanya sama. Tipu aku. Khianati kepercayaan yang aku bagi dekat kau orang!Jahat sangat ke aku ni dekat kau orang sampai kau orang buat aku macam ni!"

          "Tristan...tolong la faham."

            "Tak aku tak nak faham. Kau doa je la banyak-banyak lepas aku sedar nanti, aku hilang ingatan. Kalau aku sedar dan ingat semua ni....aku akan pastikan semua orang rasa apa aku rasakan!"

End of flashbacks

Selepas sesi pertabalan, penyampaian anugarah dan ucapan, majlis pada malam itu berlangsung dengan meriah dan gilang gemilangnya. Para tetamu dihidang dengan makanam mewah.

Alunan lagu turut di dendangkan dalam dewan itu yang mana dipersembahkan oleh kugiran muzik dan quadruplets.

Dekat setengah jam kemudian sesi makan-makan selesai, pengacara majlis umumkan sesi untuk tari menari pula. Jadi para tetamu pun bergerak ke lantai tarian bersama pasangan masing-masing.

Tristan yang sedang berdiri menghadap beberapa orang menteri dan kenamaan di situ berbual akan sesuatu dengan mereka sekejap-sekejap. Reaksi di wajahnya jelas beritahu dia mahu pergi dari situ. Jadi dia tarik Stefan lalu berdiri di tempatnya tanpa disedari menteri-menteri di situ.

Terpinga-pinga tidak tahu hendak buat apa, Stefan berdiri jugak dekat situ menghadap orang tua di situ.

Langkahnya di atur mencelah tetamu di situ. Merancang mahu keluar ambil angin hendak lapangkan fikirannya yang sedang sesak ketika itu. Fikiran dia jadi serabut setelah melihat Adriena tadi. Wajah itu buatkan dia teringat semuanya.

Ya. Dia tidak hilang ingatan. Sebab doktor yang bertugas untuk pembedahannya telah lakukan kerja dengan baik lepas dia bagi amaran hukum pancung kalau ingatan dia terjejas. Jadi dia tidak terkesan sikit pun dengan kes pembuangan darah beku dari otaknya. Malah ingatan dia segar lagikan lengkap!Semuanya dia dah tahu.

Semua yang Stefan ceritakan kepada dia tersemat rapi dalam kotak memorinya. Segalanya dari awal sehingga la ke kisah terakhir dia bersama Adriena sebelum keluar negara.

Namun langkahnya mati setelah ternampak kelibat gadis bersanggul dan indah berbusana pic krim labuh off shoulder lengan pendek beberapa langkah dari dia.

Terpaku seketika Tristan waktu itu saat terpandang tepi wajah gadis itu. Sikit pun tidak ada cacat celanya. Elok hatinya berbunga dan dada dia hangat dengan perasaan suka, air muka Tristan berubah menjadi tegang dan serius. Hingga dia langsung tidak sedar jari jemarinya di kepal erat.

Adriena saksikan para tetamu menari di depannya sambil berdiri dengan minuman di tangannya tidak jauh dari kelompok tetamu di situ. Perhatikan Arissa sedang menari dengan ayahnya. Apabila melihat dua orang itu mengukir senyuman dibibir, Adriena pun ikut tersenyum tanpa sedar.

Punya la seronok perhatikan ayah dan adiknya di situ, Adriena tidak menyedari ada orang yang menghampiri dia dari tepi.

         Satu tangan muncul di depannya sebelum suara itu menyapa. "Sudi menari dengan saya?" aju seorang lelaki segak kepada Adriena.

Kepala Adriena dengan pantas berpaling. Dia pandang tangan itu dulu sebelum ke lelaki asing yang tidak dikenalinya itu.

         "Jangan risau...saya tak makan orang.." ajak lelaki itu lagi dengan mesra.

           Buat sesaat Adriena teragak-agak hendak terima kerana dia sedang tunggu gilirannya untuk menari dengan ayah dia. "Sa-"

Tanpa menunggu Adriena menghabiskan kata-katanya, lelaki itu capai gelas dari tangan Adriena lalu di sua ke orang berdekatan begitu sahaja sebelum menarik gadis itu ke tengah lantai menari.

Oleh kerana semuanya terjadi dalam sekelip mata dan tiba-tiba, Adriena tidak sempat hendak menolak apa lagi mengelak setelah tangan lelaki itu melingkar ke sekeliling pinggang dan tangannya sudah dicengkam kemas dalam tangan itu.

Mereka berdua mula berhayun kanan dan kiri dengan perlahan kerana lagu yang dimainkan turut perlahan.

Terkebil-kebil mata Adriena saat pandang lelaki di depan mukanya ketika itu.

         "Nama saya Isaac. Awak pasti Adriena bukan?"

          "Hah?"

          "Ayah saya adalah kenalan ayah awak jugak. Mereka ada bercerita mengenai awak yang awak adalah penemu mahkota yang hilang tu. Dan selamatkan Everlon, sewaktu mereka berkumpul di kediaman keluarga kami." cerita lelaki itu dengan bersemangat.

Sambil membuat muka tidak pasti hendak beri reaksi apa, Adriena ketawa buat-buat sebelum tersenyum. Tak nak kurang ajar dengan anak kenalan ayahnya ini. Takut malukan keluarga dia pula.

           "Ah..tak adalah. Ayah saya cuma buat cerita je tu."nafinya untuk berbasa basi.

          Dengan segaknya, lelaki itu beri senyuman manis pada Adriena. "Gembira dapat bertemu dengan awak. Ianya satu penghormatan buat saya."

Merona merah wajah Adriena dek kata-kata itu. Sampai tidak berkedip dia dibuatnya. Asal senyum macam tu dekat dia?Nak mengurat apa?

Lelaki itu kemudiannya memutarkan Adriena lalu dilepaskan sebelah tangan itu.

Adriena tidak menjangka hal itu terpaksa berpusing hilang kawalan. Ke belakang menjauh dari lelaki itu.

Namun saat lelaki itu hendak menarik Adriena masuk ke dalam pelukannya semula, tangan dia terlepas dan Adriena berpusing buat sesaat sebelum melanggar seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience