Ulat Buku Yang Kuat Tidur

Fantasy Completed 10714

Melurut terus kerutan di keningnya bila lihat wajah tu.Hati dia yang panas berapi gara-gara pelajar perempuan yang beria sangat nak jadi calon lady tadi. Bahunya turut jatuh kerana berasa lega yang tiba-tiba kerana kehadiran Adriena. Ronan betulkan duduknya di kerusi dari sandar ke duduk tegak.

         "Awak lambat." balasnya mendatar.

          Adriena buat muka teragak-agak semasa berjalan masuk ke dalam dan menutup pintu dibelakangnya. "Maaf..."ucap Adriena.

          "Boleh tak belajar jadi punctual?"

           "Maafkan saya sir. Saya tak buat lagi."

           "Boleh tak berhenti ucap perkataan 'maaf' tu? Kalau tak nak kena marah jangan la buat salah."soal Ronan bernada jenggkel dengan perkataan itu. Dia tak nak Adriena yang minta maaf pada dia.

Tapi sebaliknya, sepatutnya dia yang minta maaf pada Adriena tapi tak kesampaian. Dan sehingga sekarang dia masih dihantui peristiwa hitam tu.

Walaupun dia patut gembira sebab Adriena tidak ingat pada Tristan. Dia tetap bersedih kerana Adriena tidak lagi ingat pada dia. Gara-gara itu juga la dia buka kedai buku berdekatan dengan rumah Adriena. Berharpa dapat menemui Adriena suatu hari nanti.

Tak disangka Adriena dulu yang datang melawat ke kedainya. Sebagai petunjuk memberi harapan pada dia untuk bersama Adriena semula.

Namun semua tu tak berkekalan.

Tristan muncul di tengah-tengah antara mereka berdua!

        Terkebil-kebil tidak tahu hendak beri respon apa, Adriena hanya berdiri di depan meja Ronan. Lalu dia ternampak meja itu bersepah dengan buku dan helaian kertas. "Okay. Tapi sir perlukan apa untuk saya ke sini?"tanya dia cuba nak hilangkan ketegangan di antara mereka berdua ketika itu.

       Ronan menjuih dagu ke arah meja kecil di tepi dinding menghadapnya. "Itu atas meja tu ada kertas dan pen. Saya nak awak salin semula ayat yang ada dekat salinan di situ sebanyak 20 muka surat. Siapkan hari ni. Atau kamu tak dibenarkan balik ke dorm."

         "Ehhh?!"menjegil bulat mata Adriena mendengarnya. "Salin semula?Untuk apa?"terkejut beruk dia.

          "Ianya sebagai denda kamu datang lewat."Mata Ronan masih terarah di wajah Adriena. "Atau kamu nak cuci tandas selama seminggu.Pilih."aju dia sambil sondong ke depan bersilang tangan di meja.

          "HAH!?"Adriena ternganga kemudiannya. Dia pandang Ronan dengan muka     tergamam tak boleh terima. "Serius la?"

Ronan mengangguk kepala.

Mahu tak mahu Adriena terpaksa akur. Sambil membuat muka protes, dia dekati meja tersebut lalu mula membelek.kertas-kertas di situ sebelum terjumpa salinan yang dia perlu copy. Iainya tertulis begini. 'Saya Adriena Brooke seorang ulat buku yang kuat tidur dan banyak berangan serta suka masuk ke kelas lewat-lewat. Lain kali saya takkan lambat lagi. Kalau saya lambat, saya akan lari keliling akademi dengan maskot beruang akademi.'

         "What the heck?"pandangnya ke arah Ronan.

Hujung Ronan terjungkit sedikit ketika dia hampir hendak ketawa melihat reaksi Adriena. Tapi cepat-cepat dia pandang ke tempat lain setelah Adriena pandang dia.

          "Dah cepat salin. Lambat saya tinggalkan kamu sendiri dalam pejabat ni." sakat Ronan semasa mula menandatangan tugasan para pelajarnya yang bersepah di meja ketika itu.

           "Ya...nak salin la ni."Adriena mencebik mahu merengek. Tak pasal-pasal dia kena denda salin ayat tak guna ni!

Ronan habiskan masanya bertemankan Adriena sepanjang petang itu.Buat pertama kalinya dia berjaya habiskan semua kerja yang bertangguh dalam satu masa tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience