Gila ke!
"Nah-ah!Hell no!"geleng Adriena yang undurkan diri ke belakang apabila dia di paksa untuk jejak kaki ke dalam dorm pelajar lelaki. Buang tebiat betul.
"Masuk je la.."gesa seorang dari mereka di belakang ketika itu.
Sambil mencekak pinggang dan menjegil mata bulat kerana berang, Adriena lirik akan tiga lelaki lampai di depannya itu naik turun seperti membelek ayam mintak di sembelih!
"Gila ke?Ini kan tempat larangan pelajar perempuan. Awak semua ni dah hilang akal nak saya masuk ke sini. Kalau orang tahu mana nak letak muka ni?"
"Tak ada orang kisah pun kalau orang tu adalah kau!"gerutu seorang lagi pelajar lelaki disitu.
"Masuk je la.."
Senang je cakapkan!"Ah..tak ada-tak ada.... Awak suruh Tristan yang turun ke sini kalau nak jumpa saya.."protes Adriena sambil menyilang tangan ke dada. Berdiri membelakangkan pintu masuk bangunan dorm pelajar lelaki itu.
"Kan dah diberitahu,dia tak boleh. Kau kena jumpa dia sendiri.."keluh pelajar pertama sekali tadi.
"Kenapa pulak tak boleh. Beritahu saya sekarang?"bidas Adriena lagi.
Pelajar lelaki ketiga yang sejak tadi mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa itu buat muka sambil gerakkan lidah dalam mulut. "You know what f*ck this!"sebutnya kejengkelan semasa pandang Adriena. "Payah sangat...bawak je la dia masuk terus!"arahnya.
Terbeliak mata Adriena masa dengar. "Hah?"nganganya.
"Apa maksud-"
Tak sempat rakan pelajar lelaki itu menghabiskan kata, Adriena didekati oleh pelajar lelaki tadi lalu tubuh gadis itu di dukung naik ke atas bahu dalam sekelip mata Dan pelajar lelaki itu berjalan masuk ke dalam tanpa berlengah.
Oleh kerana dia tidak mahu Tarik perhatian, Adriena pukul belakang badan tu laju-laju sambil berdesis keras mahu di turunkan.
"Hei!Apahal ni!Turunkan saya!Turunkan saya!"rontanya waktu itu dalam keadaan tergantung. Gayat sungguh dia waktu itu. "Apa masalahnya sebenarnya ni?Kenapa dengan Tristan?Tak boleh ke awak beritahu saya supaya saya faham?How you can manhandle lady like this!"
Tiga orang itu langsung tidak berbicara. Mereka hanya berjalan merentasi koridor dan mendaki tangga tanpa henti sehingga la tiba di tingkat yang dikehendaki. Sesampai saja di hadapan sebuah pintu dimana dua orang pelajar lelaki sedang berdiri, Adriena pun di turunkan.
Saat proses hendak diturunkan itu, Adriena sempat lagi memukul pelajar lelaki itu kerana jengkel. "Don't you dare touch me again!"deramnya dengan renungan tajam mahu membunuh.
Pelajar lelaki itu terus angkat tangan surrender. "As you wish.."
Dengusan kecil kedengaran dari mereka di situ bila menengokkan muka comel Adriena bila marah. "Memang betul la kata orang, perempuan yang pendek ni memang baran jenis orangnya.."komen mereka.
APA!Adriena jeling ke orang yang memberi komen itu dengan hidung kembang kempis mengah sebab sesak dada dek tergantung di bahu sejak tadi. "Cakap tu baik sikit eh!"tundingnya ke pelajar lelaki itu. Suka hati nak label dia pendek!Mereka je yang tinggi!Kalau ia berdiri dengan pelajar perempuan lain, dia lagi tinggi la! Dasar sengal!
"Dah sudah...jangan nak gaduh. Masuk dalam sekarang."gesa pelajar lelaki yang dukung Adriena tadi.Dia tolak belakang badan Adriena supaya dekati pintu bilik yang tertutup itu.
"Hishy! Ni kenapa nak paksa-paksa sangat ni...memangnya kenapa dengan Tristan?" Adriena bercemberut kerimasan. Rasanya lagi baik dia duduk lepak sama dengan Ardini dekat rumah dari sini!Buat serabut kepala je!
"Dia demam la."beritahu pelajar lelaki yang beri komen 'pendek' tadi.
"Ha'ah..demam rindu."cebik pelajar lelaki yang dukung Adriena sekali lagi.
"Hahaha...tak baik cakap macam tu."
"Dia stress la..kau ni..ada ke cakap macam tu?"
"Memang betul kan...asyik nama si pendek ni je yang di sebut.."
Adriena yang berdiri di tengah-tengah lelaki lampai di situ sudah membuat muka. Mereka terlalu sibuk berbual sendiri sampaikan tidak sedar orang yang mereka kutuk itu ada di depan mata, berdiri di hadapan mereka lagi tu. Mungkin lumrah hidup dia la...dapat jumpa orang yang kalau boleh suka mengutuk depan dia.
Sabar je la!
Malas hendak lama-lama di situ, Adriena berjalan masuk ke dalam bilik itu tanpa berkata apa-apa. Nak tahu jugak dia apa lagi feel anak raja seorang ni!
Haish!
Tahu la nanti!
Elok dia mahu berleter akan Tristan yang mungkin saja buat drama supaya dia ke situ, bahunya jatuh hilang semangat bila nampak akan sekujur tubuh sedang tunduk bergelut terbatuk-batuk di atas katil.
Terpempan Adriena dibuatnya.
Tristan yang duduk membelakang pintu ketika itu tidak perasan kehadiran Adriena, dia kelihatan sangat susut dan pucat menggigil hulur tangan mahu menggapai gelas berisi air atas meja sebelah katil itu.
Jari jemari itu pun sentuh gelas tersebut dan susah payah di bawa ke mulut sebelum minuman dalam gelas itu di teguk beberapa kali dengan mata terpejam mungkin menahan kesakitan.
Adriena kaku berdiri di situ. Perhatikan setiap gerak geri itu dengan lirikan sedih. Mana Tristan berlagak bagus dia yang suka berlagak tu? "Tristan...?"panggilnya separa berbisik.
Kaku seketika tubuh itu sebaik suara itu menyapa telinganya. Tristan buka mata dan turunkan gelas itu dari mulutnya sebelum perlahan-lahan palingkan kepala ke arah pintu bilik. Mata kemerahan dan berlingkaran hitam itu berkaca sesaat selepas lihat insan yang begitu lama menghilang darinya berdiri di situ.
Mulut Tristan ternganga sedikit kerana begitu terkejut melihat Adriena di situ.
"Riena?"panggil Tristan dengan suara serak sakitnya.
Kening Adriena berkerut susah hati, dia pun perlahan-lahan jalan menghampiri katil itu memandang Tristan. Apa yang dah berlaku?Kenapa teruk sangat keadaan Tristan ni?
"Hi?"sapa Adriena dengan senyuman sedih di bibirnya. Luluh hati seorang perempuan dia bila tengok keadaan devastated Tristan begini!
Bibir pucat Tristan menggeletar mahu menangis saat lelaki itu nantikan Adriena tiba dekat kepadannya. Dia hendak bangun tetapi tubuhnya terlalu berat dan kepalanya ligat berpusing hendak pitam. "Kau lambat." katanya dengan sebak.
Adriena tunduk memandang Tristan yang duduk itu. Lalu ternampak akan rantai yang tergantung di leher itu. Disebabkan Tristan kenakan singlet di badan. Dengan jelas rantai itu terpampang di depan mata Adriena.
Buat sesaat pandangan Adriena jatuh pada rantai itu. Buatkan dia terimbas akan sesi pertemuan dia dengan doktor yang membantu dia untuk pulihkan ingatannya.
Sesi yang sangat panjang dan memenatkan!
Tapi tak apa!
Walaupun penat, ia berbaloi!
Sesi selama tiga jam itu telah membantu dia mendapatkan jawapan yang dia inginkan!
"Sorry sebab lambat...something catching me up."ucap Adriena sambil bawa tangannya naik memegang dahi Tristan. Dia tekap tangannya padanya. Lantas merasai betapa panasnya badan Tristan ketika itu. Pasti Tristan menderita tanggung semua ni sendirian tanpa sesiapa di sisi. Rasa serba salah menghentak benaknya.
Sentuhan itu buatkan Tristan memejamkan mata dengan hela nafas lega lepas dari bibirnya. Ibarat seluruh rasa sakitnya hilang dek kehadiran Adriena ke situ. "Tolong aku...kepala aku sakit..." rintihnya tenggelam timbul.
Lantas Adriena bawa kepala Tristan dekat pada perutnya ,disandarkan pada dia. Sekarang baru dia tahu kenapa masa kecilnya hanya dipenuhi nama Tristan.
Hal ini kerana semasa kecil Tristan hidup hanya berkitaran dengan dia sahaja. Apa saja yang dia buat Tristan mesti ada bersama.Dia bergantung pada Tristan! Bukan Tristan yang bergantung pada dia.
"Sakit sangat ke?"soalnya dengan perlahan.
Tristan mengangguk kepala. "Please...hilangkan sakit ni..."minta dia dengan sedih.
Kepala Tristan itupun di picit-picit dengan hujung jarinya sambil tu. Adriena tunduk memandang rambut hitam Tristan dengan kasih. Dia tersenyum. Kalau dulu Permaisuri Aryana dan Raja Zane yang hilangkan sakit dia, kali ni giliran dia untuk membalas jasa baik mereka itu."Saya janji."bisiknya sesaat sebelum mengucup mahkota kepala Tristan.
Tangan Tristan naik melingkar kesekeliling pinggang Adriena saat dia selesakan wajahnya di perut hangat Adriena ketika itu dalam keadaan memejam mata mahu terlena.
Share this novel