Ibunya.

Fantasy Completed 10714

Sambil perhatikan dengan muka menyampah, dia lihat akan doctor yang sedang membalut lengan yang dikatakan telah terseliuh itu. Mujur la cuma terseliuh sahaja. Bukan patah bukan apa. Apa la dia nak buat dengan anak tirinya yang satu ini.

Ada saja idea gila yang mahu di lakukan!

Anak itu sedar atau tidak sebenarnya yang nyawa tu cuma ada satu walaupun hidup dua kali!

Nak kata tak cukup kasih sayang, melebih, nak kata kurang pendidikan, sudah tahap maksimum ilmu yang diberikan.

Tapi itu la, digunakan ke arah yang salah!

Beruban cepat la dia lama-lama kalau begini!

        "Selepas selesai, boleh la pesakit discharge. Kalau sakit makan ubat penahan sakit yang diberikan. "beritahu doctor selepas dia selesai merawat Adriena kepada Kelly.

         "Baik. Terima kasih doctor."ucapnya dengan tundukan kecil.

Doktor itu turut membalas tundukan itu sebelum berlalu pergi sama dengan jururawat di sisi.

Dan apabila mereka telah beredar, Adriena yang pasang muka bersahaja tidak bersalah atau seperti dalam kesakitan mengangkat kepala memandang wanita di depannya dengan sengih meleret.

Perkenalkan semua, one and only, the best actor in the world....

          "Kenapa pandang saya macam tu Mrs. Kelly Chamberson?"soalnya. "eh salah...ibu." sebutnya dengan main-main.

           Mrs Kelly menjuling mata menyampah. Adriena suka panggil nama penuh dia sewaktu anak itu sedang jengkel.   "Jangan nak mengada. Kamu tahu tak apa yang kamu baru lakukan?" soalnya dengan kening berkerut kerisauan.

Adriena berdengus kecil hendak ketawa bila melihat Kelly risau begitu sekali. Dia bukannya tak hormat. Cuma dia tak tahu nak bagi reaksi apa. Ibu tirinya ini serba boleh tahu tak. Boleh berlakon jadi jahat, jadi orang asing dan orang yang ambil berat pada masa yang sama! 12 tahun hidup bersama wanita ini buatkan dia belajar banyak perkara!

              "Relax mother. I'm fine."ngerangnya kerana rimas bila di aju soalan begitu.

               "Tengok la tu. Apa masalah kamu ni? Perlu ke buat semua ni?Kalau nak ibu boleh je uruskan soal permohonan kamu nanti."keluhnya.

Hujung bibir Adriena terjungkit naik. Dia turun dari katil itu. Berasa lucu dengan kenyataan yang selama ini ia ibu tiri dia pandai sekali berlakon di hadapan semua orang. Berkelakuan seperti orang asing di hadapan pelajar lain sekiranya mereka ada kelas yang sama. Well... bukannya dia kisah sangat dengan layanan pasang surut ibu tirinya ini. Tapi itulah...nama pun anak tiri kan..tak hairan la kenapa ibu tirinya enggan memperlakukan dia seperti keluarga sendiri dihadapan orang lain.

Lagipun dia suka kalau ibu tirinya tidak perkenalkan diri dia ni sebagai anak wanita itu di depan ramai orang. Yalah dia tak suka pelajar lain pandang serong pada dia lagi lepas khabar angin mengenai kemasukan dia yang lalu pintu belakang. Memang tidak la!

                "Ayah kata tak kira apa sekalipun alasannya, pihak akademi takkan benarkan Riena keluar dari situ.."

                  Kelly meletakkan kot uniform akademi Adriena ke bahu itu lalu berjalan keluar dari tempat rawatan itu. "Ayah kamu pun satu...tak ada benda lain apa yang nak dicadangkan dari buatkan kamu cederakan diri sendiri macam ni?"

Mereka berdua jalan merentasi koridor hospital itu dengan langkah yang bersahaja. Tiada yang mengawal atau mengawasinya.

                "Ini idea Riena sendiri. Jangan la salahkan Ayah. Lagipun dengan alasan kemalangan ni je boleh buatkan Adriena balik dengan tenang."katanya sambil termenung memandang ke depan. Memikirkan hal yang selanjutnya selepas dia pulang ke rumah nanti.

               Keluhan Panjang lepas dari mulut Kelly, Dia pandang kesal ke tepi muka Adriena sebaik mereka berdua berhenti di depan pintu lif. "Beritahu ibu..adakah sesuatu telah terjadi di akademi? Ibu dengar kamu dan Tristan kini berduaan sampaikan kamu suruh ibu buat maklumkan kemalangan kamu ke seluruh akademi tadi."

Adriena tidak memberi sebarang komen. Dia diam memandang pintu lif di depannya sambil usap tepi bahunya yang tergantung kerana terseliuh. Ha'ah. Saja supaya orang tahu dia tiada di akademi selama beberapa hari. Dan untuk meyakinkan Tristan supaya tidak naik angin sepanjang ketiadaannya.

Lagipun dia dah siapkan ramai saksi untuk kemalangan dia tadi. Jadi semua ini pasti dapat yakinkan Tristan

             "Ibu beritahu kamu Ibu tak suka..Tristan tu cuma masalah. Jauhkan saja diri kamu dari dia...belajar je elok-elok di situ. "pesan Kelly dengan nada demand seorang ibu.

Masa itulah Adriena pegang pendant rantai yang ada di lehernya dengan kening berkerut. Sedang memikirkan sesuatu. "Kenapa?Ibu tahu sesuatu yang Adriena tak tahu ke?"tanya dia bernada termenung

DING!

Pintu lif terbuka.

Adriena masuk ke dalam terlebih dahulu sebelum berdiri menghadap ibunya di luar lif.

Kening Kelly mencerlung tajam.

         "Adakah kamu telah mengetahui sesuatu?"duga dia sewaktu wajahnya berubah menjadi gelisah. Tangannya menggenggam erat tali handbag yang ada dalam tangan ketika itu. Dadanya mula berdebar gementar!

Takkanlah Adriena sudah menyedari sesuatu?

          "Huh??"dia melentokkan kepala sedikit dengan sengih main-main di bibir. Terus Adriena yakin bahawa anggapan yang dia buat setelah melihat reaksi ibunya itu. "Lebih dari tu." katanya dengan mendatar.

Lafaz kata itu telah membuatkan bahu Kelly jatuh dan melepaskan hela nafas tergamamnya.

Berserah dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku nanti, Kelly tidak berkata apa-apa lagi. Dia terus melangkah masuk ke dalam lif itu dan berdiri di samping Adriena bersama muka tercengang. Sungguh!Dia tidak menyangka Adriena akan tahu secepat ini!

Sesaat pintu lif tertutup, pintu lif sebelah pula yang terbuka.

Tristan berlari keluar dari lif itu dengan reaksi cemasnya. Di belakang dia diekori dengan pengawal keselamatan. Mereka merentasi koridor yang sama dimana Adriena guna untuk ke bilik rawatan. Namun sayang, Tristan sudah terlewat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience