The King

Fantasy Completed 10714

Tangannya melingkar kesekeliling pinggang itu di saat muka itu hampir berlanggar dengan mukanya. Tristan berdiri tegak di situ sambil memandang wajah bungkam Adriena.

Saat itu Tristan merasai jantung di dalamnya berdetak laju. Dadanya menjadi sesak tidak semena kerana dapat mendakap insan yang amat dia rindui selama 3 tahun itu semula.

         Termangu Adriena. Dia menahan nafasnya kerana begitu terkejut kerana sudah berada dalam pelukan Tristan. Badannya sikit pun tidak ingin bergerak atau menolak diri supaya jauh dari lelaki itu. Sudah lupa ke Tristan terhadap dirinya ini? "Ma-maafkan saya."ucapnya tergagap-gagap tanpa mengalihkan mata dari dua pasang mata itu.

Kalau kaki dia jello!Sudah lama cair dekat situ.

Tristan diam memandang Adriena. Keningnya berkerut sedikit saat dia mengetap gigi menahan diri dia dari naik angin di situ. Sementara tangannya naik menekap belakang badan itu kemas-kemas.

Dia membuka mulut hendak berkata, namun ada yang mendahului Tristan terlebih dahulu.

          "Maaf...salah saya, tangan kami terlepas.." tegur Isaac setelah mendekati mereka berdua. Dia hulur tangan hendak mendapatkan Adriena. "Kalau tak kisah-" dia pandang tepat ke mata Tristan. Meminta izin kepada lelaki itu.

Bersama renungan dingin, Tristan balas renungan itu tanpa melepaskan pelukannya dari Adriena.Grrr! Siapa pulak mamat sengal ni! Dia tak perlu katakan apa-apa untuk beritahu lelaki tu supaya undurkan diri.

Sementara Adriena pandang silih ganti akan Tristan, lalu ke Isaac sebelum ke sekelilingnya. Risau kalau orang perasan dan mereka menjadi perhatian orang lain. Sudahla Tristan baru ditabalkan menjadi raja, takkan hari pertama lelaki itu menjadi raja hendak membuat hal!

          "Maybe saya patut pergi.."katanya sambil pegang lengan Tristan untuk di turunkan. Apabila dia tolak, jari Tristan malah erat mencengkam pinggang dia. Buatkan Adriena kejung di situ. Tangannya terus naik memegang bilah bahu itu. Dah kenapa ni?

Bersama aura dominannya, Tristan pandang Isaac tepat ke mata. Jelas-jelas di wajah lelaki itu terpancar akan mood ' berhambus dari sini sebelum kau dalam masalah'.

Faham akan maksud renungan itu, Isaac cepat-cepat beri tundukkan kepada Tristan dan undurkan diri. Dia jadi takut sendiri dekat situ walaupun dia lebih tua dari Tristan itu.

           "All your's..."katanya sambil berundur.

Terpana akan wajah di depannya, Adriena diam di situ menilik setiap inci feature wajah Tristan dengan teliti. Dari kening, dahi, hidung, pipi, mata dan akhir sekali bibir itu. Terus teringat dia akan semula keputusannya dengan merahsiakan Tristan akan siapa dirinya dan tindakan dia menghantar Tristan menerima rawatan tanpa tahu apa-apa mengenainrisiko yang diambilnya.

Sungguh! Dia benar-benar menyesal kerana melepaskan Tristan tanpa menceritakan hal sebenar.

Tristan pun perhatikan lelaki itu pergi sehingga menjauh dari mereka. Dan bila lelaki itu tidak lagi kelihatan, dia lepaskan Adriena lalu berpaling meninggalkan Adriena di situ. Dia tak nak lama-lama peluk Adriena. Takut nanti dia tidak dapat mengawal dirinya.

Bila tubuhnya menjauh dari dakapan itu, Adriena tergerak hendak mendapatkan tangan itu tetapi kaku di situ dengan reaksi terkilan. Entah kenapa berat sekali mulutnya hendak bersuara.Hampir saja hujung jari itu dipegangnya!

Terjatuh longlai tangan itu di sisi hilang semangat.

          "Tolong jangan pergi...kembali la kesini..."bisiknya. Saya rindukan awak Tristan." ucap Adriena. Sedih pulak dia tiba-tiba.

Langkah Tristan semakin lama semakin menjauh dari Adriena. Lelaki itu sikit pun tidak kelihatan mahu berhenti. Dia malah pandang ke hadapan mendabik dada meninggalkan Adriena di belakang.

        Namun dengan sembunyi dia berbisik di dalam hati penuh harapan. "Panggil la saya Adriena."fikir Tristan semasa melangkah ketika itu. Dia tidak mahu dia yang berterus terang pada Adriena tapi gadis itu yang terlebih dahulu yang meminta maaf kepada dia.

Adriena yang salah kerana buat keputusan tanpa pengetahuan dan persetujuan dia! Kalau betul Adriena ada perasaan terhadap dia, gadis itu takkan dengan mudah biarkan dia hilang ingatan begitu saja.

Namun harapannya itu punah apabila Adriena langsung tak bersuara atau dapatkan dia! Nekad sangat ke Adriena hendak lepaskan dia! macam tu je?

Adriena pandang belakang badan itu dengan kening berkerut terkilannya. Dia tak faham kenapa Tristan berkelakuan seakan tidak mengingati dia tetapi pada masa kelihatan kisah tentang dia!? Memangnya lelaki itu hilang ingatan atau tidak sebenarnya?

Bingung betul!

       "Riena..."Arissa muncul tidak lama kemudian dari arah kanan Adriena. Dia pegang bahu itu. "Sini rupanya kau. Jenuh aku mencari. Ayah cari kau tadi.."

        Tidak terkutik dari fokusnya ke Tristan, Adriena diam di situ memerhatikan kelibat lelaki itu menghilang di celah tetamu yang ada di situ. Tak puas dia nak pandang muka tu. "Hah?Apa kau kata?" soalnya bingung-bingung saat palingkan kepala ke Arissa.

          "Isy...kau ni..aku cakap ayah cari kau." ulang Arissa.

           "Oh-okay." angguk Adriena yang masih memandang ke arah dimana Tristan hilang diri tadi.

            "Dah jom la.." Arissa pusingkan badan Adriena ke arah dimana ayah mereka berada.

Mahu tak mahu, Adriena melangkah pergi dari situ saat pusingkan kepalanya dan pandang arah yang sama tanpa beralih buat seketika. Betapa berharapnya dia Tristan ingat pada dia waktu itu

Tapi kalau betul lelaki itu benar-benar sudah melupakan tentang dia, nak apa kan lagi...dia terima semua ni. Ianya demi kebaikan Tristan jugak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience