Petang itu seperti yang diberitahu Ruby, mereka bertiga bersiap dengan pakaian tertib untuk belajar menari. Seperti princess sendiri, Adriena dirias oleh mereka berdua secantiknya sebelum bertolak sama ke Menara selatan istana dimana pelajar lelaki ditempatkan.
Sepanjang perjalanan itu Ruby dan Kirana rancak bercerita mengenai itu dan ini. Yang mana sikit pun tidak menarik minat Adriena.
Gadis itu terlalu sibuk memikirkan cara bagaimana dia telah di bawa masuk ke sini...oleh siapa...bagaimana berita mengenai dia bakal masuk ke akademi tersebar meluas...siapakah orang kuat yang dikhabarkan telah menjadi punca dia terperuk dalam akademi ini. Soalan demi persoalan timbul di benaknya. Tapi satu pun tidak terjawab.
"Well...well...tengok siapa ada dekat sini?"tegur seseorang dari tepi.
Elok Kirana sedang ketawa, terus terdiam dia.
Ruby di sebelah ikut memalingkan kepala sebelum Nlnampak akan empat orang pelajar perempuan yang indah berbusana mahal lagikan cantik. Menyedari siapakah orang itu, dia mencebik bibir tetapi tidak berkata apa-apa.
Adriena yang berdiri membelakangkan mereka pula turut memusingkan badan. Lantas bertentang muka dengan seorang gadis berambut pendek pangkal leher dan mengenakan dress off shoulder warna krim lilac labuh ke bawah lengan pendek.
Datang dah!Miss Diva. Rasanya dekat setiap sekolah orang kaya pasti ada. Kalau dekat sekolah dia lama dan kena sound. Taubat terus!
"Aku ingatkan kau orang tahu perkataan apa itu malu untuk tidak masuk ke kelas ni lagi?"kata gadis yang sama.
"Sudah-sudah la tu Katrina...apa masalah kau ni?Tak puas lagi ke apa kau dah buat?"keluh Ruby dengan kening berkerut.
Gadis berambut pendek warna biru gelap itu berdengus mengejek saat menyilang tangan ke dada sebelum jalan perlahan menghampiri trio tersebut. "Aku takkan puas selagi puteri dari kepulauan mundur ni berhambus dari sini...kau fikir siapa je yang nakkan perempuan macam ni ke?"
Mengerenyet tak pasal-pasal tepi mata kirinya. Adriena berasa jengkel dengan kata-kata itu. Walaupun Ruby dan Kirana baru dikenalinya, tidak bermakna dia tidak akan turut terasa. Apa masalah perempuan ni?
Kirana tertunduk. Dia sembunyi sedikit di belakang badan Ruby kerana malu. Sedih dia datang bertamu apabila insiden dimana kain dressnya yang dipakai sewaktu kelas tempoh hari terkoyak di hadapan ramai pelajar lelaki. Walhal dia yakin waktu dia pakai dressnya tidak koyak pun. Habis terdedah terus seluar dalamnya di depan khalayak ramai. Malunya bukan kepalang.
Bila di siasat rupa-rupanya onar Katrina sendiri. Gadis itu yang mengerat potong kain dress tanpa dia sedari sewaktu mereka berkumpul sama menunggu giliran.
Sebelum Katrina sempat sampai, tiba-tiba hadapannya di hadang oleh seseorang yang indah mengenakan dress labuh cekak leher lengan panjang baby blue ketika itu. Matanya terus terarah pada wajah orang di hadapannya.
Sambil buat muka samsengnya, Adriena silangkan tangan ke dada dan berdiri melangit di hadapan Katrina. Nak cari gaduh biar dengan orang yang sama level!Jangan berani dekat orang yang lemah tapi kecut dengan orang yang kuat.
"Back off b*tch."arah Adriena dengan jelingan tajamnya.
"Siapa pulak kau ni?"soal Katrina dengan kening berkerut saat mematai Adriena dari atas ke bawah. Suka hati nak masuk campur.
Muncul seseorang di belakang Katrina. Seorang gadis berambut kerinting mungkin anak buah Katrina. Dia berdiri di situ lalu berbisik ke tepi telinga Katrina. "Ini adalah pelajar baru tu, Adriena Brooke."beritahunya.
Tanpa mengalihkan matanya dari Adriena, Katrina balas renungan itu dengan gigi diketap bengang. Haish!Ini ke orang yang sibuk dikatakan seluruh akademi ni?
"Rien...jangan buang masa dengan dia." pesan Ruby di belakang.
"Betul tu...biarkan je dia. Saya dah biasa pun."kata Kirana pula.
Tidak berganjak dari situ, Adriena kekal teguh menghadap Karina. "Not until she apologize."katanya dari balik ketapan gigi.
Dengusan mengejek lepas dari Katrina.
"Oh...kau la Budak yang lalu pintu belakang tu ya?Dengar ceritanya orang berpengaruh yang masukkan kau ke sini sampaikan pihak akademi tak boleh nak bantah?"sengih Katrina dengan sinis. "So?Berapa harga semalaman?"sindir dia selepas itu.
Kening Adriena berkerut sedikit, dia turunkan tangan yang bersilang di dada tadi ke bawah lepas dengar soalan itu. Apa dia?Harga?Ingat dirinya ini apa?
Perasan akan perubahan tingkahlaku Adriena, Katrina senyum mengejek.
"Kenapa?Salah ke apa aku cakap?Jangan risau...aku faham kau pun macam orang lain dekat sini...berebutkan taktah dan harta..so aku takkan judge..."seloroh Katrina sebelum ketawa jahat. Terpancar jelas reaksi puas hatinya selepas berkata begitu.
"Katrina...!Apa kau cakap ni!"marah Kirana pula. "Tak baik tahu tak tuduh Adriena macam tu."
"Kau diam!"ketap Katrina dengan bengis sambil menjegil mata. "Kau pun dua kali lima sama. Ingat sikit..kalau bukan sebab kau, teman lelaki aku masih bersama dengan aku..dasar perempuan miang."
Tidak sabar lagi dengan mulut lancang Katrina, Adriena tergerak hati mahu menampar. Betapa menyirapnya dia saat itu.
Share this novel