Farewell

Fantasy Completed 10714

Flashbacks

              "Kamu pasti tentang hal ni Adriena?"

               Dia mengangguk kepala.

              "Kamu tahu mungkin selepas ini Tristan akan lupa mengenai kamu?"

              "Semuanya untuk kebaikan dia."

              "Ayahanda akan berikan tandatangan tu. Dan seperti yang kamu minta, pembedahan ini adalah rahsia. Tristan takkan tahu semua ni. Apa dia tahu pembedahan ini akan dijalankan diluar negara buat sementara waktu. Dan soal hilang ingatan atau tidak dia jugak tak diberitahu. Ayah telah aturkan pengawal keselamatan untuk sepanjang masa Tristan di sana."

              "Terima kasih ayah."

               "Terima kasih kepada kamu juga kerana telah menemui mahkota dan cap mohor itu. Selepas ini dapat la ayah uruskan hal ramsi diraja dengan mahkamah diraja untuk tabalkan Tristan menjadi putera mahkota kerajaan ini dengan rasmi."

Dia tidak berkata apa-apa kerana sedang bersedih. Takut kalau dia bercakap dia akan menangis di situ.

            "Jangan la bersedih. Ianya adalah tanggungjawab kamu. Dan kamu sudahpun lakukan tugas kamu dengan baik. Walaupun kamu terpaksa berpisah dengan Tristan, semua ini demi kebaikan Tristan dan kita semua."

End of flashbacks

Tiga hari kemudian....

Keluar saja dari kereta, dia tidak berlengah lagi. Langkahnya di atur hendak masuk ke dalam bangunan. Membiarkan semua barang di dalam kenderaan itu.

Namun begitu apabila Tristan keluar dari seat belakang ,dia di sambut oleh dua orang rakan sebiliknya.

         "Mana dia?" tanya Tristan dengan tidak sabar kerana ingin menemui Adreina selepas ditahan wad selama tiga hari. Doktor kata dia tak boleh keluar hospital sebelum pemeriksaan sepenuhnya selesai. Nak tak nak dia kena ikutkan saja.

           "Ada dekat taman kau."beritahu mereka.

Tristan mengangguk kepala faham lalu bergerak ke kanan laluan untuk ke lokasi tersebut.

Keberangkatan itu diperhatikan oleh mereka di belakang. Mereka pandang dengan reaksi mendung di wajah. Sebabnya mereka tahu pertemuan itu adalah pertemuan terakhir sebelum Tristan jalani pembedahan nanti. Tidak lama selepas itu Stefan menyertai mereka dengan beg di tangan. Sama-sama berpandangan ke antara satu sama lain.

Tristan yang berjalan itu, melangkah seluasnya. Dia berfikir Adriena pasti merisaukan dia setelah menghilang tidak berkhabar selama berharinya. Dia mahu hubungi Adriena, tetapi tidak dapat berbuat demikian. Sesi rawatannya sering meletihkan dia hingga tertidur.

Jadi terpaksa la dia tahan diri dari menghubungi Adriena sehingga semuanya selesai. Dan dia pulang pun selepas doktor yang merawat dia beri ke benaran untuk keluar dari hospital gara-gara dia mendesak untuk temui Adriena. Hal ini kerana ada hal penting yang dia mahu sampaikan.

Lima minit perjalannya, Tristan tiba di taman bunga. Taman rahsia dimana dia pernah bawa Adriena ke situ. Dan kelibat gadis itu dapat dilihatnya sedang duduk sendirian di bangku tunduk membaca sesuatu.

Terusik melihat Adriena, hujung bibir Tristan terjungkit sedikit. Perlahan-lahan dia jalan dengan senyap mendekat dari belakang.

Adriena yang jenisnya tekun dan fokus ketika membaca langsung tidak sedar. Gadis itu telah khusyuk dengan bacaannya.Sehingga la sepasang tangan muncul dari belakang dan menekup kedua-dua mata dia secara mengejut.

          Tersentak Adriena sampaikan bukunya tergolek ke tepi bangku apabila dia lepaskan ia untuk pegang tangan yang ada di matanya. "Siapa?" soalnya dengan lekas.

Sambil tersenyum, Tristan tunduk ke tepi muka Adriena lantas memberi satu kucupan di pipi itu.

           "Aku."

           Sambil pegang, tangan itu diturunkan dari wajahnya sebelum Adriena palingkan kepala ke kanannya. Melihat Tristan di situ, secara automatik Adriena bangun dan tarik lelaki itu ke dalam pelukan. "Awak dah balik!" dakapnya dengan erat sampai perlu mengjengket.

Tawa kecil lepas dari Tristan apabila suka melihat reaksi Adriena.

            "Hai Bunny." sapanya sambil melingkarkan tangan ke sekeliling belakang badan itu dengan erat. Leher itu dikucup dengan lembut.

Hampir mahu menangis di situ, Adriena pejam mata sambil mengetap bibir menahan diri.

            "Aku rindukan kau Adriena.." ucap Tristan saat menjarakkan diri mereka hanya untuk pegang kedua-dua belah kepala itu. Di bawa dekat muka Adriena ke depan matanya. Lalu ditatap buat seketika.

              Tangan Adriena kemudiannya naik memegang tangan Tristan saat dia sandarkan pipi pada tapak tangan itu. "Saya pun."balasnya dengan sebak.

              "Kau tahu...sepanjang aku dekat hospital. Aku terfikir...mungkin aku patut lupakan semua ni dan teruskan hidup aku tanpa melibatkan diri dari hal diraja ni.." beritahu Tristan.

Kening Adriena berkerut. Dia buat muka tidak mengerti.

                "Apa maksud awak?"

                Tristan tersenyum sedih. Dia terkilan dengan hidupnya. Kenapa la setiap kali dia mahu bahagia, kebahagiaan itu akan dirampas dari dia. "Aku sakit. Dan perlu dibedah dengan serta merta. Aku dapat keluar pun sebab aku nak beritahu hal ni secara berdepan dengan kau."

Air mata yang mengancam dia mahu mengalir akhirnya bergenangan di kelopak mata. Adriena ketap giginya dengan erat.

              "Aku fikir lepas aku dibedah. Aku akan pilih untuk hidup seperti orang biasa. Tentang taktah ni, aku dah tak peduli lagi. Kita habiskan belajar sama kemudian bina jalan hidup sendiri. Jadi jangan la menangis. Aku tak pergi lama pun. Selesai pembedahan tu, aku jumpa kau." beritahu Tristan sambil mengusap pipi Adriena dengan ibu jarinya.

            Masa inilah Adriena menangis semahunya. Dia sembamkam mukanya ke dada Tristan dan lingkarkan tangan ke sekeliling leher itu mencari kekuatan. Betapa tersentuhnya dia bila Tristan berkata begitu. Sampai sanggup tinggalkan semuanya demi dia. Sedangkan amanah yang diberikan kepada dia adalah untuk pelihara kedaulatan kerajaan Everlon ini. "Okay...."angguknya dalam keterpaksaan.

           Sambil tersenyum, Tristan bawa muka Adriena ke depannya semula. Bila dipandang, wajah Adriena sudah basah dengan air mata dan kemerahan. "Sayang sangat ke kau dekat aku sampai menangis macam ni?" tanya dia saat menyeka air mata dari pipi itu.

          Mesti la sayang. Tristan adalah rakan baik yang membesar sama dengan dia sewaktu kecil. Dan seingat dia, rantai yang terkalung dilehernya saat ini beritahu dia sejak awal lagi dia milik Tristan. Tapi dia tak dapat beritahu hal itu. Sebab dia tahu, ada rantai ini atau tidak,Tristan kenal dia sebagai Adriena sekarang bukan dulu atau kemudian.
"Mestilah saya sedih..." sedunya dengan sedih.

          "Sini biar aku ambil sedih tu.."minta Tristan saat sondongkan kepalanya dan tunduk mendekat ke wajah Adriena. Sambil tu dia tersenyum handsome padanya.

Adriena pandang Tristan sehingga la bibir lelaki itu hinggap mengatup bibirnya dengan lembut. Masa itula matanya terpejam dan air mata mengalir dari tepi pipinya. Dia balas kucupan itu dengan menarik Tristan rapat padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience