Flashbacks

Air muka Ronan berubah menjadi keruh. Abang itu memandang dia dengan renungan tidak puas hati. "Kenapa mesti ungkit Tristan?Memangnya dia je yang ada depan mata kau tu?"
"Apa ni...Abang Ronan buat Riena takutlah..mari la kita balik ke naik ke dek semulaRiena tak pandai berenang."
"Tak...kau ajak aku kan..kenapa nak balik pulak?"renungan Ronan mencerun. "Kan aku dah tanya awal-awal dengan kau tadi...tak apa ke kalau ajak aku sekali?Kau jawab tak apa kan?Sekarang kenapa ubah fikiran pulak?"
Dia yang ketika itu sudah kecut perut yang lain macam pandang Ronan dengan takut. Dia tak suka perasaan takut ini. Rasa seperti dirinya akan dalam bahaya. "Kenapa Abang Ronan ni?"
"Kenapa dengan aku?Kau tanya aku kenapa?Kau yang timbulkan nama Tristan dan buatkan aku jengkel. Elok sangat la Budak tu pergi...biar dia mampus dengan mak bapak dia sendiri!"
"Hah?"nganganya dengan reaksi tergamam.
"Terkejut?Tak payah nak terkejut sangat me. Ya...Raja Zane, Permaisuri Aryana dan Tristan kesayangan kau tu dalam bahaya sekarang. Bila-bila masa je dia orang akan mati...dan sementara kau...dekat sini dengan aku..kalau kau jatuh ke dalam tasik ni..tak ada siapa peduli sebab kau bukan sesiapa."
Berdengung telinga dia bila mendengar perkataan mata itu.Dadanya menjadi sesak dan sebu. "Riena tak faham la...kenapa Abang Ronan cakap macam tu?"
Ronan menarik sengih mengejek. Rasa menyampah dan fed up untuk berpura-pura baik dan mesra lagi dihadapan Adriena.
"Beritahu aku...dekat mana mahkota dan cap mohor yang Permaisuri Aryana dah rahsiakan tu?"
Dia menggeleng kepala enggan. Tidak mahu memberitahu hal itu kerana dia sudah berjanji pada Bonda Aryana untuk tidak memberitahu sesiapa kecuali Tristan. Sambil jalan undur ke belakang sampan itu, dengan takut dia pandang wajah Ronan.
"Tak...saya tak tahu.."gelengnya.
"Tipu. Beritahu aku Riena. Aku janji aku akan jaga kau baik-baik lepas ni. Lebih baik dari Tristan dan Raja Zane. Jadi beritahu aku dekat mana mahkota tu."
Mendengar soalan itu, dia terbayang akan ruangan rahsia dimana Bonda Aryana telah bawa tidak lama dahulu. Bilik yang menyimpan mahkota pertabalan dan cap mohor diraja Everlon. Dia ingat dan tersemat rapi dimanakah kedudukan ruangan itu.
"Saya tak boleh beritahu tentang hal tu."undurnya lagi hingga tidak sedar yang dirinya sudah berada di hujung sampan. Dan apabila dia sedar mengenainya, segalanya sudah terlewat. Kerana pada waktu itu dia hilang keseimbangan lantas jatuh ke belakang dan masuk ke dalam air tasik itu sebelum tenggelam.
Ronan di atas sampan itu berdiri sekejap memerhatikan Adriena tenggelam dalam tasik tersebut. Setelah beberapa saat berlalu baru la dia terjun ke dalam tasik itu dan menjerit meminta tolong sekuat hatinya seakan dia pun mangsa keadaan tersebut!
End of flashbacks
Bersama renungan dingin, jari jemarinya mengerlus lembut rambut yang menutupi dahi itu. Helaian yang jatuh pada kening di ketepikan dengan hujung jari. Sejak sesi tempoh hari, otaknya tidak henti-henti dari memproses data yang ada.
Seakan seperti modem maklumat.
Satu persatu maklumat disalurkan dalam otaknya menyampaikan ingatan dan imej yang pernah dia lihat sebelumnya. Selama tiga hari menjalani proses terapi mengembalikan ingatannya, kepalanya umpama mahu meledak!
Rasanya dia tahu kenapa Tuhan takdirkan dia untuk hilang ingatan 10 tahun yang lalu!
Sebabnya kalau dia ingat semua tu, rasanya dia hanya akan bawa masalah kepada orang lain, terutama sekali terhadap Tristan dan keluarganya.
Adriena tunduk lantas mengucup dahi hangat itu perlahan-lahan. "Maafkan saya Tristan."ucapnya sambil tu.
Dengkuran lembut kedengaran dari Tristan yang sedang terlena di atas katil selepas makan dan mengambil ubat untuk sakitnya sebentar tadi. Sambil tu, tangan dia kekal menepuk dada itu mahu mendodoi.
Sudah 20 minit sejak Tristan terlena, Adriena sikit pun tidak berganjak dari katil itu. Dia termenung di atas katil itu memerhatikan wajah tenang Tristan tidur. Teringat dia pada kata-kata Peter Parker dalam cerita spiderman.
With great power comes great responsibility.
Siapa kata bila pegang sesuatu kuasa dan jawatan tu, hidup akan tenang?
Mengarut!
Masa begini la cabaran dan tekanan tu akan mendesak! Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kalau buat itu masalah, kalau buat ini orang lain yang susah!
Mungkin sebab inilah ayah dia ambil keputusan untuk lepaskan Tristan supaya ayah dia dapat selamatkan kedua-dua mereka.
Share this novel