Seminggu kemudian...
Tampalan hasil karya kelihatan penuh di dinding kelas dan papan carta. Hiasan pula buatkan kelas itu begitu ceria dengan warna warninya. Selain itu terdapat juga papan dimana gambar-gambar bekas pelajar yang pernah mengambil kelas seni di akademi itu.
Alunan lagu lembut dari Mozart mengiringi aktiviti di kelas pada hari itu. Buatkan pelajar-pelajar cilik di situ focus dan tekun mengerjakan tugasan mereka. Iaitu melakar gambar sebuah pasu yang diletak beberapa jambangan bunga di dalamnya.
Cabarannya ialah ton kan lukisan itu dengan warna panas.
"Teacher!Saya tak ada warna merah!!"
"Jangan conteng kanvas kamu Jody! one minute Lily."
Kawasan dalam kelas seni pada hari itu sibuk seperti biasa. 15 orang pelajar yang memenuhi ruangan itu sedang menjalani sesi latihan lukisan.
Di tengah ruang kelihatan Adriena sedang memberi tunjuk ajar kepada pelajar berusia 10 tahun di situ. Selesai bantu buat garisan basic pada kanvas baru la dia gerak ke tempat dimana pelajarnya perlukan bantuannya.
Baru sahaja dia hendak dapatkan pelajarnya itu, tiba-tiba pintu kaca kelas itu terbuka ke dalam. Seorang wanita berapron yang kotor dengan kesan tanah liat yang membukanya.
"Riena...Ada orang cari awak la." maklum wanita itu.
Adriena yang baru berdiri di tepi pelajarnya palingkan kepala. Dia pandang ke guru seni tanah liat itu.
"Siapa orang tu, Tini?"tanya dia sambil tunduk mencapai bekas warna air di situ.
Wanita itu beri laluan, dia anjak ke tepi sambil palingkan kepala. Sebaik dia aju tangan ke dalam, seorang lelaki bersut berjalan masuk ke situ. "Ini orangnya...nama dia Stefan."
Kaku Adriena bila lihat lelaki lampai tersebut berdiri memandangnya.
"Hai.."senyum Stefan dengan nipis kepada gadis bersanggul malas itu. Dia tidak dapat pandang lama kerana berasa serba salah.
Dalam-dalam Adriena menarik nafasnya sebelum di hembus panjang. Apapulak kali ni!?Dia pandang wajah kacak itu dengan perasaan terkilannya. "Hai..."balasnya perlahan.
Dua buah mug di hidangkan hadapan Stefan sebelum dia duduk berhadapan dengan lelaki itu dalam ruang pejabatnya. Seusai dia selesakan diri di situ, Adriena pandang Stefan tanpa berkata apa-apa. Dia mahu mendengar alasan Stefan dulu kenapa lelaki itu boleh menemui dia di sini. Tristan ke yang hantar?
"Kau apa khabar?"tanya Stefan pemula bicara.
Diam.
Mata Stefan gerak memandang wajah kosong tanpa ekspresi Adriena apabila gadis itu diam tidak membalas pertanyaan dia. "Sorry kalau aku ganggu masa bekerja kau..."tangan yang berada di bawah meja itu tidak dapat duduk diam. Asyik bergerak hendak lakukan sesuatu sahaja.
"Ada apa ni?"tanya Adriena bernada mendatar. "Kalau awak ada apa-apa nak beritahu cakap cepat..saya ada kelas.."
Stefan mengetap bibir buat sesaat sambil membuat muka berbelah bahagi. Dia tak tahu hendak mula dari mana. Dia takut kalau Adriena tahu segalanya, gadis ini pasti akan membencikan dia! "Tristan yang minta aku siasat keberadaan kau...sebab itu aku ke sini...."
"So?"Tristan cari dia?Untuk apa?Adriena sedaya upaya mengawal reaksi di wajahnya supaya tidak kelihatan teruja sedangkan dalam hati hanya dia saja yang tahu betapa seronok dia rasai!
"Sebab dia dah tahu semuanya."lafaz Stefan dengan nada berserahnya dan mata terpejam seketika.
Bagai mahu luruh jantung dia dek kata-kata itu. Air muka Adriena jatuh kepada terkejut beruk yang amat sangat. Matanya terbutang luas dan keningnya terangkat tinggi. "Dia apa?"soalnya semula.
Bila Stefan membuka mata, dia terus pandang Adriena."Aku dah ceritakan segalanya dekat dia. Maafkan aku Adriena...aku tak boleh nak diamkan diri terus pada hari Tristan hendak jalani pembedahan. Jadi aku ceritakan segalanya sebab aku ingatkan dia akan hilang ingatan kerana pembedahan tu...tapi tak...sebaliknya pula yang terjadi."sambung dia.
Mulut Adriena terbuka sedikit kerana dia terkedu sampai tidak terkata. Dadanya menjadi sesak dan sebu kerana rasa takut dan marah menjalar dalam segenap tubuh dia pada masa yang sama.
"Apa awak dah buat Stefan?"soalnya terketar-ketar menahan sabar dan dari menangis. Kalau macam tu itu maksudnya Tristan, lelaki tu -
"Ya...Tristan tak hilang ingatan sebaliknya dia telah mengingati semuanya semula. Termasuk diri kau.. Alasan kenapa dia tak kembali ke sini selepas pembedahan adalah kerana dia marahkan kau..sebab kau rahsiakan kenyataan kau adalah Budak perempuan yang Tristan cari selama ini. Jadi dia hokum kau dengan cara ni.."
Mata Adriena tergerak ke mug yang berisi kopi panas di depan Stefan waktu itu. Ingin saja dia simbah air itu ke muka itu. "Yang awak beritahu tu kenapa?"
"Aku terpaksa okay...aku tak sanggup biarkan Tristan tergantung tanpa tali dan tak tahu apa-apa tentang apa yang kau dah buat demi dia..."
"Saya tak perlukan penghargaan!Awak tahu tak apa awak dah buat!Patut la Tristan buat tak hiraukan saya masa kami berjumpa!Sebab dia marahkan saya...dan semua ni salah awak!"meja itu di pukul Adriena dengan kuat sampai terpercik keluar kopi dari mug Adriena. "Saya bagai nak gila tunggu dia!Hidup-hidup saya fikir dia tak ingat pada saya...rupanya awak-"
Stefan tundukkan matanya ke lantai. Tidak berani hendak berhadapan dengan Adriena yang kelihatan begitu marah sekali padanya.
Bersama muka cemasnya, Adriena pandang kanan dan kiri sambil menguak rambut yang jatuh di sekitar dahi dan tepi pipinya. Cuba hilangkan rasa sesak dan rimas yang dirasai gara-gara berita terkejut itu.
"Dia dah dapat lukisan yang kau buatkan tu...jadi dia minta aku bawa kau jumpa dia..memandangkan kau sendiri tak nak bukak mulut untuk mintak maaf pada dia dulu..."beritahu Stefan.
Menjegil bulat mata Adriena bila dengar.
Buang tebiat apa!
Gila betul!
"Memang tak la saya nak pergi...kang kepala saya dengan dia pancung macam mana!" Dah la Tristan kalau marah menakutkan orang! Tak naklah!
"Tapi Adriena, kau ke-"
"NO!"tegas Adriena lagi. "Semua ni salah awak. Awak settle kan semua ni! Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya buat semua ni. Maybe awak akan dengar, tapi Tristan...tak!Belum sempat saya nak jelaskan, kepala saya dah tertanggal dari kepala ni..."geleng dia laju-laju.
"Please Adriena...dia sendiri marahkan aku..inikan lagi kau...jumpa dia sekali ni je!"
Adriena bangun dari situ. "Tak...saya tak nak jumpa dia. Titik!"apa dia nak jawab pada Tristan nanti kalau lelaki tu tanya kenapa dia rahsiakan akan siapa idetiti dia selama ni dari lelaki tu. Naya nak menjawabnya pula nanti.
Stefan bangun apabila Adriena sudahpun berjalan keluar dari tempat itu meninggalkan Stefan yang terpinga-pinga bingung tidak tabu!
"Adriena!"
Share this novel