Flashbacks
Semua yang ada di situ pandang ke gadis yang berdiri di hadapan mereka. Sikit pun tiada yang bersuara. Kerana ketua mereka sudah sedia maklum kepada mereka awal sebelum perjumpaan rahsia itu diadakan dalam bilik tersembunyi mereka.
Biasanya bilik itu khas untuk mereka dan Tristan sahaja. Namun kini semuanya berubah apabila mereka dapat tahu siapakh gadis di hadapan mereka ini.
"Terima kasih sebab sudi hadirkan diri ke sini..."ucap Adriena sebagai pemula di situ.
Stefan berdiri dengan tangan di belakang badan menghadap mereka semua di situ. Lagak seperti ketua komando peperangan.
"Seperti yang telah dimaklumkan oleh Stefan, awak semua di sini adalah yang terdiri dari pada anak-anak dari pahlawan diraja yang dulu pernah berbakti buat Raja Zane namun di lucutkan jawatan dan paling teruk di hapuskan..."Adriena pandang setiap wajah mereka di situ satu persatu.
"So?"soal seorang dari mereka.
Sambil tersenyum manis, Adriena kerutkan hidungnya dengan manja. "Jangan la garang sangat. Kita ni sekutu. Niat kita adalah sama. Iaitu bangunkan semula kerajaan yang digulingkan."
"Memangnya macam mana? Kita ini hanya la anak muda dari keluarga yang teraniaya...ayah ibu dan saudara kami menjadi korban kerana pemerintahan raja jahanam."
"Siapa yang sudi nak percayakan kata kami?"
"Tak bermakna kita lemah..."pintas Adriena sewaktu mereka semua di situ mula hendak suarakan apa yang terbuku di hati. " Di dalam badan awak semua mengalirnya darah pahlawan. Maka jangan sia-siakannya."
"Apa yang kau nak kita orang lakukan?" sampuk seorang yang paling diam sejak tadi.
Terus Adriena palingkan kepala memandang pelajar lelaki itu. Dia tersenyum kepada pelajar lelaki itu sebelum berkata.
"Kita akan mulakan gerakkan rahsia. Pelan kita adalah untuk cetuskan provokasi kepada mereka yang sebelum ini menyokong Raja Zane. Caranya ialah, tampal poster, sebarkan risalah dan apa sahaja yang membabitkan kebangkitan kerajaan lama. Apa-apa saja yang mengatakan bahawa pewaris sah adalah Putera Mahkota Tristan Zane..."beritahu Adriena dengan tangan bersilang di dada penuh keyakinan.
"Dekat semua tempat?"
"Selain tampal poster apa lagi kita boleh buat?Tempat dan bandar ni terlalu luas untuk di conquer dalam satu masa."
"Tak boleh ke kita godam dan post semua tu dalam media sosial..kan lebih senang."
"Boleh je...tapi nak lagi seronok kita buat cara lama. Baru la challenging. Lagipun cara macam ni takkan ada yang kesan. Dan tak ada siapa yang tahu dari siapa dan asalnya...."
"Bila nak mulakan?"
"Secepat mungkin...semua tu kita akan gunakan tangan. Dan lepaa siap. Saya nak awak semua mulakan operasi tu di waktu malam. Waktu dimana semua orang tertidur dan leka."
End of flashbacks
Helaian muka surat yang seterusnya diselak apabila dia selesai membaca. Sambil tu dia capai bekas minuman yang dia seludup masuk ke dalam perpustakaan tadi. Malas hendak luangkan masa di kafeteria punya pasal la ni!
Adriena melepak di perpustakaan tersebut sewaktu pelajar lain makan tengah hari di dewan makan.
Sendirian di situ, dia bersila dekat tepi rak sambil sandar membaca buku yang terbuka luas atas silaannya.
Punyalah dia khusyuk membaca, sampaikan ada yang mendekat pun tidak perasan.
Orang itu jalan dengan senyap ke sisi rak itu sebelum bercangkung di tepi Adriena. Dia jengukkan kepala sedikit hendak biarkan dirinya dilihat oleh Adriena. Namun Adriena tetap juga tidak perasan. Gadis itu begitu tenggelam dengan bacaannya.
"Apa yang kau bacakan tu hah?" tegur Tristan sambil duduk merapat ke Adriena. Menghadap gadis itu
Adriena buat tidak hirau. Dia hanya kedipkan mata bila jarinya mengupas helaian muka surat buku itu. Hairan sungguh dia pada Tristan ini. Lelaki itu seperti tahu-tahu je dia di sini. Nanti kalau dia terpisah dengan Tristan, macam mana? Tak ke susah?
Tristan berkerut kening, dia buat muka geramnya bila dirinya tidak dipedulikan. Dah la bukan main lagi susah hendak menemui gadis ni. Boleh pulak Adriena tidak hiraukan dirinya. Seharian dia cuba cari kelibat Adriena. Baru tengah hari ni dapat jumpa. Itupun kalau bukan Ruby dan Kirana yang beritahu.
"Hei...apa ni. Kau dengar tak..." tegurnya sambil tarik pinggang Adriena ke celah kaki dan merapatkan tubuh itu supaya sandar padanya setelah dia ikut duduk di situ.
Tindakan itu sayangnya sikit pun tidak buatkan Adriena terkutik. Gadis itu malah bersahaja dan tekun membaca butiran di situ. Saja nak test tahap kesabaran Tristan walaupun dia tahu bagaimana sikap Tristan bila lelaki itu lontar tantrum.
"Riena..."rengek Tristan dengan perlahan sambil menyembamkan wajahnya ke ceruk leher Adriena dan mengesel-gesel mukanya pada kulit lehernya beberapa kali. "Reply me bunny.."
Adriena melepaskan keluhan kejengkelan.
"Nak apa?"rungutnya sedikit keras sewaktu palingkan kepala ke Tristan yang memeluk erat sekeliling belakang badan dan pinggangnya.
Tristan mengangkat kepalanya dari lehernya lalu menarik sengih menggodanya. "Nak kau la."
Bila wajah itu begitu hampir dengannya, Adriena terpaku seketika apabila melihat kesan parut terbelah di kening Tristan. "Saya tengah membaca ni...tak boleh ke dalam sehari tu awak jangan cari saya?"bisiknya.
Tristan melepaskan hela nafas melalui hidungnya, buatkan deru nafas itu menyapa wajah Adriena. "Tak boleh." jawabnya. "Memangnya kenapa?Kau selalu mengelak dari aku?"
Haih!Adriena menjuling mata kejengkelan. Ditanya lagi! Ya,Sebab Tristan buat dia hilang fokus dan tak tenteram la. Setiap pergerakan, tutur kata dan sentuhan lelaki ni akan buatkan otak library dia bersepah! " Sebab saya suka la."
"Apa dia?Kau suka mengelak dari aku?" tanya Tristan sambil cuit pinggang tu. "Ulang balik."
Adriena ketawa tanpa suara sewaktu menahan rasa geli yang dirasai pada pinggangnya. "Tak payahlah!"tangan tu di tolak dari pinggangnya.
Senyuman lebar terukir di bibir itu. Tristan ikut ketawa bila tengok muka Adriena kemerahan menahan ketawa dari meledak. "Apa?Ulang balik...lepas ni nak elak dari aku lagi tak?" geleteknya tanpa henti.
"Nak." balas Adriena yang bergelut di kekangan Tristan bersama nafas naik turun kerana mengah ketawa tanpa suara.
"Ni yang nak marah ni!"Tristan berhenti dari menggeletek Adriena serta merta sewaktu tangannya sebelah lagi pegang tepi kepala Adriena dari belakang lalu di bawa dekat kepadanya.
Bersama dengan senyuman di bibir, Adriena pandang wajah Tristan pada masa itu sebelum bibirnya dipagut lembut dengan lelaki itu.
Tristan memejam matanya saat mendalamkan kucupan di bibir Adriena. Tangan yang tadi ada di bahu terus turun jatuh ke tangan Adriena yang sedang memegang buku. Lalu jari itu diramas lembut.
Adriena tidak melawan. Dia tersenyum nakal dari balik kucupan itu. Dan teringat dengan apa yang Tristan pernah lakukan kepadanya, dia buka bibirnya lantas menggigit bibir bawah itu.
"Auw!" aduh Tristan sesaat kemudian.
Sambil ketawa Adriena pegang tepi kepala Tristan supaya lelaki itu tidak berganjak sebab dia tak habis lagi. Giginya di ketap sedikit kuat pada bibir bawah itu.
Tristan pejam mata seeratnya sambil pegang bahu Adriena mahu menolak gadis itu menjauh darinya. "Stop it!Sakitlah!"
Barulah Adriena lepas, dia jauhkan kepalanya dari Tristan. Memandang muka menahan kesakitan itu dengan senyuman senang penuh kemenangan."Rasakan...baru awak tahu apa saya rasa."
"What the hell!" sungut Tristan sambil pegang bibirnya yang berdenyut sakit dek digigit Adriena. Dia pandang Adriena dengan kening mencerlung dan dada senak kerana sakitnya.
"Dah duduk diam-diam. Bagi saya habis baca buku ni dulu." pesan Adriena yang tidak peduli untuk memeriksa keadaan Tristan itu. Dia ada perkara penting yang perlu di fikirkan saat itu!
Tristan luku main-main kepala Adriena menghilangkan rasa geramnya setelah itu, sebelum melingkarkan tangan ke sekeliling Adriena dan ikut sandar pada rak. Elok niat dia mahu baca sama, sekali tu terlelap sendiri di bahu Adriena.
Duduklah mereka di situ berduaan tidak diganggu sepanjang waktu sejam rehat itu.
Share this novel