Pintu kelas di tolak ke dalam.
Adriena berjalan masuk ke dalam dengan perasaan berdebar di dada. Dapat dia agak apa yang akan menimpa dirinya sebentar lagi memandangkan dia lewat 20 minit ke kelas Mr.Winter.
Mungkin lelaki perenggus berwajah serius itu akan menghamun dia.
Klik!
Pintu di belakangnya di tutup semula. Sewaktu pandang ke depan kelas dimana lelaki berkemeja hitam dan bercermin mata sedang berdiri.
"Maaf saya lewat."ucap Adriena dengan kening berkerut susah hati. Dia bertentang mata dengan Mr. Winter.
Bukan sekadar lelaki itu bahkan seluruh ahli kelas di situ palingkan kepala memandang Adriena seakan gadis itu rusa masuk kampung.
Pelajar perempuan yang ada di dalam kelas mulai membuat anggapan sendiri. Disebabkan mereka tahu betapa disiplinnya Sir Winter mereka, sah-sah Adriena akan di maki oleh lelaki itu. Mereka masak dengan perangai Sir Winter yang susah sekali hendak bermesra dengan pelajar akademi terutama sekali student perempuan. Paling jarang mereka lihat lelaki itu berkata elok atau beramah mesra dengan mereka.
Walaupun begitu, Sir Winter tetap menjadi kegemaran mereka di dalam akademi ini lagi-lagi pelajar perempuan sebab mereka tahu Sir Winter adalah bakal pewaris taktah Everlon yang sibuk diperkatakan sejak mangkatnya mendiang raja dan permaisuri sulung sebelumnya. Jadi makin tergila-gila la mereka mahu dapatkan perhatian dari lelaki itu. Yalah mana tahu one day mereka menjadi permaisuri buat kerajaan Everlon.
Ronan mencekak pinggang. Lelaki itu pandang Adriena dengan reaksi menahan sabarnya. Sebenarnya mahu saja dia mengamuk dekat situ sebab hatinya sedang sakit sejak pertemuan dengan Tristan semalam. Sepupu dia berani-berani hendak ambil Adriena sedangkan dia yang ada hati pada gadis ini terlebih dahulu.
"Ke mana awak pergi Adriena?"soalnya selepas itu. "Baru sekarang nak hadirkan diri?"
Adriena mengetap bibir, dia dilemma. Nak jawab apa pulak ni?Kang kalau cakap dia keluar dengan Tristan ke taman rahsia, tak ke lubang kubur dia berakhir nanti? Nak ngelat lelaki depannya ini mesti la tak percaya. Bukannya lelaki ni tak tahu bahawa dia ni ulat buku dan seorang yang rajin bangun awal. Masakan tidak dulu dia suka bangun awal semata hendak lawat kedai buku milik lelaki ni.
"Maaf sir...saya terlajak tidur."tipu Adriena mahu tak mahu.
"Terlajak tidur?"ulang Ronan kedengaran tidak yakin dengan jawapan itu.
Adriena mengangguk. "Ya."
Ruby yang berada di tempat duduk belakang sejak tadi perhatikan Adriena dengan wajah resah dan kening berkerutnya. Takutnya masih tersisa. Imej dimana Tristan naik angin berlegar-legar dalam ingatan.
"Kalau macam tu baik kamu tak payah datang terus ke kelas saya....tidur saja. Memangnya kamu datang ke sini bukan untuk belajar tetapi tidur."ujar Ronan dengan sinis.
Adriena menundukkan kepala ke bawah. Tidak melawan kata itu. Malah dalam diam mengutuk akan Tristan. Gara-gara lelaki tu la dia dimarahi. Isy!
Perasan akan perubahan air muka Adriena sebaik dia marah, Ronan di hurung rasa serba salah. Yalah. Kalau dia tak marah Adriena pelajar lain mesti akan pelik. Jadi terpaksa la dia membebel. Kalau boleh dia tidak mahu berkata kasar pada Adriena.
"Awak dengar tak ni Adriena?"
"Dengar."rajuk Adriena tanpa memandang Ronan kerana malu dan serba salah. Dia gigit bawah bibir sambil berkerut kening. Pandangan mata terarah pada kasut berkilat di kakinya.
Pelajar perempuan yang ada di situ masing-masing tarik sengih puas hati taktala Adriena di marahi. Baru padan muka Adriena. Ingat masuk sini senang-senang je dapat perhatian?Konon la orang berpengaruh yang bawa Adriena masuk ke sini? Dengan Sir Winter mereka tiada layanan istimewa yang Adriena akan terima!Senyap-senyap mereka tertawakan Adriena.
"Berdiri di tepi kelas. Selesai kelas pada hari ni temui saya di pejabat.!"arah Ronan bernada marah tidak suka yang dibuat-buat sebelum berpaling menghadap blackboard semula.
Tanpa berkata apa-apa, dengan patuh Adriena gerak ke tepi kelas lalu berdiri di situ. Tiba saja di situ dia tunduk memandang ke lantai. Termenung mengenangkan Ardini dan guru di sekolah lamanya. Kalau la mereka ada pasti hari dia ceria. Tak macam dekat situ.
"Kamu menungkan apa lagi, beri perhatian kepada saya Adriena."tegur Ronan lagi.
Tersentak mendengarnya, kepala Adriena tegak memandang ke depan kelas. Dia terpandang akan Ronan yang ketika itu sedang pegang kapur pada papan hitam di situ tetapi memusing kepala ke arahnya. Terkebil dia sekejap. Kenapa la lelaki tu serius sangat?Dekat kedai buku okay je!
Share this novel