Flashbacks

Beberapa bulan yang lalu...
Kedai Buku Mr.Winter
Perkataan itu dibaca beberapa kali sewaktu berdiri dekat luar kedai tersebut. Hairan sungguh dia.
Banyak-banyak perkara dan benda dalam dunia ini, kedai buku juga yang dibuka? Memangnya dah tak ada benda lain apa nak dibuat?
Tanpa berlengah langkahnya di atur masuk ke dalam. Serta merta bau buku menerawang masuk ke rongga deria hidunya. Pandang saja la dimana-mana sudut kedai itu, semuanya dipenuhi dengan buku. Dinding ke lantai lagikan kabinet dan rak yang ada di situ terisi dengan buku.
Sudah tak ubah seperti gedung buku.
"Mr.Winter?"tegur suara lembut dari celah rak di situ. "Boleh tolong saya sekejap?"
Telinganya bergerak dek suara itu. Tertarik ingin tahu siapakah pemiliknya, terus di jengah kepala ke celah lorong rak di hadapan laluan itu.
Dan bila dia jenguk ke tepi rak, dia nampak kelibat sepupunya sedang berdiri di samping seorang gadis.
"Buku sebelah kanan tu...tulang belakang dia warna biru."gadis itu tunjuk saat dongak ke atas tak buku yang paling atas sekali.
Dia lihat sepupunya dengan patuh hulur tangan mendapatkan buku tersebut. Setelah dicapai, buku itu di serahkan ke gadis tadi.
Gadis bermafela biru itu tersenyum senang saat tunduk memandang buku.
"Terima kasih."ucap gadis itu dengan mesra sebelum berpaling ke arah meja dan duduk di kerusi untuk baca buku itu.
Masa itula dia nampak dengan jelas muka gadis tersebut. Buat sesaat jantungnya seakan berhenti dari berdetak. Tidak tahu kenapa tanpa dapat di kawal dia tersenyum sendiri bila lihat gadis itu begitu teruja melihat buku tersebut.
Mungkin dia sudah terpana akan gadis itu.
Namun begitu, apabila dia kerling semula ke sepupunya tadi, sengihnya terus jatuh. Di situ sepupunya berdiri sambil memerhati dengan senyap akan gadis tersebut. Dari pandangan mata itu cukup jelas memberitahu dia sebab dan alasan kenapa sepupunya memilih untuk buang masa di kedai buku bukan dalam istana sana.
Semua ini kerana gadis tu.
Sepupunya itu ada hati pada gadis ulat buku ini.
Suka ya?
Heh!
Hujung bibir dia terangkat sinis. Pada masa inilah mentol idea muncul di dalam kepalanya.
End of flashbacks
Keting!
Keting!
Keting!
Berkali-kali hujung pisau itu di ketuk pada permukaan gelas berkaki hingga menghasilkan bunyi yang menjengkelkan sekali. Sampaikan yang nak makan pun tak jadi.
Ronan meletakkan pisau dan garpu di dalam pinggan kerana give up dari makannya. Dengan perasaan geram berbuku di dada, pandangannya di lempar ke arah adik sepupunya di hujung meja.
"Free pulak kau hari ni?Tak ke kedai buku ke hari ni?"tanya Tristan dengan nada memerlinya."Jarang kau dekat sini lepas habis kelas. Biasanya kau pergi lawat kedai buku kegemaran kau tu...kan Sir Ronan Winter."
Elok pisau dan garpu itu bergerak mengerat makanan, ia terhenti seketika.
"Kau nak apa ni Tristan?"keluh Ronan.
Tristan diam termenung memandang gelas yang dia ketuk pada permukaan kaca itu. Saja nak jengkelkan Ronan sebab lelaki itu dengan tak tahu malunya makan di hadapan dia seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kalau dia sendiri jadi Ronan, memang tak la nak berani angkat muka!
Hela nafas panjang lepas dari hidung Ronan sewaktu dia gerak sandar ke kerusi. Bersama renungan kesal mengalahnya dia bertanya. "Apa kau nak dari aku sebenarnya ni...cuba beritahu aku?Apa lagi yang kau nakkan?Tak cukup ke dengan permintaan kau untuk bawa masuk Adriena ke akademi?" keningnya berkerut tidak puas hati.
"Kau marah?"soal Tristan dengan sinis.
Nada jengkel Ronan buatkan dia berdengus kecil kerana mahu ketawa. "Kau tahu dalam situasi sekarang aku yang patut marah pada kau, kaum kerabat tak guna kau tu?"
"Berapa kali aku nak beritahu kau ni? Keluarga aku tak ada kena mengena dengan kemalangan yang menimpa mendiang raja dan permaisuri sulung? Boleh tak berhenti tuduh kita orang?"pandang Ronan dengan perasaan tak percaya dan bengang dia ke Tristan. Letih la nak jelaskan semua ni berulang kali.
Tidak semena gelas berkaki milik Tristan jatuh terhempas ke lantai hingga pecah apabila ia di campak olehnya kerana berang.
Para dayang dan pengawal yang berjaga dalam ruang makan istana itu tersentak mengedipkan mata. Tapi tidak Ronan. Lelaki itu tegak bersandar pada kerusi sambil mematai Tristan.
Bersama kepalan penumbuk di tangan, dada naik turun kencang dan kening mencerlung marahnya. Tristan berderam."Dan berapa kali aku nak beritahu, memang kau dan keluarga kau tak bersalah, tapi sebaliknya ayah kau yang tamakkan taktah tu telah rancang semua ni termasuk menggulingkan aku dari taktah putera mahkota aku!"
Rahang Ronan berketik bila nama ayahandanya diungkit. Pantang betul dia la! Balik-balik hal yang sama je yang diungkit. Gigi dia saling berlaga sewaktu dia mengetap dengan erat mengawal diri dari berkata apa-apa. Takut ada yang tak patut dia cakap terlepas keluar dari mulutnya nanti.
Dengan marah, Tristan bangun dari situ dan berdiri tegak. Sambil betulkan kot di badannya dia berkata.
"Apapun penafian kau...still ayahanda dan bonda aku mati sebab tindakan ayah kau...darah daging dia orang sendiri. Jadi aku nak beritahu kau, aku akan tuntut balik hak aku. Dan tak ada siapa boleh halang aku..."
"Kau-"
"Ya...aku tahu kau yang bayar dua orang kawan aku untuk jual maklumat yang aku kumpulkan tu.."beritahu Tristan dengan sengih bangganya. Mana dia tak angin satu badan! Tengok la sendiri. Kalau nama dah keturunan pengkhianat sampai ke sudah la akan mengkhianat orang! "Jangan kau fikir aku diam tak bermakna aku tak tahu....ingat kata-kata aku ni."
Terpempan Ronan dekat situ. Matanya terbuka luas kerana tidak menjangka hal itu diketahui oleh Tristan.
"Sebab itu ke kau ambik Adriena masuk ke akademi?"tanya Ronan selepas menyedari apa yang berlaku. "Sebab kau dah tahu aku ada hati dekat dia?"
Sambil gerak keluar dari kerusi itu, Tristan ketawa kecil. "Ha'ah...sebab aku tahu dia kegemaran kau. Aku ambik dia dulu..."
Masa ini la meter kesabarannya meletup ke tahap maksimum. Ronan bangun dari kerusi itu mahu menempik marah. "You son-"
"HAHAhah...kau marah?"pintas Tristan serta merta. Tidak mahu beri peluang kepada Ronan. Bersama sisa ketawanya dia berkata."Sekarang kau rasa apa yang aku rasa bila yang tersayang di rampas secara paksa." ujarnya sewaktu berpaling pergi dari situ. Penuh dada dia dengan perasaan puas hati!
"KAU MEMANG TAK GUNA TRISTAN!"
Bergema suara lantang Ronan dalam istana itu sampaikan burung-burung yang bertenggek atas bumbung bangunan berterbangan melarikan diri kerana terkejut.
Share this novel