Dua yang Terkuat

Fantasy Completed 10714

"Awak tahu...saya dah beberapa kali hampir di culik dan kebanyakkan kami semua berada di sini sebab di hantar sendiri oleh parents kami...lagipun tempat ini lebih selamat dan dikawal ketat...tapi ada la satu masa tu saya terfikir mungkin saya patut berada di luar sana dari menghadap Katrina.." beritahu Kirana.

            "Dan..jangan lupa. Bila kau dah masuk ke sini, ianya sangat sukar untuk keluar dari sini sebab telah menandatangani dokumen dan atas alasan keselamatan sendiri contohnya untuk elakkan rahsia akademi ini keluar ke umum."tambah Ruby.

            "Hah?Serius la!Bahu Adriena jatuh hilang semangat." Kalau macam tu..susah la aku nak keluar dari sini?"

Ruby dan Kirana dengan mengangguk kepala ke Adriena.

            "Kelakar pulak bila di fikirkan balik...ibubapa kita hantar kita ke sini tanpa memikirkan kejadian apa yang berlaku di dalam tempat ni...apa mereka tahu tempat ini adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka.Dan bila tiba masanya anak mereka ini akan dijodohkan dengan pasangan yang bukan pilihan yang mereka mahukan."seloroh Kirana dengan sengih di bibir.

Adriena tidak mengatakan apa-apa. Dia termenung melemparkan pandangan ke lantai berkarpet bilik mereka itu. Sesuatu terlintas dalam fikirannya. Tetapi dia tidak tahu apakah ia! Segalanya mengenai tempat itu dan juga penghuninya buatkan dia bingung dan keliru. Tapia da satu perkara yang dia sudah jelas dekat sini.

          "So...hari tu kau orang beritahu aku yang aku dekat sini sebab ada orang berpengaruh mahukan aku berada dekat akademi ni kan?"telefon yang dipegang sejak tadi di naikkan menghadap mukannya. Skrin telefon itu di pandang. Laman web rasmi akademi di layar itu di pandang.

Ruby dan Kirana terdiam. Mereka berdua pandang Adriena tanpa berkedip buat beberapa saat.

        "Dan orang itu adalah Katrina dan juga Tristan. Betul tak?"sambung Adriena sewaktu lihat dua wajah pelajar lelaki dan perempuan yang terpapar di skrin dalam laman rasmi akademi. Dimana dua orang itu di letakkan di kedudukan atas sekali dalam carta pelajar.

Ruby menelan air liur.

Kirana mengedipkan mata.

Mereka dua orang kelu tidak terkata. Berasa terkejut dengan sifat cepat tangkap Adriena.

         "Kalau Katrina tak mungkin la..jadi calon terakhir itu adalah Tristan kan?"terus Adriena pandang ke mereka berdua. "Dia yang buatkan aku masuk ke dalam lubang neraka ni. Dan kau orang tahu mengenai hal tu. Tapi tak berani nak beritahu aku secara direct. Sebab apa?Sebab kau orang akan susah kalau Tristan dapat tahu."

Mata Kirana dan Ruby menggigil saat memandang Adriena yang jauh di seberang katil tempat mereka duduk ketika itu. Walaupun jauh dapat mereka rasakan aura kuat Adriena dari situ. Meremang tegak bulu roma masing-masing.

           "Now I get it..."Adriena pandang mereka berdua dengan sengih meleret ke kanan. Kenapa la dia tak sedar dari awal lagi?

            "Riena...maafkan kita orang.."ucap Kirana yang berasa cemas di situ.

            "Kirana...apa kau ni."Ruby tepuk peha Kirana yang bersila depannya itu. Terkejut dia!Dah kenapa Kirana beritahu!Makin obvious la nanti.

Kirana buat muka di situ sambil merengek protes tanpa suara. Dia nak beritahu jugak takut nanti Adriena salahkan mereka pula.

Adriena pandang mereka berdua silih ganti dengan perasaan marah yang membuak-buak di dalam dada. Tapi dia kawal sedaya upaya untuk tidak mengamuk di malam hari seperti itu. Bukan salah mereka berdua. Dan tak sepatutnya dia lepaskan amarahnya pada Kirana dan Ruby. Dua orang ini hanya terpaksa mendiamkan diri demi keselamatan sendiri.

         "Jangan risau. Aku tak salahkan kau orang sekiranya kau orang rahsiakan hal ni dari aku. Maybe kalau kau orang tak kisah... boleh share dekat aku..siapa Tristan tu yang sebenarnya?"ajak dia sambil menjungkit kening sebelah kiri main-main sewaktu tersengih. Tak apa. Marahnya kemudian saja. Apa yang penting dia kena tahu lebih lanjut!

Ruby dan Kirana dengan pantas memalingkan kepala ke Adriena. Mereka berdua pandang Adriena dengan muka cemas seperti orang buat salah.

        "Kau tak tahu ke?"tanya Ruby.

         Adriena pandang silih ganti akan dua orang itu dengan kening berkerut."Tahu pasal apa?"

         "Yang Tristan tu sebenarnya adalah putera mahkota Everlon, pemilik istana tempat akademi kita belajar sekarang ni?" beritahu Kirana teragak-agak.

           Tersentak Adriena. Dia pandang tak percaya ke mereka bersama nafas tertahan-tahan. "Dia putera mahkota yang digulingkan taktahnya tu ke?"nafasnya tersekat-sekat.

Ruby mengangguk kepala.

Mata Adriena terbutang luas.

What the heck!?

           Berasa tergamam dengan kenyataan itu, kaki yang ditegakkan tadi terus jatuh bersila semula. Dada dia yang sedia sesak dengan perasaan marah tadi terus menjadi gelisah!"Takkan la..."lafaznya dengan hela nafas panjang dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience