Hampir

Fantasy Completed 10714

Sambil erat menggenggam tangan Adriena, Tristan intai lihat ke balik semak samun menghadap laluan rahsia di tembok istana. Hendak pastikan line clear sebelum menyelinap ke situ.

Adriena di belakang intai dari balik bahu Tristan. Dia buat muka tak faham sewaktu perhatikan sekelilingnya. Hairan dia selepas diterpa perasaan tidak asing. Entah kenapa rasa seperti pernah berada di tempat itu.

       "Kita nak buat apa ni?"tanya Adriena.

        "Tu...nampak pintu tu. Kita akan lalu situ untuk masuk ke dalam."tunjuk Tristan ke Adriena akan pintu kayu bertombol hitam bentuk separuh kubah. Tidak terlalu luas tidak terlalu kecil. Cukup untuk orang melaluinya.

          "Kenapa dah macam pencuri?Tak boleh ke kita masuk elok-elok?"

Malas hendak menghiraukan pertanyaan Adriena itu, Tristan fokus memandang ke depan apabila dua pengawal yang meronda tadi mula jauh dari kawasan pintu itu. Dia pun tanpa berlengah keluar dari semak dan tarik Adriena sama untuk ikut dia.

Menahan nafas terkejut Adriena sewaktu dirinya di tarik dan dipaksa berlari merentasi kawasan semak yang berlalang tinggi itu. Sudah la dia pakai skirt. Baju uniform pun tak sempat nak tukar. Makin susah la dia nak buat apa-apa!

Sesampai di pintu kayu itu, Tristan tarik  selak pintu kayu itu sebelum menolaknya ke dalam. Terlebih dahulu, Adriena di dorong masuk sebelum dia yang masuk.

        Ternganga terus Adriena lepas dia jejak kaki di laluan koridor yang kelihatan serba keemasan semuanya. Dari lantai berjubin bercorak indah dan mahal, sampaikan dinding dan hiasan di situ. "What the hell!Lawanya tempat ni?"bisiknya dengan kagum saat dongak ke siling atasnya. Lampu chandeliar tergantung di atas mereka.

         "Nanti je la...cepat sini." Tristan tarik Adriena ke kanan koridor. "Kau tahu hack komputer kan?"tanya dia sambil tu.

Sambil dongak melihat ke atas sambil tu Adriena berjalan laju mahu menyaingi kaki panjang Tristan.

            "Tapi kan...kenapa saya macam pernah ke sini?" soal Adriena lepas menyedari ada yang tidak kena dengan tempat itu. Ada satu perasaan yang tidak asing  buat dia lepas berada di situ sejak tadi.

            "Kenapa kau rasa macam tu pulak?Memangnya kau pernah masuk ke istana ke?" bisik Tristan sambil liar melihat sekitar. Hendak pastikan tiada pengawal atau maid berkeliaran di sekitar koridor itu. Takut tertangkap pula mereka nanti! Pakciknya bukan suka sangat kalau dia ada dalam istana ni pun!

Tak pasal-pasal naya mereka kalau tertangkap nanti!

Adriena berkerut kening mendengar pertanyaan itu. Dia bukan marah, cuma tak tahu nak cakap macam mana. Sebab dia sendiri tak pasti apa jawapannya.

Masa itu Tristan sudah menarik Adriena ke selekoh dimana tangga berada.Mereka berdua mendaki tangga itu dengan langkah yang lekas. Sampaikan hampir hendak tersandung Adriena. Tapi sempat dia seimbangkan dirinya dengan memegang lengan Tristan waktu itu.

Kalut punya kalut Tristan ternampak kelibat dua orang pengawal dari arah depannya ketika. Terkejut melihat kehadiran mereka, dia tak fikir panjang terus terpa mana-mana pintu berdekatan dekat tepi koridor itu dan tarik Adriena bersama dengan dia apabila ada pintu yang terbuka.

Hampir menjerit Adriena waktu itu. Tapi sempat di halang Tristan apabila lelaki itu tekup mulut itu sesaat mereka lenyap dari muka pintu tersebut.

Adriena di sandarkan ke dinding oleh Tristan sewaktu Tristan berdiri di hadapannya dengan rapat padanya hingga buatkan muka dia mencium dada tidak habis di butang baju itu. Berkedip matanya untuk beberapa kali kerana tidak faham situasi yang sedang terjadi ketika itu.

           "Apa yang dah berlaku ni?"tanya Adriena sambil tolak sedikit badan Tristan supaya lelaki itu jauh dari dia. "Kalau ini istana awak kenapa kita kena menyelinap seperti pencuri?"

            "Shh?"dengan pantas Tristan beri jari telunjuk depan mulutnya kepada Adriena. "Jangan bising.."

           Lalu Adriena terlintas sesuatu. "Awak bukan putera mahkota kan?Awak cuma imposter seperti putera mahkota je kan... sebab itu awak selinap masuk istana macam ni?"bicaranya lagi. "Awak ni sebenarnya pencuri..."

          Risau sekiranya mereka ketahuan, mata Tristan silih ganti memandang pintu dan Adriena. Kenapa la minah ni banyak sangat cakapnya!Buat serabut dia je la!"Boleh tak diam. Kau nak mati sangat ke?"desisnya di depan muka itu.

          Tidak peduli akan hal itu, Adriena pandang ke pintu itu. Ooh...takut kena tangkap eh!Tahu pun takut! Dia takkan jadi rakan komplot seorang pencuri!Kalau ayah dia tahu tentang hal ni, mahunya ayah dia takkan mengaku dia ni anak mereka nanti! "Siapa dekat luar tu?Pengawal ya?Hah!Elok la!Biar saya beritahu mereka ada pencuri di sini.."katanya saat gerak mahu mendapatkan pintu.

           "Hei!Apa kau buat tu!Jangan!"halang Tristan sambil pegang lengan Adriena. Dia menarik gadis itu menjauh dari pintu itu.

            "Lepaskan la!"gelut Adriena saat berpaling memandang Tristan. Dalam keadaan itu dia cuba untuk bersuara juga. "TO-"luahnya mahu melaung di situ.

Tristan membutang mata terperanjat melihat hal itu.

Sh*t!

Sebelum peluru yang tembus kepala mereka, baik dia hentikan Adriena dulu!

             "Kau ni kan!Memang nak kena tahu tak!"bisik dia sebelum pegang pinggang Adriena dengan sebelah tangan lalu tarik gadis itu ke dalam pelukannya sebelum sebelah tangan memegang belakang kepala itu. Dan dalam sesaat dia, dia mengatup mulutnya ke mulut Adriena dengan kucupan yang kuat.

Kejung terus Adriena waktu itu. Mata dia terbuka luas memandang ke depan untuk sesaat. Nafasnya tersekat di kerongkong. Jantung dia menghentak dada dengan padu sampaikan dia boleh dengar akan bunyi degupan jantungnya di telinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience