Balldance

Fantasy Completed 10714

Perkarangan istana disimbahi dengan kerlipan cahaya, setiap jendela di bangunan dan beranda yang ada bercahaya terang dan dihias indah.

Kereta mewah tersusun kemas, van media dan limousine di parkir dalam kawasan yang disediakan. Buatkan tempat itu sibuk dengan para tetamu dan pengawal keselamatan berlegar.

Sepanjang laluan dari pintu masuk hingga anak tangga menuju ke dalam istana, ianya di hamparkan dengan karpet merah baldu mahal.

Dimana-mana dapat dilihat cahaya flashkamera, para tetamu dengan pakaian mahal mereka bergandingan masuk ke dalam istana selepas menunjukkan kad jemputan mereka.

Selepas pasangan suami isteri melewati.laluan masuk itu, sebuah kereta hitam berhenti di situ pada masa yang sama.

Sebaik ia berhenti dua orang pengawal keselamatan muncul, mereka buka pintu kereta kanan dan kiri dengan serentak termasuk pintu seat hadapan.

Apabila ia terbuka, mereka hulur tangan hendak menyambut penumpang kereta itu.

Masa itulah jurukamera dan pihak media yang berdiri di belakang garisan merah perasan akan kereta itu dan orang yang sedang bergerak keluar dari situ.

Sepasang kaki bertumit tinggi keluar memijak lantai pavement itu sebelum tangan pula mencapai tangan pengawal tadi.

Seorang wanita bersanggul kemas tunduk memandang ke bawah sambil cengkam kain dress belah tengahnya saat keluar sepenuhnya dari kereta itu.

Lalu diikuti dengan kemunculan seorang lelaki dan dua lagi wanita. Kehadiran keluarga itu telah menarik perhatian semua yang berlegar di situ. Secara automatik mereka semua talakan lensa kamera ke arah mereka.

         "Kau okay?"tanya Arissa sambil rangkul lengan Adriena.

Sambil pegang dada, Adriena tarik nafas dalam-dalam untuk hilangkan rasa gugup yang menyerang dia waktu itu.

         "Aku okay."angguk Adriena.

          "Mari kita masuk. Behave young lady." beritahu Conan sambil bawa tangan Kelly ke rangkulannya dan maju ke hadapan terlebih dahulu.

Arissa dengan muka overconfident dia tarik Adriena dan jalan ke depan mengekori ayah dan ibu mereka.

Pada masa itu pancaran flash kamera berpusu-pusu mengenai keluarga itu kerana semua di situ kenal siapakah lelaki di hadapan sekali ketika itu.

Adriena sikit pun tidak berkedip dengan cahaya flash kamera itu kerana rasa gementar dia mengatasi segalanya yang ada di situ.

Seram sejuk dia rasakan pada seluruh badan. Dan pijak saja dia ke dalam bangunan itu, nafasnya tanpa sedar di tahan. Dalam diam dia berdoa untuk tidak bertembung dengan Tristan tetapi dalam masa yang sama dia berharap dapat melihat lelaki itu.

Pandang pun jadi. Asal dapat lepaskan rindunya!

Selepas melepasi pemeriksaaan lad jemputan, Adriena dan keluarganya dibenarkan masuk.ke dalam ballroom yang sudah dipenuhi dengan para tetamu.

Suara orang berborak kedengaran di mana-mana. Ada yang minum ada yang gelak.ketawa, dan ada juga yang berwajah serius seakan berborak hal dunia.

        "Wah...besarnya."

         Mata Adriena mengerling ke sekelilingnya tidak tenang. Dia tidak ubah seperti cacing kepanasan. "Yupp...besar sangat...sampai rasa macam kecik tiba-tiba dekat sini.." balasnya dengan perlahan.

         "Hah?"nganga Arissa yang berpaling ke Adriena. "Tak dengar..."

Sedang Adriena kerling kanan dan kirinya, hati dia tergerak untuk pandang ke depannya dimana ayah dan ibu dia berdiri. Pasangan itu sedang berborak sesuatu sampaikan dua orang itu ketawa.

          "Tuan Conan?" sapa suara tu tiba-tiba dari belakang Adriena.

Semua di situ palingkan kepala ke empunya suara. Dan bila mereka pandang, mereka disapa dengan lelaki yang segak mengenakan pakaian diraja serba putih dan keemasan di situ.

         "Oh my god!" lafaz Arissa yang termangu melihat wajah kacak dan lelaki segak milik Tristan saat lelaki itu jalan mencelah tetamu yang ada di situ mendekat ke arah mereka.

Adriena pandang tidak berkedip. Mulutnya terbuka sedikit kerana buat kesekian kalinya dia di panah cupid cinta sebaik melihat wajah itu.

        Conan dengan senang hati maju ke hadapan lalu meletakkan tangan di dada dan memberi tunduk hormat pada Tristan. "Good evening your highness.." sapanya.

Tristan kerling ke Kelly lalu ke Conan dengan renungan dingin namun bibir tersenyum nipis.

         "Good evening to you too." balas Tristan. "Terima kasih kerana menerima pelawaan beta untuk meraikan sama..."

           "Saya pun."angguk Conan.

Lalu Tristan pandang Adriena. Dia tatap mata renungan Adriena buat beberapa saat sebelum ternampak rantai yang tergantung di leher yang terdedah itu.

            "Pasti dua saudari di sini adalah anak tuan." tegurnya.

Adriena dekat situ bergelut dengan perut dia yang mahu memulas hendak terkucil taktala Tristan menatap tepat ke mata dia waktu itu. Senyap-senyap dia telan air liur untuk basahkan tekak yang terasa keringnya.

Sh*t!

Dia faham sangat renungan tu!

Biasanya dia nampak renungan itu dari Tristan adalah apabila lelaki itu sedang marah!

Tapi buat apa Tristan nak marah kalau tak ingat dia?

Cepat-cepat Adriena palingkan kepala ke kanan melarikan pandangannya supaya tidak kantoi di situ!

         "Hai!Saya Arissa..."sapa Arissa tanpa segan silu. "Saya adik dia..."dia tunjuk dengan ibu jari ke Adriena. "Ingatkan siapa dia?"luah Arissa yang tidak tahu menahu apa-apa mengenai keadaan Tristan.

Terbutang luas mata Adriena waktu itu, dia palingkan kepala ke Arissa lantas menjegil mata kegeraman.

       "Huh?"kepala Tristan terlentok sedikit sebaik dengar pertanyaan itu. Keningnya berkerut sedikit.

       "Alah....takkan-"

Saat Arissa hendak bersuara dan Adriena gerak mahu menghalang, Tristan pula hendak bersuara sementara Kelly dan Conan dekat situ hampir diserang heart attack, ketika itu juga la muncul seseorang.

           "Tuanku..."

Lelaki itu berdiri menghadang Adriena dan Arissa dari pandangan Trisran.

         "Masa untuk pertabalan mahkota... semua dah sedia."beritahunya di depan muka Tristan sesaat kemudian.

Perhatian Tristan serta merta beralih. Dia pandang lelaki itu dengan muka tersentaknya.

          "Dah masanya ke?"Tristan.cuba jengah kepala ke belakang bahu Stefan sambil tu.

Seperti baru melihat hantu, Adriena pandang akan Stefan. Lelaki lampai itu kerling kepadanya namun seketika sahaja sebelum mengangguk kepala kepada Tristan.

         "Ya."

         "Well...nampaknya beta perlu minta diri dahulu kalau begitu." Tristan pandang ke Conan pula. "Mari kita gerak sama Tuan Conan."

          Conan tersenyum kekok membalas ajakan itu dengan anggukan kecil. "Baik."

Kelly ditinggalkan apabila Conan maju ke depan menyertai Tristan di sisi.

         Waktu itu Stefan sempat memandang ke Adriena. Ada garis serba salah daei renungan itu. "Selamat datang saya ucapkan..." ucapnya sewaktu pamit meminta diri ke Kelly dan dua orang gadis di situ.

Apabila mereka menjauh ke depan dan lenyap di celah tetamu di situ, Arissa menghadap Kelly dan pandnag ibunya dengan muka tidak faham.

         "Apa kena dengan putera mahkota tu?Kenapa dia tak cam Riena?"tanya dia.

         Kelly pukul manja tepi lengan Arissa kerana kesal dengan mulut murai anaknya itu. "Isy...kamu ni..kenapa cakap.macam tu. Putera mahkota alami amnesia kerana sakit. Mestila dia tak ingat Riena..."

          "Lah....iya ke? Patut la."

Disaat Arissa sibuk bertanya itu dan ini, Adriena yang berdiri dekat situ sudah kekejungan. Bagai mahu terduduk pun ada. Mujur la Tristan pergi cepat, kalau tidak mahunya tadi dia terkam lelaki itu lalu dipeluk.

        "Ayuh...kita ke sana...Riena..Rissa." ajak Kelly setelah itu. Dia capai kedua-dua tangan itu dan ditarik ke satu arah dimana oentas berada.

Mahu tak mahu Adriena terpaksa menurut, Arissa pula buat muka ingin tahunya sepanjang masa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience