Lima Hari

Fantasy Completed 10714

Flashbacks

        " Beritahu aku Riena"

         "Beritahu apa?"

        "Apa yang kau akan buat kalau kita dah tak berkawan lagi?"

        "Kenapa?Kau dah tak nak berkawan dengan aku lagi ke?"

         "Ish...tak adalah. Aku kata kalau je.."

         "Entah...tak pernah terfikir.."

Sambil seronok menoncang rambut panjang Adriena, Tristan yang sedang duduk di belakang Adriena kerling ke kanvas putih dimana Adriena sedang melukis sesuatu dengan warna air yang bonda dia bekalkan untuk kegunaan Adriena. Mereka berdua ketika itu sedang duduk bersantai di tepi tasik pada petang itu. Sambil di awasi dengan beberapa orang pengawal keselamatan.

        "Kau suka kawan dengan aku tak?"tanya Tristan lagi.

        "Tak.."jawab Adriena ketika itu tersengih menyakat.

        "Haish!Kau ni kan!Suka tau nak sakitkan hati aku!"Tristan Tarik rambut yang dipegangnya itu dengan perlahan. "Beritahu cepat betul-betul.."

        "Hahaha...tak nak!Aku memang tak suka kawan dengan putera yang kuat menangis macam kau ni.."

End of flashbacks

Lima Hari.

Ianya hanya mengambil masa lima hari untuk
seluruh akademi lengang seperti ada orang mati. Suasana yang muram menjadi semakin muram bila tiada satupun suara orang bergelak ketawa atau berkeramaian.

Kelas yang biasa bising dan riuh tidak terkawal, menjadi sepi seperti ada malaikat maut yang melintasi depan kelas mereka.

Koridor yang sentiasa sibuk dan hiruk pikuk suara pelajar berborak atau bergelak tawa tidak lagi berbunyi. Semua yang ada pun diamkan diri dan saling berbisik ketika hendak bercakap.

Setiap wajah di situ mempamerkan reaksi takut, gelisah dan resah setiap kali berlegar-legar di sekitar akademi. Mereka takut kalau-kalau lelaki bernama Tristan Zane muncul dan memaki hamun mereka lagi!

Mana tidaknya sejak khabar Adriena cedera jatuh tangga dan dibawa pulang ke rumah keluarga gadis itu, angin amarah Tristan malah menjadi-jadi. Mana lelaki itu berada, habis semua orang kena tempias kepala angin dia. Tak perempuan tak lelaki guru dan staf juga ikut terkena.

Sampai membuatkan Tristan jatuh sakit!

       "Dedar lagi ke?"

        "Ha'ah...macam mana ni?Kita nak buat apa?"

Tiga orang yang berdiri sekeliling katil Tristan saling kerisauan. Ulang alik mereka sejak tadi bersilih ganti hadir ke dorm itu gara-gara rakan mereka yang satu ini. Sudah masuk beberapa hari Tristan jatuh sakit. Demam panas lelaki ini tidak surut juga. Pelbagai ikhtiar telah mereka lakukan. Dari jumpa doctor, dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan juga tabib diraja segala. Tetapi tiada satupun yang membawa kepada kesembuhan Tristan.

Sudah la lelaki ini tiada sesiapa. Ahli keluarga pun tiada. Nak harapkan orang lain, semua kalau boleh mahukan Tristan mati, lagi-lagi keluarga sepupunya itu. Mahu tak mahu rakan sebilik dan anak buah Tristan la yang jaga kebajikan Tristan. Walaupun begitu, apa la sangat usaha mereka ini. Selain tolong bagi ubat dan berikan makan, ianya tidak standing dengan penjagaan dan rawatan yang diberikan oleh orang tersayang.

Tiba-tiba Tristan terjaga kerana batuknya. Dan bila dia membuka mata, keningnya terus berkerut kerana melihat ada yang berdiri di sekeliling katil dia ketika itu. Ingatkan penyangak ke apa yang mahu sakiti dia, jadi kelam kabut la dia bangun dari perbaringan tu seperti kerasukan.

        "Si-siapa!Siapa kau orang hah!"marah Tristan yang pandangannya tidak jelas kerana pening kepala dan sakitnya ketika itu. Tangannya terkapai-kapai tidak tentu hala kerana mahu menghalau mereka. Betapa takutnya dia ketika itu!

        Stefan yang duduk paling dekat di katil itu, cepat-cepat dapatkan tangan Tristan. Mahu menenangkan rakannya itu. "Hei...Tristan..ni kita orang la...bawa bertenang."pujuknya dengan nada berbisik.

Semua di situ berkerut kening, mencerun risau memerhatikan tingkah Tristan. Mana la mereka tidak risau, melihatkan wajah pucat tidak berdaya itu buatkan Tristan begitu terdedah sekarang. Kalau ada orang yang berniat jahat padanya, pasti dengan mudah Tristan boleh dihapuskan!

        "Stefan?"sebut Tristan sambil mengecilkan mata hendak jelaskan pandangannya. Menyedari bahawa semua itu hanya ilusi, dia terus bersandar pada headrest katil dengan lemah. Nafasnya naik turun tersekat-sekat kerana berasa sakit pada seluruh badan dan kepalanya. "Pukul berapa dah ni?"soalnya serak-serak sakit. Semua ini kerana stress yang dihadapinya. Biasanya kalau dia terlalu stress begini la bahananya. Pasti akan demam teruk!

        "Pukul 3 petang.."jawab rakan yang lain di situ.

        "Kau nak makan ke?"tanya Stefan. "Dari malam tadi kau tak jamah apa-apa?"

         Tristan menggeleng kepala perlahan-lahan. Sambil memejam mata, dia angkat tangan mahu memicit dahinya. "Dah ada khabar berita Adriena?Dia dah balik akademi belum?"tanya ketika itu.

Mereka di situ saling membalas renungan antara satu sama lain. Saling menjuih bibir dan dagu bertanya apakah jawapan yang mereka perlu berikan.

         "Itu yang kita orang ada dekat sini.."beritahu seorang dari mereka bila ada yang mahu beranikan diri untuk jawab soalan tersebut.

          Baru la Tristan buka mata hendak memandang mereka walaupun ketika itu bebola mata dia berdenyut-dengut sakit. "Kenapa?"

          "Adriena dah balik...tapi kita orang tak sampai hati nak beritahu kau bila tengok keadaan kau macam ni.."kata Stefan.

           "Huh?"tidak semena Tristan duduk tegak dari sandarnya. Mata yang kuyu tadi ikut terbuka luas. "Dia dah ada dekat sini?Kenapa tak cakap dekat aku?"

           "Kau sendiri sakit kan...terlantar tak larat nak buat apa"

            Tidak pedulikan apa-apa, Tristan terus turunkan kaki dari katil itu. "Dia dekat mana?"tanya dia dengan kalut mahu berdiri. Sekali tu terumbang-ambing hendak terjatuh ke tepi.

            "Jangan la macam ni..bawa la bertenang dulu...kau tak sihat sangat ni.."sambut Stefan yang sempat memegang lengan Tristan sebelum rakannya jatuh melanggar meja kecil di tepi katil tadi.

              Lengannya di tarik dari cengkaman itu. "Aku nak jumpa Adriena...tepi!"kata Tristan ketika itu cuba menolak mereka yang menghalang dirinya.

Ketiga-tiga pelajar lelaki yang ada di situ mengepung Tristan. Cuba menghalang lelaki itu menjauh dari katil atau gerak ke arah pintu.

             "Sabar la Tristan...kau tak sihat sangat ni!"

             "Betul tu...nanti orang Nampak macam mana.."

             "Jangan macam ni Tristan...jaga diri kau dulu sebelum orang lain."

Kata mereka bertiga silih ganti saat bergelut menghadang Tristan yang boleh tahan jugak kuatnya walaupun sedang sakit-sakit ketika itu!

              "ARGH!!!"ngerang Tristan sampai merah muka itu saat menolak tiga orang yang berkali ganda kuat tenaga dari dia. "Lepaskan aku!Aku nak jumpa ADRIENA!!!"raungnya sebelum segalanya berpusing-pusing dan kakinya lemah tidak mahu berdiri lagi. Dan suasana gelap menyapa dia sesaat kemudian!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience