The New King

Fantasy Completed 10714

3 tahun kemudian.....

Suara pembaca berita berkumandang dalam ruang tamu pada pagi hujung minggu itu. Bunyi orang memasak ke pula kedengaran dari arah dapur. Diselangi dengan suara orang menyanyi dari tingkat atas.

Suasana tipikal keluarga dia setiap hari. Cuma mujurnya tiada suara menangis pada pagi itu. dBotol susu yang telah kosong diletakkan atas meja sebelum tubuh kecil itu di dukung ke bahu untuk di sendawakan.

Sedang dia menepuk belakang badan itu pandangannya terarah di skrin televisyen dimana siaran langsung dari Istana Utama Everlon sedang ditayang. Melihat pembaca berita membuat siaran di hadapan istana itu.

         "Akhirnya!Hari yang dinantikan sudah tiba. Selama tiga tahun berhijrah selepas di tabalkan menjadi putera mahkota Everlon, namun kali ini kepulangannya adalah kerana secara rasmi Putera Mahkota Tristan Zane telah di naikkan taktah sebagai Raja Muda Everlon bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22 pada malam ini."

Muncul wajah Tristan yang segak di skrin televisyen tidak semena. Buatkan Adriena yang  duduk bersila sebelah kaki atas sofa terkedu seketika.

Jantungnya berdetak laju dan dadanya menjadi sebu kerana terkesan melihat wajah itu.

         "Handsome seperti biasa..." ucapnya dengan senyuman senang di bibir. Wajah itu semakin matang dari kali terakhir dia lihat 3 tahun lalu. Masih lagi serius dan bermuka ketat.

           "Ariel dah habis menyusu ke?" muncul Kelly dari arah dapur mendekati sofa itu tiba-tiba. Dia berdiri di hadapan Adriena. Menghadang pemandangan tv.

Adriena berkerut kening protes.

           "Alah ibu...apa ni.."sungut Adriena yang menjengah kepala mahu menatap wajah itu, namun terlambat apabila siaran tv tadi beralih ke siaran langsung.

Sambil mencekak pinggang, Kelly pandang Adriena dengan ketapan nipis di bibir.

           "Ibu dah siap masak...pergi sediakan meja makan dulu...ibu mandikan adik kamu ni...nanti kita makan tengah hari sama." arah Kelly sambil tunduk mendapatkan anak kecil berusia 2 tahun itu dari dukungan Adriena.

Kacau la!

           "Kejap lagi."tangguh Adriena yang masih mahu menonton siaran itu. Dia tak puas!  Sejak Tristan pergi dari situ untuk menerima rawatan, sejak itu dia tidak pernah dengar khabar dari lelaki itu.

Tiada sesiapa sampaikan dia akan berita mengenai keadaan Tristan. Satupun panggilan atau makluman tidak diterima.

Dari sehari dia menunggu menjadi dua hari kepada sebulan lalu menjadi setahun sehingga la masuk tahun ketiga. Dan Adriena menjadi yakin ketika itu yang Tristan mungkin telah hilang ingatan selepas pembedahannya itu.

Dua tahun kemudian, 

Ekoran kejadian itu, tiba-tiba berita tersebar yang beritahu Tristan telah buat siasatan dan membuktikan bahawa Raja Gregory adalah pesalah sebenar. Menggunakan wakil peguam, Tristan mengenakan tindakan terhadap Raja Gregory di mahkamah kerabat diraja.

Perbicaraan itu berlangsung selama 3 bulan lamanya sebelum Raja Gregory mengalah dan akhirnya mengaku akan kesalahannya. Jadi seluruh ahli keluarga beliau di lucutkan dari kerabat di raja dan di buah negara. Mungkin ada sesuatu yang telah buatkan Tristan nekad lakukan keputusan itu.

Setelah itu tiada lagi khabar mengenai Ronan atau ahli keluarga lelaki itu.

Sementara Adriena, bergelut dengan perasaan yang dia hadapi.

Terkilan.

Kecewa.

Rindu.

Paling teruk putus asa.

Jadi dia ambil keputusan untuk move on.

Selepas tamatkan belajar di akademi, dia sama-sama Ardini apply untuk belajar di univerisiti keinginan mereka. Tepat enam.bulan lepas mereka graduate dan memperoleh diploma mereka.

Ardini kini sambung intern di sebuah hospital. Sementara dia buat kelas untuk mengajar budak-budak kelas melukis.

         "Sekarang Riena...panggil Arissa sekali turun. Anak bertuah tu tahunya buat konsert BTS dia dalam bilik tanpa henti...letih betul.." bebel Kelly semasa berjalan keluar dari ruang tamu untuk ke bilik air.

Adriena kerling ke ibunya yang sedang mendukung adik kecil dia sekejap. Pada masa yang sama ibunya hamil adik kecil dia dua tahun lepas. Ajaib sungguh. Dia yang dah tua bangka dapat adik kecil. Ala maklum ibunya pun muda lima tahun dari ayahnya.

Lalu dia kembali memandang ke skrin tv. Melihat betapa ramainya rakyat yang berkumpul di hadapan laman Istana Utama meletakkan jambangan bunga dan hadiah. Agaknya hadiah dia sampai tak pada Tristan.

Harap-harap Tristan terima lukisannya. Sebulan lebih dia cuba siapkan lukisan itu. Semata menunggu detik ini.

Sekalipun Tristan tidak mengingati diri dia lagi dan sudah menjalani hidup yang baik, Adriena berlapang dada kerana telah tunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience