Flashbacks
"Dedahkan rancangan Tristan kepada Adriena...biarkan Adriena tahu siapa yang bawa dia masuk ke dalam akademi ni..."
"Hah?Beritahu?"
"Tapi sir...Tristan dah beri amaran untuk tidak beritahu kepada sesiapa?Macam mana kalau dia tahu?"
"Kamu buat apa saya suruh atau kamu berdua tidak akan dapat keluar dari akademi ini dengan rekod yang bersih...pilih."
"Sir Winter...jangan la macam ni. Kami dah buat apa yang sir mintak. Kami jadi kawan Adriena, temankan dia, tengokkan dia...takkan la sir nak letakkan kami dalam bahaya."
"Betul tu...saya takut kalau kami berdua di apa-apakan dengan Tristan nanti kalau dia tahu kami dedahkan hal sebenar kepada Adriena."
"Guna la otak tu sikit...memangnya kamu belajar di sini semata hendak jadi gadis beretika dan pilihan diraja je ke?Fikirtakkan itupun nak di ajar?"
"Bagaimana kami nak lakukannya tanpa kelihatan obvious?"
"Apa susahnya, kamu ceritakan saja la keburukan Tristan..tokok tambah apa saja yang buruk tentang Tristan depan Adriena supaya dia enggan dekati Tristan nanti."
End of flashbacks
Bunyi ketikan papan kekunci computer menghuni ruang bilik kerja itu. Ronan tekun mengerjakan urusan rasmi sebagai tenaga pengajar dan pemilik kedai bukunya. Disebabkan hari itu dia tiada kelas, maka kedai buku la tempat dia bertapak. Walaupun Adriena tidak lagi datang melawat ke kedai bukunya itu.
Krincing!
Tidak semena bunyi loceng dari pintu masuk bergema ke seluruh ruangan yang sepi nan sunyi itu. Dua kelibat muncul dari celah rak sebelum tiba di depan kaunter dimana Ronan sedang berdiri melakukan sesuatu.
"Selamat siang Sir Winter.."ucap dua orang gadis tersebut dengan serentak dan kedengaran takut-takut.
Tanpa mengalihkan matanya dari skrin computer, Ronan selak helaian kertas yang ada di tangan dimana rekod buku yang ada di simpanan kedainya itu. Air mukanya kekal tenang dan dingin tanpa ekspresi.
"Kenapa kamu berdua datang ke sini?Saya tak ingat pulak saya panggil kamu ke sini?"
Dua orang itu mendiamkan diri sambil mengetap bibir dan berkerut kening susah hati. Tidak tahu hendak mula dari mana kerana masing-masing dalam dilemma.
Jari Ronan yang sedang menaip itu pun terhenti apabila dua orang pelajar akademinya diam berdiri tidak berkata apa-apa di depannya. Sambil menarik nafas dan dilepaskan sesaat kemudian, tangannya di seluk ke dalam poket seluar kerana berasa jengkel.
"Kirana...Ruby?Saya tanya ni dengar ke tidak?"tegurnya dengan nada tegas.
Tersentak bahu dua orang itu bila di tegur dengan marah macam tu sekali dengan Ronan. Ruby yang sedikit berani dibandingkan Kirana itu pun bersuara.
"Ka-kami nak berhenti. Kami tak boleh nak terus jadi mata-mata untuk Sir...Tristan dapat tahu ianya ulah kami...dia marah. Kami tak mahu diapa-apakan dengan dia nanti"beritahu Ruby tergagap-gagap.
Air muka Ronan yang sedia keruh menjadi semakin keruh setelah mendengar kata-kata itu. "Apa kamu kata?Berhenti?" soalnya bernada hendak marah."Jangan nak bergurau!"
Kirana mengangguk kepala laju-laju.
"Ya..Adriena kini sudah membuat deal dengan Tristan..untuk tidak menganggu kami lagi. Sebab itu kami hendak berhenti"maklumnya sambil tu.
Ronan mengecilkan mata, dia pandang dua muka yang begitu cemas dan takut depannya ketika itu. "Perjanjian apa?Tristan sudah Bersama dengan Adriena?Bukan ke kamu kata Adriena cuba larikan diri dari Tristan selepas apa yang kamu beritahu pada dia?"hatinya berdenyut sakit sampai dadanya jadi sesak!
Ruby gigit bawah bibir sebelum buat muka takutnya. "Kami tak tahu. Adriena tak pernah beritahu pada kami...jadi kerana itu kami ada di sini. Hendak memberitahu Sir Winter yang kami tidak mahu lagi menjadi mata-mata sir..."
Berderau laju darah dia bila lihat kesan pengaruh Tristan terhadap mereka berdua. Walaupun Tristan kini hanya la seorang putera mahkota buangan, ramai orang yang berpihak pada adik sepupunya. Sedangkan yang banyak membantu negeri ini adalah keluarga dia!Bukan keluarga Tristan! Selain tunjuk samseng Budak tak guna itu hanya tahu buat perangai samseng ke sana ke mari seperti dunia ini milik Tristan!
Tak kira apa sekalipun keadaannya, Tristan tetap berjaya menundukkan orang lain untuk patuh padanya. Dari dulu sampai la sekarang, keberuntungan senantiasa menyebelahi Budak bertuah itu!
"Memangnya siapa yang berkuasa dekat sini?Saya atau Tristan?Kamu ingat dengan patuh pada Tristan, kamu boleh dapat apa yang kamu miliki sekarang ni?Kalau bukan kerana pihak akademi ini yang berikan perlindungan kepada kamu dari ancaman musuh...kamu mungkin tidak bernafas sehingga sekarang!"kata Ronan dari balik ketapan gigi. Dia saat itu sedang menahan diri dari naik angin dan meninggikan suara!
"Maafkan kami sir.."ucap Ruby dan Kirana dengan takut sebelum tunduk melutut di lantai. Memanglah betul. Masalahnya kuasa Tristan paling mereka takuti! Sir Winter mereka ini belum tengok rupa sebenar Tristan bila lelaki itu marah dan mengamuk. Mereka masih hendak tidur lama! Memang tak kuasa la mereka nak libatkan diri dengan konflik dalam Kerajaan Everlon ni!
Ronan memalingkan muka ke arah lain sambil membuat muka bengang. Giginya saling di lagakan,
Macam tak guna je la!
Kenapa dua orang itu boleh berakhir untuk Bersama semula? Bukan ke Adriena dan Tristan sama-sama hilang ingatan? Macam mana mereka boleh rapat kembali selepas 10 tahun terpisah!
Paling ajaibnya ialah, Tristan dan Adriena bertemu pada hari yang sama dua orang itu kemalangan.
Tepat pada hari itu!
Jadi,
Sia-sia saja la Ronan tanggung rasa serba salah selama ini terhadap dua orang itu! Sedangkan Tristan dan Adriena akhirnya bertemu semula.
Share this novel