Guru Kelasnya.

Fantasy Completed 10719

Hujung penanya terhenti pada nama yang tertera pada barisan bawah dalam senarai pelajar itu. Melihat semuanya sudah bertanda, dia yang hairan pun mengangkat kepala. Cuba memastikan yang dia tidak terlepas pandang mendapatkan kehadiran pelajar-pelajarnya pada pagi itu.

Semua pelajar turut memandang ke guru mereka apabila lelaki lampai bercermin mata petak itu melirik sekeliling kelas seakan mencari kelibat seseorang.

        "Sir Winter?"tegur seorang pelajar perempuan yang duduk paling hadapan sekali. "Sir cari siapa?"tanya dia dengan kening terangkat.

         Mendengar teguran itu, dengan renungan dingin pelajar perempuan itu di pandang seketika. Dia berasa teragak-agak hendak menjawab soalan itu. "Tiada apa-apa."jawabnya pendek. Berasa kesal, dia tunduk memandang ke bawah untuk tanda pangkah pada nama yang tersenarai di situ.

ADRIENA BROOKE.

X

Pada masa itu la pintu kelas terbuka.

Tangannya berhenti dari

       "Maaf saya lewat."sapa suara lembut dari pintu itu sewaktu ia terbuka dan seseorang pun berjalan masuk.

Dengan serentak 20 orang pelajar yang berada di dalam kelas menoleh ke arah pintu kelas mereka. Masing-masing pandang dengan mata terbuka luas sesaat menyedari siapakah orang itu.

Dalam keadaan termengah-mengah, Adriena jalan dekati meja dimana gurunya berdiri lalu berkata. "Saya sesat semasa da--"dia terdiam apabila menyedari akan lelaki yang berdiri menghadap dia ketika itu. Matanya berkedip beberapa kali hendak pastikan yang dia tidak salah lihat. Huh?

        Mr. Winter di situ pandang tidak berkedip akan Adriena. Tanpa sedar dia pegang pen dengan kedua-dua tangan. "Tak mengapa. Ambil tempat kamu."balasnya mendatar sesaat kemudian sebelum tunduk hendak membetulkan kesalahannya di buku kedatangan.

Bingung-bingung kerana masih belum dapat proses apa yang sedang berlaku, Adriena pandang silih ganti ke gurunya yang dikenali sebagai owner kedai buku itu dan rakan sekelasnya.. Sama seperti dirinya juga, pelajar di dalam kelas itu turut memandang Adriena seakan dia hantu yang baru menembusi dinding.

        "Um...hai?"sapa Adriena dengan kekok ke mereka di situ. Haih!Kenapa la kekok sangat ni!Rasa macam nak tembus kepala dalam tanah je rasanya.

Beberapa orang pelajar perempuan buat muka, tetapi kebanyakkannya angkat tangan beri lambaian kecil kepada Adriena sambil buat muka tak pasti.

          "Riena...sini!"lambai Ruby dengan riang di meja belakang. Dia yang turut sekelas dengan Adriena.

Tidak menghiraukan yang Mr.Winter pemilik kedai buku tempat dia selalu datang lepak merupakan guru kelasnya, Adriena terus atur langkah menuju meja Ruby.

         Dengan beria, Ruby tarikkan kerusi untuk Adriena sebelum menepuknya. "Sini.."

         "Kenapa kau tak kejutkan aku tadi?"bisik Adriena sewaktu selesakan diri di kerusi itu. Dia kerling ke depan kelas lalu ke Ruby. Mahu pastikan yang mereka tidak tertangkap kerana berbual.

         "Hihi..sorry. Kirana beritahu yang mungkin kau perlukan masa untuk rehat. Jadi dia beritahu biarkan kau cuti hari ni.."kata Kirana sambil tersengih kambing serba salah.

          Adriena buat muka 'seriously' kepada Ruby. "Apa yang buat kau fikir aku patut berehat?Kau tahu tak aku tersesat tadi?"katanya lagi. Tak adanya nak rehat bagai. Kelas dia start terus lepas masuk la!

          "Memangnya kelas kau start kelas terus ke?Tak ada orientasi?"kepala Ruby terlentok sedikit ke kanan sewaktu bertanya. Kening dia berkerut.

Adriena bergerak mahu berkata, tapi waktu itu jugala gurunya bersuara.

          "Baik...buka buku teks kamu, muka surat 45, hari ini kita akan belajar mengenai sejarah peperangan di abad ke-18."maklum Sir Winter di hadapan kelas.

Hal itu membuatkan Ruby dengan patuh sekali duduk tegak, menghadap ke depan sebelum menyelak muka surat. Tidak lagi berniat hendak berborak.

Dan Adriena turut berniat hendak berbuat begitu, apabila dia tunduk hendak keluarkan buku, dia tersedar yang bukunya tiada dalam simpanannya. Baru dia teringat akan kejadian perlanggaran tadi dengan lelaki annoying di koridor tadi!

I say man!

           "Haish...tak guna.."keluhnya sedikit kuat.

           "Kamu di belakang...ada apa-apa masalah ke?"tegur Sir Winter tidak pasal-pasal.

            "Huh?"Kepala Adriena tersentak memandang ke depan serta merta. Mulut dia ternganga secara automatic. Mata dia terbutang luas. Kuss semengat betul la suara tu. Tak pernah tak buat dia cuak dan seram! "Ah-maaf...tak."ucapnya semasa bertentang mata dengan mata itu. Sejak bila pulak lelaki tu pakai cermin mata?

            "Mana buku kamu?"soal Sir Winter semasa berdiri dengan sebelah tangan menadah buku, sebelah lagi memegang kapur di celah jari. Dari depan situ lahi dia boleh nampak meja Adriena kosong tiada buku.

Adriena gelabah.

Itu la masalahnya!Dia sendiri tak tahu mana bukunya?Mungkin terjatuh sekali sewaktu di koridor tadi. "Tertinggal."dalihnya sebelum mengetap bibir kekesalan. Seumur hidup dia sebagai seorang ulat buku, tidak pernah sekali pun dia tidak memegang buku. Dan hari pertama dia di situ, kali pertama tu juga dia buat perangai begini.

Dan semua ni gara-gara si sengal tu!Harap-harap la dia takkan bertemu lagi dengan lelaki tu!Buat malang je nasib dia hari ni.

        "Kali ni saja. Sekiranya kamu lakukan hal yang sama, saya akan berikan hukuman."beritahu Sir Winter sebelum mula menulis sesuatu di atas papan hitam dengan kapur tadi.

        "Baik.."hembus Adriena dengan lega.

        "Kongsi?"aju Ruby sewaktu tolak buku teks ke tengah meja di antara mereka berdua.

         Adriena mengangguk tanpa berlengah. "Thanks."ucapnya. Nanti lepas kelas dia kena cari bukunya itu. Kalau tidak habis la dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience