Flashbacks
8 tahun yang lalu...
Permaisuri Aryana tunduk memandang bayi yang berada dalam rangkulannya. Wajah mulus berpipi montel itu di usap dengan jari perlahan-lahan. Segala rasa tumpah pada anak itu.
"Maafkan saya tuanku...saya gagal lindungi dia."
"Ianya pilihan Diana untuk teruskan perjuangannya. Bukan salah awak."sebut Permaisuri Aryana dengan perasaan sedih. Keningnya berkerut sebak mengenangkan rakan baiknya yang meninggal dunia kerana komplikasi melahirkan anak kecil ini.
Conan yang berwajah sugul, tidak terurus dan mata sembab itu berdiri dengan tangan di belakang badan. Termenung memandang anaknya yang sudah menjadi yatim di atas pemergian si ibu.
"Tuanku telah titipkan Diana untuk menjadi pasangan saya. Tapi saya gagal menjaga amanah yang tuanku telah berikan..."
Permaisuri Aryana dongak memandang Raja Zane. Beri isyarat kepada suaminya untuk mengatakan sesuatu. Mereka faham kenapa Conan bersedih.
Pada awalnya, Diana Brooke adalah merupakan Lady Dem Devin diraja mereka yang dilantik oleh Permaisuri Aryana kerana Diana juga adalah kawan baik satu sekolah dengan Raja Zane. Sementara itu Conan adalah penasihat diraja mereka. Dengan aturan mereka Conan dan Diana disatukan. Segalanya bermula dengan indah dah bahagia. Sehingga suatu masa, Diana beritahu dia hamil. Tetapi doktor beritahu ianya terlalu berisiko untuk dia meneruskan kandungan itu kerana mampu meragut nyawanya.
Diana yang nekad ambil keputusan untuk meneruskan kandungannya. Dan akhirnya dia tewas ke penghujung nafas sewaktu melahirkan Adriena.
"Jangan risau..kamu boleh tinggalkan Adriena kepada kami untuk dijaga. Kami akan jadi ibubapa keduanya....seperti yang diminta oleh Diana."aju Raja pula berkata kepada Conan.
Mungkin kerana terlalu sedih dengan perasaan yang ditanggung, Conan jatuh melutut di lantai itu tersedu-sedan. Hatinya begitu remuk mengenangkan kekasih hati yang telah pergi meninggalkan dirinya dan anak mereka buat selamanya tidak kembali lagi.
Raja Zane tunduk melutut di depan Conan lalu menepuk belakang badan itu dengan perasaan simpatinya."Tak mengapa. Akan kami didik anak kamu sama seperti mana kami didik Tristan. Sebagai balasannya, kami angkat anak kamu sebagai penjaga rahsia mahkota Kerajaan Everlon."
End of flashbacks
Adriena pandang akan ayahnya yang sedang termenung memandang ke satu arah setelah selesai menceritakan hal sebenar kepada dia tentang kisah lampaunya bersama Tristan 10 tahun yang lalu.
Rupa-rupanya sejak dia bayi lagi dia sudah tinggal di istana Everlon. Dan seiring dengan itu bersama Tristan selama 8 tahun di situ. Hal itu membawa kepada persahabatan mereka berdua. Mereka belajar dengan guru yang sama, bermain sama, tidur pun bersama, selera makan bersama. Di bela oleh raja dan permaisuri sendiri seperti anak mereka.
Paling mengejutkan adalah dirinya sudah di pasangkan buat Tristan. Namun kemalangan menimpa pasangan raja itu bersama-sama dengan Tristan sekali. Makan segalanya terhapus dan dia serta ayahnya keluar dari istana demi menjaga keselamatan diri. Semua ini disebabkan ayahnya adalah orang kuat dalam istana itu. Sekiranya ayahnya kekal di istana demi melindungi Tristan, dia yang akan jadi pajakan pilihan ayahnya.
Bukan setakat itu saja. Ada yang lebih teruk sampaikan dia tergamam tidak tahu hendak beri reaksi apa setelah mengetahui kejadian pada hari dia lemas!
Long short, sekiranya ayah dia pilih Tristan, maka dia yang akan mati! Namun ayahnya memilih dirinya, makan hidup Tristan pun teraniaya oleh golongan jahil di istana itu!
"Sebab itu ke ayah tak beritahu Adriena apa-apa yang berlaku sebelum tu?tanya Adriena dengan kening berkerut. Sebab nak lindungi Riena dari sesiapa sahaja yang telah menyebabkan kemalangan mendiang raja dan permaisuri tu?"tanya dia.
Conan mengangguk kepala.
"Ayah terpaksa. Kalau ikutkan hati mahu sahaja Ayah beritahu kamu segalanya dan bantu Putera mahkota dari di fitnah dan jatuhkan dari kedudukannya. Tapi tak sempat, sebab masa tu jugak ayah dapat tahu putera mahkota hilang ingatan pada masa kamu hilang ingatan. Ibu Kelly kamu fikir mungkin semua itu yang terbaik buat kamu berdua sekiranya ayah mendiamkan diri."
Kelly di samping Conan tidak berkata apa-apa, dia turut memandang Adriena dengan renungan susah hati. Dia tidak mahu Adriena tahu semua ini sebenarnya. Sebab dia risau Adriena akan bahayakan diri demi putera mahkota tu. Ingat tak sakit apa jaga Adriena dulu masa koma. Risau separuh mati. Walaupun anak tiri, dia anggap Adriena macam anak dia sendiri.
"Betul tu Riena. Jangan salahkan ayah kamu. Dia hanya lakukan semua itu atas arahan Raja Zane sendiri."tambahnya selepas itu.
Dengan keluhan kesal di lepaskan, Adriena sandar ke sofa itu lalu lemparkan pandangan ke siling atasnya. Termenung dia sekejap. Perlahan-lahan neuron otaknya mula bersambung.
Menjana idea dan juga menganalisis semua data yang dia terima sejak 20 minit perbualannya dengan ayahnya tadi. Rantai yang tergantung di lehernya di gentel resah. Jadi rantai yang mempunyai nama Aryana yang dia pakai adalah milik permaisuri dan bonda Tristan la selama ni!
Patut la dia treasure sangat pada rantai ini sejak awal lagi!
Rupanya ada nilai sentimental yang tersembunyi!
Kalau macam tu memang betul la tanggapan dia selama ini!
Ini kerana, sejak awal lagi dia memang ada kaitan dengan Istana Everlon dan juga Tristan. Tidak hairan la kenapa dia berasa familiar setiap kali bersama Tristan.
Funny tmi...both my account in X and TikTok got banned because Palestine issue. So dkt phone skrg tinggal IG dengan FB je masih terselamat. So yeah! tiga hari lagi sebelum 2024.
Share this novel