Pick A Lock

Fantasy Completed 10714

"I can't believe this.."keluhnya semasa bercangkung depan pintu mengumpil tombol seperti pencuri. "Beritahu saya kenapa saya bersetuju untuk lakukan semua ni?"

Tristan melepaskan keluhan jengkel.

             "Boleh tak dalam lama 20 saat kau tak cakap apa-apa?"Tristan yang berdiri di belakang Adriena pandang kanan dan kiri koridor berjaga-jaga.

               Adriena dongak memandang Tristan sambil membuat muka menyampah. "Kalau awak jelaskan saya kepada saya alasan kenapa saya lakukan semua ni?Maybe saya takkan banyak bercakap."

Tristan tidak membalas. Dia hanya pandang dan kanan dan kiri koridor. Sebab dia tahu kalau dia balas bukannya Adriena akan senyap. Malah banyak lagi bercakap lagi ada la.

Menggunakan kemahiran yang selalu dia gunakan untuk keluar rumah secara senyap tanpa pengetahuan ayahnya, Adriean Berjaya buka pintu yang terkunci itu tidak sampai 30 saat kemudian. Bobby pin yang digunakan tadi di kilp pada rambutnya semula.

           "Dah."beritahunya semasa berdiri. "Awak adalah pengaruh yang tak baik tau tak..kalau ayah saya tahu mahunya saya dileteri.."keluh Adriena setelah itu.

            "Dia tak tahu..tak apa. Lagipun kau dah biasa kan buat semua kerja ni."Tristan terus pegang tombol itu dan di pulasnya. "Jom masuk."ajaknya.

             "Memangnya ini bilik siapa?"tanya Adriena lagi semasa berjalan sama dengan Tristan ke bilik yang gelap tidak bercahaya itu.

              "Ayahanda dan bonda aku.."bisik Tristan dengan perlahan. Dia seluk tangan ke dalam poket seluar lalu mengeluarkan telefon darinya. Sambil tu dia tutup pintu dan mengunci tombol itu semula. Sesaat kemudian dia nyalakan torch light melalui telefonnya lalu di suluh sekitar ruangan itu.

Tidak berasa gentar atau takut dalam keadaan gelap, Adriena berdiri di situ dengan perasaan tidak asing. Dia pandang dalam kegelapan itu cuba mencari kepastian kerana dia sikit pun tidak berasa janggal di dalam bilik tersebut. Sesuatu tidak kena di tempat ini!Fikir dia.

                "Kita nak cari apa?"bisik Adriena pula sewaktu Tristan sudah berdiri di hadapan sebuah rak dan menyuluh cahaya ke rak itu.

                "Apa-apa je..."

                "Lebih spesifik lagi boleh tak?Awak ni suka tau suruh saya buat sesuatu tanpa alasan yang jelas. Nanti saya buat hal, awak marahkan saya?"sungut Adriena sambil jalan dalam gelap itu dengan mudah. Kakinya melangkah mendekati ke satu arah tanpa sebab.

                Pada masa itu Tristan berhenti di depan deretan laci. Dan bila dia cuba Tarik laci-laci di situ ianya terkunci. Sambil buat muka kesal dia gerak ke rak sebelah dimana deretan buku terletak. "Sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku nak cari..."jawabnya. "Macam kau...aku pun clueless.."

                Tidak lama berjalan, Adriena berhenti di sebelah bingkai gambar besar di dinding tempat dia berdiri. Ketika itu dia menghadap Tristan. Dia berkerut kening sambil membuat muka tak faham. "Saya tak faham.."katanya.

                 Tristan tarik satu persatu buku di rak itu. Cuba cari kunci ke apa-apa yang mencurigakan atau sesuatu yang membawa dia ke satu petunjuk. "Aku hilang ingatan okay. Kemalangan yang menimpa ayahanda dan bonda aku melibatkan aku sekali semasa aku 9 tahun. Semuanya tentang kisah silam aku tak ingat..aku berharap dapat jumpa sesuatu dalam bilik ni...sebab itu aku curi masuk ke sini."beritahunya tanpa memandang Adriena.

Terus Adriena palingkan kepala ke sisi bila terasa ada yang aneh di sekelilingnya. Dia pandang sekejap dengan teliti dalam kegelapan itu sebelum matanya berhenti di bingkai gambar tadi. Hatinya terdetik. Dalam buku penelitian Sherlock Holmes.. Apa sahaja yang ada di dalam bilik boleh menjadi tempat persembunyian. Dan hasil dari bacaan dia, bingkai gambar adalah salah satu tempatnya. Biasanya di sebalik bingkai gambar ini ada tersembunyinya mesej rahsia.

               "Apa yang dah berlaku pada awak?"tanya dia setelah pusing menghadap bingkai gambar itu.

                "Aku koma dan alami konkusi kerana kemalangan tu...aku alami gegaran otak. Dan bila aku sedar, aku tak ingat apa-apa selain nama sendiri dan jugak kemalangan tu.." Tristan bercangkung di bawah rak pula. Hendak lihat jika ada yang tersembunyi di bawah cabinet itu.

Sambil dengar bicara Tristan, Adriena angkat tangan lalu memegang bingkai gambar tersebut. Dia cuba gerakkan sedikit bingkai itu merancang mahu menanggalkannya dari dinding itu. Sebaliknya bingkai itu terselak ke tepi. Tidak semena, dinding dimana bingkai gambar itu mengeluarkan bunyi lalu bergerak ke belakang.

Deru angin bertiup menyapa Adriena yang berdiri di situ sewaktu pintu itu terbuka. Lalu bunyi dengungan kedengaran dari dalam laluan itu.

          Tersentak Tristan waktu itu sebaik dengar bunyi geseran yang dihasilkan dinding tersebut. Dia cepat-cepat bangun dan mendapatkan Adriena. "Apa kau dah buat?"soalnya dengan cemas.

           Tidak terkutik atau terkejut, Adriena kejung berdiri di situ memerhatikan dinding itu bergerak ke tepi. Satu bukakan sebesar pintu muncul di tengah-tengah dinding bilik tidur itu. "Well...nampaknya tak sia-sia saya habiskan masa di kedai buku Sir Winter untuk baca siri Sherlock Holmes.."katanya sambil palingkan kepala ke Tristan. Tersenyum bangga.

           "Hm...yalah."balas Tristan acuh tak acuh. "Bangga sangat jadi ulat buku.."selorohnya.

Adriena singgul tepi lengan Tristan dengan siku kerana komen itu. Macam tak guna je punya perangai.

             Tristan suluh ke laluan rahsia itu sewaktu berdiri di sisi Adriena. Dia pandang ke laluan yang gelap itu dengan perut memulas semacam. "Laluan rahsia apa ni?"bisik dia pada Adriena. Kagum dan pada masa yang sama dia berasa teruja!

Adriena berkerut kening sambil membuat muka tak pasti.

             "Maybe tempat ayahanda dan bonda awak simpan sesuatu?"jawab Adriena yang hanya menduga kemungkinan itu. Sebab biasanya macam tu. "Tak pun..laluan rahsia untuk selamatkan diri jika ada musuh menyerang.."

Tristan tepuk belakang badan Adriena sambil mengangguk kepala.

             "Good job nerd... Sekarang mari kita masuk.."tak sia-sia dia pilih Adriena. Nampaknya gadis ini akan banyak membantu dia selesaikan misteri yang menyelubungi hidupnya selama 10 tahun ni.

               "Tunggu."Adriena halang Tristan. "Macam mana kalau ada booby trap?Tak ke naya nanti?"bisiknya.

Dengusan kecil kedengaran dari Tristan. Dia menairk sengih meleretnya.

             "It's okay..firasat aku beritahu tempat ni selamat."ajak Tristan yang kembali mencengkam jari jemari Adriena dan mula berjalan masuk ke laluan itu. Tangan sebelah lagi digunakan untuk menyuluh cahaya dari telefon ke depan laluan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience