29

Other Series 41450

3.00 Pagi

Balqis tersedar dari lena apabila merasakan kesejukan luar biasa dengan tiupan angin yang agak kencang. Dalam keadaan mamai, dia memperbetulkan selimut di badannya dan kembali mengerekotkan badan. Dapat dirasakan badannya sedikit sakit mungkin kerana pembaringannya yang kurang selesa.

'Eh, jap! Apesal dengar bunyi ombak ni dekat sangat??? Dan angin ni...apesal kuat sangat menyapu muka aku??'

Dia mencelikkan mata. Spontan terus menegakkan badan.

"Eh???? Aku terlelap kat tepi pantai ke????? Ya Allah!"

Dia pening sekejap. Cuba mengingati satu-persatu apa yang berlaku malam tadi.

Okay, perkara terakhir yang terbit dari kepalanya adalah Fiz duduk di sebelahnya, memetik gitar dan menyanyikan lagu.. 'Aku ada buat benda tak senonoh ke?? Nauzubillah!' Hatinya gusar.

Kejap!

FIZ!!! Mana lelaki tu??

Balqis menoleh sekeliling. Selang beberapa langkah darinya, kelihatan selonggok manusia sedang lena diulit mimpi di atas tikar berhampiran dengan unggun api yang hanya tinggal bara. Dalam keadaan kurang jelas, Balqis tak pasti siapa mereka tapi dia dapat meneka salah-seorangnya mestilah Fiz memandangkan dia nampak sebuah gitar tong turut berada di situ. Mungkin Fiz, Syafiq dan sepupu-sepupu mereka lepak kat tepi pantai sampai tertidur. Dia turut nampak beberapa khemah terpacak di beberapa tempat di sekitar kawasan pantai tersebut. Ramai juga pengunjung yang tidur di tepi pantai macam diaorang.

'Masalahnya, macamana aku boleh terlelap???'

Jap! Malam tadi memang la sampai entah lagu ke berapa, dia sudah mula kuyu matanya. Nak-nak siang tadi jenuh berjalan ke sana-ke mari. Kena pula layan bunyi gitar yang Fiz mainkan.

Okay! Dia dah ingat! Lagu last yang Fiz sempat mainkan untuk dia adalah 'Sleeping Child - Michael Learns To Rock'. Ya, lagu tu bukanlah lagu romantik cintan-cintun. Tapi dah kalau nama sukakan petikan gitar acoustic, lagu apa yang dimainkan pun, Balqis layan. Lagu terakhir ni memang minta dia pejamkan mata. Tujuan asalnya hanya nak berbaring sahaja untuk merenung bintang di langit malam sambil layan bunyi alunan gitar dari jejaka itu. Tapi dia pun tidak sedar entah bila matanya terpejam. Haihhh~

Angin laut menderu lagi. Sejuk! Spontan dia mencapai selimut untuk membalut badannya. Tapi...

"Eh? Ni bukan selimut. Tapi jaket... Sape punya?" dia tertanya sendiri.

Dihidunya.

Sah! Ni jaket milik Mr. Vampire. Bau maskulin dia melekat di jaket tersebut.

'Eh, jap! Kalau gitu, masa aku terlelap tadi, dia la yang selimutkan aku??? Kalau tak, macamana jaket ni boleh ada kat aku? Aduhai~ Malunya~'
Malu kerana terlelap kat pantai depan lelaki itu, malu kerana terlelap bersama Fiz di pantai walaupun berjarak, dan malu juga sebab Fiz tolong selimutkan dia guna jaket. Entah apa perangai dia yang terkeluar masa lena tadi pun dia taktahu.. Kot la dia buat perangai yang bukan-bukan ke, mengigau sebut nama orang ke, menyeru nama Fiz ke.... Lagilah malu, woi!

Angin bertiup lagi. Balqis yang kesejukan terus menyarung jaket Fiz ke badannya. Lantaklah! Janji hilang sejuk.

Now, dia mesti balik ke homestay. Kot la Mak Mah mencari dia ke...

Dia bingkas bangun dan menapak ke arah kumpulan Fiz yang syok lena. Dalam kesamaran, dengan berhati-hati dia mengamati wajah lelaki yang paling tepi sekali, yang sedang mengerekot berhampiran gitar. Ok. Betul ini Fiz. 'Kesiannya.. Mesti kesejukan,' hatinya berkata.

Dia mencangkung. Perlahan-lahan dia mencuit lengan lelaki itu untuk mengejutkannya. Dia nak panggil, tapi risau akan mengejutkan yang lainnya. Sesekali dia dengar bunyi dengkuran halus dari salah seorang yang lena di situ. Tak tahu siapa.

Fiz masih belum sedar. Sedap betul dia lena di tepi pantai dengan bunyi deruan ombak berserta tiupan angin segar. Dicuitnya lagi bahu jejaka itu beberapa kali. Lebih kuat dari tadi.

Fiz mula membuka mata perlahan-lahan. Dia nampak wajah gadis idamannya dalam keadaan kurang jelas.

"Hai... Assalamu'alaikum, awak.... Morning.. " tegurnya kepada Balqis dengan suara yang perlahan dan serak-serak basah, sambil tersenyum menampakkan gigi taringnya. Masih menarik walaupun baru bangun tidur.

Balqis membuat isyarat tangan untuk mengajak Fiz bergerak jauh sedikit dari geng lelaki yang sedang diulit mimpi. Takut bising, kang ganggu dorang tidur. Fiz menuruti.

"Kenapa?" soal Fiz apabila setelah berada jauh sedikit dari kumpulan adik dan sepupunya.

"Jom balik homestay... Dah pukul berapa ni? Nanti ibu awak cari..." jawab Balqis sambil berpeluk tubuh. Sejuk!

Fiz mengerling jam di tangan kanannya. 3.15 pagi.

"Jom..." ujarnya seraya mahu melangkah pulang.

"Habis dorang?" tanya Balqis. Takkan nak tinggalkan yang lain tu terbongkang kat tepi pantai sampai pagi?

Fiz berpatah balik ke arah kumpulan itu. Dia mengejutkan Syafiq dan mengajak mereka pulang ke homestay. Syafiq menyuruhnya pulang dahulu. Mereka akan balik kemudian. Fiz akur.

"Jom.." ujarnya apabila sudah berada di tempat Balqis menunggu. Mereka berjalan beriringan menuju ke homestay. Nak kata jauh sangat jarak dari pantai ke homestay tu tidaklah, tapi jalannya gelap. Waktu tengah pagi macam ni pula. Sebab itu si Balqis mengajak Fiz balik bersama. At least ada peneman.

"Erm.. Awak.. Nak tanya... Macamana 'kita'... I mean, 'saya' boleh tertidur kat situ? Kenapa awak tak kejutkan saya?" Balqis bertanya sambil berjalan.

"Erm... Saya dah nampak awak menguap a few time. Masa tu dah pukul 12tengah malam. Then, awak baring kejap je.. Tak lama lepas tu awak dah terlelap. Ngantuk sangat la tu.. Tak sampai hati saya nak kejut awak yang lena. Saya tunggu-tunggu jugak kalau awak sedar ke... Tapi tak pun.. Saya biar je la.. Hehe.." jawab Fiz sambil ketawa kecil.

"Ish.. Kejut je la.. Apa ada hal?.. Kejap! Then, macamana dorang yang lain pun boleh ada sekali? Pukul berapa dorang sampai? Last saya ingat, macam tak nampak dorang pun?" Tanya Balqis lagi. Memang banyak dia nak tanya sebenarnya.

"Owh... Jap! Pukul berapa dorang sampai ek?" Fiz cuba flashback.

"Erm... Dorang sampai dalam pukul 12.30 kot. Kebetulan dorang baru balik dari uptown kat bandar. Pastu dorang lepak tepi pantai.. Buat unggun api... Lepak main gitar, borak-borak... Last-last semua tertidur.. Haha!" jawab lelaki itu jujur.

Balqis telan air liur. Kalau dia terlelap pukul 12.00 tengah malam, dan mereka yang lain tiba di pantai dalam jam 12.30 tengah malam, ini bermakna dia telah tidur selama setengah jam di hadapan Fiz. Setengah jam berdua! Dalam setengah jam tu, macam-macam boleh berlaku. Ya lah, maksud Balqis, dalam tempoh itu, maybe dia mengigau, meracau ke.. Ataupun lelaki tersebut telah mengapa-apakannya tanpa dia sedar? Tidakkkkk!

"Kenapa?" Lelaki itu pula bertanya kepada Balqis. Balqis tidak menjawab. Fikirannya menerawang cuba mengingati seandainya ada perkara yang pelik berlaku kepada dirinya.

"Awak takut saya apa-apakan awak ke?" soal Fiz seolah-olah dapat membaca fikiran gadis di sebelahnya.

"Erkkk...err.. Awak ada apa-apakan saya ke?" Balqis menyoal semula. Risau. Dalam hatinya berdoa agar dia mendengar jawapan negatif dari Fiz.

Fiz tersenyum. Timbul idea nakal.

"Ya. Saya ada sentuh awak.. Saya usap pipi awak, saya pegang awak..." jawabnya. Sengaja nak tengok reaksi Balqis.

"Awak! Betul-betullah!" Balqis sudah mula macam nak nangis.

"Iya... Betul!!! Saya mainkan jari saya kat mata awak.. Hidung awak...Bibir awak.. Then kita.... ermm.. Malu la nak cakap..." Fiz menjawab lagi. Ketawanya hampir sahaja pecah, tapi ditahannya.

Balqis berhenti berjalan. Dia menutup kedua-dua telinganya dengan tangannya. Tak sanggup nak dengar.

Fiz menyambung lagi, "Saya memang nak.... Tapi saya tak sangka awak tak menolak... Jadi, lepas tu....kita...."

"Fiz! Cukuplah!! Saya tak nak dengar lagi... Jangan cakap kita dah .... " suara Balqis dah lain. Silap-silap kejap lagi dia melalak la tu.

"Dah apa?" Fiz menghampirinya. Balqis melangkah satu step ke belakang.

"..... Kiss...? "

Terus meledak ketawa lelaki tersebut selama 2 saat apabila mendengar jawapan Balqis sebelum dia memperlahankan volume. Pukul 3.00 pagi kot. Gila apa mengilai waktu ini. Ada kang orang ingat pontianak. Hehe..

Balqis terpinga-pinga. 'Apahal mamat ni? Tadi serius sangat. Ni gelak pulak!'

Setelah ketawanya reda, Fiz bersuara, "Balqis.. Balqis... Awak ni naif betul la...Hehe... Takde la... Saya tak apa-apakan awak la... Kita tak buat apa-apa yang pelik pun..Hehehe.."

Balqis baru faham. Lelaki itu baru sahaja mengenakannya. 'Arghhh! Malunya sebab fikir yang bukan-bukan!!!'

"Erm.. Tapi Qis... Kalau awak nak kita kiss pun apa salahnya? Hahahahaha!" Fiz lebih giat mengusiknya.

Balqis geram. Ke situ pula difikirnya! Mujurlah dalam gelap. Tak nampaklah mukanya yang dah blushing. Dia melangkah laju meninggalkan Fiz.

Fiz membuka langkah menyainginya. "Balqis, sorry.. Saya saja usik awak....Hehe.. Awak janganlah marah..."

Kemudian dia menyambung, "Memang kita takde buat apa-apa... Saya cuma selimutkan awak dengan jaket saya je.. Tu je.. Trust me, ok?"

Balqis diam. Dia malu sebenarnya. Tapi dia tetap berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana mengambil berat kepadanya. Sanggup kesejukan dan mengorbankan jaketnya untuk Balqis.

Tak lama selepas itu dia menjawab, "Thanks, awak..." Berbunyi tanpa menoleh. Malu!

Fiz hanya tersenyum melihat reaksi malu Cik Superbike ganas.

Hehe!

*******

Cik Superbike dengan Mr. Vampire...

ON tak ON?

P/s : Please leave a comment. Komen, ulasan dan pandangan readers amatlah dihargai. Thanksss~~~

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-02 20:00:42 

adoi lm betul nak tunggu ceta yg seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience