21

Other Series 41450

SUBWAY, DE PULZE, CYBERJAYA

“Balqis, awak apply cuti 3 hari, ada plan nak ke mana-mana ke?” soal Ikram kepada Balqis ketika dia beratur di belakang Balqis untuk membuat pesanan makanan tengahari. Menu lunch mereka hari ini adalah sandwiches dan hari ini mereka lunch bertiga sahaja. Aizat cuti. Geng lagi 2 orang tu nak makan Chinese food.

“Lama gak ko cuti, Balqis. Ko ride ke mana pulak kali ni? Biasanya kau amik cuti lama kalau kau ada ride je.” Mimi yang beratur di hadapan Balqis bertanya.

“Takdela…. Aku takde ride pun. Aku ada wedding kat Terengganu. Alang-alang ke sana, nak pergi jalan-jalan sekali la…” jawab Balqis sambil matanya sibuk melihat ke skrin menu yang terpapar di bahagian atas kaunter.

Ikram terdiam. Terengganu? Rasanya saudara-mara Balqis ramai di Johor. Tak tahu pula dia ada sedara di sebelah Pantai Timur?

“Sapa kahwin?” soalnya ingin mendapatkan kepastian.

“Selamat datang, Encik, Cik! Boleh saya ambil order?” Sapaan daripada staf restoran Subway itu mematikan soalan dari Ikram. Ikram sedikit kecewa kerana persoalannya tidak berjawab. Mereka membuat tempahan sandwiches mengikut selera masing-masing sebelum membuat pembayaran, draw air di cawan dan menatang dulang berisi sandwiches ke tempat duduk.

Di tempat duduk, topik sudah bertukar. Sudah tak ada cerita berkenaan cuti. Mimi sibuk bercerita mengenai mamat yang dia sempat berkenalan semasa di program team building syarikat mereka tempoh hari. Nampaknya, hubungan mereka setakat ini berjalan lancar. Saling berbalas WhatsApp dan sesekali keluar bersama. Wah! Mimi sudah ada progress. Balqisnya bila?

Ikram kurang menyampuk. Dia lebih suka makan dengan tertib sambil mencuri-curi menatap wajah Balqis. Hari ini Balqis pakai seluar slack slim fit berwarna gelap dikenakan dengan kemeja berwarna creamy white dan shawl bercorak geometri dengan tone senada. Solekan tipis di wajahnya sudah memadai untuk menyerlahkan kemanisan gadis berlesung pipit ini. Sesekali tawanya akan memecah apabila Mimi berkongsi moment lucu dia berdating dengan boyfriend barunya itu. Dan setiap kali Balqis ketawa, Ikramlah berasa dialah orang paling bahagia melihat kegembiraan yang terpancar di wajah gadis itu.

Pada masa yang sama, Balqis pun perasan yang Ikram selalu mencuri pandang padanya. Sesekali, mata mereka bertentang antara satu sama lain, dan Ikram akan melarikan pandangan matanya ke arah lain. Malu kantoi la tu!

Balqis sedar, sejak akhir-akhir ini, perhatian jejaka itu terhadapnya sedikit berbeza daripada sebelum ini. Lebih concern, lebih mengambil tahu dan lebih protective. Lebih-lebih lagi sejak mengetahui kisah Aizat yang menaruh perasaan terhadap Balqis. Tapi itu dulu la… Aizat yang dulu bukanlah Aizat yang sekarang (macam lagu la pulak). Hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja. Dan Aizat sudah melayan Balqis dengan normal, okay.

Beep! Bunyi mesej masuk di hp Balqis. Balqis membelek.

Ikram : Cik Adik Manis Berlesung Pipit, awak tak cakap pun awak nak cuti lama?

Balqis : Encik Mata Cantik, buat apa saya nak cakap? Awak kan orang HR, tak cakap pun confirm tahu punya… Awak yang akan proses cuti saya, kan? Hehe… (Ikon jelir lidah)

Ikram : Loyar buruk, eh? Cubit kang! (Ikon ketam)

Balqis : Welkkkk~ Awak takkan cubit saya punyalah! Awak kan baik hati dan selalu jaga saya kat opis.

Ikram tersenyum lalu sambung menaip mesej.

Ikram : Okey, now, saya nak tanya, awak pergi wedding sapa kat Terengganu?

Balqis : Adalah. Mana boleh cakap? Sibuk je Encik Muhammad Ikram Fikri ni. (Ikon zip mulut)

Ikram : Haippp!! Baik bagitahu, nanti taknak proses cuti awak… Tarik balik kelulusan. Padan muka! (Ikon kenyit mata sambil jelir lidah).

Balqis : (Ikon sedih)

“Weiii… Korang berdua ni kenapa? Dua-dua tersengih sambil belek hp ni….Mesej sesama sendiri ke? Korang bercinta diam-diam, eh??” Mimi yang sedang sakan bercerita tadi mula mengesyaki apabila melihat mereka berdua seakan tidak menumpukan perhatian akan ceritanya dan masing-masing berperilaku pelik. Dah la masa kat teambuilding pun selalu melekat berdua. Mentang-mentang satu group.

Kedua-dua Balqis dan Ikram tersentak dengan soalan itu.

“Erk…. Bukanlah! Mandai je! Jom lah, wei…. Dah pukul berapa ni? Kang lambat masuk ofis.” Laju Balqis berbunyi. Mengelakkan kawannya itu bertanya lebih banyak dan membuat spekulasi sendiri.

Dan mereka bertiga meninggalkan restoran Subway itu.

*******

4.00 petang.

Balqis merasa sedikit mengantuk menghadap tugasannya. Dia memusingkan kerusi menghadap ke luar tingkap pejabat sambil membuat regangan otot tangan dan pinggang. Lega sedikit rasanya.

Dia kemudiannya mencapai mug dari dalam laci mejanya dan dua peket Nescafe 3 in 1 Hazelnut dan melangkah ke arah pantri untuk membancuh air panas. Sempat dia singgah di bilik Mimi sebentar.

“Cik Kak… Kau nak air panas tak? Kalau nak, aku bancuh lebih,” ujarnya.

Mimi menggeleng kepala tanpa menoleh ke arahnya. Fokus betul. Balqis meneruskan langkah.

Di pantri, dia mengisi air ke dalam cerek elektrik dan menekan butang ON. Sementara menunggu air masak, dia membuka pintu atas kabinet di hujung pantri yang kecil itu untuk membelek barang-barang makanan yang biasanya disimpan di situ. Ada sebekas gula pasir, beberapa tin susu pekat manis, serbuk kopi, teh dan minuman koko selain beberapa barangan lain. Balqis mencari kudapan ringan seperti biskut. Selalunya ada je.

“Aha! Dah nampak! Tapi jauh ke belakang la pulakkkkk!” dia berkata sendiri lalu menjengketkan kaki untuk mencapai bekas biskut yang berada jauh ke dalam. Terkial-kial dia berusaha untuk meraihnya.

Tiba-tiba dia merasakan seperti badan seseorang berada terlalu hampir dengannya. Saiz badan seorang lelaki dan tinggi daripadanya. Dan Bau perfume Hugo Boss For Men itu sangat dikenalinya. Belum sempat dia melarikan diri dari ruangan sempit itu, tangan lelaki tinggi itu laju mencapai bekas biskut yang ingin diambilnya. Balqis rasa terhimpit antara lelaki itu dengan dinding dan wajahnya betul-betul menghadap dada bidang lelaki tersebut. Jaraknya terlalu hampir, hanya dipisahkan dengan tangan Balqis yang sempat menekap ke dada lelaki tersebut bagi mengelakkan tubuh mereka melekap. Dia rasa mukanya panas. Mesti darah dah menyerbu naik!

“Nah! Biskut yang awak nak amik tadi.” Ikram menghulurkan bekas biskut kepadanya.

Balqis yang sedang masih menstabilkan perasaannya akibat kejadian tadi diam tak berkutik. Walaupun dia mengakui yang dia semakin rapat dengan lelaki itu, tetapi bila sesekali Ikram membuat perkara luar jangka seperti tadi, dia akan menjadi seram sejuk. Dia perempuan normal, of course dia akan rasa lain macam.

Ikram memetik jari di hadapan muka blur Balqis. “Hello!” ujarnya. Otomatik Balqis mendongak melihat wajah Ikram di hadapannya.

“Awak kenapa? Berangan? Merah padam muka ni kenapa?” soal Ikram.

‘Eiii~~ dia nih…. Tanya pulak…. Takkan sedar ke apa kau buat tadi? Aku nervous la woiiii! Lempang kang!’ Balqis menjawab dalam hati.

“Apasal awak buat macam tadi?” Balqis pula menyoal.

“Buat apa? Tolong amikkan awak bekas biskut?” Ikram menjawab dengan selamba. Tetapi dia sedang mengawal debaran kencang di dadanya tatkala wajah Balqis hampir melekat di dadanya, walaupun hanya beberapa ketika.

“Ya. Tu betul. Tapi yang awak himpit saya ke dinding tadi kenapa? Penyek saya tahu tak?” saja dia cakap begitu. Nak hilangkan nervous plus meluahkan rasa geramnya pada lelaki itu.

“Hehe… Sorry… Saya takde niat nak himpit awak pun… Kebetulan saya pun nak bancuh air panas. Lama saya tengok awak terkial-kial nak amik biskut tu, tapi tak capai-capai jugak. So, saya tolong la…. Ha, kat mana penyek tadi? Meh saya tolong tengokkan.” Usik Ikram sambil mendekati Balqis dan berlakon seolah-olah menjadi doktor untuk memeriksa pesakit.

Balqis membuntangkan mata. Ikram sudah pandai bergurau banyak dengannya. Geramnya! Dia menunjukkan penumbuk ke arah Ikram. Ikram tersengih.

“Air dah panas. Meh mug awak. Saya tolong bancuhkan air untuk awak. Tanda minta maaf.” Ikram menawarkan. Haaaa.... Sweet tak Ikram ni? Siap offer nak tolong bancuhkan air, walaupun cuma 3 in 1 je...

Dua mug air panas siap dibancuh. Satu untuk dirinya, dan satu lagi untuk gadisnya…..

Eh????

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience