10

Other Series 41450

PRESINT 15, PUTRAJAYA

Fiz meraup wajahnya. Hatinya tidak tenang. Apa yang dia nampak tadi meresahkannya.

Cik Superbike sedang duduk semeja dengan lelaki yang dia nampak di restoran nasi Arab tempoh hari. Dia cuba mengingatkan nama lelaki tampan yang pendiam itu. Ikram. Ya, Ikram namanya.

Haritu nampak macam kurang bercakap, tapi hari ni nampak mesra berbual dengan gadis itu. Boleh bergelak ketawa.

‘Ahh! Takkan la dorang couple kot? Balqis kan jenis tak reti nak couple….’ Dia berkata sendiri, cuba menenangkan hatinya yang rawan. Kalaulah dia bukan bersama dengan beberapa wakil delegasi dari negara China tadi, sudah lama dia pergi menegur Balqis dan Ikram yang sedang makan berdua.

Tapi hatinya panas juga. Walaupun dia percaya yang Balqis dan lelaki itu tidak mempunyai sebarang hubungan yang istimewa, tapi cara Ikram memandang Balqis sangat tidak meyakinkannya. Dia dapat rasakan yang Ikram sedang cuba merapati gadis itu.

‘Ini tak boleh jadi! Kalau aku lambat bertindak, alamat melepaslah ibu nak bermenantukan Balqis!’

Ceh! Ibu dia juga jadi mangsa. Kau yang nak, pandailah kau cakap ibu kau yang berhajat… Syafiz Eiman…. Syafiz Eiman….

Sambil berbaring di atas katilnya, dia mencapai hp nya dan mula menaip mesej.

‘Assalamu’alaikum Balqis, Cik Superbike Power…. Awak tengah buat apa tu?’

Menunggu.

…..

…..

Beep! Bunyi mesej masuk. Laju Fiz melihat hp nya.

‘Wa’alaikumussalam warahmatullah Encik Syafiz, Mr. Vampire tersohor…. Saya baru sampai rumah….’ Mesej dari Balqis.

Fiz tersenyum membaca mesej itu. ‘Mr. Vampire Tersohor’? Masih ada nada mesra di situ.

‘Lambatnya awak balik. Stayback kat office lagi ke harini?’ Saja dia bertanya soalan itu. Nak tengok apa jawapan Balqis.

‘Ya. Keja tengah banyak sekarang ni… Hari-hari balik lambat.’ Mesej berbalas.

‘Kesiannya dia…. Ni balik lambat ni awak dah makan ke belum?’ Soalnya lagi.

‘Dah. Saya makan kat Cyber tadi. Balik kerja terus singgah makan.’ Balas Balqis.

‘Awak makan sorang je ke? Kenapa tak ajak saya? Boleh saya temankan.’ Fiz membalas. Sebenarnya hatinya tidak tenang. Adakah Balqis selalu balik lambat bersama Ikram dan makan malam bersama seperti hari ini? Dia nak tahu adakah Balqis akan menceritakan padanya tentang makan malam bersama Ikram. Dia tidak mahu gelojoh bertanya dan kelihatan seperti terlalu terdesak.

‘Oh! Saya makan dengan Ikram tadi. Kebetulan harini dia balik lambat juga. So, kitorang pegi makan sekali.’ Mesej dari Balqis diterimanya.

Fiz sedikit lega. Bermakna, tidaklah hari-hari Ikram balik lambat dengan gadis yang telah pun menghuni hatinya itu. Walau bagaimanapun, Fiz tetap perlu mengatur langkah dengan segera dan cermat agar gadis itu tidak terlepas ke tangan Ikram…. Atau lelaki lain. NO!

******************

Balqis sudahpun menarik selimut menutupi separuh badannya. Dia mahu segera tidur. Letih seharian menghadap kerja di pejabat, balik lambat pula.

Tapi dia tidak dapat melelapkan matanya.

Mesej terakhir dari Fiz dalam thread messages tadi bermain-main di mindanya.

‘Nanti kita balik kampung saya tau. Ibu cakap rindu nak jumpa awak…. Nanti saya bagitahu awak bila nak balik ya… Nite, Balqis! Wassalam. (Icon kenyit mata)’

‘Ibu Fiz rindu kat aku? Biar betik??’ Keliru sungguh dia. Dia pun tak pasti samada Fiz serius atau sekadar buat cerita. ‘Vampire seketul ni bukan leh pakai sangat… Asal boleh je….’ Dia terus-menerus berperang dengan fikirannya.

Terus dia teringat wajah Mak Mah yang baik hati itu. Dia rindu juga pada wanita yang berumur lebih daripada separuh abad itu. Layanan mesra dari Mak Mah mengingatkan dia kepada ibunya sendiri…..

“Ibu, Balqis rindu ibu….. Moga ibu tenang di alam sana bersama babah….”

Dan dia tidur bertemankan air mata….

*****************

KONDOMINIUM ECLIPSE, CYBERJAYA

Ikram tersenyum riang. Dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku pada hari ini. Sudah lama dia memerhatikan gadis peminat motor besar itu semenjak dia mula bekerja di syarikat firma perakaunan tersebut. Dah dua tahun. Tapi dia tidak pernah berani untuk cuba mengajak gadis itu keluar berdua. Dia takut jika gadis itu menolak pelawaannya.

Dalam dua tahun pemerhatiannya terhadap gadis itu, dia tahu Balqis bukanlah seperti gadis biasa. Balqis seorang yang sangat berdikari, berani dan mempunyai prinsip yang jelas. Dia juga seorang yang tenang. Tengok sahajalah setiap kali teman baiknya Aizat sengaja cari pasal dengan Balqis, gadis itu akan buat tidak tahu sahaja. Paling-paling pun jawab sikit dan selebihnya banyak kepada mendiamkan diri.

Peristiwa di depan surau pejabat yang berlaku dalam gelap malam tadi bermain di mindanya. Hatinya berdebar-debar setiap kali mengingatkannya. Dia tak pernah berada dalam jarak yang begitu dekat dengan mana-mana wanita sebelum ini. Ini lagilah dengan gadis yang diminatinya sekian lama. Debarannya lain macam. Bergoncang imannya. Mujurlah dia berjaya mengawal dirinya tadi. Kalau tidak, dia pun taktahulah apa yang berlaku. Mujur juga Balqis menumbuknya. Dapat menyedarkannya dari melakukan perkara yang tidak-tidak.

Pun begitu, dia pun tidak menyangka peristiwa itu menyebabkan dia berjaya merapati Balqis, si gadis unik itu. Balqis bersetuju untuk makan malam bersamanya, yang dikira langkah pertama untuk mengenali gadis itu in person.

Ikram mengenang kembali perbualan mereka yang lebih berkisar kepada life masing-masing selain dari kerja. Dari situ, dia tahu lebih details berkenaan keluarga Balqis yang kebanyakannya menetap di negeri Selatan semenanjung tanah air. Ibubapanya telah meninggal dunia dan kesemua adik-beradiknya telah berkeluarga, kecuali Balqis. Sebab itu Balqis selalu buat hal sendiri, travel sana-sini seorang diri dan kurang bercerita mengenai keluarganya.

Dia rasa mempunyai peluang yang cerah untuk lebih merapati gadis itu setelah sekian lama apabila Balqis bersetuju untuk mengikut dia dan team outdoornya pergi ke salah sebuah lokasi air terjun terkenal di Selangor hujung minggu nanti. Dia tak menyangka yang mereka mempunyai kegemaran yang sama iaitu hiking dan menjelajah hutan.

Ikram tak sabar menunggu hari esok untuk bertemu lagi dengan Balqis di pejabat. Mereka bersetuju untuk lunch bersama-sama dengan geng pejabat mereka.

Dia memejamkan mata dan mula berlayar, cuba untuk menganyam mimpi yang indah-indah bersama gadis superbikenya.

ZZzzzz~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience