14

Other Series 41451

Akhirnya kumpulan mereka tiba di lokasi sebenar air terjun Sungai Chiling setelah menempuh sungai yang terakhir. Dari jauh sudah dapat mendengar bunyi air terjun yang menderu-deru. Balqis merasa lega walaupun berjalan dengan sedikit kepayahan akibat kecederaan kaki kanannya. Mujurlah dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Bolehlah lagi dia menikmati air terjun yang nampak mengujakan.

Di lokasi air terjun tersebut sudah ada ramai pengunjung tapi masih terdapat ruang untuk team outdoor mereka berkumpul. Beberapa orang ahli team sudah mula masuk ke dalam air dan mandi. Tak tahan benar melihat air jernih yang kelihatan seperti memanggil-manggil. Yani dan Shida sudah mahu masuk ke dalam air setelah menghabiskan sebungkus roti coklat seorang satu.

Balqis belum mahu mandi lagi. Dia mahu menikmati pemandangan di kawasan air terjun tersebut terlebih dahulu. Dia membuka bungkusan roti jagung yang dibekalkan, menyuap sepotong roti dan mengunyah perlahan-lahan.

Ikram menghampirinya.

“Balqis, awak taknak mandi ke?” tanyanya.

“Kejap lagi… Nak makan dan rest jap….. Kejap lagi saya mandi,” jawab Balqis kepada pemuda itu.

“Kaki awak macamana? Dah okay sikit ke?” soalnya.

“Bolehlah…..” jawab Balqis sambil tersengih.

“Meh saya tengok…. Tadi awak berjalan pun slow dan tak berapa nak okay sangat….” Pelawa jejaka berkulit putih kemerahan, berkaca mata dan berjambang nipis kemas itu. Tampak keikhlasan di wajahnya untuk membantu gadis itu.

“Eh….. Takpe, Ikram…. Saya okay kot….” Jawab Balqis teragak-agak. ‘Gila nak suruh mamat smart ni tengok kaki aku? Aurat aku kot…’ hatinya berkata.

“Balqis, saya cuma nak tolong awak. Bukan nak ambil kesempatan kat awak…..” jawab Ikram agak sedih.

“Err…. Saya tak cakap awak macam tu…. Cuma saya segan la….” Balqis serba-salah. “Tapi insyaAllah saya okay…. Kalau saya tak okay, saya akan inform awak ya?” jawabnya untuk menjaga hati rakan sepejabatnya itu. Dia dapat rasakan yang Ikram bukan berniat jahat terhadapnya. Lelaki itu cuma mengambil berat dan rasa bertanggungjawab kerana dia yang mengajak Balqis mengikut trip itu.

“Bro, kau taknak mandi ke? Jom la…..” Entah bila, Fiz tiba-tiba ada di situ dan mengajak Ikram mandi. Jeles la tu!

“Nah! Ice-pack. Cuba tuamkan kat buku lali awak yang terkehel tu. InsyaAllah boleh lega sikit…. Saya nak tolong awak tak bagi….” Sempat Ikram berpesan kepada Balqis sebelum dia bergerak membontoti Fiz yang tak sabar-sabar mengajaknya masuk ke dalam air.

“Ikram!” Balqis memanggil. Ikram menoleh.

“Thanks, awak….” Ucapnya sambil menunjukkan ice-pack yang diberikan oleh jejaka smart itu.

Ikram tersenyum. Handsome!

**********

Balqis duduk sambil menekap ice-pack ke buku lalinya. Fikirannya menerawang ke peristiwa kakinya tersangkut di celah batu tadi. ‘Aduh~ Malu betul rasanya bila mengenangkan kakinya dipegang oleh jejaka itu tanpa sempat dia menghalang. Memanglah tak sentuh direct ke kulitnya, tapi tak pernah pula lelaki memegang kakinya, lebih-lebih lagi dalam jarak yang begitu dekat. Berderau darahnya. ‘Arggggh~ Apa ni??? Syuh! Syuh! Nyah kau dari kepala otak akuuu~’ Balqis menghalau fikirannya daripada mengingatkan kisah tadi.

“Kak Balqissss!” laung Kecik dari dalam air. “Jom la mandiiii!!” sambungnya.

Balqis membuat isyarat tangan tunggu sekejap.

“Jom la, kakkkkkk! Apa benda datang sini tapi lepak-lepak tepi je….. Mandi laaaa! Jom kita pergi main terjun-terjun tiruk!” Kecik mengusik Kak Balqisnya.

“Banyak la kau punya terjun tiruk!” Balqis membalas sambil menunjuk penumbuk ke arah Kecik. Kecik tergelak besar.

“Dah la, kak! Kambingggg~ tak mandi~~~” ejek Kecik lagi. Balqis menjelir lidah.

“Eiii budak ni~ Kekanak Ribena betul!” Balqis mengomel sendiri sambil tangannya kembali menekap ice-pack ke buku lalinya.

Dia kemudiannya bangun ke kawasan air cetek di mana terdapat sekumpulan pengunjung bermain dengan ikan-ikan kelah pelbagai saiz. Dia membuka pek makanan ikan yang sempat dibelinya tadi semasa di check-in post sebelum memulakan perjalanan masuk ke kawasan air terjun. Dia memberi makan ikan-ikan kelah di situ. Seronok betul! Berpuluh-puluh ekor ikan tersebut mengerumuni kakinya bagi mendapatkan makanan. Dia cuba menangkap beberapa ekor ikan tersebut menggunakan tangan, tapi tidak berjaya. Nampak seperti mudah, tapi tidak sebenarnya. Ralit Balqis dengan aktiviti itu selama beberapa minit.

Tiba-tiba dia merasakan tudung kepalanya basah terkena percikan air. Mulanya diingatkan itu adalah percikan air dari hasil terjunan mereka dari tempat tinggi. Maka diabaikannya.

Lama-kelamaan dia berasa pelik kerana percikan air itu semakin banyak membasahinya, dan ianya bukan dari arah kawasan terjunan. ‘Macam sengaja je ni…’

Balqis menoleh. Serentak dengan itu, wajahnya dibasahi air… Spontan dia menutup mata dan mengemam bibir. Geram!

‘Hantu raya punya vampire!!!!!!!’ hatinya berkata.

“Erk! Alamakkkkk!! Sorry….. Sorry, Balqis! Tak sengaja!” ucap Mr. Vampire sambil tersengih.

“Tak sengaja apanya! Awak sengaja simbah saya, kan?” Balqis memarahinya.

“Hehe…. Sorry….. Saya memang sengaja simbah awak…. Tapi saya bukan sengaja nak simbah muka awak yang comel tu. Ampoooonnnnnn~~~” Fiz cuba membela diri.

“Eiiii~ Baling kanggg!” Fiz sudah mengekek bila melihat reaksi gadis superbike itu. Dia memang suka tengok Balqis marah-marah. Cute!

“Qis, jom la mandi!” Ajak Fiz.

‘WAIT! Apa dia panggil aku tadi? QIS???’ Balqis tercengang. Dah lama dia tidak mendengar panggilan itu setelah ibu dan babah kembali menemui Sang Pencipta.

“Balqis~ jom la masuk air…. Mandi…. Rugi datang sini tapi tak mandi….” Fiz masih mengajak.

‘Okay! Aku salah dengar. Abaikan.’

“Ya okay…. Nak mandi la ni…. Tapi bukan dengan awak la…. Syuh! Pegi sana jauh-jauh!” Balqis kemudiannya bersuara sambil mengatur langkah masuk ke kawasan air yang lebih dalam.

“Apesal pulak?? Saya tak makan orang la.”

“Mana ada orang nak mandi dengan VAMPIRE?” Giliran Balqis pula mengenakan jejaka itu. Dia ketawa puas hati bila melihat muka Fiz bengang. ‘Hahaha! Padan muka.’ Tapi bengang lelaki itu hanya sesaat je. Mana mungkin dia nak ambil hati dengan gurauan begitu.

********

Mereka menghabiskan masa lebih kurang tiga jam di kawasan Air Terjun Sungai Chiling itu termasuk berhenti mandi sebentar untuk makan. Masing-masing berpuas hati kerana dapat menikmati air sungai yang sejuk dan segar, termasuk aktiviti terjun tiruk dari kawasan batu yang tinggi (walaupun ada larangan untuk melakukan aktiviti ini di situ) dan main slide di kawasan batu besar yang licin.

Mereka pun berkemas-kemas untuk pulang. Setiap ahli team akan mengutip sampah masing-masing dan membawa pulang sampah sendiri untuk dibuang di kawasan check-in post nanti. Sikap bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar ini memang diterapkan dalam setiap ahli group ini. Jika bukan kita yang mahu menjaga alam sekitar yang diamanahkan Allah, siapa lagi?

Setelah seluruh kawasan berkumpul mereka tadi dipastikan bersih oleh salah seorang ahli, mereka pun mula bergerak pulang. Perjalanan pulang ke check-in post agak lancar dan mengambil masa kurang satu jam kerana tiada banyak masalah yang berlaku. Masing-masing membersihkan diri di bilik air sebelum menukar pakaian kering. Takkan nak balik dengan baju basah-basah kot.

Sempat menunaikan solat Zuhur di tapak perkhemahan, mereka kemudiannya bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, mereka singgah makan di salah sebuah kedai di pekan Kuala Kubu Bharu.

Destinasi seterusnya adalah rumah masing-masing!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience