17

Other Series 41450

JANDA BAIK, PAHANG

Kursus Teambuilding bagi Firma Syed Al-Attas & Co. diadakan pada hujung minggu kedua bulan Disember. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari satu malam di salah sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Biasanya pihak syarikat mengadakan majlis makan malam setiap tahun, tapi pemilik dan CEO firma ini inginkan kelainan. Makan malam syarikat akan dibuat dua tahun sekali, diselang-selikan dengan kursus teambuilding.

Seperti majlis makan malam syarikat, kesemua pekerja syarikat dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat atasan dimestikan menyertai program tahunan yang dianjurkan syarikat. Syarikat menyediakan penginapan, makan-minum dan pengangkutan kepada semua peserta. Walau bagaimanapun, syarikat tidak menghalang sekiranya ada yang mahu menaiki kenderaan sendiri untuk ke lokasi program.

Pada mulanya, Balqis ingin menaiki bas yang disediakan oleh pihak syarikat sahaja. Lebih mudah. Tetapi, Mimi mengajaknya menaiki keretanya. Last minute, rancangan berubah kerana kereta Mimi terpaksa dihantar ke bengkel pula. Jadi, Mimi meminta pertolongan Aizat yang merancang pergi bersama Ikram. Apa yang dirancang Balqis semuanya tidak menjadi, dan akhirnya, mereka berempat pergi ke Janda Baik bersama-sama.

Sampai di resort berkenaan pada jam 12 tengahari, mereka semua perlu berkumpul di dewan taklimat untuk mendengar taklimat daripada penyelaras program sebelum kesemua peserta dibenarkan check-in ke bilik masing-masing untuk berehat sebentar dan solat Zuhur bagi yang Muslim. Aktiviti seterusnya bermula pada jam 2.00 petang dan kesemua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan.

*******

2.00 petang.

Kesemua peserta kursus teambuilding berkumpul di Dewan Seroja, salah sebuah dewan yang disediakan oleh resort ini untuk sewaan kursus dan aktiviti.

Balqis dan Mimi kebetulan berkongsi bilik yang sama, telah lengkap berpakaian sukan berjalan beriringan menuju dewan aktiviti yang sudah hampir penuh dengan warga Firma Syed Al-Attas & Co. seramai hampir 150 orang itu. Muzik dipasang di dalam dewan sementara menunggu aktiviti untuk dimulakan oleh penyelaras program.

Aktiviti pertama adalah Ice-breaking. Setiap orang dikehendaki memperkenalkan diri secara ringkas dengan menyatakan nama, nama panggilan/gelaran, nama bahagian atau unit tempat bertugas, status perkahwinan dan hobi. Itu sahaja. Tidak perlu umur, pangkat dan darjat. Selaras dengan hasrat pemilik firma ini, Tuan Syed Imani Al-Attas, objektif kursus ini bukanlah mahu membezakan kedudukan sesama mereka, tetapi mahu mendapatkan kesefahaman, toleransi dan kerjasama kesemua peserta tanpa mengira pangkat. Di dalam kursus ini, semua mempunyai level yang sama sahaja. Jadi, kesemua peserta harus bersikap terbuka dan no sentap-sentap, okay!

Semua peserta kursus hampir selesai memperkenalkan diri dan tibalah giliran Balqis. Mikrofon digenggam kemas dan dia memulakan bicara.

“Assalamu’alaikum warahmatullahibarakatuh dan salam sejahtera semua…. Hai! Nama saya Siti Nur Balqis binti Muhammad. Boleh panggil saya Balqis. Saya bertugas di Bahagian Akaun. Status bujang. Hobi saya…. Err…..” Dia teragak-agak nak menyebutnya.

“Menunggang superbike!” Tiba-tiba ada suara audien lelaki menyampuk. Kemudian gamat seluruh dewan itu. Balqis tersengih.

“Err… Ya, betul. Hobi saya menunggang superbike.” Balqis menyambung sambil tersenyum.

“Fuyyooo! Dahsyattt! Ni jenis line Erra Fazira nihhh.”

“Nak pinjam motor boleh??”

“Bolehlah nanti tumpangkan saya~~”

Suara-suara nakal mengusiknya. Balqis cuma tersenyum malu dan menyerahkan mikrofon kepada peserta di sebelahnya untuk menyambung sesi ice-breaking.

Kemudian, peserta dibahagikan kepada lima kumpulan berasingan secara rawak yang dibahagikan mengikut kiraan 1 hingga 5 yang diulang-ulang. Semua ahli kumpulan mula bergerak ke dalam kumpulan masing-masing. Mimi berada di kumpulan 1, Aizat di kumpulan 2 manakala Ikram kebetulan berada di kumpulan 3 bersama Balqis. Mana si Amoi dan Kavita? Oh! Untunglah mereka dapat bersama dalam kumpulan 4.

“Ikram! Yeay! Kita satu group!” Balqis happy dapat satu group dengan orang yang dia familiar. Maklumlah, Mimi dah tercampak ke Group 1. Dan Balqis ni kan sejenis berat mulut, kat office pun kurang bersosial, mana nak kenal orang sangat.

“Awak suka ke?” tanya Ikram. Dia yang teruja sebenarnya.

“Suka la! Saya ada kawan. Orang lain saya tak biasa sangat. Awak ada, saya okay la sikit… Hee..” Balqis tersenyum. Nampak lesung pipit manisnya. Ikram makin tertawan.

‘Ikram, rezeki kau dapat satu group dengan Balqis. Jangan kau lepaskan peluang singkat ni untuk approach dia.’ Akalnya berpesan. Ikram tersenyum sendiri.

*******

AKTIVITI 2

Untuk sesi aktiviti kedua ini, setiap kumpulan diberikan 2 helai kertas mah-jong dan beberapa marker pen. Setiap kumpulan perlu menyenaraikan 5 kekuatan dan kelemahan syarikat yang dapat dikenalpasti sepanjang mereka bekerja di firma ini. Peserta juga perlu mencadangkan apa langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kelemahan syarikat dan cadangan tambah baik yang wajar dilaksanakan oleh syarikat di masa akan datang.

Setiap peserta dalam kumpulan perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti kumpulan. Jika ada yang mengelat, markah kumpulan akan ditolak. Begitulah cara untuk memastikan kesemua ahli kumpulan memberikan kerjasama sebaiknya kepada kumpulan masing-masing. Masa yang diberi untuk persediaan hanyalah selama 15 minit sahaja sebelum kelima-lima kumpulan perlu membuat pembentangan selama 5 minit bagi setiap satunya.

Walaupun aktiviti ini nampak simple sahaja, tetapi input, pandangan dan idea dari seluruh pekerja syarikat ini adalah penting kepada pihak pengurusan atasan sebagai salah satu sumber maklumat bagi mengenalpasti masalah dan kaedah penyelesaiannya.

*******

Aktiviti ketiga baru sahaja berakhir. Setakat ini, kesemua peserta kursus memberikan kerjasama yang baik terhadap kumpulan masing-masing.

Tiba giliran untuk aktiviti keempat sebelum berhenti minum petang dan aktiviti luar pada jam 5.00 petang nanti.

Untuk aktiviti keempat ini, setiap kumpulan dikehendaki menghantar dua orang wakil kumpulan (yang dinamakan A dan B) untuk pertandingan mencongak. Nampak macam mudah, kan? Mencongak je. Tapi aktiviti ini memerlukan kemahiran mengira yang tinggi dan pantas. Soalannya bukanlah semudah 2x5, 5x2. Lebih kepada penyelesaian masalah. Oleh itu, ahli kumpulan harus memilih wakil yang tepat untuk memenangi acara ini. Oleh kerana Balqis merupakan seorang akauntan di syarikatnya, dia dikehendaki mewakili kumpulan 3 bersama Razin yang bertugas di Bahagian Kewangan syarikat.

Kumpulan 1 semestinya diwakili oleh Mimi yang bertugas satu department dengan Balqis dan seorang lagi wakil lelaki, Luqman. Aizat dari Bahagian Akaun dan Tina dari Bahagian Kewangan mewakili kumpulan 2, manakala kumpulan 4 diwakili oleh Amoi dan Kavita. Amboi! Semua kumpulan pasang strategi yang sama nampak? Semua letak orang Bahagian Akaun dan beberapa warga Bahagian Kewangan untuk mewakili kumpulan masing-masing. Kumpulan 5 sahaja meletakkan calon yang bukan dari Bahagian Akaun ataupun Kewangan iaitu Jackie dan Hasnul.

Lima kumpulan diwakili oleh sepuluh orang. Untuk peringkat pertama, setiap wakil kumpulan perlu bertanding one-to-one dengan wakil kumpulan yang berbeza seperti berikut:

1A (Mimi) vs 2B (Aizat)
2A (Tina) vs 3B (Balqis)
3A (Razin) vs 4B (Kavita)
4A (Amoi) vs 5B (Jackie)
5A (Hasnul) vs 1B (Luqman)

Peringkat pertama berlangsung selama 15 minit, dengan 10 soalan dan pemenang bagi peringkat pertama adalah seperti berikut:

2B (Aizat)
3B (Balqis)
3A (Razin)
4A (Amoi)
1B (Luqman)

Kumpulan 3 nampak power sebab kedua-dua wakil telah memenangi peringkat pertama. Kumpulan 5 kecundang awal nampaknya.

Peringkat kedua akan bermula sebentar lagi. Kali ini, bukan format one-to-one. Setiap peserta peringkat kedua perlu menulis jawapan di dalam kertas yang diberi dan akan menyerahkan kertas jawapan kepada juri. Dua jawapan paling cepat dihantar dan yang paling tepat akan dikira sebagai pemenang bagi peringkat kedua dan akan ke peringkat akhir.

“Balqis! Razin! All the best! Buat betul-betul, ya! Saya percaya korang boleh buat!” Ikram memberikan kata-kata perangsang kepada wakil kumpulan 3.

“Thanks, Ikram. Doakan saya. Nervous ni….” Balqis masih mampu tersenyum walaupun sedikit cuak.

“Awak boleh! Anggap je ini pertandingan Kuiz Matematik macam masa awak sekolah dulu.” Jawapan Ikram melegakan Balqis.

‘Ya! Anggap je ni macam kuiz yang aku selalu join masa sekolah dulu.’ Balqis mencari keyakinan.

Peringkat kedua bermula. Soalan pertama dibacakan.

“Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura adalah sebanyak RM100 sama dengan SGD31.56. Berapakah nilai SGD jika RM250?”

Kesemua peserta khusyuk menulis sesuatu di kertas. 5 saat selepas itu, Balqis berlari menghantar kertas jawapan kepada juri diikuti oleh Aizat. Kemudian, Razin, Amoi dan Luqman.

Kesemua jawapan betul dan tepat. RM78.90. Tetapi Balqis dan Aizat mendahului kerana mereka adalah dua orang terawal yang menghantar jawapan.

Soalan kedua dibacakan:

“Harga sebuah televisyen ialah RM599. Harga sebuah meja makan ialah tiga kali harga televisyen tersebut. Cari beza harga bagi saiz televisyen dan meja makan tersebut.”

4 saat. Balqis berlari menghantar jawapan. Diikuti oleh Razin, Aizat. Luqman dan Amoi pula tiba serentak berdua. Kesemua jawapan betul iaitu RM1198. Balqis mendahului lagi dan confirm akan ke peringkat akhir, tetapi Aizat dan Razin akan bersaing untuk ke peringkat akhir.

Balqis memberikan kata semangat kepada Razif, gengnya. Harap dapat berjumpa dengan geng sendiri di final nanti. Tak sanggup nak hadap Aizat yang tak sukakan dia tu kerana di peringkat akhir nanti, format pertandingan adalah one-to-one.

Tinggal satu soalan sahaja lagi. Kelima-lima peserta sudah bersedia untuk soalan terakhir ini.

Soalan ketiga dibaca:

“Sebuah restoran menawarkan hidangan makanan untuk dewasa berharga RM75 seorang manakala untuk kanak-kanak berharga RM35 seorang. Kira jumlah harga hidangan untuk 4 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak.”

4 saat, Balqis sekali lagi berlari ke arah juri menghantar kertas jawapan. Tepat RM475 jawapannya. Kemudian diikuti oleh ….. Aizat! Kemudian disusuli oleh Razin, Amoi dan Luqman.

‘Arghhhh! Apesal dia lagi cepat dari Razin?’ Balqis kecewa. Dia tahu, mereka berdua akan bertentang mata di peringkat akhir. Habislah dia kena fire dengan Aizat yang bermulut puaka itu nanti.

“Sorry la, Balqis…. Aku lambat sikit je…. Takpela.. Kau ada wakil kumpulan kita. Kau power. Aku confident kau boleh makan Aizat tu.” Razin memberikan kata semangat kepada rakan sekumpulannya.

Balqis hanya mampu tersengih. Walaupun dia tahu kemampuannya dalam pengiraan, cuma dia tak gemar kalau berdepan dengan mamat garang yang bermulut laser tu. Dia tahu mamat tu pasti boleh psiko dia dengan pandangan maut dan muntahan lahar dari kata-katanya.

Ikram memahami apa yang ada di fikiran Balqis.

“Balqis, be cool, okay? Awak pun tahu perangai Aizat tu suka buli awak. Nanti awak tutup mata je bila ngadap dia. Jadi awak tak nampak muka dia, kan?” Ikram memberikan tips kepada Balqis dengan soft and tenang. Gentleman la katakan.

“Heee…. Boleh eh? Tutup mata tu memang boleh…. Masalahnya telinga tak boleh tutup…. Kang kalau dia cakap apa-apa, kang cane?” Balqis mendapatkan pandangan lelaki smart yang selalu menyokongnya itu.

“Erm…. Cane ek? Erm…. Awak fokus je apa yang juri cakap… Awak kena control mind awak untuk fokus kepada juri sahaja. Ingat, dia memang pandai psiko, jadi awak kena abaikan dia… Boleh?” Ikram cuba membantu Balqis. Balqis mengangguk.

Kedua-dua peserta yang mara ke peringkat akhir telah dipanggil. Balqis dan Aizat berjalan ke tengah kerumunan peserta. Para penyokong kumpulan masing-masing bersorak kepada para finalis game ini. Dah macam final pertandingan tinju pula. Walhal, game dalam teambuiding je pun. Namun, begitulah semangatnya para peserta dalam program teambuilding yang diadakan buat julung-julung kalinya ini.

Balqis menarik nafas dan memandang Aizat.

Aizat merenung tajam Balqis di hadapannya. Macam nak makan.

Balqis melarikan pandangannya ke arah lain. Matanya berhenti ke wajah Ikram yang sedang tersenyum memandangnya dengan isyarat tangan ‘Hwaiting!’. Lega sikit Balqis dapat melihat wajah yang sejuk itu. Balqis memejamkan matanya. Tanak tengok muka lelaki di hadapannya. Dia perlu fokus. Fokus…. Fokus….

“Hei pompuan! Kau pejam mata buat apa? Kau nak tido masuk bilik lah!” Aizat mula bersuara.

Balqis membuka sedikit matanya, nampak muka Aizat macam harimau kelaparan. Garang. Nak psiko la tu! Dia memejam kembali matanya. Malas nak layan. Suara audien memberi semangat jelas kedengaran. Selagi juri belum membaca soalan, selagi itu la mereka bersorak.

“Kau jangan ingat kau hebat sangat la, Balqis. Tadi tu aku kasi chance je untuk kau menang! Aku sengaja nak jumpa kau kat final ni.” Aizat sambung lagi.

‘Eh! Alamak! Apa maksud Aizat ni? Sengaja nak jumpa aku kat final??’ Balqis mula hilang fokus. ‘Tenang Balqis, tenang. Ingat apa Ikram cakap tadi, Aizat memang pandai psiko orang. Okay, sila fokus…. Fokus……..’

“Are you ready, guys????” Suara juri melalui pembesar suara kedengaran. Suara audien mula berkurangan dan keadaan menjadi senyap. Masing-masing memberikan tumpuan terhadap dua finalis. Kebanyakannya menyokong Balqis kerana mereka tahu Balqis memang arif bab kira-kira ni. Kiranya Balqis memang peserta favourite lah untuk game ini.

“Kau jangan jawab soalan ni final ni, Balqis! Aku warning kau siap-siap!” Aizat psiko lagi.

‘Eh! Apehal mamat ni? Desperate sangat menang ke?’ Hati Balqis tertanya-tanya. Dia masih memejamkan mata. Taknak tengok muka Aizat.

“Soalannya mudah sahaja, tuan-puan. Tidak perlu mengira…..Tidak ada trick….” Juri memberi hint.

“Ingat, Balqis! Kalau kau jawab, kau tahu lah akibatnya nanti!” Aizat masih cuba mempengaruhi minda Balqis.

Balqis buat derkkkk je. Tak kuasa nak layan.

“Soalan hanya akan dibacakan sekali sahaja. Tiada ulangan. Siapa yang berjaya menjawab terlebih dahulu dengan tepat, dialah pemenangnya!” Juri memberi panduan kepada kedua-dua finalis.

“Jangan kau cakap aku tak bagi warning kat kau, ya Balqis….” Aizat masih belum putus asa.

Balqis cuba memberi 200% fokus kepada suara juri. Dia tidak peduli akan kata-kata Aizat. Fokusnya hanya mahu memberikan kemenangan kepada kumpulannya sahaja.

“Soalannya adalah…….1010212XX232….. Apakah XX?”

“Kalau kau jawab soalan final ni, aku akan cium kau!” Ayat terakhir dari Aizat terpacul serentak dengan jawapan yang terbit dari bibir Balqis iaitu "Satu.... Tiga......" menyebabkan Balqis terpempan lalu membuka matanya. WHATTTTT????

“TAHNIAH!!!! Kumpulan 3 telah memenangi pertandingan ini!!!!”

Sorakan orang ramai tidak dipedulikannya. Dia kaku. Kaku kerana kata-kata Aizat sebentar tadi. Dia seperti tidak percaya apa yang dia dengar. Aizat???? Aizat akan cium aku????

Aizat memandang Balqis dengan wajah puas hati. Dia tersenyum nakal sambil mengenyitkan mata. Wajah Balqis pucat. Tekaknya tiba-tiba rasa kering, kerongkongnya seolah-olah tersekat. Dia macam nak menangis. Dia rasa menyesal tak sudah kerana menjawab soalan final tadi.

‘Menyesallllll!!! Kenapalah mulut ni laju sangat jawab tadi??? Dah soalan tu senang, memang la kau jawab spontan!! Arghhhh~~ Ape nihh??? Kenapa dia cakap macam tu??? Dia saje nak kenakan aku…? Ya! Dia sengaja!!’ Balqis berperang dengan fikirannya sendiri. Dan dia baru perasan, yang Aizat sengaja tidak mahu menjawab soalan mudah itu! Damn! Damn it!!!

Rakan-rakan sekumpulan dan juga Mimi serta yang lain mengerumuninya dan mengucapkan tahniah. Dia tidak mampu mengucapkan apa-apa walaupun terima kasih. Ikram perasan perubahan pada wajah Balqis. Dia dapat menangkap ada sesuatu berlaku di antara Balqis dengan Aizat.

“Balqis, are you okay?” tanyanya lembut sambil memerhati wajah Balqis yang penuh kekeliruan itu. “Are you crying?” sambungnya lagi apabila melihat mata Balqis digenangi air.

“No! I am not!” Balqis menafikan. “I am not crying, but I am not okay..”

“Kenapa ni? Aizat cakap apa kat awak tadi?” Ikram cuba mendapatkan maklumat dari gadis itu.

“Tak…. Takde apa-apa….. Biasalah… Dia cuba psiko saya…” Balqis cuba menyembunyikan kisah sebenar. Dia tidak mahu Ikram berselisih faham dengan Aizat pula. Mereka berdua kan rapat.

“Balqis, kalau ada apa-apa yang merisaukan awak, awak bagitahu je kat saya. Saya cuba bantu sebaiknya.” Ikram menunjukkan concernnya pada gadis itu.

Balqis berkira-kira untuk memberitahu. Dia takut sebenarnya. Takut jika Aizat akan mengotakan kata-katanya tadi. Tapi dirasakan masa ini tidak sesuai. Dia cuma tunduk diam sahaja.

“Erm…. Takpela…. Saya taknak paksa awak. Kalau awak belum nak bagitahu sekarang, takpe…. Nanti awak dah bersedia nak share, awak tahu saya selalu ada untuk awak, kan?” Ikram memujuk. Dia tahu dia tidak boleh memaksa Balqis. Pendekatannya terhadap gadis itu sangat lembut. Memang gentleman.

“Jom kita pergi minum petang. Nanti pukul 5.00 petang, semua dah kena berkumpul kat padang,” sambungnya lagi.

Balqis menuruti langkah lelaki itu. Mujurlah ada Ikram yang dapat menenangkan dia di saat dia resah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience