4

Other Series 41450

KAMPUNG DURIAN DAUN DALAM, MELAKA.

Balqis tercengang menghadap juadah makanan di hadapannya. Mee sup yang dihidangkan dalam sebuah bekas yang besar….seperti besen.. Ya! Lebih tepat, ianya memang sebuah besen! Mee sup dalam besen?? Kalau atok aku nampak ni, mesti dah puas kena bebel sebab makan dalam besen. Uniknya hidangan di restoran ini. Kenalah dengan nama kedainya, Mee Besen Ori Melaka.

‘Mak aiii! Macamana nak habiskan makanan ni? Ni bukan makan, ni mentekedarah namanya.. Mamat ni saje perli aku ke apa? Tahulah aku kebuluran… Adoi..’ Balqis membebel dalam hati sendiri.

Memahami apa yang bermain dalam fikiran Balqis, Fiz cepat meminta 2 buah mangkuk dari pelayan kedai.

“Awak makan la guna mangkuk ni… Takyah la makan dalam besen tu.. Dan kalau ya pun terkejut, mulut tu tutup…Kang menjejeh air liur dalam besen tu…” selamba je Fiz mengenakan Balqis.

Balqis geram. Bukannya dia menganga sangat pun. Rasa macam nak pelangkupkan muka vampire seketui ni dalam besen mee sup tu. Tapi memandangkan mereka sedang menghadap rezeki, dia buat tak tahu sahaja. Makan lagi bagus. Bismillah…

Masing-masing menikmati makanan yang dihidang unik di restoran tersebut.

“Balqis, awak dah decide nak pergi ke mana selepas ni?” Fiz bertanya. Menghidupkan suasana.

Balqis diam.

“Balqis, saya rasa awak macam bukan nak stay kat bandar Melaka je malam ni.. Sebab kalau betul, mesti dari awal-awal lagi awak dah check-in kat hotel, kan?” Fiz meneka.

‘Adoi… Makhluk ni ada ilmu menyelam fikiran orang ke?’ Balqis berkata dalam hati.

“Kenapa awak tanya?” soal Balqis.

“Takdela…. Saya tengok awak macam takde arah tuju je… Dari tadi sampai sekarang, awak macam tak sure nak ke mana je.. Ada apa-apa yang awak nak share dengan saya?” Fiz cuba mengorek rahsia. Kot la gadis ni ada masalah ke, tapi taknak orang tahu. Dia sedia mendengar, dan akan cuba membantu sebaiknya.

“Takde apa-apa la.. Saya takde masalah pun buat masa sekarang ni.. Saya cuma nak relaks dan tenangkan fikiran je.. Keluar dari rutin harian.. Tu je..” jawab Balqis. “Saya kan memang macam ni… Main redah je.. Ikut je mana hala yang Si Biru tu bawak saya…,” jawabnya lagi sambil merujuk kepada superbike kesayangannya.

“Sebelum ni, kalau awak ke Melaka, awak pergi mana je? Atau ada tempat yang paling awak suka kat Melaka ni?” soal Fiz.

“Saya suka satu tempat ni. Tapi dia jauh sikit dari sini,” jawab Balqis.

“Kat mana? Saya kan orang Melaka, cuba awak cakap..” Fiz membalas.
“Pengkalan Balak.”

Fiz tersenyum. “Kenapa awak suka tempat tu?” Dia menyoal.

“Sebab pantai kat situ tak crowded macam pantai lain kat Melaka ni. Agak privacy sikit… Saya kan tak berapa suka tempat ramai orang sangat.” Jawab Balqis lagi.

‘Ya! Tempat tu memang best, tenang. Orang kampung kat sana pun handsome dan baik-baik belaka…Macam orang depan awak ni la…Kah! Kah!’ Fiz perasan sendiri.

“So, lepas ni awak nak pegi sana la eh?” soalnya lagi kepada Balqis.

“Maybe.. Sebab dah lama tak pergi sana.”

“Then, awak nak stay mana kat sana tu? Dah pukul berapa ni.. Kalau lambat, entah-entah semua dah fully booked.. Lagi-lagi weekend macam ni..” Fiz berkata. Saja nak dengar jawapan Balqis. Walhal dia sudah ada rancangan untuk mereka.

“Kalau takde kosong, lepak tepi pantai je la.. Lagi best… Saya suka suasana pantai waktu malam… Boleh tengok bintang puas-puas…” Balqis mula seronok membayangkan dirinya sedang menikmati pemandangan jutaan bintang-bintang di langit malam, yang merupakan salah satu kegemarannya dari dulu lagi. Perkara ini akan menenangkan fikirannya. Dia suka. Cuma sekarang ni selalu tak sempat nak buat macam tu.

“Ok lah. Kalau gitu, lepas makan ni, kita gerak ke tempat favourite awak tu…” Fiz bersuara.

“Eh? Saya memang nak pergi.. Tapi awak takyah la ikut… Tadi awak cakap nak balik kampung, kan? Awak balik la rumah awak. Saya akan pergi sendiri nanti…..Lagipun…..” Belum sempat Balqis menghabiskan ayat, Fiz memberi isyarat tangan ‘tunggu sekejap’ untuk menjawab panggilan telefon. Dia lantas menjawab dengan suara yang agak perlahan, kemudiannya menyambung perbualan telefon di luar restoran.

Tidak lama kemudian, dia masuk semula ke dalam restoran sambil tersenyum dan kembali ke meja yang diduduki Balqis.

“Jom.. Kita pergi Pengkalan Balak… Saya pun dah lama tak tengok bintang-bintang dari situ. Dulu selalu tengok sorang-sorang je.. Harini dapatlah teman tengok bintang sama-sama..” Jawabnya. Dia sebenarnya teruja sebab dia tak menyangka yang Balqis mempunyai kegemaran yang sama dengannya. Dan dia lebih teruja bila mendapat panggilan telefon tadi.

“Eh jap! Chup! Kenapa awak nak ikut saya pulak?” Balqis kaget. Dia rasa ada kepelikan dalam ayat yang baru ditutur oleh Fiz. ‘Tengok dari situ?’ ‘Dulu selalu tengok sorang-sorang….?’ Apa maksud dia?

“Sapa pulak ikut awak? Saya nak balik rumah mak sayalah. Kampung saya kat Pengkalan Balak jugak,” jawabnya sambil menghamburkan tawa. Gelihati dia tengok muka blur Cik Superbike. Naif betul. Hahaha..

“Dah.. Jom lah! Saya pun dah dapatkan awak homestay kat sana.. Jangan risau. Semua dah settle..” balas Fiz sambil bingkas bangun menuju ke kaunter pembayaran di restoran tersebut sebelum melangkah keluar menuju kereta.

Balqis tak terkata apa-apa, lantas terus menurut langkah pemuda tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience