20

Other Series 41451

LEBUH RAYA UTARA-SELATAN

Fiz memandu dengan tenang. Tiada apa yang perlu dikejarkan untuk bawa laju-laju. Lagipun, dia lagi suka kalau lambat sampai ke rumah sewa Balqis. Lebih banyak masa yang dia boleh luangkan dengan gadis itu. Dia gembira yang amat kerana Balqis bersetuju untuk pulang bersama. Inilah kali pertama dia menaiki kenderaan berdua dengan Balqis.

Balqis hanya termenung ke luar tingkap sambil melayan lagu yang dimainkan radio. Saat ini, lagu dari kumpulan rock Greenday- Hitchin’ A Ride sedang berkumandang.

‘Perghh! Greenday! Dah lama kot aku tak layan lagu ni!’ Hatinya seronok. Tanpa dia sedari, bibirnya laju menuturkan lirik mengikut rentak lagu – menyanyi bersama Billie Joe walaupun tidaklah sekuat mana. Layannnnn~

Hey mister, where you headed?
Are you in a hurry?
I need a lift to happy hour say oh no

Do you brake for distilled spirits?
I need a break as well
The well that inebriates the guilt
One, two
One, two, three, four

Cold turkey's getting stale
Tonight I'm eating crow
Fermented salmonella poison oak no

There's a drought at the fountain of youth
And I'm dehydrated
My tongue is swelling up
I say one, two
One, two, three, four

Troubled times
You know I cannot lie
I'm off the wagon and I'm hitchin' a ride

There's a drought at the fountain of youth
And now I'm dehydrated
My tongue is swelling up
I say…. Shit….

Troubled times
You know I cannot lie
I'm off the wagon and I'm hitchin' a ride

Hitchin' a ride (don't know where to go)
Hitchin' a ride (don't know where to go)
Hitchin' a ride (don't know where to go)
Hitchin' a ride (don't know where to go)

Fiz hanya memerhati sahaja tanpa bersuara. Dia taknak menegur apa-apa, khuatir akan merencatkan Balqis yang sedang khusyuk layan lagu rancak tersebut. No no no no! Bukan senang dia nak dengar Balqis bercakap, inikan pula Balqis menyanyi. Lebih baik dia mendiamkan diri. Lagipun, dia tidak menyangka yang Balqis tahu lagu genre begini yang jarang keluar kat radio pun.

Dan yang paling dia tak sangka, Balqis pandai menyanyi!

Lagu habis. Radio terus memainkan lagu seterusnya.

“Balqis…”

“Yep…?” jawab Balqis.

“Awak tahu lagu tadi, ek?” soal Fiz.

“Ha’ah. Lagu tu best la, muzik dia best.” jawabnya.

“Awak minat Greenday ke?”

“Saya suka lagu-lagu dia. Dulu-dulu pernah la juga beli album dia. Cuma sekarang dah tak tahu ke mana.. Hehe..” jawabnya sambil tergelak. Betul! Dulu dia rajin beli album kumpulan atau penyanyi yang dia minat. Tapi sekarang taktahu semua hilang ke mana. Tapi zaman sekarang dah canggih. Boleh dengar kat Youtube atau Spotify je.

“Lagi awak suka group apa?” Fiz cuba mengorek lagi.

“Erm…. Dulu-dulu layan juga Nirvana, Oasis… Kalau local, saya suka Butterfingers… Suka gak Linkin Park…. Eh.. Banyak lagilah…”

Fiz kagum dalam diam. ‘Dia ni memang betullah lain dari perempuan biasa…. Genre music yang dia minat pun berbeza, aku rasa kalau aku tanya pompuan lain, confirm dorang krik-krik…’

“Apesal tanya?” Balqis pula menyoal Fiz.

“Takdela…. Tak sangka awak suka jenis group gitu… Hee…” Fiz menyengih. Taringnya tertayang secara otomatik. Tak leh nak buat apalah…

“Tapi tu dulu la… Sekarang saya dah beralih arah…. Saya suka nasyid!” jawab Balqis spontan.

Terus meledak ketawa lelaki di sebelah yang sedang memandu. Balqis memandang ke arahnya dengan muka tak puas hati.

“Nape? Tak percaya ke?” Soalnya dengan geram.

Fiz masih belum berhenti ketawa. Dia rasa sangat lucu. Dari rockband ke nasyid? Jauh bebenor, yeop! Balqis ni melawak kot?

“Siyes ar awak minat nasyid?” Soalnya ketika tawanya sudah reda.

“Ya arrrr…. Awak ingat saya main-main ke?” Balqis menjawab serius.

Fiz terdiam. ‘Serius ar, wehhh!’ Hatinya tertanya-tanya. Mukanya nampak keliru.

“Saya ni jenis minat muzik… Apa jenis genre pun, saya boleh layan juga… And, Yes….Memang dulu saya minat lagu-lagu rock, alternative atau yang seangkatan dengannya. Cuma sekarang ni dah slow la…. Lagipun, tak salah kalau nak minat nasyid, kan? Dari muzik yang melalaikan, bukan ke lebih baik kita gunakan muzik itu ke arah yang memanfaatkan?” jelas gadis itu dengan tertib.

Fiz mengangguk-angguk. Yup! Tepat sekali apa yang Balqis kata. See, kan dia dah kata, Balqis ni lain orangnya. Dalam apa-apa yang dia buat, mesti ada asas yang kukuh. Tapi dia rasa bersalah la juga sebab gelakkan Balqis tadi.

“Sorry la…. Saya gelak kat awak tadi... Saya ingatkan awak main-main tadi nak kenakan saya…. Sorry tau…. Anyway, pandai awak nyanyi.. Mesti suara awak sedap kalau nyanyi lagu-lagu lain.” Manis pula mulut Mr. Vampire sorang ni. Nak cover rasa bersalahlah tu!

“Ngadalah! Saya tumbuk awak nanti!” Balas Balqis garang. Dia tak suka orang puji. Lagipun dia malu kerana dia menyanyi tanpa sedar di depan jejaka ganjil ni. Ya! Makhluk ganjil! Gelaran dia kepada lelaki ini di awal perkenalan dulu.

“Amboiii~ Garangnya diaaa~ Janganlah tumbuk saya. Nanti tangan saya sakit, bengkak, macamana nak drive balik, Cik Adik?”

“Eleh…Macam la saya tak boleh drive?” Balqis buat muka rolling eyes.

Fiz gelak. “Comel!”

Balqis menarik muka. ‘Hantu Vampire ni memang sejenis makhluk ganjil! Aku buat muka pun dia cakap comel! Rabun agaknya!’ bebelnya dalam hati.

“Dah la comel, ayu pulak pakai baju kurung harini, pandai menyanyi pulak tu walaupun lagu rock…. Sapa lah yang bertuah dapat Cik Superbike ni….Hehehe….” sengaja Fiz mengusik Balqis. Seperti biasa, dia suka tengok reaksi Balqis bila tidak berpuas hati.

Balqis buat taktahu. Dia pura-pura membelek hp. Tiba-tiba bunyi ringtone siren polis. Balqis laju menjawab panggilan.

“Hello… Assalamu’alaikum…” Balqis memberi salam. Fiz meneruskan pemanduan sambil memasang telinga.

“Alhamdulillah, majlis semua berjalan lancar.” Fiz fokus.

“Erm…. Saya on the way balik dari Sungai Buloh….” Fiz mendengar dengan berhati-hati.

“Kawan tumpangkan balik….” Telinga Fiz makin lebar. ‘Kawan? Kawan je??? Eh! Tapi, betullah kawan. Kau kan belum cakap apa-apa kat dia, Syafiz...’ Hatinya berkata.

“Laaa… Takpela…. Kebetulan kitorang jalan yang sama….” Fiz masih tertanya-tanya siapa yang menelefon ‘awek’nya. Ceh! Perasan!

“Awak kan ada urusan keluarga. Takkanlah saya nak minta awak hantar/ambil saya? Dah macam Grab la pulak…” jawabnya sambil ketawa. Fiz sudah tak senang duduk. ‘Mesra lain macam…. Dan…..Urusan keluarga??’ Akalnya laju berfikir.

“Ehem…Balqis, kita berhenti kejap kat stesen minyak depan tu, eh?” Fiz bersuara. Saja nak menunjukkan yang dia wujud di sebelah.

Balqis mengangguk-angguk sambil meneruskan perbualan dengan si pemanggil. Fiz bengang. Mana taknya, gelak-gelak mesra, bergurau-senda. Hatinya memberontak. ‘Tak nampak ke aku kat sebelah handsome dengan baju melayu sedondon siap sampin ni, sedap je kau borak dengan orang lain.’

Setelah kereta diberhentikan di petrol pump, Fiz mematikan enjin dan turun untuk mengisi petrol. Sempat diketuknya cermin kereta sebelah seat Balqis dan menunjukkan isyarat larangan penggunaan telefon bimbit di kawasan petrol pump. Sengaja! Walhal dia mendengar tadi yang Balqis sudah memberitahu pemanggil yang mereka akan singgah mengisi petrol, jadi panggilan harus ditamatkan.

“Eii Vampire ni! Kita dah letak telefon laa… Takyah la buat muka garang sangat!” Balqis membebel sendiri.

Dia kemudiannya keluar dari kereta untuk ke bilik air.

*******

Balqis sedang beratur di kaunter pembayaran untuk membayar air mineral dan aiskrim yang dipilihnya ketika dia merasakan ada seseorang merapatinya dari belakang. Bau badan maskulin ni, macam kenal….Dia menoleh. Fiz! Dengan wajahnya yang serius.

‘Apahal vampire ni? Tadi elok je boleh senyum-senyum, gelak-gelak…. Ni tetibe cam moody je?’ soalnya dalam hati. ‘Serius-serius pun, dok rapat-rapat dengan aku kenapa?’

Fiz menghulurkan 1 tin minuman sejuk dan 1 botol air mineral kepada Balqis.

“Awak tolong bayarkan sekali air saya….” Ujarnya sambil menghulurkan not RM100. Balqis menyambutnya sebelum Fiz kemudiannya keluar untuk mengalihkan keretanya dari petrol pump ke kawasan parkir di sebelah tepi stesen petrol.

“Semua sekali RM95.70, kak.” Cashier memberitahu Balqis. Balqis terkejut! Bapak mahal! Beli air je dengan aiskrim je kottt!

“Oh! Suami akak tadi isi minyak fulltank. Kitorang tak kira lagi tadi. Kita suruh suami akak isi dulu, nanti baru kira. So, total isi minyak tadi dengan air ni semua RM95.70,” jelasnya apabila dia nampak Balqis blur habis.

Balqis mengangguk faham lalu menghulurkan duit kepada cashier tersebut. ‘Patutlah vampire tu bagi RM100. And satu lagi, apahal suami pulakkkkk???? Aku belum kawen la, dik oiiii~ Mentang-mentang baju kitorang sama kaler, sukati ko je cakap kami laki-bini. Cisss!’ Dia membebel, tapi dalam hati je la.

Di kereta, Balqis menghulurkan air dan baki kepada Vampire garang itu. Fiz Cuma mengambil air sahaja, manakala bakinya dibiarkan di tangan Balqis.

“Apesal tanak amik baki?” soal Balqis.

Fiz tidak menjawab dan terus meneguk air. Merajuk ke pasal aku jawab call tadi?

“Nah! Baki awak, Encik Syafiz Eiman….” Ujar Balqis. Sopan.

“Awak amik la… Saya bagi kat awak….” Jawab lelaki itu. Balqis menolak.

“Kalau tahu awak taknak, baik saya letak je kat dalam tabung di kaunter tadi…”

“Upah awak beratur bayar kat kaunter tadi... Adik cashier tu ada cakap apa-apa tak?” Fiz sudah mula menyimpul senyum.

“Ada…. Dia ingatkan awak ni suami saya…. Yang pelik-pelik je…” Balqis menjawab tanpa perasaan sambil makan aiskrim. Fiz pula seronok yang amat.

“Okay la tu…. Dah ramai orang ingat kita ni suami-isteri, kan? Doa yang baik, kita aminkan… Amiin~” sambungnya mengusik sambil ketawa.

“Ngada! Ni dah tak merajuk dah? Dah boleh gelak-gelak ni?” Balqis bertanya.

“Sapa merajuk? Saya cuma sakit hati je…. Saya ada kat sebelah awak, tapi awak selamba berborak dengan orang lain kat telefon…” Fiz membalas. Dia sudah memulakan pemanduan. “Sapa yang call awak tadi? Nampak mesra je,” sambungnya lagi. Ingin tahu. “Ikram ke?’ tekanya.

“Awak jeles ke?” soal Balqis.

“Erm… Kalau saya cakap saya jeles?”

“Takyah nak kalau-kalau… Jeles ke idak? Saya tanya je…”

“Yes! I am jealous!” Laju Fiz memotong.

Balqis senyap. Dia faham sangat maksud kalau seseorang itu cemburu. Fiz lagilah senyap.

Krik….Krik…..

Untuk menghidupkan suasana canggung itu, tangan kanan Balqis laju mencapai suis ON radio. Gerakan yang sama dari tangan kiri Fiz. Maka tanpa sengaja, tangan kiri Fiz mendarat ke atas tangan kanan Balqis di suis on/off radio. Hangat.

Balqis rasa seperti terkena renjatan elektrik. Lantas laju dia melarikan tangannya. Wajahnya dipandang ke arah luar tingkap kereta. Berderau darahnya. Lelaki ini sudah beberapa kali menyebabkan dia rasa begini.

‘Arghhhh~ Perasaan pelik apakah ini?’

“Balqis, nextweek saya nak balik kampung….” Tiba-tiba Fiz bersuara memecahkan kebuntuan.

“Oh… Okay. Nanti sampaikan salam saya pada ibu awak, ya,” Balqis membalas. Teringat dia pada Mak Mah yang lebih kurang seusia arwah ibunya. Rindunya dia kepada kedua-duanya, ibunya… Dan ibu Fiz yang melayannya seperti anak sendiri.

“Erm…. Tapi saya nak ajak awak balik sekali….” Fiz menambah.

“Eh? Kenapa?” Balqis hairan.

“Awak ingat tak sepupu saya, anak Pak Long Johar dan Mak Long Senah yang tinggal kat sebelah rumah ibu tu? Dia kan nak bertunang kat Terengganu. Jadi, saya kena bawak ibu, rombongan keluarga sebelah lelaki dari Melaka. Kalau awak ada, boleh temankan ibu.” Fiz menjelaskan.

“Tapi, kenapa saya yang kena temankan ibu? Aishah kan ada?” soalnya.

“Awak pun tahu adik perempuan saya tu tak matang lagi, Balqis… Biasalah, budak-budak baru lepas SPM. Dia confirm sibuk dengan hp je nanti. Lagipun, tak ramai sangat orang perempuan. Family kami kan ramai lelaki.” Bijak Fiz memberi jawapan, kan?

“Ibu cakap apa?” Balqis masih ragu-ragu. Takkanlah dia terhegeh-hegeh ikut keluarga lelaki itu kalau tidak dijemput? Dia dahlah orang luar. Tiba-tiba menyibuk.

“Biasalah. Ibu kan okay je kalau dengan awak….” Memandai je si Fiz ni. Bila masa tah dia tanya pada ibu dia?

Tapi dia yakin dengan jawapannya. Dia kenal ibunya. Dan dia tahu ibunya sangat berkenan dengan Balqis. Kalau tidak, masakan ibunya sering bertanya khabar berita tentang gadis itu? Dia je yang belum sempat nak confess apa-apa pada Balqis. Dia sedang mengatur langkah dan menyusun waktu yang sesuai. Ya lah, kalau silap strategi, kena reject? Tanakkkkkkk!

“So, macamana?” Fiz menyoal.

Balqis berfikir. Terengganu. Best jugak! Dah lama tak menjejakkan kaki ke negeri itu. Kali terakhir dia melawat Terengganu dalam bulan April tahun ini. Tu pun dengan Si Biru la, superbike kesayangannya. Macam biasa, ride seorang diri. Dia teringat akan putihnya pasir Pantai Pandak, dan tenang suasananya ketika waktu malam. Dan dia akan melakukan aktiviti kegemarannya, merenung bintang-bintang di langit malam….

“Qis…..”

Erk! Panggilan Fiz itu menghentikan lamunannya.

“Kenapa awak suka panggil saya nama tu?” soalnya.

“Tak tahulah…. Saya suka panggil awak dengan nama tu…. Saya rasa macam lebih dekat dengan awak…” Fiz menjawab dengan jujur. Betul! Itulah yang dia rasa. “Kenapa? Awak tak suka ke?”

Bukan! Bukan Balqis tidak suka. Cuma kekok bila ianya keluar dari mulut jejaka itu.

“Awak ada history ke dengan nama panggilan tu?” Fiz ingin tahu. Sebab dia perasan, Balqis sedikit sensitive dengan nama itu.

Balqis menundukkan wajah.

“Erm….Sebenarnya, nama itu biasa dipanggil oleh arwah ibu dan babah saya…. Dah lama saya tak dengar orang panggil saya dengan nama tu…. Jadi bila dalam ramai-ramai orang yang saya kenal, awaklah orang yang panggil saya dengan nama tu…. Buat saya rasa ibu dan babah saya dekat dengan saya, walaupun mereka dah lama tinggalkan saya…..” jawabnya sedikit sebak.‘Ibu, Qis rindu Ibu, Qis rindu Babah….’

Fiz diam seketika. Dia faham.

“Erm…. Balqis, saya minta maaf kalau panggilan saya tu buat awak rasa sedih….. Awak sedekahkan doa dan Al-fatihah untuk mereka setiap kali awak teringatkan mereka, ya? Itu yang kita boleh bagi untuk mereka buat masa sekarang ni. Doa anak yang soleh/solehah…” pujuk Fiz. Balqis menganggukkan kepala.

“Dan kalau awak tak keberatan, sesekali saya nak panggil awak dengan nama tu…. Boleh?” sambungnya lagi. Balqis cuma diam sahaja. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

“Anyway, awak boleh ikut rombongan ke Terengganu ke tidak?” Fiz kembali ke topik asal.

“Pergi berapa hari sebenarnya? Saya kena ambil cuti ke?” soal Balqis pula.

“Majlis pertunangan hari Sabtu, selepas Zuhur. Kita bertolak dari Melaka hari Jumaat malam. Then kami plan nak berjalan ke Terengganu juga. Saja bawak ibu berjalan. Bukan selalu dia nak keluar dari Melaka tu. Kita balik ke Melaka hari Isnin. Jadi, saya sarankan awak ambillah cuti panjang sikit. Perjalanan jauh…” cadang Fiz.

“Erm…. Nanti saya confirmkan semula ya. Sebab cuti pun belum apply lagi….” Jawab Balqis.

Fiz mengangguk tanda faham. Dalam hatinya berdoa agar gadis itu dapat menyertai dia dan keluarganya ke Terengganu nanti. Tak zabarrrrrr~

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience