22

Other Series 42780

TAMAN TERATAI, BANDAR BARU BANGI.

Khamis. Malam.

Balqis sibuk mengemas beg pakaian yang akan dibawa ke Terengganu nanti. Cutinya telah diluluskan sebanyak tiga hari, Jumaat, Isnin dan Selasa. Bermakna, dia akan menghabiskan masa selama empat atau lima hari bersama Mr. Vampire dan keluarganya. Lelaki itu juga berpesan kepadanya untuk membawa pakaian lebih, just in case. Paling banyak kali dipesannya ialah membawa banyak baju kurung, kerana katanya, masyarakat di sana masih mengekalkan adab ketimuran yang tinggi. Wanita harus selalu berbaju kurung atau berkain batik. Kalau asyik pakai seluar, nampak terlalu moden.

Balqis memunggah segala baju kurung yang ada dalam koleksinya. Bukan dia tidak ada baju kurung, cuma dia jarang memakainya. Koleksi baju kurung yang dia ada semuanya stok hari raya ataupun stok hadir walimah. Jadi semuanya cantik-cantik belaka. Maklumlah, dipakai semasa di majlis-majlis, bukan untuk pergi ke pejabat. Kebanyakan baju kurungnya telah diberi kepada orang dan ada berbaki beberapa pasang di kampung. Dia pergi kerja menaiki superbike, nak berbaju kurung macamanalah?

“Takkan nak bawak semua yang ada manik-manik, yang ada pearl, yang ada batu-batu ni? Time majlis bertunang tu takpela la lagi…. Ni time nak pi jalan-jalan, takkan nak pakai yang berbatu-batu ni? Over laaaaaa~”

Lama dia berfikir nak packing baju kurung yang mana satu. Pilih baju kurung pun boleh stress.

Beep!

Bunyi mesej masuk.

Fiz : Assalamu’alaikum Dinda… Siap packing barang? Hehehe…

Balqis : Wa’alaikumussalam warahmatullah….. Vampire pun pandai mabuk, eh? Apa ‘dinda-dinda’? Lepuk kang! (Icon marah)

Fiz : Amboi… Garangnya dia…. Sebab dah garang, tukarlah… Bukan dinda, tapi ‘Mak Lampir’…. Baru lah padan dengan saya, Vampire! Hahahahaha.. (Icon gelak guling-guling)

Balqis : Malas la layan…. Orang tengah pening nih…. (Icon pecah kepala)

Fiz : Kenapa? Tak sihat ke? Nak pi klinik? Jom.

Balqis : Bukan tak sihat… Saya pening nak pilih baju kurung ni… Awak la ni…. Pesan suruh bawak baju kurung banyak-banyak. Baju kurung yang ada kat saya sekarang ni semuanya over tau… Macam nak pergi event…. Takkan nak bawak berjalan? Sakan sangat… Takkan la tak boleh pakai seluar panjang? Saya tutup aurat kot…

Fiz : Laaa…itu je ke? Meh send gambar baju kurung awak, saya tolong pilihkan.

Sebentar kemudian gambar-gambar baju kurung Balqis tiba di hp jejaka tersebut. Fiz membelek satu-persatu gambar-gambar yang dihantar. Kemudian dia membalas mesej Balqis dengan memberi cadangan baju kurung yang manakah boleh dibawa ke Terengganu nanti. Siap bagitahu, yang warna apa perlu pakai pada waktu bila. Amboi!

Balqis layankan je. Lantak la… Dia malas nak fikir. Orang tu dah tolong buatkan pilihan pun dia sudah rasa bersyukur. Nak harapkan dia memilih, sampai Subuh esok pun belum tentu siap packing lagi. Udah le Vampire tu cakap nak amik dia lepas Subuh! Dia mengomel-ngomel kerana padanya terlalu awal hendak bergerak ke Melaka. Kan ke nak pergi Terengganu malam besok?

Fiz : Wahai Mak Lampir Berlesung Pipit , Bawak Moto Laju Macam Nak Terbang~ Memang la kena gerak awal pagi. Saya nak rehat sikit. Esok malam saya yang kena drive…. Lainlah awak sanggup nak temankan saya berjaga sepanjang malam drive ke Terengganu….. (Icon senyum sumbing).

Balqis bengang, pada masa yang sama, berasa lucu dengan panggilan panjang Fiz untuknya. Hahahah…. Gurau kasar nampak? Anyway, apa yang Fiz cakap itu betul juga. Yang memandunya dia. Pemandu kenalah cukup rehat. Perjalanan bukannya dekat. Dan mereka akan bergerak waktu malam. Alasan itu cukup kukuh untuk Balqis tidak menolaknya.

Balqis : Okay la… Esok lepas Subuh…. Kalau esok saya takde depan pagar, bermakna saya masih dalam selimut tauuuu~ (Icon jelir lidah)

Fiz : Apa susah? Saya panjat pagar dan ceroboh rumah awak…. Pastu kita duduk dalam selimut sama-sama~ Hahahahaha (Ikon gelak guling-guling, ikon jelir lidah, ikon gelak sambil keluar air mata, ikon bertanduk – eh, semua ikon la dia letak!)

“Arghhhhhh~~~ Stress aku dengan hantu vampire nihhh~~” Balqis menjerit sorang-sorang.

Di seberang sana, Fiz gelak terbahak-bahak kerana dapat membayangkan wajah stress Cik Superbike itu. Kah Kah Kah… Padan muka!

*******

Pukul 5.00 pagi, Balqis sudah terjaga. Bukan kerana alarmnya, tapi kerana mendapat panggilan telefon.

“Assalamu’alaikum, Balqis….” Suara lelaki kedengaran di hujung talian. Lembut tuturnya.

“Wa’alaikumussalam… Warahmatullah…Awak dah sampai ke? Awalnya? ” Dengan malas Balqis menjawab. Mata masih terpejam. Suaranya agak serak di kala baru bangun dari tidur. Tersekat-sekat.

“Balqis, ini sayalah….” Lelaki itu menjawab. Berdebar dadanya tatkala mendengar vokal Balqis begitu. Seksi!

Buntang mata Balqis. Dia terus bangun dari pembaringan. Ikram! Dia lantas berdehem bagi memperbetulkan peti suaranya. Pagi-pagi memang keluar suara rock la wehh..

“Ehem… Ikram…. Sorry… Saya tak perasan awak… Erm… Kenapa awak call saya awal-awal pagi ni? Erkhemmm….” Dia masih membetulkan bunyi suaranya. Masih serak-serak lagi.. Sambil itu tangannya membetulkan rambut panjangnya yang dirasakan serabai baru bangun tidur. Eh? Apa kena-mengena rambutnya dengan suaranya, kan? Apa lah Balqis ni…

“Erm… Takde apa… Saya teringat kat awak… Jadi saya call la…” Jawab Ikram. Takkanlah dia nak heboh kat Balqis yang dia baru saja qiamullail, solat Tahajjud, solat Istikharah? Aiyyoo…

‘Adoi…Bior betul Ikram ni? Kot ya pun teringat kat aku, betul punya awal dia call? Hmmmm…’ Hatinya tertanya-tanya.

“Ikram, awak ada nak cakap apa-apa ke?” suaranya masih belum normal sangat. Seraknya masih bersisa.

Seketika Ikram terdiam. ‘Adoi~ Kenapalah seksi sangat suara dia pagi-pagi ni? Tuhan, tolonglah aku. Usah kau uji iman aku dengan dugaan sebegini….’.

Dia beristighfar berkali-kali. Menarik nafas. ‘Okay. Sekarang, apa aku nak cakap dengan dia? Takkanlah aku nak cakap yang aku asyik teringat kat dia? Takkan aku nak cakap yang aku akan rindu dia bila dia bercuti lama? Takkanlah aku nak cakap kat dia yang aku ni umpama mandi tak basah, makan tak lalu , tidur tak lena bila jauh dengan dia? Ada terkujat anak dara tu kang… Lima hari je la, Ikram…Bukan lima bulan… Ngade kau, Ikram, kan?’ Ikram bermonolog sendiri. Tapi nak buat macamana, kalau hati dah suka, semua benda jadi tak kena…

Akhirnya dia bersuara, “Balqis, hari ni awak pergi ke Terengganu kan? Jaga diri elok-elok, ya. Walaupun awak masih tak bagitahu saya awak pergi dengan siapa, tapi saya harap awak selamat pergi dan selamat kembali ke sini semula….”

Diam.

“Saya tunggu awak naik cuti nanti. Ada benda saya nak bagitahu kat awak…” sambungnya lagi.

Balqis tidak berbunyi. Tiga suku mamainya sudah hilang. Dia mendengar dengan jelas setiap apa yang dibutirkan Ikram. Cuma otaknya belum start bekerja lagi, lalu dia menjawab, “Ya. Okay. Terima kasih atas pesanan dan doa awak untuk saya. Awak keja elok-elok. Jumpa lagi nextweek. InsyaAllah…Assalamu’alaikum….”

Talian berakhir setelah Ikram menjawab salam.

Balqis menelentangkan diri di atas katil. Merenung kipas siling yang sedang berputar. Otaknya sudah mula bergerak laju setara dengan putaran kipas. Terngiang-ngiang di kepalanya apa yang Ikram sampaikan tadi…

“Saya tunggu awak naik cuti nanti. Ada benda saya nak bagitahu kat awak…”

‘Alamak! Apa yang dia nak bagitahu aku nanti?? Alamak! Alapak!! Ikrammm… Kenapa la buat saya cuak macam ni??’

Macam-macam difikirkan Balqis. Hatinya berperang dengan perasaan.

Ikram nak cakap apa? Dia nak luahkan perasaan ke?
Wehhh… Jangan berangan la, Qis oii… Takdenya dia nak kat kau!
Tapi, dia baik dengan aku? Dia selalu jaga aku?
Dia baik dengan semua orang! Bukan kau sorang!
Tapi dia tak mudah rapat dengan orang? Tapi dia close dengan aku kot.. Dia selalu bagi hint seolah-olah dia macam ada perasaan kat aku?
Itu cuma perasaan kau je, Balqis.
Tapi, kenapa dia call aku pagi-pagi buta? Tak pernah-pernah dia call waktu macam ni… Mimpi apa? Dia bangun untuk……….. ?

Sejurus kemudian, segera Balqis melompat bangun dari katil tatkala alarm di hp nya nyaring berbunyi.

5.30 pagi.

“Alamakkkkkkk! Kejap lagi Subuh!!!! Lepas tu hantu vampire tu datang!!!! Mati aku tak siap lagiiii!!”

Mencicit dia lari ke bilik air untuk mandi. Seketika kemudian, dia berlari keluar dari bilik air dengan berus gigi di tangannya yang sedang menggosok gigi untuk mencapai towel yang lupa dibawa masuk ke bilik air.

Kalut!

********

6.10 pagi.

Dia baru sudah memberi salam ketika dia mendengar bunyi enjin kereta di hadapan pagar rumahnya.

Dia mengangkat tangan untuk berdoa dahulu selepas solat. Rasa rugi pula kalau tidak berdoa selepas kerana waktu ini adalah waktu yang baik untuk berdoa. Berdoalah! Walaupun doa yang ringkas. Kalau dapat doa yang panjang, itu lebih baik.

Beep!

Mesej berbunyi.

Fiz : Assalamu’alaikum…. Awak takde depan pagar…..Masih dalam selimut ke?

Balqis : Banyak la selimut! Saya dalam telekung ni.

Fiz : Oh okay! …. Eh? Awak bangun lambat ke tadi?

Balqis : Manade! Tunggu jap. Saya nak pakai tudung jap. Kejap lagi saya turun.

Fiz : Nak saya tolong tak? Hehe..

Balqis : TAK PAYAH!!! (Ikon penumbuk)

Fiz ketawa kecil. Sempat lagi dia mengusik Balqis.

‘Takpe… Kau ada masa yang cukup panjang untuk sakat dia puas-puas, Syafiz Eiman….’ Hatinya berkata.

*******

Balqis mengunci memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dengan baik sebelum dia mengunci pintu utama rumahnya berserta grill. Kepada jiran sebelah rumah, dia sudah berpesan yang dia akan pergi ke Terengganu selama beberapa hari dan meminta tolong jirannya untuk tengok-tengokkan rumahnya sementara dia ke luar kawasan. Kalau dulu, ada Sarah, housematenya, tapi sekarang dia memohon jasa baik jiran tetangga. Mujurlah mendapat jiran yang memahami. Syukur.

Balqis mengenakan sepasang seluar jeans biru dengan kemeja putih labuh berlengan panjang, tudung bawal bercorak berwarna biru lembut yang matching dengan pakaiannya dengan beg tali panjang yang disilangkan ke badannya serta mengenakan kasut sneakers. Simple, tapi tetap menarik di mata Fiz. Less Is More. Fiz hanya memerhatikan gadis itu berjalan sambil menggalas hiking beg bersaiz 60L berwarna kelabu di belakangnya itu sebelum mengunci pagar rumah. Kalau dah namanya selalu ke mana-mana dengan motor, bagpack je la yang diangkutnya. Fiz menggeleng kepala. Asal bolehhh je Cik Superbike sorang ni.. Balqis kemudiannya menyumbat beg hikingnya ke dalam but kereta Honda putih itu sebelum masuk ke sebelah seat pemandu.

"Awak memang suka pakai baju sama dengan saya ke?" Tiba-tiba Fiz menyoal sambil tersengih.

Otomatik Balqis menoleh ke arah jejaka di sebelahnya, lalu berkerut memejamkan mata - membuat riak wajah menyesal tak sudah. Fiz memakai jeans biru dengan collar shirt warna putih.

'Aduhaiiii... Apehal boleh sedondon pulak niii? Benci betul la.. Nanti orang asyik ingat kitorang ni laki-bini je... Ergghh.. ' Balqis memberontak dalam hati.

"Jangan nak perasan la.. Saya dah siap iron baju ni dari malam tadi tauuuu.. " balasnya mempertahankan diri.

Fiz hanya tersenyum. Perlahan-lahan mulutnya membaca doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

“Amin~~” tiba-tiba Balqis mengaminkan doa. Dengar rupanya. Fiz tersenyum.

“Awak dah ready?” soal Fiz.

“Ready apanya?” Balqis hairan.

“Dah ready nak spend masa awak dengan saya selama 5 hari , 24 jam sehari iaitu 120 jam bersamaan 7,200 minit ataupun 432,000 saat?” Fiz menyoal sambil tersengih menampakkan gigi taringnya.

Balqis berkerut. “Apa la yang dia ni merepek ni? Kita dah la lapar… Bukannya dia nak offer roti canai ke, lontong ke.... Tanya soalan yang pelik-pelik... Hari la, jam la.. Saat la... Baik cakap selama-lamanya je… Aduhaiiii~~” dia mengomel. Dia memang tengah lapar. Sejenis perut kalau bangun awal mesti nak kena isi dengan apa-apa. Tadi tu dia tak sempat nak bancuh air panas ke, sebab Fiz sudah terpacak di depan pagar rumahnya.

“Siyessss?? Awak nak spend masa dengan saya selama-lamanya?” Fiz menyoal dengan penuh keterujaan. Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil dia tadahkan.

“Syafiz Eiman! Saya lapar niiiii!! Jangan sampai saya makan awakkkkk! Saya kalau lapar, bukan tahap singa lagi ni… Tahap Godzilla, tauuuu!” Balqis bersuara. Sikit lagi nak capai tone halilintar membelah Bumi.

“Eh? Silalah makan saya. Nah! Rasa tangan saya dulu… Part sini sedap!” Fiz menghulur lengannya yang padat kepada Balqis sambil ketawa.

Balqis mencerut muka. Geramnya pada Fiz usah dikenang laaa… Kalau bertekak tu tak pernahnya dia menang, asyik terkenaaaa je. Mana dia tak hangin? Fiz memang suka menyakatnya. Ada je idea dia nak usik kawan tu.

"Ya Tuhan…. Ampunkan dosa aku…. Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi karenah SEKETUL MAKHLUK VAMPIRE GANJIL di sebelahku ini, hari ini, saat ini, hinggalah ke hari-hari mendatang….. Ameen~” sengaja dia baca doa itu dengan jelas dan menekankan part SEKETUL MAKHLUK VAMPIRE GANJIL itu supaya didengari oleh jejaka kuat menyakat di sebelahnya. Ya lah…. Lima minit pun dah bergaduh, apatah lagi lima hari nak hadap makhluk ini. Tak tahu lah perang apa yang bakal tercetus agaknya.

Fiz tersenyum. Dalam diam, dia aminkan doa gadis yang sedang mencuka di sebelahnya. ‘Ya, Balqis….UNTUK HARI-HARI MENDATANG…..Amin..'

Deep!

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience