31

Other Series 41455

TAMAN TERATAI, BANDAR BARU BANGI.

Selasa.

Pagi-pagi lagi Balqis sudah mengadap Si Biru kesayangannya. Mencuci, mengelap dan menggilap motosikal kesayangannya.

Malam tadi dia sampai ke rumah lebih kurang jam 1.00 pagi. Tu pun sebab stucked di rumah Fiz di Putrajaya. Mereka tiba di Putrajaya lebih kurang jam 9.00 malam. Keluarga Mak Mah dan Pak Long Johar akan bermalam di rumah Fiz untuk malam itu sebelum bergerak pulang ke Melaka pada keesokan harinya.

Sekali dengan si Balqis sekali terjebak singgah. Adehhh... Kalau diikutkan, Mak Mah dan Fiz memang mempelawa Balqis stay sekali di rumah itu, tapi, Balqis terpaksa menolak. Penuh dah rumah tu dengan orang lelaki. Seganlah dia. Jadi, dia minta Fiz hantarkan dia balik malam tu jugak. Lewat pun lewatlah. Janji selamat sampai rumah. Rumah sendiri, home sweet home. Lagipun, dia rindukan Si Biru yang sudah ditinggalkan beberapa hari.

Sampai rumah pun dah lewat tengah malam. Dia hanya sempat membelek Si Biru beberapa minit sebelum naik ke bilik untuk mandi dan tidur. Solat sudah dilaksanakan secara jamak semasa dalam perjalanan tadi.

Jadi, hari ini, dia merancang untuk meronda dengan superbikenya. Nak kasi panas enjin. Dah hampir seminggu tak bergerak.

*******

Setelah berpuas hati dengan prestasi motoikalnya, Balqis mencari tempat berehat. Tasik Cyberjaya menjadi lokasi pilihan. Asalnya dia mahu ke tasik di sekitar Putrajaya. Tapi dipadamkan hasrat tu, taknak terserempak dengan Fiz. Kang nanti Fiz cakap dia skodeng pulak. Vampire tu bukan boleh kira. Ada je idea nak sakat dia.

Dia duduk di tepi tasik, merenung ke arah deretan bangunan Kerajaan Persekutuan di sekitar Putrajaya yang berada jauh di seberang tasik. Jarak dari Putrajaya ke Cyberjaya bukannya jauh sangat. Sebelah-menyebelah je.

Sambil itu, Balqis teringatkan Ikram. Dah lama Ikram tak tanya khabar dia. Last mereka berbalas mesej adalah pada malam minggu lepas. Yang selepas itu Mr. Vampire merajuk dengan Balqis tu... Hmmm...

Apalah khabar jejaka itu? Tiba-tiba sunyi-sepi. 'Takpela... Esok boleh jumpa dia..tanya khabar...' Balqis senyum sendirian.

*******

CYBERJAYA

Rabu.

Balqis telah kembali bekerja setelah bercuti panjang ke Terengganu. Rindu juga dia pada geng-geng sepejabatnya. Mimi, Kavitha, Amoi.... dan tak lupa juga si jejaka kacak bermata cantik, Muhammad Ikram Fikri. Aizat? Bolehlah.. Kawan jugak, kan?

Pagi-pagi dah kecoh kat bilik Balqis bila Mimi and the gang datang bertanya khabar. Korek rahsia macam Mak Jemah. Buat spekulasi yang Balqis sebenarnya cuti sebab bertunang la, walhal dah tahu yang Balqis pergi kenduri di Terengganu.... Eiii.. Makcik Bawang betul!

Balqis hanya ketawa melihat gelagat rakan-rakannya yang merinduinya. Kepada warga pejabat yang ramai, dia bagi buah tangan keropok. Manakala geng-geng rapatnya, dia hadiahkan tshirt atau seluar batik beserta fridge magnet dari negeri Terengganu sebagai kenang-kenangan. Bukan main seronok dorang bila Balqis tetap ingat untuk membelikan souvenir kepada mereka.

Tapi Balqis tak nampak kelibat Ikram pun. Cuti ke?

"Wei pompuan.. Kau cari sape? Mr. Nice Guy kau eh?" soal Mimi sambil mengunyah karipap sardin yang dibeli pagi tadi. Mereka sedang bersarapan di meja makan kecil berhampiran pantry.

"Eh? Manade... " jawab Balqis menafikan.

"Mr. Nice Guy kau takda. Dia ambil emergency leave, balik Perak. Bapak dia sakit. Kena strok sebab jatuh bilik air Ahad lepas," Mimi memberitahu.

"Allahu....!" Balqis tersentak mendengar berita itu. Patutlah dah beberapa hari Ikram mendiamkan diri. "Kenapa kau tak cakap kat aku?"

"Sorry la, Balqis... Bukan aku nak sorok dari kau... Tapi Ikram pesan kat kitorang semua takyah kecoh-kecoh. Dia taknak ramai orang tahu dan taknak diganggu. Lagipun, kau tengah bercuti. Dia taknak ganggu percutian kau..." Mimi menjelaskan.

Balqis terdiam. Air liurnya ditelan kelat. Sebagai kawan rapat, dia rasa bersalah sangat. Dia kenal Ikram. Sejenis yang tidak berkongsi masalah dengan orang lain, sama sepertinya. Akan cuba hadapi sendiri. Kesian Ikram..

"Takpela, Mimi.. Aku faham.. Aku tak salahkan kau... Thanks sebab inform aku... " jawab Balqis.

"Kau ingat tak macamana dia jaga arwah mak dia masa sakit dulu? Hari-hari dia berulang ke wad Hospital Putrajaya. Kali ni bapak dia pulak.. Ikram ni memang tabah giler.. Dia memang lelaki yang baik, Balqis. Rugi kalau mana-mana perempuan lepaskan lelaki macam tu..." kata-kata akhir dari Mimi sebelum mereka menyambung tugasan masing-masing menyebabkan Balqis terkedu. Memanglah Ikram tak pernah bercakap terang-terangan yang dia sukakan Balqis, tapi Ikram selalu bagi hint kat dia.

Aduhai~ Ikrammmm....

*******

Balqis tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasannya. Berita mengenai bapa Ikram mengganggu fikirannya. HP dicapai dan nombor Ikram didail.

Panggilan pertama tidak berjawab.

Dia mendail sekali lagi. Juga tidak berjawab.

"Hmmm.. Dia memang betul-betul taknak diganggu ke?" gumamnya.

Sekali lagi dia mencuba. Tiada jawapan. Balqis melepaskan nafas kuat.

Dia baru hendak menaip mesej WhatsApp apabila tiba-tiba menerima panggilan masuk dari.. IKRAM! Laju dia menjawab.

"Assalamu'alaikum.... Helo, Ikram..."

"Wa'laikumussalam warahmatullah...." suara perempuan menjawab.

Balqis terkejut. Siapa pula ni? Dibeleknya nombor pemanggil.. Sah nombor Ikram...

"Hello... Balqis ke tu? Sekejap ya... Akak passkan kat Ikram. Dia baru lepas mandikan abah... Kejap ya..." suara wanita tadi menyambung. Balqis menghembuskan nafas lega. Dia takut juga kalau tiba-tiba kena hamun ke, kot la Ikram tu sebenarnya dah berbini senyap-senyap ke kan..

"Hello.... Balqis.... Assalamu'alaikum...." suara Ikram di hujung talian.

"Wa'laikumussalam warahmatullah.... Ikram... Awak apa khabar?"

"Alhamdulillah. .. saya sihat... Awak sihat ke? Awak dah naik kerja ke harini?" soal Ikram. Suaranya kelihatan mengah. Mungkin baru selesai menguruskan bapanya, kemudian laju mendapatkan telefon.

"Ya.. Saya baru naik harini... Ikram, saya ganggu awak ke sekarang ni? Maaf lah... "

"Takdela.. Saya baru lepas mandikan abah... Kejap lagi nak bagi dia makan..." Ikram menjawab.

"Abah awak macamana sekarang? I'm sorry about your father.. Ikram, I am so sorry...saya betul-betul taktahu..." Balqis cuba mengawal emosinya.

Ikram tidak menjawab. Balqis serba-salah.

"Tapi, kenapa awak tak cakap kat saya?" sambung Balqis.

"Erm... Sorry la, Balqis... Saya bukan taknak inform awak. Benda ni tiba-tiba je...Kami adik-beradik pun semua terkejut bila dapat berita ni..Saya kalut balik Perak masa tu. Lagipun, saya taknak ganggu cuti awak..." Ikram menjelaskan.

"Awak tak perlu rasa bersalah, okey? Memang saya yang pesan kat dorang supaya diam-diam je... Dan saya memang nak privacy... Nak tumpu kat abah... Sepanjang saya cuti ni, manada saya jawab call orang pun? Any urgent matters, dorang text je.." sambung Ikram lagi.

"Habis ni...? Saya dah ganggu privacy awak ni...?" Balqis bertanya.

Kedengaran ketawa kecil di hujung talian. Balqis mengerutkan dahi. Kehairanan.

"Awak lain... Awak special case.... Hehe.. Eh, okay la Balqis... Saya off dulu. Nak suap Abah makan. Kak Long dah siapkan bubur. Nanti saya contact awak bila free ya? Assalamu'alaikum.."

Panggilan berakhir. Balqis merenung hpnya. 'Awak special case'?? Dia ni....

Beep!

Bunyi mesej masuk. Dari Ikram.

Ikram : Thanks for calling, my lady... kita text lagi nanti ya. Take good care... Miss you a lot...

Balqis telan air liur. 'Ikram....'

*******

Malam itu, panjang lebar mesej antara Ikram dengan Balqis. Itupun selepas Ikram selesai menidurkan abahnya. Dari perbualan itu, Balqis mengetahui rutin Ikram buat masa sekarang adalah menguruskan bapanya, mandi, buang air, sediakan makan minum, membantu bapanya menjalankan latihan fisio dan menjaga waktu makan ubat bapanya. Malah turut mengimamkan solat bapanya. Ikram menggajikan seorang jururawat lelaki persendirian untuk membantu menguruskan bapanya apabila dia sudah kembali bekerja kelak.

Kalau diikutkan, Ikram mempunyai empat orang adik-beradik termasuk pasangan kembar Ikram. Cuma pasangan kembar Ikram telah meninggal dunia semasa kecil akibat komplikasi jantung. Ikram mempunyai seorang kakak yang sudah berkeluarga, manakala adik bongsunya menyambung pengajian di Mesir dalam bidang kedoktoran. Kakaknya berkahwin dengan seorang ahli korporat tersohor bergelar Dato' dan mempunyai tiga orang cahayamata. Mereka kini tinggal di Australia. Baru-baru ini kakaknya pulang ke Malaysia kerana kondisi bapanya yang sakit, tetapi tanggungjawab sepenuhnya adalah tetap kepada Ikram selaku anak lelaki. Balqis sangat mengagumi peribadi lelaki budiman ini dalam gigih menjaga ibunya satu ketika dulu dan kini bapanya pula.

Rakan sepejabat mereka merancang untuk melawat bapa Ikram. Dan Balqis ditugaskan sebagai pengantara. Ikram keberatan sebenarnya mahu menerima kunjungan mereka. Seolah-olah ada yang ingin disembunyikannya. Puas Balqis memujuk, akhirnya Ikram akur dengan permintaan gadis itu untuk menerima kunjungan rakan-rakan pada hujung minggu ini.

*******

IPOH, PERAK.

Perjalanan dari Cyberjaya ke Ipoh mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah. Berpandukan peta lokasi yang dikongsikan oleh Ikram kepada Balqis, mereka tiba di sebuah kawasan perumahan elit di Ipoh. Kesemua jenis kediaman adalah banglo besar dan mewah. Kebanyakannya adalah dua atau tiga tingkat. Yang besar seperti mahligai pun ada juga.

"Wey Balqis! Waze kau ni betul ke tidak? Ke kita salah masuk jalan ni?" soal Mimi.

"Betul la... ni yang Ikram share kat aku la... " Balqis agak ragu-ragu juga, tapi memang itulah lokasi yang diberi.

"Biar betul... Family Ikram ni kaya-raya rupanya... Tak sangka. Entah-entah anak bilionaire... Aizat! Kau kan baik dengan dia.. Takkan kau tak tahu?" Mimi menyoal Aizat di sebelahnya.

"Mana aku tahu? Ikram mana nak cerita pasal personal dia kat aku? Diakan pendiam. Kitorang rapat pasal hal kerja je..." jawab Aizat yang sedang memandu perlahan sambil matanya melilau ke kiri dan kanan. Kagum dengan rumah-rumah besar di sini.

Sebuah kereta Toyota Vios di belakang yang membawa Amoi, Kavitha dan pasangan masing-masing hanya mengikut arah kereta yang dipandu Aizat.

Hasil pandu arah Waze, mereka tiba di sebuah banglo tiga tingkat yang besar berwarna putih. Tembok di sekeliling banglo ini sahaja sudah cukup tinggi, apatah lagi rumahnya. Mereka berhenti di hadapan pintu pagar elektrik yang lengkap dengan post guard house. Masing-masing telan air liur. Biar betul ini rumah family Ikram?

Kelihatan seorang lelaki tegap berumur dalam lingkungan akhir 40-an beruniform berjalan keluar dari post guard menuju ke arah mereka. Aizat menurunkan cermin sisinya dan menyapa, "Assalamu'alaikum Encik... Ni rumah keluarga Encik Muhammad Ikram Fikri Fateh ke?"

"Wa'alaikumussalam... Ya... Ini rumah Tan Sri Fateh... Tuan, puan semua kawan Tuan Muda yang dari Cyberjaya ke?" soal lelaki tadi. Aizat, Mimi dan Balqis mengangguk-angguk mengiyakan sambil mulut masing-masing terlopong... 'Tan Sriiii???? Tuan Muda'?????

"Sekejap ya..." ujarnya lalu bercakap jauh sedikit melalui walkie-talkie di tangannya.

"Ya Tuan... Mereka dari Cyberjaya..... Ya betul... Ada dua kereta, tuan... Baik... Terima kasih, tuan."
Selesai bercakap, dia kemudiannya memaklumkan Aizat untuk parkir di garaj khas untuk tetamu sebelum membukakan pintu pagar elektrik kepada mereka.

Perlahan-lahan kedua-dua kereta itu memasuki halaman rumah yang sangat luas dengan landskap yang cantik.

"Huihhh!! Giler laahhh... Ikram ni anak Tan Sri rupanya!! Apesal dia tak pernah cerita ek? Abang polis tu pun panggil dia Tuan Muda... Dahsyat!!" Mimi memulakan bicara.

"Aku pun tak pernah tahu pasal background family dia. Tak sangka kawan kita ni 'orang ada-ada'.... Dia keturunan Diraja agaknya. Kerabat Diraja Perak ke.. Siapa tahu, kan?" Aizat menyambut.

"Balqis.... Takkan dia tak pernah cerita kat kau pasal family dia?" Mimi menyoal sambil memusingkan badannya ke arah Balqis di seat belakang. Mata dikecilkan.

"Erkk!! Tak... Takde... Adoii... Aku pun taktahu la....Korang ni... " Balqis menjawab. Dia memang tak tahu menahu. Lelaki itu tidak pernah bercerita. Cuma dia memang dah lama musykil dengan Ikram ni, sebab selalu mengelak bila ditanya mengenai keluarga. Selalu ubah topik lain. Pelik!

"Wehh...Kalaulah aku tahu, aku dah tackle Ikram ni awal-awal.. Hehe.. Ko ingat senang nak dapat lelaki kaya-raya pewaris harta yang low-profile camtu? Mana ada lagi zaman sekarang ni? Semua dah pupus.. Dia tu je la yang tinggal... Tapi hatinya hanya ada kau je, Balqis... Melepas la akuuuu... Huuuu~" Mimi menyakat. Aizat senyum sinis.

Balqis geram. Rasa nak sekeh je kepala Mimi yang senget ni.

Mereka disambut mesra oleh dua orang pembantu rumah. Mereka mempersilakan Balqis dan kawan-kawan duduk di ruang tamu yang luas dengan hiasan dalaman bercitarasa tinggi. Lampu chandeliar, lantai marmar licin dan sejuk, karpet tebal diimport dari luar negara, hiasan mewah di segenap ruang, dalam almari berkaca dan dinding rumah. Kedengaran alunan suara orang mengaji yang dipasang melalui pembesar suara di banglo itu menyejukkan suasana. Masing-masing senyap menikmati syurga dunia di dalam banglo besar ini sambil meneguk minuman jus delima yang baru dihidang oleh maid.

"Jus delima, woi! Ni yang perah punya, bukan bancuh-bancuh.. Ko hado??" Mimi berbisik.

"Apa delima? Itu apa?" Amoi menyoal hairan.

"Amoi, itu buah la... promegranate..." Aizat menjawab.

"Aku ingatkan Ribena tadi...." Kavitha yang dari tadi senyap berbunyi.

Terus pecah ketawa mereka yang lain. Tapi laju mereka menekup mulut masing-masing. Giler ko! Rumah orang!

"Assalamu'alaikum. ... Hai semua.... Apa khabar?" Suara lembut seorang wanita berumur lingkungan awal 30-an menyapa mereka. "Saya kakak Ikram. Boleh panggil saya Kak Raudhah," wanita cantik itu memakai blouse satin bercorak batik dan seluar serta lengkap berhijab memperkenalkan diri. Dia kemudiannya bersalam dengan semua tetamu wanita. "Yang mana satu Balqis?" soalnya sambil matanya memandang Balqis dan Mimi.

Balqis tersentak! Nafasnya automatik laju. Wajahnya dirasakan pucat. Semua mata kawan-kawannya tertumpu padanya.

"Err.... Saya...." jawabnya ragu-ragu.

"Owh!! Beautiful young lady!" Wajah Kak Raudhah ceria. Automatik wajah Balqis yang pucat tadi berubah warna menjadi kemerah-merahan. Malu campur bimbang. Malu sebab kena puji. Bimbang sebab kenapa dia yang kakak Ikram cari??? Apalah Ikram dah cakap kat kakak dia pasal Balqis agaknya.


"Kita borak-borak dulu. Ikram kejap lagi turun ya.." Kak Raudhah memberitahu sambil mengambil tempat duduk di sebelah Balqis.

Tidak lama kemudian mereka didatangi seorang wanita anggun berjubah hitam berperincian mewah, dipadankan dengan shawl senada. Umurnya dalam lingkungan akhir 40-an, diringi seorang gadis genit awal 20-an.

"Kenalkan semua. .. ini mummy kitaorang... Mummy Zeti.. And Tasha.. " Kak Raudhah ramah memperkenalkan. Acara salam-menyalam berterusan.

Balqis dan kawan-kawan sepejabatnya agak keliru dengan pernyataan itu. Mummy?? Mak ke? Bukan kata mak Ikram dah meninggal ke?

"Aunty ni bukan mak kandung Ikram, Aunty ni mak tiri mereka. Raudhah, Ikram dan adik Ikram, Tina anak dengan Bonda Imah, isteri pertama abah Ikram..
Ini Tasha, anak nombor dua Aunty," jawab Mummy Zeti sambil tersenyum.

Oooooo.... Baru tauuuuu.. Balqis and the gang angguk-angguk kepala.

Tapi masih ada banyak persoalan belum terungkai di kepala Balqis dan dia merancang untuk bertanya kemudian kepada Ikram.

Lebih kurang 10 minit mereka berbual perihal condition Tan Sri Fateh, Ikram pun muncul. Walaupun berpakaian ringkas tshirt dan jogger pant, Ikram tetap kacak dengan wajah putih kemerahan dan matanya yang cantik di sebalik kaca matanya. Dia tersenyum ke arah Balqis dan rakan-rakannya di ruang tamu. Badannya sedikit susut. Lantas dia bersalam dengan tetamu lelaki sebelum memeluk Aizat beberapa saat sambil saling bertanya khabar masing-masing.

"Kau sihat ke, Ikram? Makin susut je nampak..." soal Aizat.

"Biasa je, beb... Korang sihat? Susah-susah je datang dari jauh..." jawab Ikram sambil matanya melirik ke arah Balqis. Rindunya pada gadis itu.. Lebih-lebih lagi hari ini Balqis mengenakan busana muslimah berseluar panjang berwarna light grey dengan tudung bawal. Simple je, tapi nampak lebih kewanitaannya. Berbeza sedikit dari pakaiannya dengan yang biasa dikenakan di pejabat. Ye lah.. Kan harini naik kereta..Boleh la pakai baju labuh sikit. Takdela terbang-terbang baju kalau kena kibas angin. Lainlah kalau naik motor, kan? Hehehe..

Mereka berbual-bual dahulu sebelum masing-masing dijemput untuk melawat Tan Sri Fateh di biliknya tingkat paling atas.

Tingkat paling atas? Kan susah nak bawak turun naik kalau nak ke hospital atau sebagainya?

Sekali lagi mereka melopong apabila dibawa naik ke tingkat atas menggunakan lif. Mak aiiiii!!! Siap ada lif... Banyak duit bebenor deme nihhh.. Bukan biasa-biasa...

******

::: Siapa Ikram sebenarnya? Kenapa dia merahsiakan latar belakang family dia? Bagaimana penerimaan Balqis terhadap Ikram apabila dah tahu perkara sebenar? :::

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-17 20:23:16 

lmnya br sambung . tp berbaloi la bila baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience