37

Other Series 41450

MAJLIS TAHLIL

Seusai menunaikan solat Isya' berjemaah,Abang Zikri dan Ikram tiba di rumah bersama-sama jemaah masjid. Jiran-jiran juga sudah ramai berkumpul. Masing-masing mengambil tempat. Lelaki di ruang tamu dan beranda, wanita berkumpul di ruang tengah rumah, sebahagiannya di dapur.

Abang Zikri memanjangkan leher mencari Balqis. Tiada. Dia lantas laju menuju ke bilik adiknya. Pintu diketuk dan tombol pintu dipulas.

"Qis.. Majlis dah nak start.. Kawan Qis lagi sorang tu jadi datang ke tidak?" soalnya.

"Err.. Qis tak tau... Qis call dia tak jawab... Mesej pun tak reply...Tapi siang tadi dia ada mesej cakap dia akan datang malam ni... Dia baru balik dari KK, then rushing ke sini..." Balqis menjawab.

"Erm.. Takpela.. Kita dah nak start ni.. Kalau ada, adalah... Kalau takde, nak buat macamana.."

"Abang...." Balqis memanggil. Riak risau di wajahnya jelas kelihatan.

"Qis jangan fikir yang bukan-bukan... InsyaAllah takde apa-apa... Doakan Fiz selamat sampai.. Kalaupun dia tak dapat datang malam ni, mesti dia ada alasan tersendiri... Balqis jangan risau, ya? Doakan yang baik-baik.." Abang Zikri memahami apa yang bermain di fikiran adiknya.

"Abang keluar dulu ni... Qis jangan lambat sangat keluar.. Kang apa orang cakap terperuk je dalam bilik.." sempat Abang Zikri berpesan sebelum meninggalkan bilik adiknya.

•••••••

Majlis tahlil berjalan lancar. Kesemua tetamu jemputan sedang menikmati makanan yang disediakan. Nasi putih, gulai masak lemak nangka dengan ikan masin dan ayam masak merah.

Antara yang menjadi tumpuan orang ramai malam itu adalah kehadiran Ikram. Lebih-lebih lagi makcik-makcik, tak kira la samada makcik bawang atau pun tidak. Masing-masing tertanya siapa gerangan lelaki tinggi berkulit putih kemerahan itu.

Salah seorang jiran mereka bertanya, "Kak Long.. Sapa lelaki tinggi putih tu? Elok benor rupa dia... Tak pernah nampak pun sebelum ni?"

"Oh... Tu kawan Balqis, Cik Tijah.. Kawan satu pejabat dia..." Kak Long menjawab.

"Boipren Balqis ke tu? Amboihhh.. Handsome! Macam Pak Arab!" Makcik Anum pula menyampuk. Aunty Ina, Aunty Ros dan Aunty Ruby serta Rita hanya mencebik.

"Dia keja apa tu? Asal mana?" Makcik Tijah menyoal lagi.

"Eh...Dengar-dengar, dia tu anak orang kaya eh? Bapak dia Tan Sri kalau tak silap... Bisnes kereta mewah satu Malaya.." Makcik Sal pula menyampuk.

"Eh? Mana kau tau, Sal?" Makcik Anum bertanya.

"Tadi aku tanya laki aku. Laki aku dah interview dia awal-awal. Tapi tu pun sebab anak aku, Haikal yang tunjuk gambar bapak dia kat laki aku. Laki aku tanya la dia.. Baik budaknya. Tak sombong. Hormat orang tua walaupun anak orang kaya," Makcik Sal menguatkan hujah.

"Ooooo..." bulat mulut makcik-makcik jiran tetangga yang lain mendengar cerita itu.

"Ehhh.. Untunglah Balqis, woi! Dapat laki sudahlah elok rupa dia, perangai pun elok. Harta pun banyak.. Allah.. Tuah badan!" Makcik Anum bersuara.

"Dorang baru kawan je, Cik Anum... Tapi doa-doakanlah moga jadi jodoh," Kak Ngah berbunyi.

"Ehh.. Mestilah acik-acik doakan.. Benda yang baik, kan? Balqis pun baik orangnya.. Padanlah mereka dua tu.."

"Tak lama lagi, makan nasi minyak la kita! Haaa..." usikan dari Makcik Sal disusuli dengan tawa dari kaum Hawa yang turut berada di situ.

Sekumpulan geng bawang je mendengus tidak puas hati. Sapa lagi? Rita and the bawang rangers la.

•••••••

Jarum jam sudah melepasi angka 10. Ramai tetamu, saudara-mara dan jiran tetangga sudah pulang ke rumah. Tinggal Balqis adik-beradik dan Ikram sahaja.

Ikram meminta izin Abang Zikri untuk berjumpa Balqis sebelum dia hendak bergerak pulang ke hotel. Dari tadi dia tidak nampak kelibat Balqis di mana-mana, termasuklah waktu makan.

"Qis! Balqis!"

Tiada sahutan.

"Sayang, Balqis mana? Panggil dia kejap. Cakap kat dia Ikram dah nak balik.." Abang Zikri meminta isterinya memanggil Balqis keluar. Kak Syikin menurut.

Tidak lama kemudian, Balqis muncul di ruang tamu. Tangannya basah. Membasuh pinggan mangkuk barangkali.

"Ikram dah nak balik... "

"Oh...Okay..Jap..."

Dia memperkemaskan selendangnya sebelum melangkah keluar ke kerusi batu di laman rumah. Hp di tangannya dipicit. Nak tengok jam. 10.30 malam.

Di kerusi batu, Ikram sudah sedia menunggu sambil tersenyum manis dengan bibir merahnya. Balqis agak nervous, walaupun tadi dia biasa-biasa je.

"Awak dah nak balik ke?"

"Ye lah.. Kenapa? Awak nak saya tidur kat sini ke?" soal jejaka itu. Senyum.

"Eh...Takde la.. Saya tanya je.."

"Habis tu, awak tak sudi la nak bagi saya tumpang tidur kat sini?"

"Ehh... Bukan jugak macam tu.. Ish! Ape soalan merepek-repek ni?" Balqis pening. Ikram ni saje je nak kenakan dia dengan soalan pusing-pusing.

"Qis.. Terima kasih ya..." Tiba-tiba tone suara romantik Ikram bergema dalam pekat malam.

'Alamakkk.. Nape dia panggil aku nama tu? Adoii~'

"Hee...Saya terdengar abang awak panggil awak nama tu.. Tapi, best jugak panggil awak 'Qis'... Silap-silap dengar, macam mintak 'kiss' pulak.. Haha!" Ikram berseloroh.

Balqis hanya tersengih. Fikirannya sedikit melayang. Ikram berada di hadapannya, manakala Fiz tidak tahu entah di mana. Sesekali tangannya menekan skrin hp nya, kot-kot ada mesej daripada Fiz ke. Tetapi hampa.

"Balqis.. Saya nak berterima kasih kat awak ni.. Sebab jemput saya datang ke kenduri tahlil arwah ibu dan babah awak malam ni..."

"Terima kasih jugak sebab awak sudi kenalkan saya dengan adik-beradik awak. Dorang semua best... Especially Abang Zikri... He such a good brother... And very protective too..."

Balqis diam. Akur. Abang Zikri memang macam tu. Lebih-lebih lagi Balqis adalah satu-satunya adiknya.

"Saya sempat berborak kejap je dengan kakak-kakak awak. Tapi saya sempat juga kenal dengan sedara-mara awak yang lain. Semua baik-baik.. Kak Long awak kelakar orangnya.. Awak tahu tak, tadi dia cakap Arab dengan saya... Hahaha..!" Ikram bercerita sambil ketawa.

Balqis turut ketawa. 'Ada-ada je Kak Long ni tauuu!' Hilanglah sedikit gundah-gulana di hatinya mengenangkan Fiz yang tak kunjung tiba dan tiada khabar berita pula.

"Pastu awak cakap apa?" soalnya kepada Ikram.

"Saya balas la cakap Arab. Sikit je.. Terus Kak Long awak google kamus Arab... Hehe.." Balqis sambung ketawa.

"Kak Long memang macam tu, sense of humour dia tinggi. Penceria dalam keluarga kitorang..."

"Sebenarnya, saya seronok sangat tengok family awak.. Best.. semuanya rapat...Ceria.. Selamba.. Walaupun ibu dan babah awak dah takde, tapi hubungan korang semua masih akrab.. Tak macam family saya.." suara Ikram mulai menurun. Dia menundukkan wajah.

"Tapi family awak ok je kan? Saya tengok takde yang kurang pun? Kak Raudhah, Tasha, Mummy Zeti semua ok?" jawab Balqis.

"Ya.. Dorang ok... Kami tidaklah renggang, tapi tidaklah serapat family awak.. And family saya penuh dengan protokol.. Which I think, that is so not me..."

Balqis diam. Betul juga. Family Ikram penuh protokol. Ikram lain sikit jiwanya.

"Ezri dengan awak macamana sekarang?" soal Balqis.

"Ezri macam tu la.. Dia dah balik US. Dia masih tak puas hati dengan saya pasal Tengku Iffa tu. Tak tahu la sampai bila... Tapi nak buat macamana. Abah memang nak perkahwinan dengan keluarga Tengku Iffa berlangsung. Tak kiralah siapa yang akan berkahwin nanti.."

"Erm.. Why don't you just marry Tengku Iffa? Tunaikan permintaan abah awak? Then awak dengan Ezri takkan bermasam muka... "

"Balqis! Apa awak cakap ni? Sampai hati awak suruh saya kahwin dengan dia. I am not in love with her, Balqis! Kalau saya nak kat dia, saya takkan ada kat sini, malam ni, untuk datang ke majlis keluarga awak ni...dan duduk di sebelah awak sekarang ni... Can't you see that?" Ikram menghembuskan nafas. Kuat. Agak tertekan dengan cadangan Balqis.

Balqis terdiam. Cuak jugak sekiranya lelaki yang selalunya tenang itu mengamuk. Sekiranya lah.. Mengenali Ikram, tidak ada ciri-ciri baran dalam dirinya. Which is a credit to him.

"Saya dah lama sukakan awak... Dari mula-mula saya kenal awak kat Firma Syed Al-Attas.. Awak pun tahu tu, kan? Saya sayangkan awak, Balqis... Please... Jangan bagi cadangan mengarut awak tu lagi.... Dalam hati saya cuma ada awak sorang je. No one else... Only you.." Ikram meluahkan rasa. Sedikit kecil hati bila orang yang dia sayang menyuruhnya berkahwin dengan orang lain.

"Errr... Saya minta maaf... Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. Saya cuma bagi cadangan je.. Saya minta maaf, k? My bad.. "

Ikram menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan. Dia menatap wajah Balqis. Polos.

"Boleh, tapi awak kena jawab soalan saya dulu.."

"Anything.. Janji awak maafkan saya.." jawab Balqis. Yakin.

"Okay..Saya tak pernah tanya soalan ni pada awak.. Saya dah luahkan perasaan saya pada awak. Malam tu, masa kat rumah saya.. Malam ni, masa kat rumah awak.... "

Balqis berdebar. Dia dapat rasakan yang Ikram akan menanyakannya soalan yang paling dia nak elak. Soal hati dan perasaan.

"Sekarang saya nak tanya, apa perasaan awak pada saya?"

Balqis terdiam. Payahnya dia nak jawab soalan itu.

"Saya tahu, awak bukan jemput saya sorang je, kan? Saya tahu Fiz sepatutnya ada sekali malam ni. Tapi saya pun tak tahu kenapa dia tak dapat datang malam ni..."

Balqis menundukkan wajah. Dia tak kisah pun kalau Ikram tahu dia juga menjemput pesaingnya, Fiz. Supaya Ikram tidaklah meletakkan harapan yang tinggi padanya. Begitu juga sekiranya sebaliknya yang berlaku, Fiz yang berada di tempat Ikram sekarang. Benda yang sama akan diberitahu.

"Kenapa dia tak datang?" soal Ikram lagi.

Balqis menggeleng kepala. Dia tidak tahu. Dia buntu. Adakah Fiz sudah menyerah kalah? Fiz yang dia ketahui bukanlah begitu orangnya. Dia betul-betul keliru.

Ikram sendiri hairan kenapa Fiz tidak muncul. Memanglah mereka bersaing untuk memenangi hati gadis yang sama, cuma terasa seperti menang tanpa bertanding pula. Setahu dia, Fiz orang penuh dengan tekad. Takkan begitu mudah menyerah? Pun begitu, ini adalah peluang untuk Ikram menawan hati Balqis.

"Balqis... Saya harap awak boleh bagi saya peluang. Peluang untuk bahagiakan awak... Bagi saya peluang di hati awak, peluang untuk saya jaga awak, sayangi awak sepenuh hati saya... Please~"

Satu-persatu perkataan yang diluahkan oleh Ikram dihadam oleh Balqis. Dia hanya menundukkan wajah.

Indah? Ya. Perasaannya indah mendengar ungkapan dari mulut Ikram. Bahagia rasanya sekiranya ada yang betul-betul sudi menyayangi, ingin menjaga dan membahagiakannya...

Hatinya seolah-olah mahu membalas perasaan Ikram, seorang lelaki yang baik, yang segalanya cukup lengkap serba-serbi, yang menjadi igauan kebanyakan wanita...

Anehnya, dia seperti tidak dapat meluahkannya. Seolah-olah ada satu titik di dalam hatinya yang masih beku. Sejuk. Tiada perasaan.

Ikram nekad. Apa nak jadi, jadilah.. Dia terpaksa buang sifat pemalunya untuk gadis idamannya, Cik Superbike.

"Qis.... Look at me... please~.... "

Balqis menoleh menghadap Ikram. Dia menatap sepasang mata cantik milik Ikram di hadapannya. Sungguh indah! Anak mata yang semulajadi bukan berwarna hitam itu direnung. Bulu mata lentik di sebalik kaca mata nipis.. Hidung mancung terletak, jambang yang ditata kemas.. Wajahnya yang putih kemerahan... Perfecto!

"Read my lips..." arahnya kepada gadis itu.

Dan Balqis spontan melihat seulas bibir merah Ikram yang basah dan seksi...

"DEMI ALLAH, SAYA CINTAKAN AWAK, SITI NUR BALQIS MUHAMMAD..... Would you be my wife?"

Balqis terpempan.

Suara itu seolah bergema di dalam telinganya, dan berputar-putar di dalam otaknya. Jantungnya mengepam darah dengan laju. Wajahnya terasa panas. Nafasnya seperti tersekat.

Dia kaku.

•••••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience