39

Other Series 41451

WAD ICU

Tengahari itu, Ikram membawa Balqis ke hospital. Mereka sudah dimaklumkan untuk datang pada waktu lawatan sahaja kerana doktor akan memeriksa pesakit di sebelah pagi.

Setibanya di bilik rawatan yang menempatkan Fiz semalam, kelihatan seorang nurse sedang mengemas katil.

"Assalamu'alaikum Nurse, pesakit yang kat sini ke mana ya?" soal Balqis cuak.

Nurse menoleh.

"Yang accident dengan treler semalam tu ke? Dia dah takde..."

WHATTTT???

Wajah Balqis berubah. Kakinya terasa lemah. Rasa tidak bermaya.

Ikram yang berada di belakangnya terus menyambut badan Balqis yang kelihatan seperti mahu tumbang.

"Nurse... Maaf... Betul ke dia dah takde? Atau dia dipindahkan ke wad lain?" soal Ikram seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas nurse tersebut.

Jururawat berbadan sedikit gempal itu menarik muka.

"Maaf.. Saya tak tahu. Yang saya tahu, dia dah takde pagi ni dan saya diarahkan untuk kemas katil ni.. Maaf ya, Encik. Kalau cik berdua tiada sebarang urusan, boleh tolong tinggalkan bilik ni. Saya perlu sambung kerja. Banyak lagi katil lain yang nak kena kemas," jawabnya laju lalu meneruskan kerjanya tanpa menoleh ke arah Ikram dan Balqis.

Ikram memimpin Balqis keluar dari wad ICU. Disuruhnya Balqis duduk terlebih dahulu di salah sebuah bangku di luar Wad ICU. Mahu bertanya pada petugas, semuanya nampak sibuk ke hulu-ke hilir. Biasalah, hospital. Mana pernah tak sibuk?

"Balqis, awak tunggu sini kejap. Saya nak pegi cari doktor bertugas," ujar Ikram.

Balqis duduk melengung. Bingung sekejap. Betul ke Fiz dah takde? Mr. Vampire dia dah pergi tinggalkan dia? Tinggalkan dia tanpa sebarang pesan??

Air matanya mudah benar bertakung tika ini. Tunggu masa nak memecah benteng sahaja.

'Kenapa dia pergi? Dia dah janji nak datang.. Aku tunggu dia datang... Tapi kenapa dia pergi??'

Satu perkara yang dikesalkannya, Fiz pergi tanpa sempat dia memberikan jawapan terhadap persoalan lelaki itu terhadapnya...

'Kenapa mesti awak pergi dulu, Fiz.....' hatinya seakan luluh. Mr. Vampire nya sudah pergi tinggalkannya.

"Balqis! Jom ikut saya!" Ikram muncul dan menarik pergelangan tangan Balqis yang berbaju sejuk lengan panjang. Balqis terpinga-pinga. Air matanya diseka

"Awak nak bawak saya pegi mana?" soalnya laju. Langkah dihayun cepat mengikuti pergerakan kaki Ikram. Ikram tidak menjawab. Dia menekan pintu lif untuk naik ke atas.

Dalam lif pula ramai orang. Balqis tidak mahu mendesak Ikram dengan soalan walaupun hatinya penuh pertanyaan.

Lif berhenti di tingkat 8. Beberapa orang keluar. Ikram menarik tangan Balqis untuk keluar dari lif. Langkahnya laju memasuki ruangan yang bertulis 'WAD 8B'.

Sampai di depan sebuah bilik pesakit, Ikram melepaskan tangan Balqis. Balqis terpinga-pinga.

"Awak masuklah.." Ikram menyuruh.

Kaki Balqis melangkah perlahan-lahan ke dalam bilik tersebut. Berdebar. Dia mendengar tangisan orang perempuan. Semakin nervous rasanya.

"Syafiz... Bangunlah, nak... Ibu datang ni..."

Itu suara Mak Mah!

Balqis dapat melihat Mak Mah sedang menangis sambil memeluk Fiz yang masih pegun. Mak Long Senah turun menangis sambil tangannya mengurut-ngurut belakang Mak Mah. Aishah di sebelah sudah tersedu-sedu. Syafiq, Pak Long Johar, Abang Iman dan dua lagi adik lelakinya berdiri di tepi katil kiri dan kanan.

"Makcik....." tutur Balqis perlahan.

"Kak Balqis!" suara Aishah menyebabkan semua yang di bilik tersebut menoleh ke arah pintu masuk.

Balqis melangkah perlahan ke arah katil Fiz diikuti dengan Ikram. Dia menyalami dan tunduk mencium tangan Mak Mah.

"Makcik.. Makcik dah okey ke? Saya minta maaf..." ujarnya dengan rasa bersalah, tapi masih sempat menanyakan khabar wanita itu.

Mak Mah tidak menjawab. Dia masih menangis. Dia mengelus-ngelus wajah anak sulungnya yang sedang terlantar.

"Kalaulah saya tak ajak Fiz datang ke rumah saya, mungkin benda ni tak jadi..." sambungnya lagi tertunduk. Dia sudah mula menyalahkan dirinya.

"Balqis.. Kita tak payah cakap lagi pasal ni.. Ini bukan salah sesiapa.. Benda dah nak jadi. Sekarang, kita ikhtiar apa-apa supaya Syafiz sedar cepat," Pak Long Johar berbunyi.

"Saya dah refer kat polis. Ada saksi kata, treler tu yang salah, langgar lampu merah. Abang Syafiz yang jadi mangsa," Syafiq menerangkan. Yang lain mengangguk-angguk.

"Erm... Ni siapa? Abang Balqis ke?" Abang Iman pula bertanya perihal lelaki yang datang menemani Balqis ke hospital. Salam dihulur.

"Errr.. Bukan... Saya bukan abang Balqis... Saya Ikram..." jawab Ikram sambil menyambut huluran salam Abang Iman dan menyalam lelaki-lelaki lain di situ.

Tak semena-mena mesin di sebelah katil Fiz mengeluarkan bunyi lain daripada biasa. Seolah-olah ada yang tidak kena dengan Fiz. Semua menjadi panik terutama Mak Mah. Makin kuat sendunya.

Syafiq terus bertindak mencari jururawat bertugas untuk memberitahu keadaan itu. Beberapa minit kemudian, seorang doktor wanita muncul diiringi beberapa jururawat. Mereka semua diarahkan menunggu di luar bilik sementara doktor menjalankan pemeriksaan.
Akur dengan arahan, mereka semua berkumpul di ruangan menunggu dengan penuh debaran. Keadaan sunyi sepi.

Balqis perlahan menghampiri Mak Mah yang sedang berduka. Dia duduk di sebelah wanita tua itu. Pilu hatinya melihat air mata wanita yang sudah dianggap sebagai ibunya. Mulutnya terketar-ketar untuk mengeluarkan suara, tapi dia tahu, dia harus cuba menenangkan hati sang ibu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Mak Mah yang terganggu kesihatannya.

"Makcik.. Balqis minta maaf banyak-banyak ya makcik..." Tangan Mak Mah digenggam.

"Balqis memang sedih dengan apa yang berlaku.. Kita semua sedih... Cuma makcik kena kuat... Kita sama-sama doa moga Fiz cepat sedar dan sembuh.. Doa makciklah yang paling makbul...Doa seorang ibu.."

Balqis menarik nafas dan menyambung," Saya tahu Fiz kuat... Dia seorang yang cekal, sama macam makcik... Dia pasti akan berjuang.. Kita kena bagi sokongan pada dia.."

Tangan wanita melebihi separuh abad itu diusap perlahan.

"Makcik kena jaga kesihatan.. Bila Fiz sedar nanti, mesti dia nak tengok ibunya dalam keadaan sihat, kan? Saya pun taknak tengok makcik sakit... Saya sayang makcik macam ibu saya sendiri.." ujarnya sambil memeluk tubuh Mak Mah. Sayu. Mak Mah membalas pelukan Balqis. Air matanya mengalir. Dia juga sudah jatuh sayang kepada gadis yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dia tidak pernah menyalahkan Balqis mengenai apa yang berlaku kepada anaknya. Dia tahu, ini adalah suratan takdir yang telah Allah tentukan. Kata-kata gadis itu tadi sedikit sebanyak dapat memujuk hati agar terus tabah.

"Ini semua ketentuan Allah, Balqis... Kita sama-sama doakan dia dan berikhtiar, ya?" ujar Mak Mah perlahan.

•••••••

Ikram memandu dengan kelajuan sederhana. Dia sedang dalam perjalanan pulang ke Cyberjaya. Fikirannya masih dibayangi dengan peristiwa yang berlaku kepadanya semenjak dia mengenali Balqis sehingga ke saat ini. Setiap satunya bermain tanpa henti, ibarat satu tayangan pita video yang dipasang tanpa henti.

Sungguh! Dia betul-betul berhajat untuk memiliki seorang Balqis. Dia betul-betul mahu menakluk sekeping hati Balqis.

Dan dia tahu, Balqis tersepit antara dua pilihan. Dia, atau Fiz...

Dan dalam keadaan Fiz begini, dia tahu, Balqis akan memberikan tumpuan lebih kepada tahap kesihatan Fiz.

Lebih dua tahun dia memendam rasa. Dulu, dia terpaksa pendamkan perasaan sukanya terhadap Balqis kerana dia fokus menjaga ibunya yang sakit. Setelah ibunya meninggal, dia mengambil masa untuk pulih dari kesedihan akibat kehilangan ibu. Dia masih ingat lagi, Balqis adalah orang yang sering memberikannya kata-kata perangsang setiap hari di saat dia menghadapi waktu sukar. Ini kerana Balqis pernah mengalami keadaan yang sama, kehilangan ibu kerana sakit beberapa tahun sebelumnya.

Tambahan pula, konflik dalam keluarganya timbul tatkala Tan Sri Fateh memaksa dia bertunang dengan Tengku Iffa, dan dia berkeras menolak. Kesannya, Ezri pula bermusuh dengannya.

Dan sekali lagi dia ditimpa ujian tatkala Tan Sri Fateh jatuh sakit. Dia perlu menumpukan tanggungjawabnya kepada ayahnya. Dan mungkin juga syarikat ayahnya satu hari nanti? Siapa tahu?

Semalam, dia gembira kerana dapat mengenali ahli keluarga Balqis dengan lebih dekat. Dia juga sudah menyatakan hasrat hatinya untuk membina hidup dengan Balqis, sumber kekuatannya, sumber inspirasinya...

Tapi, Allah mengujinya sekali lagi. Kejadian yang menimpa Fiz mengubah keadaan. Dalam situasi sekarang ini, adalah mustahil Balqis dapat memberikan sebuah jawapan yang pasti.

"Balqis....I need you... I really do..." ujarnya perlahan.

Masihkah ada harapan untuknya?

•••••••

Balqis lama duduk berteleku di atas sejadah seusai menunaikan solat hajat. Doa dititipkan untuk Fiz yang berada di hospital.

Sehingga kini, dia masih belum mendapat apa-apa perkhabaran dari Syafiq yang menjaga Fiz di wad. Mak Mah dinasihatkan untuk berehat di hotel bersama Aishah dan keluarga Pak Long Johar. Besok malam, giliran Abang Iman pula. Lusa mereka perlu pulang ke Melaka kerana masing-masing bekerja. Mereka amat berharap agar Fiz cepat sedar supaya dapat dipindahkan ke hospital di Melaka, lebih dekat dengan rumah mereka dan lebih mudah urusan selanjutnya. Semuanya bergantung kepada keadaan Fiz.

'Sabarlah, Balqis.. Allah Maha Mendengar doa kesemua hamba-hambaNya... Sesungguhnya, dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu yang dikehendakiNya,' pujuk hatinya.

Dan akhirnya dia tertidur di atas sejadah dengan linangan air mata.....

•••••••

Keesokan harinya...

"Assalamu'alaikum Mr. Vampire... Saya datang ni..." Balqis ceria menyapa Fiz. Kunjungannya kali ini cuba dipenuhi dengan aura positif. Mudah-mudahan dapat memberikan kesan yang lebih baik kepada tahap kesedaran Fiz.

"Harini saya ada bawak sesuatu untuk awak.." sambungnya lagi sambil tersenyum. Dia tekad untuk mencuba sesuatu yang lain sebagai ikhtiar untuk menyedarkan Fiz dari koma.

"Semalam awak betul-betul buat saya rasa nak gugur jantung tau.. Bila keadaan awak jadi tak stabil tiba-tiba..."

Matanya merenung wajah Fiz yang sudah susut bengkaknya. Balutan di kepala juga sudah dibuka. Beberapa jahitan terpampang di wajah kacak Fiz.

"Erm... Lain kali awak jangan macam tu tauu.. Saya risau.. Ibu lagilah risau...Kami semua risau.. Family awak... Family saya..."

Balqis menyambung lagi, "Awak tahu tak, family saya pun ada datang melawat awak kat sini... Mesti awak nak jumpa dorang kan? Abang Zikri, Kak Long, Kak Ngah... Semua dah tengok awak... Awak je belum tengok dorang lagi... Cepat bangun tauu...Nanti boleh kenal-kenal dengan dorang. Boleh jadi geng dengan Abang Zikri. Perangai awak dengan dia lebih kurang je... Suka sakat saya.. Huh!"

Balqis ketawa kecil mendengar ayatnya. Tapi memang betul pun. Abang Zikri dengan Fiz memang suka menyakat dia pun! Geram dengan dua-dua lelaki tu.

Seketika kemudian dia rasa sayu.

"Fiz... Awak cepatlah sedar.. Saya rasa sunyi bila awak takde... Saya rasa serba tak lengkap bila takde dah orang nak usik saya macam awak selalu buat.. Dah takde dah Mr. Vampire saya..." tuturnya perlahan.

"Nanti sapa nak petikkan gitar untuk saya? Sapa yang nak nyanyikan lagu untuk saya? Sapa nak temankan saya tengok bintang malam-malam kat tepi pantai? " Air mata sudah berjuraian. Suaranya sudah berubah serak.

"Bangunlah, awak.... Please..."

Tertunduk dia menangis di sebelah katil Fiz. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, mudah benar dia tewas dengan air matanya.

'Qis! Kau tak boleh macam ni! Kau kena sabar.. Jangan menangis! Ikhtiar, Balqis!' hatinya memujuk.

Dia membuka aplikasi YouTube di HP nya dan memainkan playlists lagu yang telah diaturnya untuk diperdengarkan kepada Fiz.

Lagu:
Surat Cinta Untuk Starla (Virgoun)
Cinta Luar Biasa (Andmesh Kamaleng)
Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Lagu Kita (Aizat Amdan)

Lagu-lagu ini adalah antara lagu-lagu memberikan makna yang mendalam terhadap hubungan mereka. Balqis berharap, usahanya ini sedikit sebanyak dapat membantu. Dia tidak tahu samada ianya akan berjaya, tapi sekurang-kurangnya dia mencuba.

Lagu pertama, Surat Cinta Untuk Starla (Virgoun) sedang berkumandang.

"Fiz, awak ingat tak lagu ni? Lagu ni adalah lagu yang kita dengar sama-sama kat pantai Pengkalan Balak.. Yang dekat dengan rumah awak tu.. First day kita kenal tanpa sengaja.. Malam tu kita pegi tengok bintang kat tepi pantai... Lagu ni budak-budak camping kat sebelah kita tu yang main gitar dan nyanyi malam tu.. Ingat tak?"

Senyap. Tiada jawapan.

"Saya ingat, Fiz... Saya takkan lupa, sebab pada saya, awak adalah sejenis makhluk ganjil yang pelik. Tak tahu hujung pangkal, tahu-tahu bawak saya balik ke rumah family awak.. Tak pernah dibuat orang, Fiz.." Balqis tersenyum dalam kesedihan yang masih bersisa. Gelihati bila mengenang kembali peristiwa perkenalan mereka.

Lagu kedua sudah bermula. Lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng lebih menyentuh emosional Balqis. Manakan tidak? Lagu ini adalah luahan hati Fiz kepadanya semasa di tepi pantai Terengganu.

"Lagu ni... Awak ingat tak?"

Senyap.

"Lagu pertama yang awak mainkan dan nyanyikan untuk saya.. Kat tepi pantai jugak.. Di Terengganu... Suara awak sedap sangat.. Masa tu, saya rasa macam tak jejak bumi, walaupun hakikatnya saya duduk melekat atas pasir.. hehe..
Saya rasa awak romantik sangat sebab mainkan gitar untuk saya, nyanyi untuk saya, luahkan perasaan melalui lagu....Tapi awak nakal... Awak usik saya... Awak cakap, lagu tu bukan untuk saya... Awak nak praktis je.. Malunya saya masa tu, Fiz... Saya rasa nak hempuk-hempuk je awak...Hihi.. Tapi saya tak buatlah.." sambungnya diiringi tawa halus. Perlakuan Fiz yang nakal suka mengusiknya itu singgah di kotak memori.

"Tapi, lepas-lepas tu, awak mengaku perasaan awak kat saya..."

Balqis berhenti sebentar seraya menghela nafas.

"Saya taktahu nak cakap macamana perasaan saya masa tu.. Saya rasa....bahagia...." ujarnya sambil tertunduk.

"... Saya rindukan awak, Fiz....." air matanya tumpah lagi.

Dia kemudiannya bangun untuk mencuci muka di bilik air. Tak sanggup rasanya nak berlama-lama menangis di situ menghadap Fiz yang belum sedar. Dia kena tunjuk yang dia kuat, supaya Fiz turut bersemangat untuk bangkit kembali.

•••••••

[FIZ]

Balqis... Maafkan saya buat awak menangis....

Saya dengar semua yang awak cakapkan.. Saya boleh dengar suara semua orang di sekeliling saya... Ibu, Syafiz, Aishah, Iman, keluarga Pak Long Johar... Suara Abang Zikri dan kakak-kakak awak... Saya dengar semuanya... Tapi saya tak boleh buat apa-apa...

Saya juga tahu, Ikram ada kat sini semalam dan kelmarin... Saya tahu, mesti dia dah jumpa family awak... Dia dah one step ahead from me... Arghhh!

Tapi saya akan bangkit! Saya akan kuatkan hati dan jiwa saya untuk awak, Balqis....

Terima kasih sebab pasangkan 'lagu-lagu kita'... Saya dengar semuanya... Saya masih belum lupa semua peristiwa yang kita lalui, Balqis... Saya masih ingat... Satu-persatu..

Balqis, jangan menangis lagi... Saya tak sanggup dengar suara sayu awak... Sedu-sedan awak menyakitkan saya... Saya taknak awak menangis lagi.... Hapuskan air mata awak, Qis sayang~

Tunggu saya... Dengan izin Allah, kita akan berjumpa lagi... SOON...

•••••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience