34

Other Series 41450

JOHOR BAHRU, JOHOR

"Ibu...."

Kedengaran suara budak kecil berbisik di telinganya.

"Ibu.... bangun ibu...." Suara itu berbunyi lagi disusuli dengan ciuman di pipinya. Bau bedak baby dapat dihidu dari budak kecil itu. Balqis tersenyum sambil merangkul badan si kecil. Mata masih terpejam.

"Ibu... Bangun laaa... Nana lapaaarr... Nak makan dengan ibu...." rengek si kecil yang namanya Nana itu. Umur dalam lingkungan empat tahun.

"Ibu ngantuk lagi la, sayang.. Nana pegi la makan dengan papa dulu... Nanti ibu datang..." jawab Balqis memujuk. Matanya sudah dibuka lalu sebuah kucupan dihadiahkan di ubun-ubun Nana.

"Alaa.. Nana nak makan dengan ibu.... Nana boring la makan dengan papa.... Dia suka paksa Nana makan sayur.." Nana memberitahu.

"Baguslah makan sayur. Banyak vitamin.. Nanti Nana sihat.." jawab Balqis.

"Tapi Nana tak suka... Pahit...Welkkk!" Nana membuat muka.

"Hmmm.. Ok. Macam ni.. Kalau Nana nak ibu makan dengan Nana, janji dengan ibu yang Nana akan makan sayur jugak walaupun sikit... Sikittt je... Boleh?" Balqis memancing. Nana menarik muka.

"Erm.. Ye lah... Tapi sikitttttt je.. Tau?" Anak kecil itu mula bersetuju.

"Okeh. Sekarang ni, papa masak apa pagi ni?" soal Balqis.

"Erm.. Dia masak nasi goreng dan roti canai...Papa cakap, ibu suka roti canai.." jawab Nana.

Balqis yang sudah bangun dari katil itu tersenyum. Mendengar 'roti canai' sahaja sudah membuatkan perutnya berkeroncong.

"Nana tunggu Ibu mandi kejap ya..Kejap tauu.." jawabnya sambil masuk ke bilik air dan mandi.

•••••••

"Assalamu'alaikum. .. Good morning, anak-anak syurgaaaa...." Balqis turun ke ruang makan dengan cerianya diiringi Nana yang comel dengan legging belang-belang pink dan tshirt bergambar Patrick, si tapak Sulaiman, watak dalam kartun Spongebob.

Di meja makan sudah terhidang sarapan pagi yang meriah. Semangkuk besar nasi goreng, roti canai dan beberapa jenis kuih. Zikri, Elina dan Zain sudah menghadap hidangan masing-masing.

"Ibuuuu!!! Rindunya kat ibuuuu!!" Balqis sudah diterpa oleh Elina dan Zain yang berumur 11 tahun dan 8 tahun. Mereka bersalaman dan berpelukan.

"Ibu pun rindu kat anak-anak ibu nihhh.. Eiiii.. Dah besar dah masing-masing..." jawab Balqis. Zikri hanya mengerling sekilas.

"Abang, apa monyok je pepagi ni? Sakit perut ke?" soal Balqis sambil tangannya menuang air teh ke dalam mug.

"Hmmm... Pagi-pagi berperang dengan si kecik tu. Dia taknak makan selagi Qis tak bangun.... Dia excited sangat nak jumpa ibu dia, katanya.." jawab Zikri sambil menyudu nasi goreng ke mulut.

"Alololoo.. Anak ibu nii.. Rindu ibu ya.. Takpe.. Ibu ada masa dua hari kat sini. Nanti kita main puas-puas ya?" Balqis berkata sambil tangannya mengusap pipi Nana yang gebu tu. Gerammm. Nana tersengih. "Dah...Jom makannnn!"

"Abang, lama ke Kak Syikin kursus?" soal Balqis sambil tangannya laju mencicah roti canai ke dalam kuah.

"Tiga hari je.. Lusa dia balik," jawab Zikri.

"Ooo... Kalau gitu, tak sempat la jumpa dia... Lusa Qis dah balik.." Balqis berkata.

"Yang Qis ni tiba-tiba balik tak bagitahu kenapa? Ada masalah ke kat sana?" soal Zikri. Pelik dia dengan adiknya ini. Selalunya Balqis akan memberitahu dulu sebelum singgah ke rumahnya. Tapi tidak pada kali ini. Tiba-tiba pukul 2.00 pagi tadi muncul depan rumahnya.

"Erm.. Takde apa la.. Saje nak tukar angin..." jawab Balqis tidak bersemangat.

Zikri memerhatikan wajah satu-satu adiknya yang masih belum berpunya itu. Dia tahu Balqis ada menyembunyikan sesuatu.

"Eh, Abang... Lepas ni kita pegi Legoland nak? Bawak budak-budak ni... Qis belanja!" ajak Balqis.

"Wahhhh!! Legoland??? Nakkk!! Nakkk!!!" Ketiga-tiga budak itu sudah melompat excited.

Zikri masih tidak memberi respond. Kalau diikutkan, dia nak berehat je di rumah. Isterinya sedang berkursus, jadi dia yang menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

"Papa... Jom la, papa!!! Kita pegi Legoland. .. Tak pernah kita pegi dengan ibu... Nak pegi dengan ibuuu~" si kecil Nana merengek sambil menarik-narik tangan papanya.

"Hmmm.... Ye lah... Lepas ni korang semua pergi bersiap. Elina, nanti tolong pilihkan baju Zain dan Nana... Pakai baju yang mama baru belikan haritu. Baju tu papa dah siap basuh dan keringkan...ada dalam bakul kat bilik laundry.. Jangan lupa bawak sekali baju mandi masing-masing..." Zikri berpesan kepada anak sulungnya.

"Yeayyyyy!!!!!" Anak-anaknya bersorak keriangan.

•••••••

LEGOLAND, JOHOR BAHRU.

"Qis ada benda nak share dengan Abang ke?" soal Zikri ketika mereka duduk di sebuah bangku rehat. Elina, Zain dan Nana sedang seronok bermain dalam kolam di Water Park.

Balqis senyap.

"Cakap la.. Mana tahu Abang boleh tolong?" ujar Zikri lagi.

"Qis nak kahwin ke?" soalnya tiba-tiba.

Bulat mata Balqis.

"Ish! Ape abang ni.. Ke situ pulaknya!" Balqis menjawab.

"Habis tu? Qis taknak kahwin? Hahaha!" Diterbalikkan pula soalan.

"Abanggg! Takdela Qis cakap Qis taknak kahwin... Tapi Qis confuse la..." ujar Balqis.

"Confuse kenapa? Ramai sangat pilihan ke? Eh! Tak sangka adik abang yang comot, ganas ni ramai peminat, ek? Lelaki mana la yang buta mata, buta hati nak kat adik abang ni? Hahahaha!" Zikri masih lagi mengusik adiknya.

"Abang ni... Tak baik tau cakap macam tu.. Qis tahu la Qis tak reti nak melawa macam Kak Syikin. Then, hobi kasar cam orang jantan, ke sana-sini naik motor je... Takyah la kutuk Qis...Sedey ar macam ni..." Balqis buat-buat merajuk.

"Aloloo.. Sejak bila adik abang yang ganas ni pandai kecik hati ni? Bukan jiwa Siti Nur Balqis yang abang kenal tu cekal dan tabah ke? Takkan kena kutuk sikit dah amik hati?" Zikri tersenyum melirik ke arah Balqis.

"Eh! Tak kuasa la nak amik hati.. setakat Abang Zikri je kutuk... Takde heran nye derr..Welkk!" jawab Balqis mengejek Zikri, satu-satunya abang yang dia ada. Esok-esok nak menikah pun, Abang Zikri jugalah yang akan jadi walinya.

Zikri tergelak. Tahu sangat Balqis tu macamana.

"Okey... Now cerita kat Abang.. Apa yang menjadi kekeliruan kat Balqis ni.. Keliru dengan jantina bakal adik ipar abang ke? Hahahaha!" sakatnya lagi.

"Bang... Abang nak ke adik ipar golongan kunyit, lengkuas, halia dan serai? Hahahah.. Merapu sungguh laaa.." Balqis ketawa dengan lawak abangnya.

"Macam ni... Qis ada kawan dengan dua orang lelaki ni.. Dua-dua sama baik, means akhlak dorang baik. Dua-dua ada profesion dan masa depan yang baik, background family yang baik.." Balqis mula menerangkan.

"Okay... Then?"

"Dua-dua luahkan rasa kat Qis....." Balqis menjawab sambil tunduk.

"Pastu?" soal Zikri.

"Abang ni...Pastu..Pastu....! Pastu Qis pening la nak pilih yang mana satu!" Balqis jawab dengan geram.

Zikri tergelak. Gelihati dia dengan adiknya. Nak pilih pasangan pun pening. Pilih la yang mana suka, kan?

"Okay... Sekarang ni, cuba explain details pasal dua-dua lelaki buta hati dan buta mata tu... Abang nak dengar," sempat lagi Zikri mengusik Balqis.

Dan Balqis pun sempat juga menghadiahkan cubitan ketam kepada Zikri sebelum menceritakan segala-galanya mengenai kedua-dua lelaki itu kepada abangnya.

"Okay... Sekarang ni, kedua-duanya sama level untuk tiga ciri-ciri yang sesuai dipilih sebagai pasangan dalam Islam .. Jadi rupanya macamana? Ada gambar? Abang nak tengok.. Meh aku scan dulu 'chalon-chalon' adik ipar aku... Hehe.." Zikri berkata.

Balqis mengeluarkan hp dari dalam beg silangnya dan tangannya sibuk skrol satu-persatu gambar yang ada dalam gallery. Dia lantas menghulurkan hp kepada Zikri untuk dibelek apabila menjumpai apa yang dicari.

"Hmmmm... Boleh tahan handsome! Lagi satu mana?" soal Zikri.

Balqis skrol lagi hp lalu dihulur kepada Zikri.

"Pun handsome jugak! Amboihh!! Boleh tahan taste kau, dik!"

Balqis menunjuk penumbuk kepada abangnya.

"Bukan Qis yang pilih laaa.. Mana nak tahu dorang suka kat Qis... Qis kawan je kan dengan dua-dua.." jawabnya.

"Sekarang kau nak yang mana satu? Dua-dua pun pakej lengkap Abang tengok..." soal Zikri.

"Ni yang Qis pening.. Dua-dua baik. Qis taktahu nak pilih cemana... Nanti kesian pulak salah sorang..." Balqis meluahkan.

"Kau ni, Qis.. Takkan kau nak pilih dua-dua? Lainlah lelaki, boleh kahwin lebih dari satu," Zikri membidas.

"Ya... Tu Qis tahu.. Tak logik la nak pilih dua-dua.... Hmmm..Senang, takyah pilih dua-dua la... Habis cerita... Takyah pening-pening... Kikiki!" Biol Cik Balqis kita dah sampai nampak gayanya.

"Hoi! Dah tu, takkan nak membujang sampai ke tua? Tu kira untung la ada dua ketoi mamat senget nak kat kau yang tak semenggah ni, dik... Susah-susah, Qis main lambung syiling je la.. Kah!Kah!" Zikri dah berdekah.

"Adui... Kenapalah aku ada Abang senget macam ni? Ada ke pilih jodoh guna syiling? Tak membantu langsung... Nyesal mintak pendapat Abang.. Baik tanya Nana je!" Balqis geram dengan usikan Zikri.

Zikri masih ketawa. Gelihati dia tengok wajah Balqis yang mencuka. Adiknya ini, walaupun sedang marah, tetap comel. Kemudian, tak mudah kecik hati. Marahnya sekejap je. Lepas tu dah ok. Sebab tu dia suka sakat Balqis.

"Okay.. Okay... Sorry, adik Abang.. Abang saja usik... Macam ni lah.. Terus-terang cakap, Abang tak boleh tolong pilihkan pasangan untuk Qis. Benda ni, Qis kena tanya hati Qis sendiri. Kalau Qis masih belum boleh buat pilihan, Qis buatlah solat Istikharah.. Berdoa dan minta petunjuk dari Allah.. InsyaAllah, Allah akan bantu. Doa bersungguh-sungguh.. Abang tak kisah siapa pun pilihan Qis, tapi Qis kena ambil kira perkara-perkara yang melibatkan masa depan Qis dengan salah seorang dari dorang, juga hubungan keluarga masing-masing. Pernikahan dan perkahwinan ni bukan setakat nak mengikat percintaan, menghalalkan hubungan dan sebagainya, tapi ianya juga melibatkan perkara yang lebih besar daripada tu.. Tanggungjawab pada pasangan, hubungan dengan keluarga mertua, perkongsian hidup dan segala-galanya dengan seseorang yang asing, nanti akan ada anak dan keturunan... Banyak lagi, Qis.. Apa-apapun, Abang doakan Qis dikurniakan jodoh yang baik oleh Allah SWT dan berkekalan hingga ke jannah.." panjang lebar pesanan Zikri kepada Balqis.

Balqis mencerna segala pesanan abangnya. Tiba-tiba dia rasa sayu. Dia sudah tidak ada orang tua untuk dirujuk. Dia cuma ada abang dan kakaknya sahaja. Tapi dia lebih rapat dengan Abang Zikri berbanding kakak-kakaknya. Sebab itu dia merujuk abangnya dalam banyak hal.

"Qis relaks, okay? Abang percaya, Qis akan dapat jodoh seorang lelaki yang baik dan dapat menyayangi serta menjaga Qis dengan baik, walau siapapun Qis pilih nanti...Apa-apa, Qis masih ada abang.." pujuk Zikri sambil menepuk perlahan bahu Balqis.

Balqis memandang abangnya. Ditahannya air matanya bertakung dari melimpah. Syukurlah... Walaupun dia sudah hilang ibu dan babah, dia masih ada darah daging yang mengambil berat akan dirinya.

"Thank you, bang..." jawabnya.

"Ni... Abang ada cadangan... Nanti bila-bila free, ajak la dorang datang rumah Abang.. Boleh kenal-kenal.. Amacam?" Zikri memberi cadangan.

"Dua-dua sekali?" soal Balqis dengan kehairanan.

"Dua-dua lah.. dah calon kau ada dua.. Aku lempang gak adik aku ni..." Zikri bergurau kasar.

"Adoii... Cane nak ajak dua-dua sekali? Abang ni kannn, boleh tak bagi idea yang bernas sikit?" Balqis membebel.

Zikri berfikir sejenak. Kemudian idea brilliant nya muncul.

"Okay.. okay... Macam ni.. Bulan depan kita plan nak buat kenduri tahlil untuk arwah ibu dan babah, kan? Kita buat kat kampung. Semua adik-beradik berkumpul. Ajak dorang datang masa tu...Amacam?" Zikri mencadangkan.

"Hmmmm.. Okay jugak, kan? Good idea! Barulah tak rasa menyesal ada abang senget macam ni.. Hahaha!" jawab Balqis mengusik.

"Weii.. Senget-senget abang ni pun, Ir. Muhammad Zikri Razif, mechatronics engineer tauuu.. Jangan sampai abang leraikan 'tenggiling' Qis warna biru kat rumah abang tu sampai tak boleh cantum balik.. Hahahaha!" Kuat dekahnya.

"Abang! Tu bukan tenggiling laaa!!! Tu superbike kesayangan Qissss!!" Balqis geram lalu mencengkam perut Zikri kuat-kuat sebelum lari masuk ke dalam air menyertai anak-anak buahnya sambil ketawa.

Dari jauh, Zikri menyeringai menahan kesakitan.

•••To be continued•••

P/S : Author pulak yang pening nak pilihkan jodoh untuk Balqis. Readers tolong pilihkan, boleh? Kalau boleh, korang bagitahu siapa pilihan korang dan sebab kenapa korang pilih dia? Thanks, guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience