5

Other Series 41450

KAMPUNG PINANG SEBATANG, PENGKALAN BALAK

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 50 minit dari Bandaraya Melaka itu membawa mereka tiba ke sebuah kampung di tepi pantai. Suasana yang tenang dan damai dapat dirasai Balqis apa bila memasuki kawasan kampung tersebut. Sesungguhnya dia rindu…. Dia rindu nak berada dalam suasana tenang seperti ini, jauh dari kesibukan kerja dan kesesakan kota.

Fiz memandu arah gadis superbike itu ke sebuah rumah kampung berbentuk tradisional yang diperbuat daripada kayu berwarna coklat. Kemas, bersih dan dijaga rapi. Nampak seperti model rumah pameran. Cantik! Rumah tersebut turut dihiasi lampu kelap-kelip yang berwarna-warni, menyerlahkan lagi keindahan rumah itu di waktu malam. “Macam hari raya la pulak homestay yang si Fiz ni suggest kat aku… Hehehe!” Balqis berkata sendiri.

“Assalamu’alaikum……” Fiz memberi salam setelah turun dari keretanya yang diparkir bersebelahan sebuah kereta Wira berwarna silver di halaman rumah itu. Sebuah motosikal Yamaha LC dengan sport rim berwarna merah dan sebuah skuter Yamaha Avantis berwarna kuning berada berhampiran dengan beberapa buah motosikal lain. Selain itu, terdapat beberapa buah kenderaan lain yang diparkir di halaman rumah yang satu lagi. Mungkin milik penyewa homestay yang lain. Halaman rumah tradisional ini memang luas.

Seorang gadis muda, berumur dalam lingkungan 17-18 tahun muncul di pintu hadapan rumah yang sudah terbuka itu menjawab salam. “Ibuuuuu!!! Abang dah sampai!!” Dia melaungkan suara ke dalam rumah.

‘Eh??? Japppp!!! ‘Abanggggg’?????’ Balqis tiba-tiba rasa lain macam. ‘Bukan dia kata nak bawak aku pegi homestay ke?? Mamat ni biar betul!’ Dia semakin cemas.

“Hah! Tunggu apa lagi? Masuklah… Awak dah sampai homestay..” ujarnya sambil menaiki tangga rumah dan menyambut huluran salam adik perempuannya, Aishah. “Aishah, salam Kak Balqis. Ajak dia masuk dalam”, sambungnya lagi.

Aishah akur. Dia turun tangga dan menyalam, tunduk mencium tangan Balqis yang sejuk . “Jom masuk, Kak Balqis. Ibu dah tunggu kat dalam.”

Balqis terkedu. Dia rasa segan yang amat. Ape ni? Lain yang dia rancang, lain pula yang terjadi. Dia cuma nak lepak tepi pantai tengok bintang je…Dia cuma nak relaks-relaks dan tenangkan hati je.. Tapi, tiba-tiba dibawa berjumpa keluarga lelaki itu?? Dia baru saja beberapa jam kenal Fiz. Baru hari ini. Baru kenal hari ini, tiba-tiba dah dibawa pulang ke rumah?? Apa kata mak bapak Fiz? Apa kata adik-beradik dia? Dia risaukan pandangan Mak dan family lelaki itu terhadapnya. Dia dah selalu menghadapi situasi di mana makcik-makciknya mengumpat dan menyindir mengenai hobinya menunggang motor besar. Bernanah telinga kalau dengar. Dia risau sangat akan penerimaan keluarga Fiz terhadap diri dan hobinya yang selalu disalah anggap itu.

‘Ni semua makhluk ganjil tu punya pasal! Apehal dia bawak aku balik rumah dia pulakkkk? Kalau aku tahu, dari tadi aku tolak offer dia nak carikan aku homestay… Eiiiiii!!! Gerammnyaaaa!! Tunggu kau, Fiz Hantu Vampire Mamat Poyo!! Aku cabut gigi taring kau nanti!’ Hatinya memberontak. Dia geram. Dia geram pada Fiz.

“Aishah! Kenapa tak masuk-masuk lagi tu?” Suara wanita berbunyi. Mak Fiz. Adoi! Balqis rasa macam nak demam. Seram. Berdebar. Nak terbuang air. Semua ada.

“Kak Balqis, jom la.. Ibu dah panggil tu,” kata Aishah.

Dengan serba-salah, Balqis menuruti langkah Aishah memanjat tangga batu dihiasi marmar yang bercorak cantik. Kecantikan tangga itu masih belum dapat menenangkan hatinya. Macam-macam doa dibacanya. Bismillah, Al-Fatihah, Ayat Kursi, doa lembutkan hati, doa dipermudahkan kesulitan. Hampir sahaja dia nak baca doa makan tadi, dek nervous punya pasal.

Dengan langkah kanan memasuki rumah, Balqis menelan air liur lalu memberi salam, “Assalamu’alaikum…..” Suaranya hampir tidak terkeluar. Bergetar. Tangannya kanannya memeluk erat helmet fullfacenya menghilangkan debar. Kalaulah helmetnya boleh bersuara, mungkin dah dijeritnya Balqis agar melonggarkan kepitan. Kalau orang, mesti dah tercekik dah kena kepit kuat begitu. Jaket kulitnya digenggam kuat. Nervous, woii.. Nervous!

Semua yang ada di ruang tamu rumah itu menjawab salamnya. ‘Alamak! Ramainya manusia… Adoi… Ada makan-makan ke apa ni?’ Soalnya dalam hati.

Kelihatan dua orang wanita berumur mak-mak, mesti salah sorangnya adalah mak Fiz, seorang lelaki dalam lingkungan umur yang sama dan beberapa orang lelaki dalam lingkungan umur Fiz, salah seorangnya mempunyai wajah hampir serupa dengan Fiz tapi nampak muda sedikit. Maybe adik dia.

“Haa.. Balqis… Kawan Syafiz, ya? Meh la ke sini… Kita sembang-sembang… Kenal-kenal sedara-mara Syafiz.” Wanita yang kukira makcik atau jiran kepada kepada mak Fiz itu bersuara. Mak Fiz cuma tersenyum melihat Balqis masih tercegat.

“Cegat apa lagi? Mai laa.. Toksah malu-malu, Balqis. Kita kat sini semua sedara-mara.. Ini Mak Long Senah, kakak makcik. Dia tinggal kat sebelah rumah ni.. Ini suami dia, Pak Long Johar. Yang ni pulak Syafiq, adik Fiz nombor dua… Aishah adik bongsu, baru lepas SPM. Balqis dah kenal tadi, kan?” Balqis mengangguk dan tunduk menyalam sambil mencium tangan ibu kepada lelaki bernama Syafiz, kemudian menyalam Mak Long Senah.

Kemudian, mak Fiz yang dikenali sebagai Makcik Rahmah atau Mak Mah itu memperkenalkannya kepada yang lainnya, 3 orang sepupu lelaki Fiz iaitu anak kepada Mak Long Senah yang turut sama berada di situ. Mereka kebetulan sedang berkumpul di rumah Mak Mah untuk membincangkan majlis pertunangan anak sulung Pak Long Johar dan Mak Long Senah bulan depan. Sepupu Fiz itu khabarnya dapat jodoh orang Terengganu. Jadi mereka sedang merancang perjalanan rombongan sebelah lelaki ke sana.

Dari apa yang diceritakan, ayah Fiz telah meninggal dunia 5 tahun lepas. Oh.. Patutlah tak nampak ayahnya. Setelah kematian suami, Mak Mah tinggal di rumah itu bersama anak kedua dan anak bongsunya sementelah Fiz bekerja di Putrajaya. Sebagai anak sulung, Fiz memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dibantu adiknya, Syafiq yang bekerja di Bandaraya Melaka di samping membantu ibunya mengusahakan homestay. Fiz akan pulang menjenguk ibu dan adik-adiknya dua kali seminggu jika tidak outstation. Memang seorang anak yang baik.

Seluruh anggota keluarga Fiz di situ nampak mesra dan peramah. Macam-macam soalan diajukan kepada Balqis. Asal mana, kerja apa, duduk di mana, dengan sapa, latar belakang keluarga.. Dah macam sesi interview pulak… Balqis menjawab sebaiknya dengan sopan dan sabar walaupun dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu..

Fiz? Dia selamba je tengok rancangan masak-masak Korea yang ditayangkan di tv, seolah-olah tak amik port langsung apa yang berlaku. Balqis semakin geram padanya. ‘Kurang asam betul la makhluk vampire nih! Dah la aku gabra sensorang, dia boleh buat bodo je kan?’ Bebelnya dalam hati. Walaupun begitu, dia cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru itu dan masih menjaga adabnya sebagai tetamu di rumah tersebut.

‘Eh, jap! Borak-borak jugak… Malam ni aku nak tido mana??? Aku kan nak cari homestay… Mangkuk vampire tu kan kata nak carikan aku homestay… Ni apa kes?? Lepak rumah dia, homestay aku macamana??’ Balqis baru teringat tujuan asalnya ke kampung itu.

“Malam ni Balqis tidur rumah makcik je la ya… Nanti boleh share bilik dengan Aishah.. Makcik ada juga homestay, cuma malam ni bilik semua dah penuh. Ramai penyewa awal bulan macam ni…” Kenyataan dari Mak Mah mematikan persoalan di kepalanya. Jadi, betullah makhluk vampire senget itu tidak menipunya. Memang dia dibawa ke homestay, tapi homestay yang diusahakan oleh keluarganya, dan kebetulan pula malam ini bilik penuh. Dan nampak gayanya, terpaksalah Balqis menumpang rumah Mak Mah.

“Balqis pergilah mandi dan tukar baju dulu. Lepas tu boleh rehat. Kalau takde baju tukar, boleh pinjam baju Aishah. Bilik air kat belakang sana. Aishah, bagi kain batik kat Kakak Balqis kamu ni… Tolong dia apa yang patut,’’ arah Mak Mah kepada anak bongsunya.

Aishah akur lalu bingkas bangun untuk membantu Balqis seadanya.

************

Selesai menunaikan solat Isya’, Balqis mengenakan hijab di kepalanya lalu keluar dari bilik Aishah. Tak nampak kelibat gadis kecil itu. Mujurlah seluar batik dan tshirt yang dipinjamkan Aishah itu muat dipakainya. Cuma tshirt lengan panjang itu sedikit sendat, kerana Aishah kurus melidi. Balqis pula badan macam perenang, bahunya lebar, tahu-tahu sahajalah athletic body ni macamana bentuknya. Nak tak nak, disarungnya jaket kulitnya untuk cover bodynya yang nampak sedikit seksi.
Keadaan di luar bilik itu sunyi. Tak dengar bunyi tv, bunyi radio, atau bunyi suara orang berbual. ‘Semua orang dah tido ke?’ Akalnya bertanya. Perlahan-lahan Balqis berjalan menuju ke arah ruang tamu sambil terjenguk-jenguk.

“Awak nak pegi mana siap pakai jaket ni?” Tiba-tiba ada suara menegurnya. Terkejut Balqis. Dia menoleh ke belakang. Syafiq, adik Fiz berada betul-betul di belakangnya. Hampir sahaja gugur jantungnya. Wajah pemuda itu tidak terlalu berbeza dengan abangnya. Sama tampan. Saiz badan pun lebih kurang. Cuma Syafiq lebih tegap. Maklumlah, pesilat negeri. Dan satu lagi yang membezakan mereka berdua adalah Syafiq tidak mempunyai gigi taring macam makhluk vampire itu.

Syafiq menghirup air dari dalam mug yang dipegangnya sambil tersenyum memandang Balqis yang tak terkata apa. Wajah gadis superbike tanpa secalit make up itu direnungnya. Cantik juga walau tak make up. Mulut comel. Kulit muka licin, pujinya dalam diam.

“Err.. sa.. saya nak cari…”

“Balqis!” Entah dari mana Fiz muncul. “Jom! Kata nak tengok bintang?” ujarnya lagi.

“Err… Ya.. Betul… Betul…Nak tengok bintang…” Kalut Balqis menjawab. Laju-laju dia menjauhi Syafiq yang merenungnya sambil tersengih.

“Yang awak pakai jaket ni dah kenapa? Nak merempit ke apa tengah-tengah malam ni?” Fiz menegurnya. Lebih kepada tidak puas hati sebenarnya melihat situasi di depan matanya tadi.

“Baju Aishah ni sempit sikit…Saya malu la kalau takde cover apa-apa… Tu yang saya cover dengan jaket.. Ini je yang saya ada…” Balqis memberitahu.
Fiz lantas masuk ke dalam biliknya untuk mengambil sehelai sweater Adidas berwarna kelabu lalu dihulurkannya kepada Balqis.

“Nah! Pakai sweater ni.. Jaket tu simpanlah..”

Balqis segera masuk ke bilik untuk menukar pakai sweater sebelum keluar mendapatkan Fiz yang sudah menunggu di laman rumah. Sempat dikerlingnya ke arah Syafiq dan Balqis terkejut sekali lagi apabila pemuda itu sempat mengenyitkan mata kepadanya sambil tersenyum. ‘Hoi! Berani mati betul mamat nih! Aku ni level kakak-kakak tauuu!’ Bebelnya dalam hati.
Cepat-cepat Balqis melangkah keluar rumah dan menuruni tangga batu. Fiz dah sedia berada di atas moto Yamaha LC merah yang telah dihidupkan enjinnya.

“Eh? Kita nak pergi pantai naik moto ke?” Tanya Balqis.

“Yelah.. Habis tu awak nak jalan kaki ke? Boleh jugak.. Takdela jauh sangat.. Belakang ni je.. Cuma awak tu tak penat ke… Dah ride jauh-jauh dari siang tadi?” soalnya.

“Bukan… Maksud saya, kita berdua nak pergi pantai tu naik sebiji moto, bersama-sama?” Balqis menerangkan maksud pertanyaan dia tadi.

“Nape? Taknak pergi ke?” Fiz saje nak uji Balqis.

“Eh.. Bukan taknak pergi.. Cuma nak naik motor dengan awak? Takkanlah…?” Cuak.

Fiz tergelak. Kalut betul minah ni. “Nah… ni kunci skuter Aishah. Awak bawak skuter… Tapi kalau nak bonceng dengan saya pun boleh jugak… Hahaha!” Saje je Fiz menyakat gadis itu. Dia suka melihat gelagat Balqis yang cepat panik kalau disakatnya.

Laju Balqis merampas kunci skuter Aishah dari tangan makhluk vampire tu. Geram!

******************

PANTAI PENGKALAN BALAK

Fiz dan Balqis mengambil tempat di tepi pantai. Terdapat banyak group lain di pantai tersebut. Ada yang memasang khemah, ada yang membuat unggun api, ada yang sedang memanggang BBQ dan ada kumpulan anak muda yang menyanyi sambil bermain gitar selain yang duduk melepak sambil berborak.
Mereka memilih untuk duduk berhampiran dengan group yang bermain gitar. Ramai sikit orang, jadi takdelah rasa kekok sangat daripada duduk di tempat yang gelap berduaan. Kang tak pasal-pasal kena tangkap basah, kahwin free… Minta dijauhkan! Kedua-duanya faham batasan masing-masing.

Kedua-dua mereka merenung ke langit hitam, menikmati pemandangan indah jutaan bintang yang berkelip dari jauh. Tak berbunyi. Fokus.

Cuma kedengaran suara dari kumpulan sebelah yang sedang menyanyikan lagu Surat Cinta Untuk Starla dendangan kumpulan Virgoun dari Indonesia itu.

‘Kutuliskan kenangan tentang caraku menemukan dirimu,
Tentang apa yang membuatku mudah berikan hatiku padamu,
Takkan habis sejuta lagu untuk menceritakan cantikmu,
'Kan teramat panjang puisi 'tuk menyuratkan cinta ini.

Telah habis sudah cinta ini, tak lagi tersisa untuk dunia,
Karena telah kuhabiskan sisa cintaku hanya untukmu.

Aku pernah berpikir tentang hidupku tanpa ada dirimu,
Dapatkah lebih indah dari yang kujalani sampai kini?
Aku selalu bermimpi tentang indah hari tua bersamamu,
Tetap cantik rambut panjangmu meskipun nanti tak hitam lagi.

Bila habis sudah waktu ini tak lagi berpijak pada dunia,
Telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu,
Dan telah habis sudah cinta ini tak lagi tersisa untuk dunia,
Karena telah kuhabiskan sisa cintaku hanya untukmu.

Untukmu hidup dan matiku.

Bila musim berganti,
Sampai waktu terhenti,
Walau dunia membenci,
'Ku 'kan tetap di sini.

Bila habis sudah waktu ini tak lagi berpijak pada dunia,
Telah aku habiskan sisa hidupku hanya untukmu,
Dan telah habis sudah cinta ini tak lagi tersisa untuk dunia,
Karena telah kuhabiskan sisa cintaku hanya untukmu,
Karena telah kuhabiskan sisa cintaku hanya untukmu.’

Kedua-dua Fiz dan Balqis seolah-olah terbuai dengan bait-bait lirik dan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan anak muda itu. Suara yang menyanyi tu boleh tahan sedap. Tak sumbang. Power!

Habis saja lagu itu, Fiz dan Balqis berpandangan sesama sendiri. Lama Fiz menatap wajah gadis di sebelahnya, mulutnya seolah-olah seperti mahu mengatakan sesuatu. Kerana malu direnung oleh lelaki tampan tersebut, Balqis mengalihkan pandangannya ke arah Selat Melaka di hadapan mereka. Seram sejuk dia rasa.

‘Vampire ni jangan macam-macam. Kang keluar taring dia lagi panjang dan gigit tengkuk aku, matilah aku!’ Balqis membayangkan lehernya meleleh darah yang banyak akibat digigit Vampire Fiz dan dia berjalan terhoyong-hayang meminta tolong sebelum menunggang skuter balik ke rumah Mak Mah. Imaginasi melampau minah ni. Ingat movie ke?

“Balqis…..” tiba-tiba Fiz bersuara lembut menghentikan Balqis dari lamunannya.

‘Erk… Apehal makhluk ni? Tetiba tone romantik ni?... Balqis, mohon bertenang… Kau jangan nak cair sangat…’ pesannya kepada dirinya sendiri. Walhal dalam hati dupdapdupdap.

“Awak memang takde boyfriend ke macam yang awak cakap sebelum ni?” soal Fiz.

“Kawan lelaki tu ada. Tapi takde yang special… Saya lebih senang berkawan dengan dorang tanpa terikat dengan apa-apa perasaan….” Jawabnya gugup.

“Kenapa? Awak takut untuk bercinta dan ada komitmen ke?” soalnya lagi.

“Erm… Entahlah.. Saya rasa, berkawan macam biasa lebih baik daripada bercinta. Sebab bila berkawan, kita bebas nak cakap apa je, tak perlu nak jaga hati orang sangat. Kita lebih kasual. Lebih selesa. Takyah nak kontrol sangat… Jadi diri sendiri… Kan best tu?” jawab Balqis. Dia semakin berjaya mengawal nervousnya. Good one, Balqis!

“Saya perhatikan kawan-kawan saya yang couple, semuanya beriya-iya menjaga hati pasangan masing-masing, bersungguh-sungguh menjaga penampilan diri depan pasangan. Kalau yang perempuan tu, kebanyakannya berhabis untuk nampak cantik, make up tebal-tebal, pakai baju lawa-lawa… Saya tak retilah.. Rasa macam terseksa je.. Haha!” Dia menyambung sambil ketawa. Confirm dia dah tak berdebar... Dah boleh ketawa ni..

Fiz senyum. Gadis ni memang lain. Mana ada perempuan yang tak suka make up, mencantikkan diri? Perempuan dan make up kan tak boleh dipisahkan.. Ibarat isi dengan kuku? Itu yang dia nampak selama ini lah.. Kawan-kawan wanitanya, makwe-makwe kawan lelakinya, peminat-peminatnya lagilah… Make up berinci-inci supaya kelihatan menawan… Tetapi tidak bagi gadis superbike ini.

“Jadi awak memang tak suka melawa la ya?” tanya Fiz lagi.

“Erm.. Takdela jugak.. Perempuan mestilah nak nampak cantik, kan? Saya akan bersiap juga kalau nak pergi kerja. Atau attend event ke… Cuma saya ni tak reti la nak menconteng muka berjam-jam depan cermin macam model tu atau macam yang kat dalam video youtube tu. Berhias simple-simple sudah lah.. Janji tak nampak pucat. Most of the time, saya memang tak make up. Lagipun, sapa je nak tengok muka saya ni? Macam hantu raya.. Sebab tu takde boyfriend! Hahaha!” Gelaknya lagi.

“Tapi…. Point paling penting saya malas nak make up ni ialah, payah nak buang make up untuk solat… Bukan tak boleh, tapi akan ambil masa. Pastu nak kena make up balik…Tu yang leceh…” sambungnya lagi.

She has the point! Fiz semakin memahami diri Cik Superbike.

“Dan lagi, kalau seseorang tu dah suka seseorang, dia kena la terima baik buruk pasangannya. Kalau kita boleh terima kelebihan pasangan, takkanlah taknak terima kekurangan pasangan kita pulak? Saya lebih senang kalau orang menerima saya seadanya. Siapa diri saya yang sebenar…” ujarnya.

“Manusia memang ciptaan Allah yang paling sempurna berbanding makhluk lain, tapi tiada manusia yang sempurna kecuali Nabi dan Rasul, kan?” Dia menyoal. Fiz mengangguk.

“Manusia diciptakan berpasang-pasangan… Dan setiap pasangan itu sebenarnya saling melengkapi. Kalau kita ada kekurangan, maka pasangan kita itu sebenarnya adalah pelengkap hidup kita… Setiap aturan Allah itu cantik sebenarnya, sebab Dia Yang Maha Mengetahui setiap apa yang ditaqdirkan kepada hambaNya.” Laju bibir Balqis memberikan hujah.

Gadis pendiam ini sukar diduga! Jarang bercakap. Tapi bila sekali berhujah, kesemuanya tepat. Nampak biasa-biasa, tapi cara berfikirnya luar biasa. Jenis bukan nak sembang kosong. Fiz semakin kagum terhadap Cik Superbike yang seorang ini.

Bila dikenang kembali, kebanyakan wanita yang dia kenali selama ini hanya banyak cerita hal-hal biasa.. Bila nak belanja makan? Bila nak ajak keluar dating? Bila nak tengok wayang, bila nak pergi karok? Bila nak masuk meminang…? Eh…Eh… Apehal masuk meminang? Tu yang jenis berani bergurau dare macam tu la.. Contohnya macam si Alisa tu.. Arghh.. Apehal pulak nama minah tu pulak boleh muncul saat dia sedang ‘dating’ dengan Cik Superbike ni?

'Whattt? Apa kau cakap? Dating?? Ni boleh kira dating ke?’ Hatinya berkata. Dia tersenyum sendirian. Apa-apapun, dia akan cuba merapatkan diri dengan gadis superbike yang serba unik ini. Pasti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience