7

Other Series 41450

TAMAN TERATAI, BANDAR BARU BANGI

Balqis tiba di perkarangan rumahnya dalam jam 2 petang. Kereta Honda Jazz putih milik Sarah ada di kawasan beranda tapi dia tahu tuannya tidak ada di rumah kerana Sarah telah memberitahu Balqis yang dia dan tunangnya pergi ke majlis perkahwinan rakan sepejabat mereka di Sungai Besar, Selangor.

Balqis memberi salam dan membaca doa sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sempat singgah di dapur untuk meneguk air sejuk dari dalam peti ais, lalu laju menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Tak sabar rasanya nak bergolek-golek di atas katil kerana letihnya masih bersisa. Sudahlah tidur lambat, bangun awal pula pagi tadi, dan kemudiannya bertolak balik dari Melaka ke Bangi.
Dia menunaikan solat Zuhur terlebih dahulu sebelum …..

ZZZzzzzzz~~~

*************

Balqis tercungap-cungap. Tak cukup tanah dia berlari. Lebih penat dari pelari pecut 100meter. Dia rasa sudah jauh dia berlari, tapi masih tak sampai ke penghujungnya. Dia menoleh ke belakang, makhluk itu semakin dekat. Balqis panik. Makin laju dia berlari. Sesekali dia dapat rasakan hujung tudungnya sedang ditarik. Dia menjerit ketakutan sambil berlari dengan laju. Macam nak putus nafasnya. Makhluk bertaring itu cuba untuk menggigitnya tengkuknya. Gigi taringnya keluar sedikit demi sedikit hingga menjadi panjang. Balqis menjerit sekuat hati meminta pertolongan. Di saat ini, dia amat berharap akan ada yang datang membantunya.

Kemudian dia mendengar bunyi siren polis. Dia berasa lega. Ada juga yang menjadi penyelamatnya. Bunyi siren polis itu semakin lama semakin kuat. Tapi bayang kereta polis tak nampak-nampak juga.. “Mana ni? Bunyi punyalah kuat dari tadi. Macam dah dekat dah… Tapi takde pun?” Balqis berkata sendiri.

Kemudian dia rasa kepalanya semakin ringan, dan bunyi siren itu semakin jelas di telinganya. Dadanya sudah tidak tercungap-cungap. Matanya terbuka perlahan-lahan. Baru dia sedar yang bunyi siren polis itu datang dari hp nya yang diletakkan di meja kecil di sebelah katilnya. Itu bunyi ringtone hpnya, menandakan ada call masuk. Mimpi rupanya..Haihhh….

Dicapai hp nya dengan malas. Nama ‘ABG FIZ MR. VAMPIRE YANG MACHO DAN BAIK HATI’ muncul di skrin telefonnya.

“WHATTTTTT????? Ape niiii???” jeritnya. “Kurang asam punya hantu vampire!!!”

Balqis geram. Dia tak perasan pun yang Fiz menyimpan nama itu di dalam hp nya semasa di Pantai Klebang semalam. Kan ke Fiz merampas telefonnya dan memandai-mandai menyimpan no hp sendiri? Selepas itu, Balqis tak check semula pun. Tak sangka pula lelaki itu saved namanya begitu. Sudahlah Fiz menjelma sebagai vampire dalam mimpinya tadi, bangun dari mimpi pun vampire itu muncul juga – di skrin telefonnya. Nyibukkkk!

Dia malas nak menjawab call dari lelaki itu. Dia langsung pejamkan mata bila bunyi ringtone siren polis itu sudah berhenti. Tak sampai 5 saat, hp nya berbunyi lagi.

“Arghhhhh! Tak senang aku nak tidoooo~. Hantu ni nak apa lagiiii?” bebelnya. Dibiarkannya hp itu berbunyi sampai senyap kembali.

Sepuluh saat selepas itu, bunyi mesej WhatsApp diterima. Dia masih buat tak tahu.

Sekali.

Dua kali.

Tiga-empat-lima-enam kali bunyi notifikasi personal message berderet-deret.

Diambilnya juga hp dan dibacanya dengan malas.

‘Assalamu’alaikum, Cik Superbike..’

‘Awak dah selamat sampai ke?’

‘Saya call awak banyak kali tadi tapi awak tak jawab pun…’

‘Saya risau kalau apa-apa jadi kat awak…’

‘Dah la awak balik tadi tak jumpa saya pun… Tinggalkan saya macam tu je…(icon sedih)’

‘Please text me kalau awak dah selamat sampai. Ibu saya tanya… Saya tak tahu nak jawab apa… Text me, ok? Saya tunggu… Kalau tak, saya call awak banyak-banyak kali sampai awak jawab…(icon jelir lidah)’

“Hoi si vampire giler ni! Apehal nak call aku banyak-banyak kali? Siku kang!” Balqis geram.

‘Wa’alaikumussalam warahmatullah.. Alhamdulillah saya dah selamat sampai pukul 2 tadi. Sampaikan salam pada ibu awak ya.’

Dia menjawab juga mesej lelaki itu. Bukan kerana dia nak jawab sangat, tapi mengenangkan Mak Mah yang sangat baik terhadapnya. Kalau bukan sebab wanita itu, jangan harap dia nak jawab mesej lelaki senget bergigi taring tersebut.

**********

Fiz tersenyum puas hati. Cik Superbike membalas mesejnya. Tak sia-sia dia gunakan nama ibunya untuk mendapatkan jawapan dari Balqis. Bukanlah niatnya nak menipu, dan Mak Mah memang ada bertanyakan samada gadis tersebut sudah selamat sampai ataupun belum, tapi tidaklah disuruhnya call sampai banyak kali. Dia sengaja jadikan itu alasan untuk dia menghubungi Balqis. Kalau tidak, jangan harap gadis itu nak melayannya.

Kemudian dia sengaja mendail no Balqis. Kot kalau berjawab, rezeki…

Selepas 5 kali nada dering, panggilannya berjawab. Tapi yang menjawabnya tak bunyi apa-apa.

“Helo…..Assalamu’alaikum….” Fiz memulakan bicara. “Tak jawab, dosa…..” katanya lagi.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah…”

Diam. Masing-masing membatu.

“Balqis… Kenapa awak tak cakap?” soalnya.

“Eh? Awak yang call saya, kan? Mestilah awak yang ada benda nak cakap.” Balas Balqis. “Ha… Kenapa awak call saya?” Dia menyoal pula.

“Err..... He… Saya rindu….” Fiz menjawab perlahan.. Terlalu perlahan.

“Apa awak cakap? Saya tak dengar la.. Cakap la kuat sikit… Kalau nak berbisik, baik cakap dalam kelambu… Eii.. Dia nihh…” Balqis yang tak mendengar butiran dengan jelas mula nak mengomel.

“Takde apa la… Saya nak cakap yang kat kampung saya ada lembu.. Saya tak sempat bawak awak jalan-jalan tengok lembu… Tu je….”

‘Hoi! Apehal lembu plakkk? Mamat ni harap gigi taring je lurus.. Tapi otak senget…’ Balqis berkata dalam hati. Mujurlah suara sedap bila bercakap. Sempat pula dia memuji dalam diam.

“Awak jangan main-main boleh tak? Dah la kacau saya tengah tido…. Call nak cakap pasal lembu je… Saya ni suka zirafah…Bukan lembu, tahu? Kampung awak ada zirafah ke?” Sengaja dia loyar buruk. Malas nak bercakap dengan makhluk ganjil ni.

Jawapan spontan Balqis membuatkan Fiz tergelak besar. Punchline boleh tahan… Apa kena-mengena lembu dengan zirafah pulak? Jauh beza kot… Balqis…. Balqis…

“Takde la… Saya saja nak dengar suara awak. Nak pastikan awak betul-betul dah selamat sampai kat rumah… Tu je… Janganlah marah, Cik Adik, oiii… Garang macam ni nanti takde orang nak masuk meminang…” usik Fiz.

Balqis malas nak melayan bab pinang-meminang ni, lantas dia tukar topik.

“Hah! Alang-alang awak dah call ni, ni saya nak tanya… Kenapa awak saved nama awak macam tu?” Balqis menyoal tidak puas hati, merujuk kepada nama ‘ABG FIZ MR. VAMPIRE YANG MACHO DAN BAIK HATI’ yang sengaja disimpan oleh Fiz dalam contact list nya.

Mendengar soalan itu, semakin kuat Fiz ketawa. Dia dapat membayangkan wajah Balqis yang mencuka dan berkerut-kerut tidak puas hati sambil mulut terkumat-kamit membebel. Dia suka reaksi Balqis bila kena sakat.

“Weii… Gelak pulak diaaaa… Kita tanya dia tak jawab la pulakkkkk,” Balqis semakin geram.

“Hahaha! Okay la tu...Saya kan macho dan baik hati… Awak jangan tukar tau nama tu.. Kira doa la tu… Doa yang baik.. Apa salahnya…” Fiz menjawab sambil tergelak.

“Eiii~ Perasannnn~… Dah la… Saya nak stop dulu. Nak solat Asar. Assalamu’alaikum…” lalu dia mematikan panggilan tatkala mendengar azan berkumandang dari surau berdekatan dengan rumahnya.

Beep! Bunyi mesej WhatsApp diterima.

‘Solat khusyuk-khusyuk, ya. Nanti lain kali saya kacau awak lagi… (icon senyum)’

“Sejenis makhluk ganjil yang degil!” Balqis mengomel.

Dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Tak kuasa nak layan vampire tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience