33

Other Series 41450

Selesai dinner, Kavitha dan Sally a.k.a Amoi mohon untuk beransur. Mereka masih ada aktiviti lain selepas ini.

Aizat dan Ikram duduk di ruang tamu sambil berbual dengan Hakim, jururawat peribadi Tan Sri Fateh. Tan Sri sudahpun tidur, maka Hakim bolehlah merehatkan diri. Hakim yang digajikan untuk menjaga Tan Sri Fateh turut tinggal dalam villa ini di sepanjang perkhidmatannya.

Balqis melepak di balkoni tingkat 2, menjalankan hobinya yang satu itu, iaitu merenung bintang di langit malam, sambil menemani Mimi yang sedang bervideo call dengan tunangnya di telefon bimbit, jauh sedikit dari tempat Balqis duduk.

Kawasan perumahan elit ini sunyi sepi. Mungkin kerana penghuninya terperap di dalam rumah buat hal sendiri, atau terlalu sibuk dengan kerja sehingga jarang balik rumah. Bunyi kereta lalu-lalang pun payah nak dengar. Ataupun kerana jarak dari sebuah rumah dengan rumah yang lain jauh dek kerana saiz rumah yang besar-besar. Maka logiklah kalau sunyi je.

Angin sejuk berhembus. Walaupun Ipoh bukanlah kawasan tempat tinggi, tapi villa keluarga Ikram ini terletak di atas bukit. Sejuk. Juga mempunyai pemandangan yang cantik, lebih-lebih lagi apabila dilihat dari balkoni di tingkat atas.

"Wei Balqis, aku masuk dulu la.. Sejuk kat luar ni... Aku sambung gayut kat dalam bilik je.. Kau nak stay sini ke?" Mimi menegur.

"Yup.. Aku lepak dulu kejap.. Jap gi kang aku masuk," jawab Balqis. Mimi sudah melangkah masuk ke dalam rumah.

Banyak perkara yang bermain di fikiran Balqis di kala ini. Kisah dia dengan Fiz, cerita dia dengan Ikram, condition ayah Ikram yang menyebabkan mereka berada di villa ini. Dan perkara-perkara yang disorok Ikram dari dia dan kawan-kawannya selama ini, iaitu latar belakang keluarga dia yang sebenar.

Yang terkini, muncul pula Ezri, lelaki tanpa jiwa yang katanya mengenali Balqis beberapa tahun lepas. Tapi apa hubungan Ezri dengan Ikram? Adik-beradik kandung sebapa ke? Tapi muka tak sama macam Tasha pun? Tasha ada mix Arab, jelaslah Tasha adik-beradik sebapa dengan Ikram dan Kak Raudah sebab ada iras-iras. Tan Sri Fateh sendiri berketurunan Arab dan lahir di Mekah. Yang ini memang dia tahu sebab Mimi sempat mengorek salasilah keluarga dari tuan rumah semasa makan malam tadi. Sekarang ni ialah Ezri... The Mystery Guy...

"Sorang je?" Suara garau lelaki menegur Balqis yang mengelamun.

Balqis terkejut dengan kemunculan Ezri secara tiba-tiba. Dia lantas memperbetulkan kedudukan pashmina yang menyelimuti bahagian peha dan kakinya yang bersimpuh di atas kerusi serta memperkemaskan shawl di kepalanya. Just to make sure auratnya terjaga.

"Err... Tak.. Tadi dengan Mimi.. Dia dah masuk dalam... Err.... Saya pun dah nak masuk jugak," teragak-agak dia menjawab.

Balqis sudah hendak bingkas bangun apabila Ezri berbunyi, "Relax la.. Aku bukan nak buat apa-apa kat kau pun. Aku cuma nak borak kejap je dengan kau, Aqish.."

Balqis tersentak!

'AQISH'!!!!

Nama itu!

"Apesal? Kau terkejut?" soal Ezri sambil tersenyum sinis.

"Err..." Balqis tidak mampu menjawab. Dalam fikirannya hanya mahu lari dari lelaki itu, tapi pada masa yang sama, dia nak tahu, apa tujuan Ezri mendekatinya ketika ini.

"Kau dengan Ikram, adik tiri aku tu, bercinta ke?" soal Ezri lagi.

'Owh! Adik-beradik tiri rupanya. Patutlah muka tak sama.' Satu persoalan terjawab.

"Kenapa kalau kitorang bercinta pun?" Balqis memberanikan diri menjawab.

"Ye ke? Dah berapa lama korang bercinta?" Ezri sengaja bertanya. Balqis tiada jawapan.

"Kau sebenarnya tak kenal siapa dia dan family dia selama ni, kan?" Soalan Ezri diiyakan oleh Balqis dalam hati.

"Kalau tak kenal dia, atau background family dia, macamana kau boleh bercinta dengan dia? Huh... Kelakar la, Aqish..." Ezri sengaja provok.

'Shit! Dia sebut lagi nama tu.. Tak boleh jadi ni!' Balqis tak boleh tahan.

"Ezri... Siapa awak sebenarnya, ha? Apa awak nak? Kenapa awak panggil saya nama tu?" Balqis melontarkan rasa sedikit keras.

"Relaks la, Aqish.. Kau dah tak suka ke dengan nama tu? Dulu kau chill je masa kat Krabi... Semua bikers kenal kau dengan nama tu kot..? Takkan la kau dah lupa?" Ezri menjawab.

Balqis geram. Dia rasa macam nak tampar je muka Ezri. Memang dulu geng-geng superbike kenal dia dengan nama itu. Tapi itu dulu. Sejak satu insiden yang pernah berlaku dulu, dia tak suka orang panggil dia dengan nama Aqish. Dia benci!

"Balqis... Awak okey?" Ikram muncul tiba-tiba. Balqis menarik nafas lega melihat kelibat lelaki cool itu. Penyelamat di kala dia tercekik dengan situasi canggung bersama Ezri.

"Okay lah.. Aku blah dulu.. Kau jangan lupa selidik habis-habis background 'boyfriend' kau ni, Aqish... Ingat pesan aku.." Ezri berbunyi sebelum melangkah meninggalkan Balqis dan Ikram.

Balqis melihat langkah lelaki itu yang menjauh sambil mengeluh. Ikram duduk bersebelahan Balqis di atas bangku panjang di balkoni tersebut.

Masing-masing diam. Merenung kosong ke hadapan. Tapi otak masing-masing ligat berpusing.

"Balqis... Awak okey ke?" Ikram membuka bicara.

Balqis menarik nafas.

"Dah berapa lama awak ada kat situ, Ikram?" Balqis menjawab dengan soalan.

"Erm... Takde la lama sangat. Tak lama lepas Ezri sampai ke sini..." jawab Ikram.

"Jadi, awak dah dengar la semua?" soal Balqis lagi. Dia pasti Ikram sudah mendengar perbualan antara dia dengan Ezri.

Ikram mengangguk perlahan. Balqis mengeluh lagi. Dia geram dengan Ezri. Kalaulah bukan lelaki 'berdarah sejuk' tu datang dan menegurnya tadi, mesti takkan keluar cerita zaman Balqis aktif biking dulu. Dan kisah itu...

"It's okey, Balqis. You can tell me everything. Awak tahu saya takkan judge awak macam tu je, kan?" pujuk Ikram.

Balqis berfikir sejenak. Kalau dia diamkan, Ikram tetap akan dapat tahu satu hari nanti. Kalau bukan dari mulut dia, mungkin dari mulut Ezri.

"Saya akan cerita, dengan syarat, awak janji akan simpan rahsia ni. Sebab saya tak pernah cerita kat orang lain pasal ni. Kalau awak mungkir janji, saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Janji?" soal Balqis.

"I promise. You can trust me, k?" Ikram berjanji.

"Okey. Saya pegang janji awak. Kalau awak mungkir, siap awak.. Saya takkan percayakan awak sampai bila-bila..." Ikram mengangguk bersungguh-sungguh sambil tangan kanannya diangkat separas bahu, seolah-olah mengangkat sumpah di mahkamah.

"Baik... Dulu saya aktif join geng bikers konvoi ke sana-sini. Tapi saya takdela kenal ramai orang sangat. Tak ramai yang tahu nama sebenar saya, Balqis. Dulu, bikers pompuan tak ramai pun, jadi kitorang ni memang orang mudah kenal..Bikers kenal saya dengan nama Aqish je, yang awak dengar Ezri panggil saya tadi," Balqis memulakan cerita.

"Then, ada sekali tu, saya join trip ke Krabi. Bikers perempuan ada tiga orang je yang join. Tu pun dua orang ladies tu saya tak familiar sangat. Dorang pun takdela suka sangat kat saya sebab saya berhijab kot. Dorang cantik dan sexy. Maybe saya ni tak setara nak compare dengan dorang. Tapi saya tak kisah pun. Saya geng dengan leader konvoi tu, dan a few team members. Salah sorang tu, hot guy. The two chicks ni memang syok giler kat mamat hensem tu. Tapi guy tu tak layan dorang. Dia selalu back up saya. Tu yang dorang makin tak puas hati."

Dia berhenti sebentar, menarik nafas lalu menyambung, "Then, masa malam tidur kat hotel, kitorang share sebilik tiga orang perempuan. Saya tak kisah. Tidur je kot. Rupa-rupanya dorang diam-diam ambil gambar saya tengah tidur dan share dalam group konvoi..." Dada Balqis sudah mula berombak. Sebolehnya dia taknak ingat lagi peristiwa itu.

"Gambar macamana?" Ikram bertanya. Suaranya tenang sahaja.

"Gambar tu saya tak pakai tudung. Memang la saya tidur pakai seluar, tapi baju yang saya pakai agak seksi. Saya malu nak cakap... Lebih teruk lagi, dorang dah conteng-conteng muka saya dengan lipstik dan mascara, eyeliner, kening saya ditebalkan macam Shin Chan.. Hodoh gilerr kot rupa saya masa tu... Aduhhh~"

Ikram sudah mahu menghamburkan gelak apabila membayangkan Balqis dengan kening Shin Chan dan lipstik comot merah menyala, tapi ditahannya.

"Kalau awak nak gelak, gelak la... Saya tak marah pun. Saya sendiri nak tergelak bila ingat balik muka saya masa bangun pagi tu macamana... hee.. Tapi masa tu memang saya marah sangat. Saya malu sebab dorang aniaya dan malukan saya. Sejak tu saya asyik kena kutuk je dengan dorang yang geng dengan minah 2 orang tu. Sikit-sikit, Aqish.. Sikit-sikit Aqish.. Dan sejak tu saya tak suka panggilan tu.. Dan saya dah tak join mana-mana group convoy... Saya lebih senang pergi mana-mana sendiri je. Tak sangka pulak salah sorang bikers tu abang tiri awak...Kalau tidak, takde sapa tahu pasal ni... Arghh.. Stress betul~" Balqis meluahkan rasa terbuku.
Ikram tersenyum. Nampak gigi putihnya yang menawan. Gelihati pun ada bila mendengar kisah Balqis.

"Takpe, Balqis.. Tu cerita lama.. Awak pun dah tak jumpa dan bergaul dengan dorang. Awak pun dah ada life awak sendiri sekarang.. Takyah ingat lagi ya.. Benda-benda sedih macam tu, awak buang jauh-jauh.. Kita pandang ke depan.. Mulakan dari sekarang, pandang ke depan awak ni, apa yang awak nampak?" soal Ikram.

Balqis merenung ke depan. Yang dia nampak, wajah Ikram. "Erm... Nampak awak?"

"Salah... Awak nampak bakal imam awak... hahaha.." Ikram tiba-tiba bagi punchline baik punya.

Balqis terdiam. Kemudian turut gelak bersama. Pandai plak mamat Arab ni bagi pick-up line. Sekeh kangg!

"Okay.. Now, it's my turn.. Saya pulak nak soal-siasat awak.. Awak kena jawab semuanya....All of it... No secret anymore... Boleh?" Balqis memulakan kata setelah tawanya surut.

Ikram senyum. So charming... Sesungguhnya, dia sudah bersedia untuk menjawab segala persoalan dari gadis itu yang selama ini dia cuba elakkan.

"Okay. Saya cuba jawab... Silakan.."

Balqis mula menyoal. Satu demi satu persoalan terungkai. Dari perbualan itu, Balqis mendapat tahu keseluruhan kisah Ikram.

Ayah Ikram, Tan Sri Fateh merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Memiliki perniagaan kereta mewah di beberapa cawangan di seluruh Malaysia dan beberapa syarikat A.I yang berpangkalan di luar negara. Dia seorang billionaire yang sangat pemurah dan aktif dengan kerja-kerja kebajikan.

Walaupun ayahnya mempunyai syarikat besar, buat masa sekarang Ikram tidak berminat untuk mengendalikan perniagaan ayahnya. Dia lebih suka menimba pengalaman sendiri dengan bekerja dengan orang lain. Seorang yang rendah diri dan tidak gemarkan kehidupan mewah dan bermegah dengan latar belakang keluarganya yang kaya-raya, dia cuma bekerja seperti orang biasa.

Tan Sri Fateh berkahwin dengan Bonda Imah, ibu Ikram atas pilihan keluarga dan dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Kak Raudhah, Ikram dan Tina. Kemudian, Tan Sri Fateh berjumpa dengan Mummy Zeti, seorang ibu tunggal.
Mummy Zeti pada ketika itu lari dari rumah kerana bekas suaminya selalu menderanya dan anak lelakinya yang berumur 10 tahun. Mereka tiada hala tuju, tiada tempat tinggal tetap dan membuat pelbagai kerja demi untuk menyara hidup. Tan Sri berasa terpanggil untuk membantu Mummy Zeti, lebih-lebih lagi Ezri tidak dapat bersekolah seperti kanak-kanak seusianya kerana sibuk membantu ibunya mencari duit dengan mengambil upah mencuci kereta dan menjaga parking. Mula-mula Tan Sri mencarikan rumah sewa untuk mereka, kemudian Ezri dihantar ke sekolah dengan biaya daripada Yayasan Al-Fateh, sebuah organisasi yang membantu pendidikan bagi anak-anak yatim dan golongan asnaf. Mummy Zeti dihantar kursus bakeri dan pastri untuk mengasah kemahiran dan kemudiannya Tan Sri Fateh membukakan sebuah bakeri untuk Mummy Zeti menjalankan perniagaannya sendiri.

Kesemua tindakan Tan Sri Fateh membantu Mummy Zeti tidak pernah disorokkan dari pengetahuan Bonda Imah. Malah, Bonda Imah yang menyarankan agar Tan Sri Fateh mengahwini Mummy Zeti dan membela Ezri. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tasha. Kalau diikutkan, hubungan Mummy Zeti, Tasha dengan Bonda Imah dan anak-anak semuanya baik-baik sahaja.

Cuma Ezri je.. Pelik sangat kenapa dia dingin sahaja? Sebab dia anak tiri? Adakah dia rasa tersisih?

"Erm.. Ezri dengan yang lain dia ok je.. Dengan saya je dia tak ngam," Ikram menjawab persoalan Balqis.

"Kenapa?" Balqis ingin tahu.

"Sebab dua tahun lepas, abah nak jodohkan saya dengan anak kawan dia untuk kukuhkan bisnes. Mati-mati saya taknak. Jadi, abah suruh dia yang bertunang dengan Tengku Iffa tu... Dia tak puas hati la kat saya..." jawab Ikram.

"Tengku Iffa? Kerabat Diraja Perak tu?? Yang cantik tuuuu?? Oh My God!! Dia cantik kottt!!" Balqis pula yang teruja lebih. Tengku Iffa memang cantik sangat. Kulit halus mulus, putih gebu.. Kenapa Ikram taknak tah?? Pelik!

"Yang awak tolak Tengku tu kenapa? Kerabat kott... Dah la dia cantik gilerrr.. Lemah gemalai...Kalau saya jadi lelaki, saya nak kat dia.. Alahaiii~" Balqis menyoal. Hairan. Kalau orang lain confirm tak tolak punyalah.

Ikram tersenyum. Handsome. Sumpah handsome!

"Sebab saya dah ada awak..." jawabnya dengan suara yang sangat tenang..... Setenang air di kali....

Balqis terkedu.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience