18

Other Series 41450

SWIMMING POOL RESORT

Siang tadi, semua peserta kursus sudah berhempas-pulas menjalankan aktiviti dalam kumpulan di Dewan Seroja dan aktiviti luar di padang. Sebelah malam, mereka dijamu dengan hidangan BBQ istimewa dari chef resort ini. Pelbagai menu disajikan seperti kambing golek, daging dan ayam panggang, pelbagai jenis seafood, pelbagai jenis salad dan buah-buahan, jagung bakar, nasi goreng, desserts dan pelbagai jenis makanan lagi. Memang puas makanlah senang kata.

Pun begitu, semuanya tidak membangkitkan selera Balqis. Dia hanya menjamah sedikit sahaja kambing bakar, itupun yang diambil oleh Ikram untuknya. Mimi sudah hilang merayau berbual dengan kawan-kawan lain. Lagipun, dia nak mencari jodoh katanya, kot berjumpa. Siang tadi dia semasa sesi ice-breaking, dia sempat berkenalan dengan beberapa lelaki single yang bertugas di bahagian lain di syarikatnya. Ikut kaulah, Mimi. Janji kau happy.

Ikram setia menemani Balqis. Dia tahu ada sesuatu yang bermain di fikiran gadis itu. Mesti berkaitan dengan Aizat. Oh! Ya! Dia tidak nampak Aizat pada malam ini. Tadi Aizat keluar awal selepas Maghrib dari bilik meninggalkannya. Ikram kemudiannya pergi ke tempat BBQ di tepi kolam renang ini bersendirian.

“Balqis, awak tak sihat ke?” soal pemuda itu.

“Taktahu la, Ikram. Saya rasa pening sikit,” jawab Balqis. Kerisauannya terhadap perilaku Aizat menyebabkan dia rasa kurang sihat.

‘Kenapa Aizat macam tu? Selama ni dia kan benci aku…. Dia tak suka aku pun. Dia selalu kutuk dan buli aku. Sikit pun dia tak pernah layan aku baik…. Kenapa dia macam tu tiba-tiba?’ Pelbagai persoalan bermain di fikiran Balqis.

“Balqis, awak makan la sikit. Makan buah yang saya ambilkan awak ni. Perut tu kena isi. Nanti lepas makan, awak makan la ubat, then balik awal ke bilik dan rehat, ya?” Ikram betul-betul mengambil berat akan gadis yang semakin menghuni di hatinya itu.

“Kalau awak taknak suap, meh saya suapkan awak.” Dia cuba mengusik Balqis.

Balqis terkejut. “Haih~ Takpayah la…. Malu la saya. Tiba-tiba awak nak suap saya pulak. Kang nanti habis kecoh satu ofis orang gossipkan kita.”

“Biarlah. Awak single, saya pun single. Tak salah pun, kan?” Ikram cuba memberi hint.

“Ikram…. Be serious okay! Saya tengah pening dengan Aizat ni…..” terus Balqis berhenti bersuara dan menutup mulutnya.

‘Alamakkkk! Apa aku cakap nih?? Macamana boleh terlepas ni?’ Balqis berkata dalam hati.

“Kenapa dengan Aizat?” Wajahnya nampak tenang, tapi suaranya kedengaran serius.

“Erm… Nantilah saya cerita. Saya nak ke bilik air jap….” kalih Balqis lantas meninggalkan Ikram bersendirian di tepi swimming pool.

*******

Keluar dari bilik air, Balqis berjalan perlahan-lahan menyelusuri taman kecil yang cantik dengan hiasan pokok dan bunga untuk ke tempat BBQ di tepi swimming pool tadi. Dia sengaja mahu melalui taman itu kerana nak mengelakkan diri dari terserempak dengan ramai orang. Dia perlukan sedikit ketenangan.

Tiba-tiba dia rasa pergelangan tangannya direntap seseorang. Dia terdorong ke arah orang itu dan badannya hampir sahaja melekap di dada lelaki itu.

“Aizat!” Balqis kaget. Pandangan Aizat lain sangat dengan wajah yang biasa dilihatnya di pejabat – dingin dan penuh dengan sindiran. Reaksi wajah Aizat kali ini seolah-olah mahu menelannya. Dia seram, cuak, cemas. Semua ada. Dia teringat akan kata-kata Aizat semasa di final game petang tadi. Dia rasa nak pitam.

Aizat cuma diam memerhati wajah Balqis yang pucat. Dia membelek wajah Balqis puas-puas. Pergelangan tangan Balqis yang digenggamnya masih belum dilepaskan.

“Aizat! Awak buat apa ni? Lepaslah! Sakit tahu tak!” Balqis cuba melepaskan tangan dari genggaman Aizat. Genggaman Aizat semakin kemas.

“Aizat! Awak nak apa sebenarnya, hah?”

“Aku nak kau, Balqis.” Aizat dengan suara separa berbisik. Meremang bulu roma Balqis.

“Aizat! Awak dah gila ke? Jangan merepek la, Aizat! Lepaslah!” Balqis sudah mahu menjerit.

“Kalau kau berani, kau jerit la… Aku cium kau terus!” Aizat menjawab sambil ketawa.

Balqis tersentak. Kawasan taman ni sunyi dan tak berapa nak terang. Dan dari tadi Balqis tak nampak ada orang yang lalu-lalang kat sini. Shit!

“Kalau aku cakap, aku buat, Balqis!”

Balqis blank.

‘Jap. Aku rasa aku kena guna reverse-psychology kat mamat ni…. Kang kalau aku jerit, mampos aku tak pasal-pasal kena cium dengan si sewel ni…. Yalkkk~’ Balqis cuba bertenang. Dia sedang mencari akal untuk melepaskan diri.

“Jap, Aizat… Kejap…. Saya rasa kita boleh slowtalk. Saya rasa, ini bukan diri awak yang sebenar….. Macam ginilah, apa kata awak lepaskan dulu tangan awak ni dari mencederakan saya….” Balqis berbicara dengan berhati-hati.

Aizat seolah-olah termakan dengan kata-kata Balqis. Dengan perlahan dia melepaskan pergelangan tangan Balqis. Wajahnya sudah lebih tenang berbanding tadi. Balqis lega. Mujurlah dia pernah ambil kursus asas psikologi dulu-dulu masa bekerja di pejabat lama. Bergunalah juga.

“Now, kita duduk dulu kat table ni, dan awak boleh share dengan saya apa masalah awak sebenarnya. Aizat yang saya kenal bukan macam gini….” Balqis cuba berbahasa. Seram juga kalau Aizat kembali bertindak di luar kawalan seperti tadi. Tapi dia sudah bersedia sekiranya perkara itu berlaku. Harap-harap, tidaklah.

Aizat yang sudah mengambil tempat hanya menundukkan wajahnya.

“Balqis….. Aku mintak maaf…. Aku tak sepatutnya buat macam gini kat kau.” Akhirnya dia bersuara.

“Maksud awak?”

“Aku …. Sebenarnya dah lama suka kat kau….” Jawabnya.

Hampir melompat Balqis mendengar ayat itu. Bukan melompat keriangan, tapi melompat sebab terlalu terkejut!

Aizat??? Yang kasar, mulut takde insurans, puaka, yang penuh dengan sindiran, yang selalu sakitkan hati dia, yang suka buli dia, yang disangkakan membencinya itu rupanya menyukai dia?? Patutlah reaksi dalam game petang tadi dia dah start buat perangai pelik-pelik.

“Balqis, aku minta maaf atas segala perbuatan aku pada kau selama ni, termasuk la malam ni. Selama ni, aku taktahu macamana nak luahkan perasaan aku kat kau. Aku pun taktahu macamana nak tackle kau. Aku takde idea macamana nak rapat dengan kau. Aku rasa, dengan cara buli kau je aku boleh dekat dengan kau.”

‘Ada jugak lelaki jenis macam ni, ek? Sakitkan hati seseorang yang dia suka untuk dekat dengan orang tu…..’ hati Balqis berkata.

“Aku minta maaf. Aku tahu apa yang aku buat tu salah. Aku malu gila dengan kau, Balqis. Rasa bodoh pun ya jugak….Lepas ni mesti kau taknak kawan aku lagi, kan? Mesti kau jijik tengok aku, kan?”

Balqis tersenyum. Macam budak-budak pun ada jugak perangai si Aizat ni.

“Takdela… Saya maafkan awak. Tapi dengan syarat. Awak janji dengan saya takkan buat macam ni lagi dan akan layan saya normal macam orang lain dan tak simpan apa-apa perasaan pada saya. Dan juga tak buli saya lagi. Boleh?”

“Boleh! Terima kasih banyak-banyak, Balqis sebab maafkan segala perbuatan aku.”

“Dah! Jomlah…. Saya nak ke tempat Ikram. Mesti lama dia tunggu saya,” ujar Balqis. Aizat menggeleng laju. Tidak mahu mengikut.

“Jap…. Aku nak tanya, kau dengan Ikram tu ada apa-apa ke?” soal Aizat.

“Kenapa kalau ada apa-apapun?” soal Balqis pula.

“Aku jeles la…. Kau dengan dia boleh pulak, tapi dengan aku, kau reject…”

“Hah! Awak jangan nak macam-macam. Tadi dah janji kan nak berbaik? Jangan nak buat hal. Kang saya report kat bodyguard saya tu.” Sengaja Balqis cakap begitu, supaya Aizat kuburkan terus perasaannya pada Balqis dan tidak menyimpan harapan. Biarlah. Itu lebih baik.

*******

Balqis mendapatkan Ikram yang masih setia menunggunya di tempat tadi.

“Awak pegi ke mana, Balqis? Lama saya tunggu awak… Risau saya kalau apa-apa jadi kat awak….” Laju Ikram bertanya bila nampak kemunculan Balqis.

“Awak kata awak risau, tapi awak tak cari saya pun?” uji Balqis.

“Sapa kata saya tak cari? Puas saya pusing kawasan sekitar ni tapi tak jumpa awak. Saya tanya Mimi kalau-kalau awak dah balik bilik ke, dia cakap belum. Sebab kad akses masih pada dia. Nak call awak, tapi hp awak tinggalkan kat saya tadi….” Jelas Ikram.

Balqis tersenyum. ‘Kisah juga kau kat aku, ek? Kau taktahu apa jadi kat aku tadi. Nyaris-nyaris je tau… Eh! Apesal tadi aku tak terfikir nak knee-strike je si Aizat tu ek? Bior dia senak!’ Balqis baru teringat yang dia boleh saja menendang Aizat tadi, kan? Sia-sia je dia belajar self-defense kalau tak digunakan di saat kecemasan seperti tadi.

Tapi nak buat macamana, dia blank habis tadi. Otak tak dapat berfungsi dengan baik. Mujurlah taktik dia menggunakan kaedah psikologi itu menjadi. Itu je yang terlintas di kepalanya ketika itu. Dan hasilnya, keadaan tak menjadi kecoh, Aizat dah menyesal dan berbaik dengan dia. Elok juga, kan? Kalau kekecohan timbul tadi, mungkin juga Aizat akan diambil tindakan buang kerja atau lebih daripada itu? Lebih parah, Aizat akan menyimpan dendam terhadap Balqis. Tak ke lagi meleret-leret kisahnya?

“Awak berangan ke tu?” teguran Ikram mengembalikan Balqis ke alam realiti.

“Thank you, Ikram…. Sebab concern kat saya…. Awak cuba juga cari saya walau tak jumpa…” Balas Balqis.

“Mestilah saya cari awak…. Saya taknak awak hilang, Balqis….” Lembut tutur yang keluar dari mulut Ikram. Adoi! Ni gula pasir ke gula kabung ni? Rasa macam dekat je di telinga Balqis walaupun mereka duduk berjarak.

Balqis terdiam. Tiba-tiba dia rasa seram sejuk. Dah la kawasan resort di Janda Baik ni memang sejuk malam-malam. Dengan suasana romantik yang terang tak berapa nak terang sangat ni, tepi pool pulak, berdua dengan jejaka smart berkulit putih kemerahan, berjambang nipis kemas dan bermata cantik yang tersembunyi di sebalik sepasang kaca mata....

‘Ikram….. Please don’t! Jangan cuba-cuba nak ayat aku kalau sekadar nak test market….’ Tapi ayat itu hanya bergema di dalam dadanya sahaja. Dia sukar mempercayai jika lelaki budiman seperti Ikram suka padanya.

“Balqis….”

“Err… Ikram…. Jom kita balik bilik. Saya dah mengantuk ni…. Esok kita masih ada program lagi….” Balqis cuba mengelak. Dia nervous sebenarnya nak dengar apa yang bakal Ikram luahkan. Dia takut dia pengsan, tak bangun-bangun. Hahahaha! Okay, tak lawak.

“Jom balik bilik?? Awak nak ‘kita’ balik bilik awak ke bilik saya?” balas Ikram sambil ketawa. Dah pandai mengusik dah jejaka smart yang pendiam ni.

Serentak dengan itu, satu cubitan singgah di pinggangnya.

“Ouchhh!” Ikram mengaduh.

“Sapa suruh otak kuning!” Balqis membalas geram. Lantas dia melangkah menuju ke arah kawasan penginapan, diikuti oleh Ikram yang kemudiannya berjalan menyainginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience