3

Other Series 41455

PANTAI KLEBANG, MELAKA.

Salah sebuah pantai di negeri Melaka yang menjadi tempat tumpuan untuk beriadah dan menjalankan aktiviti rekreasi bagi penduduk tempatan dan pengunjung luar yang bercuti di Melaka. Antara aktiviti yang disediakan di sini pada hujung minggu adalah menunggang kuda padi, menaiki kereta kuda dan menunggang ATV. Kelihatan beberapa keluarga sedang bersantai dan membuat aktiviti bebas. Ada yang sedang seronok bermain layang-layang, ada yang mengejar buih belon dan ada anak-anak yang bermain di taman permainan yang disediakan.

Fiz dan Balqis berjalan beriringan sambil tangan masing-masing memegang bekas minuman berlabel ‘KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE’. Coconut shake merupakan minuman popular pilihan pengunjung di Pantai Klebang dan sangat terkenal di Malaysia. Kata orang, kalau singgah di Pantai Klebang, Melaka, rugilah kalau tidak menjamah minuman popular ini. Tidak hairanlah jika terdapat deretan kedai di pantai ini yang menjual minuman yang sama, sebab memang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengunjung dalam dan luar negara.

“Cik Superbike, apa nama sebenar awak, ya?” Fiz memulakan perbualan setelah mereka berdua melabuhkan punggung di atas pasir sambil menyedut minuman. “Maaflah kalau awak tak suka saya tanya. Sebab pelik pulak kalau saya asyik nak panggil awak ‘Cik Superbike, Cik Superbike’ je….”

“Balqis.” Ringkas jawapannya.

“Wah! Sedap nama tu… Sama sedap dengan air coconut shake ni,” ujar Fiz berseloroh. Cuba menghidupkan kemesraan yang cam tak berapa nak ada je dengan gadis superbike ni.

Balqis diam. ‘Pebende lah mamat ni. Tak lawak, kay…Tapi air coconut shake ni memang sedap pun…Silap-silap boleh bedal 2 bekas sekali hadap.. Kehkehkeh..’, gumamnya dalam hati.

“Balqis… Awak ni memang suka cakap dalam hati ke?” Fiz bertanya lagi memandangkan Balqis tidak memberi respon pada awalnya, kemudian tersengih-sengih sendirian. Giler ke apa minah ni? Eksiden motor banyak kali sampai otak pun senget kot? Hahaha…Kurang hajar sungguh statement Fiz…

Balqis diam lagi, menyedut air sambil memerhati orang ramai yang sibuk dengan aktiviti masing- masing. Kemudian dia menjawab, “Erm… sorry lah… Saya ni pendiam sikit kalau tak kenal orang..”

“Ya.. Saya faham…Sebab tu lah saya nak kenal-kenal dengan awak.. Supaya kita boleh jadi kawan.. Boleh, kan?” tanya Fiz sambil tersenyum. Dia nak sangat kenal dengan gadis itu. Pada pandangannya, Balqis seorang gadis yang unik, berbeza dari perempuan-perempuan yang dia kenal selama ini. Minat gadis berhijab itu terhadap motor besar, keberaniannya ride seorang diri dan karektornya yang nampak dingin itu juga menarik perhatian Fiz untuk mengenali Balqis dengan lebih mendalam. Sedikit pelik kerana Balqis seolah-olah tidak begitu peduli dengan dirinya yang boleh dikategorikan sebagai pujaan gadis-gadis. Wajahnya tampan, berhidung mancung, anak matanya kecoklatan, badannya tegap dan tinggi di samping memiliki senyuman yang menawan dengan kehadiran gigi taringnya yang macam vampire. Sebenarnya, dia pun hairan juga. Dia tak rasa gigi taringnya adalah satu kelebihan. Tapi, rata-rata perempuan meminatinya kerana tertarik dengan gigi taringnya. Si Alisa, salah seorang setiausaha pejabat di jabatannya sangat tergila-gilakannya, memuji senyuman gigi taringnya sentiasa. Siap menggelarkannya, Mr. Vampire Paling Handsome sampai viral satu pejabat… Tapi Balqis buat tak heran je? Hmm…

“Awak nak tanya apa?” Balqis berbunyi tiba-tiba, menghentikan lamunan Fiz.

“Apa?”

“Awak kata nak kenal saya, kan? Jadi, apa yang awak nak tanya saya?” Balqis menjawab. Mengembalikan Fiz ke alam realiti.

“Oh! Hee… Okey.. Dah berapa lama awak minat motor besar ni? Mana tempat yang awak selalu pegi? Tak join mana-mana group superbike ke? Paling jauh awak ride pergi mana? …. Aaa…lagi…” Laju pulak si Fiz ni mengaju soalan. Macam peluru.

“Jap…japp…” Balqis memingkas. “Chill, bro.. Saya ada je kat sini.. Laju-laju tanya ni nak pergi mana? Nak pegi membuang ke?” perlinya sambil tersenyum. Fiz pegun. Ini pertama kali dia tengok Balqis tersenyum ikhlas sepanjang tempoh perkenalan singkat mereka. Manissss…. Ada lesung pipit di kedua-dua pipinya… Bibirnya yang penuh dan nampak basah menyerlahkan lagi kemanisan senyuman gadis itu. Matanya bersaiz sederhana tapi mempunyai pandangan yang tajam, alis matanya cantik teratur secara semulajadi, hidungnya kecil, sesuai wajahnya yang bujur. Dia tidak mengenakan make up yang tebal seperti kebanyakan gadis-gadis yang selalu mahu kelihatan cantik. Barangkali dia tidak mengenakan make up langsung selain secalit lipstik atau pelembab bibir. Begitulah Balqis. Simple. Fikirnya, takde siapa nak tengok dia pun. Dia bukannya jenis bercampur masyarakat sangat. Buat hal sendiri je. Paling-paling pun naik moto, serkup helmet di kepala, pulas throttle minyak, redah jalan raya atau highway.. Mana ada orang nampak muka dia…Apa ada hal? Buruk pun takpe.. Takyah cantik-cantik pun takpe… Senang, kan?

“Saya dah lama minat superbike.. Dari zaman sekolah lagi.. Kat sekolah, saya banyak geng budak-budak lelaki… Dorang pegi sekolah naik moto… Saya dan geng-geng saya suka tengok MotoGP… Saya paling minat Valentino Rossi…..”

Dan mereka pun meneruskan perbualan sehingga matahari terbenam. Banyak juga yang dibualkan mereka. Dan semakin mengenali Balqis, Fiz semakin tertarik dengannya kerana Balqis bukanlah seorang yang sombong. Dia mudah bergurau jika kena caranya, cuma masih belum mesra sepenuhnya. Yang penting, dia masih single! ‘Yesss! Ada chance ni,’ fikirannya berangan.

“Balqis, dah masuk maghrib ni. Awak cakap nak cari tempat rehat, kan? Kita solat dulu kat surau sini, then gerak la lepas solat. Ok?” Fiz mencadangkan.

Balqis mengangguk bersetuju. Lantas masing-masing berjalan menuju ke surau berdekatan dan menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa.

*********

Seusai solat, mereka berjalan beriringan menuju ke kenderaan masing-masing.

“Erm.. Balqis.. Awak plan nak stay kat mana malam ni?” tanya Fiz. “Awak dah book hotel ke?”

“Belum lagi….” Balqis menjawab.

“Habis tu macamana?”

“Takpe.. Banyak je hotel kat Melaka ni kan.. Saya pegi je la.. Lepak kat dataran kejap.. masa tu boleh book juga.. Sempat lagi ni..” Balqis menjawab confident. Walhal dia tak merancang untuk menginap di hotel pun. Kalau dia datang Melaka untuk tidur di hotel, lebih baik dia book awal-awal dan pergi check in dari tadi lagi. Dia saja mencari akal untuk mengelak dari disoal panjang oleh Fiz.

Sebenarnya, Fiz dapat membaca akal gadis superbike itu. Lalu..

“Jom kita pergi makan dulu. Laparlah… Sebagai orang Melaka yang peramah dan mesra, saya akan bawak awak kat tempat makan yang famous kat Melaka ni… Lepas tu awak pergi la check in hotel.. Rehat..” cadangnya.

Memandangkan Balqis sebenarnya tiada apa-apa plan yang spesifik tentang perjalanannya, maka dia pun bersetuju dengan cadangan Fiz. Lagipun memang dia lapar. Mana taknya, siang tadi dah memerut di Seremban, kemudian cuma minum segelas coconut shake yang glamer tu. Perutnya dah menjerit-jerit minta diisi. “Ok.” Ringkas jawapannya sambil tangannya menekan-nekan hp nya, membalas pesanan WhatsApp dari Sarah. Dia sebenarnya lupa nak bagitahu housematenya itu yang hari ini dia ride ke Melaka. Panjang bebelan Sarah bila mengetahui yang Balqis ke Melaka sendirian. Sarah memang sangat mengambil berat terhadap Balqis. Sudah 4 tahun mereka bersahabat walaupun tidak kerja sepejabat. Dari mula-mula menyewa bilik bersama, sehinggalah mereka berpindah ke tempat tinggal sekarang yang lebih selesa dari rumah sewa lama mereka sebelum ini.

“Jap.. Sebelum tu, simpan no hp saya dulu. Kang kalau apa-apa, senang nak call.. Kot kalau awak sesat ke. Payah..” Fiz bersuara sambil tangannya laju mengambil hp di tangan Balqis, menekan-nekan keyboard hp itu. Balqis tersentak. ‘Aku lepuk jugak mamat ni nanti.. Aku tengah taip mesej kotttt…Sukati kauuu je buat hp aku macam hak sendiri ek?’ Gumamnya dalam hati.

Tak lama selepas itu, hp Fiz pula berbunyi. Miscalled. Dari no Balqis. Dia menaip perkataan ‘CIK SUPERBIKE’ berserta dengan no plat kenderaan itu dan saved. Done. Tersenyum puas hati, lalu memulangkan hp milik Balqis kepada tuannya yang sedang mencuka. Sebenarnya, salah satu sebab dia merampas hp Balqis adalah untuk melihat dengan siapa Balqis berbalas mesej. Kot dengan pakwe ke.. Walaupun sebelum ini Balqis ada memberitahu yang dia masih single, tapi Fiz tetap musykil gadis berhijab yang cantik dengan hobi uniknya itu masih belum berpasangan. Atau mungkin sebab lelaki kurang berani nak mendekati gadis pemilik superbike itu? Eh! Jadi lelaki mestilah berani… Gentleman la sikit.. Kalau tak cuba, mana nak tahu… Siapa tahu, kot jadi jodoh ke.. Hihihi..

Mendapati chat itu adalah di antara Balqis dengan housematenya, maka dia berpuas hati.

Tidak lama kemudian, kereta Honda Civic VTEC putih dan motosikal Yamaha YZF R6 biru itu pun bergerak meninggalkan Pantai Klebang menuju ke destinasi seterusnya, tempat makan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience