30

Other Series 41450

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT)

Isnin.

Balqis merenung keluar tingkap kereta yang sedang bergerak membelah lebuhraya Pantai Timur menuju ke arah Kuala Lumpur. Mereka check-out dari homestay sekitar jam 11 pagi dan kemudiannya singgah menikmati juadah makan tengahari serta membeli keropok pelbagai jenis sebelum bertolak pulang ke Melaka.

Fikiran gadis itu melayang mengingatkan kejadian pagi tadi di tepi pantai....

***FLASHBACK***

Balqis sudah siap mengemas beg pakaiannya. Sementara menunggu semua yang lain bangun dan bersiap, dia mengambil kesempatan ini untuk menikmati Pantai Batu Buruk di waktu pagi di atas buaian 'ala-Lombok'.

Buaian yang didirikan di atas pantai dengan hiasan kain berwarna-warni yang dililitkan di sekeliling tiang buaian itu amat menarik perhatiannya. Selalunya, dia jarang hendak bergambar sendiri, tapi entah kenapa kali ini dia teringin hendak merakamkan gambar kenangan di atas buaian istimewa tersebut.

"Adoii... Macamana nak amik gambar sendiri ni? Aku dah la tak reti selfie... Kalau selfie pun tak dapat gambar penuh.. Tripod pun aku takde.. Aishah pulak tak bangun lagi nak mintak tolong... Budak kecik tu lahhh..." gumamnya sendiri.

Takkan dia nak ajak Fiz pulak? Kang Vampire tu ingat dia nak ajak dating pulak.. Dah la malam tadi lelaki itu romantik sakan dok petik-petik gitar, nyanyi lagu untuk confess kat dia.. Debarannya masih terasa.. Then lepak kat pantai sampai terlelap....Ouchh!! Maluuuuu~

Mujurlah Mak Mah tak sedar masa dorang balik homestay pukul tiga lebih pagi tadi. Kalau tidak, mau kena beletiaqqqq (berleter). Tak senonoh anak dara dan anak teruna berdua-duaan sampai waktu gitu.

Balqis dapat idea! Dia mencari beberapa batu dan kayu yang bersaiz sederhana untuk dijadikan alas dan penyendal hp nya. Sendirian dia tertonggeng-tonggeng untuk mencari angle yang sesuai bagi merakamkan gambar. Bukannya tiada pengunjung lain di tepi pantai ni, tapi nuuuuuunnn jauh di sana. Alahai~

Dia set self-timer di hpnya. Agak-agak, lima saat cukup la kot nak berlari ke buaian. Haha..Beberapa kali dia mengetik hp untuk memastikan gambar yang diambil itu sesuai dan cantik angle nya. Setelah berpuas hati dengan sudut yang dipilih, dia memulakan eksperimen mengambil gambar sendiri.

Satu kali.

Dua kali.

Tiga-empat-lima-enam kali.

Semuanya tak berapa menjadi. Dia hampir give-up.

"Last la ni kau cuba... Kalau jadi, jadilah.. kalau tak jadi, kau amik gambar buaian sudahlah.." berkata dia kepada dirinya sendiri.

Tiba-tiba, seseorang menegurnya...

"Hai... U nak ambil gambar kat buaian ni ke? Nak I tolong?"

Balqis menoleh. Seorang lelaki memakai seluar pendek, kemeja putih yang sengaja tidak dibutangkan menampakkan lekuk dadanya yang cantik. Six packs yang jelas terbentuk di perutnya.... dan..Shit!! Bahagian bawah perutnya hampir terdedah kerana seluar yang dipakainya terlalu londeh sehingga menampakkan getah seluar dalam berjenamanya. Lelaki berkaca mata hitam dan mengenakan 'boater hat' di kepala itu sedang menghadapnya dengan wajah selamba sambil menyedut straw dari bekas minuman sejuk di tangannya. Muka memang kacak, macam model atau pelakon... Atau dia memang model?

Balqis yang berasa malu dengan kemunculan secara tiba-tiba lelaki hensem yang terdedah tubuh seksinya di hadapannya itu menoleh ke kiri dan kanan, kot-kot ada shooting tapi dia yang tak perasan..

"Heee.. Sorry...I just nak berkenalan dengan U...I'm Eric...And U are...?" soalnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Balqis tidak menyambut tapi terkebil-kebil memandang wajah mixed Eric. Memanglah handsome. Tapi dia pelik. Model handsome macam ni pun nak kenal dengan dia yang biasa-biasanya. Udah ler gitu, tanpa segan silu menayang tubuh seksi maut kat dia. Malu la woi!

"Well, sexy lady.. I Nampak U tertonggeng-tonggeng sorang-sorang dari tadi... Geram pulak I tengok dengan baju putih tu kena tiup angin...Tak leh tahan, I datang la... " jawabnya sambil tersengih.

'Hoi! Gilerr!!! Berterus-terang sungguh jantan ni! Biadap! Aku baru nak puji, muka hensem,
dan tough.. Tapi betul la jugak kata orang, muka hensem tak semestinya berakal... Huh!' Balqis hanya menjawab di dalam hati.

"Err... Sorry lah.. U mesti pelik kan I tiba-tiba datang kat U.. Actually, I stay kat hotel sebelah ni je. . Lepas breakfast pagi tadi, I jalan-jalan kat pantai. I ajak my girlfriend, tapi dia taknak.. Dia nak tidur... Penat malam tadi tak habis lagi la kot.. Haha..." sambungnya tanpa rasa bersalah.

Balqis semakin geram. Mamat ni gila agaknya. Dah ada girlfriend, stay kat hotel sama-sama... Malam tadi 'ehem-ehem'... Pastu pagi ni dok ushar perempuan lain... Dasar Playboy!

Dia baru hendak melangkah pergi apabila tangannya ditarik lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Hei girl, relax laaa.. Takkan dah nak balik kot.. Nama U pun I belum tahu... I baru nak kenal-kenal dengan U, perempuan cantik bertudung... Walaupun U bertudung, still nampak sexy... Hmmm.." Eric cuba menghidu Balqis.

"Hei! Apa pegang-pegang ni? Awak jangan biadap, ya! Lepaslah!!!" Balqis cuba melepaskan tangan dari lelaki tersebut.

"Chill laaa...Garangnya la U ni... U jual-mahal macam ni, lagilah I suka... I dah boringlah dengan pompuan free-hair... Sesekali, I nak jugak try pompuan bertudung... Nak tahu rasa dia macamana... Boleh, baby?" Lelaki itu cuba mengusap tubuh Balqis.

Balqis baru hendak menendang lelaki itu apabila mendengar seseorang menjerit memanggil namanya, sekaligus menyebabkan lelaki playboy itu menghentikan perbuatannya.

Fiz!

Lelaki itu datang tepat pada masanya. Balqis bersyukur. Sepantas kilat Fiz menarik Balqis ke belakangnya dan menolak kuat tubuh lelaki playboy itu ke arah bertentangan. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk wajah lelaki biadap di hadapannya, tapi dia masih mampu bersabar kerana tidak mahu dituduh menyerang orang.

"Kau sapa? Sibuk nak jadi hero?" Eric bersuara kasar.

"Aku suami dia. Kenapa?" Jawab Fiz spontan. Buntang mata Balqis mendengar jawapan itu.

Lelaki playboy itu hanya tersenyum sinis.

"Ye ke? Kalau betul dia bini kau, apesal kau biarkan dia jalan sorang-sorang? Dan aku tengok, body dia masih fresh...Bau virgin... Aku kenal la orang pompuan dah kahwin ke belum... " Lelaki tersebut masih belum mengalah.

"Hei.. mabuk, baik kau blah la.. Aku taknak panjangkan cerita.. Baik kau blah, hilangkan mabuk kau dulu.. Balqis, jom kita balik..." Fiz menyuraikan keadaan luar jangka yang berlaku itu.

"Owh! Balqis nama dia... Cantik! Secantik tuannya... Hehe... Hai Balqis! Remember my name, Eric!! Nice to meet you, sexy lady! Please take my number... 017-7711222... Call me!!" jerit Eric yang masih belum hilang mabuknya itu.

Fiz memimpin tangan Balqis yang berbaju lengan panjang itu meninggalkan kawasan pantai. Sebenarnya, dari tadi Fiz mencari Balqis. Tapi disebabkan kawasan yang mempunyai buaian ini terletak sedikit jauh dari homestay, ia mengambil masa. Mujurlah dia sampai di sana ketika lelaki separa mabuk itu belum sempat bertindak lebih jauh.

"Hmmm...Itu lah... Pergi mana-mana tak reti nak cakap.. Sampai kena kacau macam tu... Kalau saya takde tadi macamana?"

Balqis diam tak berbunyi. Dia hanya menuruti langkah lelaki itu. Kemudian dia memperlahankan langkah sebelum berhenti dan menarik tangannya dari genggaman Fiz.

"Awak nak salahkan saya pulak ke?"

Fiz menoleh menghadapnya dan berkata, "Awak tahu tak bahaya jalan-jalan sorang-sorang kat tempat asing? Maksud saya, tempat yang bukan tempat kita. Kita orang luar.. Kita taktahu tempat tu macamana?"

"Tapi sekarang kan waktu siang? Lagipun, tempat tu tempat tumpuan... Jadi saya tak takut la nak jalan sorang-sorang... Bukan saya tak biasa sorang-sorang... " Balqis cuba membela dirinya.

"Iya... Saya tahu awak berani.. Tapi seberani-berani awak pun, lelaki tadi lagi berani nak amik kesempatan kat awak walaupun siang hari, kan?" soal Fiz kembali.

Balqis hanya menundukkan wajah. Rasa nak nangis. Dia akui, apa yang Fiz cakap memang betul. Dia pun tak sangka lelaki hensem, muka cam model tu nak ambil kesempatan terhadapnya. Tapi tadi dia dah bersedia nak tendang 'bebird' Eric! Tiba-tiba muncul Hero Malaya... Kan?

"Pastu dia siap cakap awak seksi lagi.... Kenapa? Awak buat apa yang sampai dia cakap macam tu?" Soalan Fiz mematikan lamunan Balqis.

"Manalah saya tahu? Saya tak buat apa-apa pun.. Erm....Saya cuma nak ambik gambar sendiri kat buaian tu je..."

Fiz kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. "Amik gambar sendiri?? Tak pernah-pernah awak nak ambil gambar sendiri? Mesti awak posing seksi, sebab tu dia cakap awak seksi?" soalnya meneka.

"Banyak lah awak! Lelaki tu yang gila, mabuk.. Sebab tu dia cakap macam tu! Geram betul! Dah la tak dapat ambik gambar pun... " Gila kau nak ngaku cakap dia tertonggeng-tonggeng atur kamera cari angle? Cari nahas! Lagipun, manalah dia tahu yang ada orang memerhatikannya? Kalau dia tahu, sumpah dia tak tonggeng-tonggeng.

"Tu la...Lain kali inform...and minta tolong saya temankan. Jangan pegi sorang-sorang macam tadi.. Faham?" Ada penegasan dalam nada suara Fiz.

"Kenapa nak kena bagitahu dia pulak?...." Balqis membebel perlahan supaya tak didengari oleh Fiz.

"Apa awak cakap?" Fiz bertanya.

"Err... takde apa..." jawab Balqis.

"Habis ni, nak bergambar kat buaian tu ke tak? Dah tadi kata tak dapat amik gambar? Kalau nak, saya ada.. Boleh tolong amikkan..." Fiz menawarkan khidmat.

Balqis menoleh ke arah kawasan buaian. Kelihatan Eric masih di sana. NO WAY! Dia menggelengkan kepala.

"Takpela. .. Lain kali..." jawabnya.

"Lain kali? Awak nak datang lagi lain kali ke?" Fiz menyoal. "Takpe... Datang lain kali, KITA ambil gambar sama-sama ya? Masa tu saya takkan biarkan awak jalan sorang-sorang lagi.. I will always be by your side..Hehe.." usikannya menyebabkan wajah Balqis berubah menjadi kemerahan.

Kih.... Kih....

***END OF FLASHBACK***

"Ibu, kita berhenti solat kat R&R Temerloh, ya.. Dorang yang lain dah tunggu kat sana..." suara Fiz yang sedang memandu di sebelahnya mematikan lamunan Balqis.

Fiz memandu dengan tenang sambil melayan lagu di radio. Balqis hanya menghabiskan masa selama empat hari bersama lelaki itu dan keluarganya, tapi dia rasakan seperti tempoh itu sangat panjang. Terlalu banyak kisah. Macam-macam cerita... Lebih-lebih lagi saat lelaki itu meluahkan perasaan kepadanya dan semakin kerap mengeluarkan kata-kata romantik dan menunjukkan perlakuan yang lebih caring terhadapnya.

Dia menoleh ke arah lelaki itu sekilas. Tak berani nak tengok lama-lama... Korang pun tahu kenapa... Dia malu la...

*******

Tak lama lagi Balqis dah nak naik keja. Iqram dah lama tak jumpa Balqis. Mesti nak lepas rindu....

P/s : Please leave a comment. Komen, ulasan dan pandangan readers amatlah dihargai. Thanksss~~~

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-09 19:33:57 

lamanya br sambung .bg la 2/3 bab br puas baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience