28

Other Series 41450

PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU

Seharian berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu, mengunjungi Taman Tamadun Islam, menemani Mak Mah dan Mak Long Senah membeli-belah di Pasar Payang, kedai menjual pakaian dan kain batik lukis dan sebagainya. Hampir tercabut lutut Balqis. Tapi dia tabik dengan kegigihan mak-mak kalau membeli-belah, habis satu kedai ke satu kedai ditawaf mereka. Kalau tidak puas hati, patah balik ke kedai pertama, sehinggalah berjumpa dengan yang berkenan. Aishah dah lapan belas kali memuncungkan muka. Hehehe.. Balqis gagah layankan juga geng mak-mak. Kalau nak harap geng-geng lelaki, lima minit pertama je wujud di situ. Toleh sekali lagi, semua dah lesap entah ke mana, termasuklah Pak Long Johar.

Malam, semua berehat di homestay. Kepenatan. Geng-geng lelaki sudah keluar mencari angin malam. Balqis mengambil kesempatan ini untuk menjalankan aktiviti kegemarannya di tepi pantai ketika waktu malam. Apalagi? Merenung bintanglah!

Jam menunjukkan waktu 8.30malam. Selepas menunaikan solat Isya, Balqis bersiap-siap dengan kain batik pario yang sempat dibelinya siang tadi, di dalamnya legging berwarna hitam. Blouse putih lengan panjang tersarung di badannya, dipadankan dengan selendang berwarna dark purple, senada dengan corak pario yang dipakainya.

"Makcik, Balqis nak pergi tepi pantai kejap ya. Nak ambil angin..." Balqis memberitahu Mak Mah.

"Balqis pergi dengan sapa? Nak Aishah temankan? " jawab Mak Mah.

"Eh.. takpe... Balqis pergi sendiri je... Aishah pun belum habis penat ronda siang tadi... Biarlah dia rehat..." Balqis menolak dengan sopan.

Aishah mengenyitkan mata pada Balqis. Menandakan dia bersetuju dengan cadangan Balqis memandangkan dia pun memang tak larat nak ke mana-mana. Dia nak baring-baring sambil belek hp. Untunglah Balqis memahami.

"Baik-baik, Balqis.. Jangan merayau jauh-jauh sangat.. Apa-apa, call Syafiz... Makcik nak rehat dah ni.. Mengantuk pun iya juga.. Hati-hati.." pesan Mak Mah.

"Terima kasih, makcik. Balqis keluar dulu ni..." Balqis menyalam tangan Mak Mah dan beransur keluar.

*******

Pengunjung di Pantai Batu Buruk pada waktu ini agak ramai, tapi tidaklah terlalu padat. Balqis mengambil tempat di satu sudut yang kurang orang. Sehelai pashmina yang dibawa bersama tadi dibentangkan lalu dia duduk di atasnya.

Matanya memerhatikan gelagat pengunjung-pengunjung di situ yang rata-ratanya pasangan muda-mudi. Tengah hangat bercinta, nampak mesra dan bergelak ketawa.

Balqis menangkap bunyi orang menyanyikan lagu 'Happy Birthday' secara beramai-ramai. Dia menoleh ke arah satu kumpulan muda-mudi yang sedang menyambut Birthday salah seorang ahli di dalam group tersebut. Seorang gadis muda. Reaksi gadis itu sangat terkejut dengan surprise yang dibuat oleh teman lelakinya dan kawan-kawannya. Teman lelakinya membawa sebiji kek yang telah dinyalakan lilin sambil kawan di sebelahnya memegang sebiji belon besar gas helium berisi belon-belon kecil berbentuk love. Seorang lagi memegang teddy bear sebesar saiz kanak-kanak 12 tahun berwarna pink. Meriah! Lagi-lagi apabila gelagat salah seorang kawan teman lelakinya sibuk membuat penghadang kerana api lilin asyik nak terpadam je akibat tiupan angin laut. Gelihati sungguh.

Tapi tak lama selepas itu Balqis rasa nak muntah apabila melihat gadis itu memeluk dan mencium pipi teman lelakinya di hadapan kawan-kawannya dan orang ramai. Eeeuuwww! Tak malu betul! Mana dia tahu mereka berdua tu couple, bukan suami-isteri? Sebab salah seorang ahli group yang pegang teddy bear besar itu duduk menyorok berhampiran Balqis. Balqis terdengar perbualan mereka untuk surprisekan 'girlfriend Fendy' . Fendy tu mestilah mamat yang usung kek tu.. Hmmm.. budak-budak sekarang ni bukannya kisah pasal ikhtilat. Sukatikau je nak peluk cium raba depan orang.

Balqis kembali merenung ke langit hitam. Dia melihat jutaaan bintang umpama flashlight yang dinyalakan dari hp ribuan penonton di dalam stadium... atau konsert... tapi flashlight original ciptaan Tuhan ini lebih indah! Cantik tiada tandingan.. Subhanallah..

"Ibu... Qis rindu Ibu.. Harini Qis ada kat Terengganu... Qis ikut family orang jalan-jalan kat sini... Kalau Ibu masih ada, Qis dah bawak Ibu ikut sekali... Qis akan tolak wheelchair Ibu sampai ke tepi pantai ni, kita akan tengok bintang ni sama-sama... Kan, Ibu? " Hatinya sayu... Dia rindu sangat kepada ibunya. Ketika dia menjaga ibunya sewaktu sakit dahulu, kadang-kadang dia akan membawa ibunya menenangkan diri dan emosi dengan menikmati alam ciptaan Tuhan. Tak kisahlah samada bawa ke tasik, atau taman atau ke tepi pantai. Mana yang boleh.

Hatinya perit. Kesedihannya setelah pemergian ibubapanya menghadap Ilahi masih belum hilang lagi. Dia selalu bersendirian. Dia lebih senang begitu. Dan dia tidak mahu orang bersimpati terhadap dirinya. Bila dia bersendirian, dia bebas untuk meluahkan rasa, nak menangis atau apa sahaja. Tiada sapa melihat atau sedap mengata. Saat ini, sempat dia sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapanya.

Air matanya hampir sahaja gugur apabila mendengar ada bunyi petikan gitar berhampiran dengannya.

"Waktu pertama kali...
Kulihat dirimu hadir ..."

'Eh? Suara itu? Aku macam kenal!' Hatinya berdetak. Pantas dia menoleh.

"Rasa hati ini inginkan dirimu.." Balqis tergamam.

"Hati tenang mendengar..
Suara indah menyapa..
Geloranya hati ini tak kusangka..

Rasa ini tak tertahan..
Hati ini selalu untukmu..

Terimalah lagu ini dari orang biasa..
Tapi cintaku padamu luar biasa..
Aku tak punya bunga, aku tak punya harta..
Yang punya hanyalah hati yang setia tulus padamu..

Hari-hari berganti..
Kini cintapun hadir..
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari..

Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
DALAM LESUNG PIPITMU
KU TERPIKAT...

Rasa ini tak tertahan..
Hati ini selalu untukmu..

Terimalah lagu ini dari orang biasa..
Tapi cintaku padamu luar biasa..
Aku tak punya bunga, aku tak punya harta..
Yang punya hanyalah hati yang setia tulus padamu..

Terimalah lagu ini dari orang biasa..
Tapi cintaku padamu luar biasa..
Aku tak punya bunga, aku tak punya harta..
Yang punya hanyalah hati yang setia....
tulus padamu...."

Tepukan orang di sekeliling menghentikan lamunan Balqis. Dia seperti bermimpi. Mukanya blushing dalam kesamaran kerana malu.. Malu yang amat! Tak pernah ada orang lelaki yang memetik gitar dan menyanyikan lagu live untuk dia. TAK PERNAH! Lagu romantik pulak tu.. Suara dia... Aduhai~ lemak merdu, mantap, tak sumbang langsung. Kalau mengaji mesti lagi sedap!

Dia berdebar tatkala lelaki itu mendekatinya lalu melabuhkan punggung betul-betul di sebelahnya. Bau wangi lelaki itu dapat dihidunya...

"Balqis..." Fiz mula bersuara. Suara base. Dalam.

"Ya, saya..." Balqis seram. Takut nak dengar apa yang bakal diperkatakan oleh lelaki itu. Jantungnya berlari laju, macam kuda lumba.

"Saya nak tanya awak sesuatu..." Fiz menyambung.

"Ya.. Apa dia? " Jawabnya. Tapi dalam hati, 'Kau nak tanya apa? Tanya je lah...Aku dah nervous tahap orang nak naik roller coaster ni...'

"Saya nak tanya....... Okey tak saya nyanyi tadi? Saya tengah practise untuk buat persembahan sempena pertandingan nyanyian kat office minggu depan... So, okey ke tak nyanyian saya tu? "

Balqis mendengus. 'Chaisss!! Aku punya la ingat mamat ni nyanyikan lagu tu untuk aku! Nak praktis je rupanya! Rugi je aku rasa terbang di awang-awangan tadi! Huh!'

Geram punya pasal, dia menjawab, "Tak! Tak sedap langsung! Tah hapa-hapa je nyanyi lagu gitu. Nak perform kena la nyanyi lagu catchy sikit. Baru la orang ramai seronok nak layan. Kalau nyanyi lagu gitu, lagu nak ngorat orang. Nak ngorat Alisa atau awek-awek kat ofis tu ke? Tapi, suka hati awaklah nak nyanyi lagu apa pun.. Takde kena-mengena dengan saya pun..."
Dilontarkan segalanya, dan diakhiri dengan jelingan maut.

Fiz senyum. Dia memerhati muka bengang Balqis. Tetap cute. Tapi macam nak nangis pun ya jugak..

"Balqis... "

Diam. Tak menyahut.

"Balqis......"

Senyap. Tiada respond.

"Qisssss....."

"Eeiiiii! Nak apalah?" Balqis menjawab dengan nada tidak puas hati.

"Awak marah ke?" Soal Fiz.

"Eh? Kenapa saya nak marah? Takde sebab saya nak marah..." jawab gadis itu menafikan. Ya! Memang dia bengang. Rasa macam dia perasan sendiri.

Fiz senyum lagi. Masih nak menguji gadis itu.

"Awak jeles eh?" Soalnya lagi.

"Nak jeles kenapa?" Balqis membalas.

"Awak jeles kalau saya nyanyi lagu romantik macam tu kat sapa-sapa je selain awak?" Fiz menyoal lagi.

"Eh? Tak kuasa lah. Awak nak nyanyi kat seribu orang perempuan lain pun silakan. Saya tak kisah. Lagipun, kita bukannya ada apa-apa ikatan pun kan yang boleh nak jeles-jeles?" Jawabnya mudah.

Fiz meraup wajah. Ternyata dia telah mengocakkan perasaan gadis itu. Dan betul kata Balqis. Mereka tiada apa-apa ikatan untuk saling cemburu. Tapi, sebenarnya, dia tahu, jauh di sudut hati Balqis juga mempunyai rasa yang sama dengannya.

"Fiz...boleh tak awak duduk tempat lain? Saya nak duduk sorang-sorang kat sini.." Balqis bersuara. Dia geram. Dah la tengah sedap-sedap tengok bintang, lelaki ni datang siap petik gitar bagai nyanyi lagu romantik, dia dah terbang-terbang, last-last lagu itu bukan untuknya pula! Pastu lelaki tu nak port kat situ pulak. No way! Dia dah chup dulu port ni.

"Takpela.. kita duduk la sama-sama kat sini. Kita tengok bintang sama-sama, ya? " Fiz cuba memujuk.

"Kalau awak taknak pergi, takpe.. Biar saya yang pergi cari tempat lain." Balqis mula hendak bingkas. Tetapi tangan lelaki tersebut lebih cepat menangkap lengan kanannya menyebabkan dia terduduk kembali dan hampir sahaja melekap dalam pelukan lelaki tegap itu.

Dada kedua-duanya kembali kencang. Ya, Balqis memang bengang dengan tindakan lelaki itu, tapi pada masa yang sama, dia tetap lemah dengan segala kelebihan yang ada pada lelaki tersebut.

Laju dia menarik lengannya dari genggaman Fiz. Meremang bulu romanya. Itupun nasiblah beralas, kalau tidak, lagilah... Apa sahaja yang lelaki ini buat padanya akan menyebabkan dia rasa seram sejuk. Daya magnet Kutub Utara dan Kutub Selatan antara mereka sangat kuat.

"Qis.... Saya minta maaf... Tadi tu, saya saja je usik awak... " ujar Fiz dengan suara yang rendah.

"Sebenarnya, saya bukan practise untuk apa-apa pun... " sambungnya.

Balqis hanya mendiamkan diri.

"Saya memang dedicated lagu tu untuk awak, Qis..."

Balqis menundukkan wajahnya. Dia tak tahu nak respond apa. Gembira? Bahagia? Marah kerana seperti dimain-mainkan perasaannya? Apa yang dia tahu saat ini, dia rasa seperti ada rama-rama dalam perutnya. Hayyarrkkk!

"Saya memang tak reti nak confess pada perempuan... Saya jenis kepala gila-gila.. Saya tahu saya suka sakat awak... Saya selalu buat awak sakit hati dan geram kat saya.. Saya tak reti nak beli-beli bunga bagai.. "

Balqis tekun mendengar. Ya. Semua yang dikatakan oleh Fiz itu diiyakan oleh Balqis dalam hati.

"... Saya bukan jenis lelaki romantik..Saya memang tak reti.... Saya rasa malu kalau nak luahkan rasa... Takut awak tak suka... Jadi, tu je cara saya... Melalui lagu... Saya lepas semua melalui lirik dan lagu..."

'Oh My God! Itu yang kau kata tak romantik?? Aku rasa itulah perkara paling romantik yang aku pernah alami, Fiz! A guy datang petik gitar, nyanyi live kat aku, dan lirik lagu tu menggambarkan keseluruhan maksud hati dia pada aku! Gila tak romantik?? Ibuuuu... Qis nak nangissss~' hati Balqis bersuara.

"Kan awak dengar tadi, lirik dia pun saya dah ubah sikit... Untuk awak, Cik Superbike yang ada lesung pipit..." jawab Fiz lagi untuk meyakinkan gadis itu.

Balqis dengar semua tu. Dia dengar semasa Fiz mengalunkan lagu 'Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng' dengan suaranya yang merdu itu, memang ada sedikit gubahan lirik di situ. Dia tahu sebab dia betul-betul fokus kepada nyanyian lagu dan petikan gitar dari lelaki itu. Ingat senang ke nak nyanyi, tak sumbang, sambil petik gitar kalau kau tak practice banyak-banyak kali sedangkan kau bukan pemuzik? Dan sejujurnya, dia rasa lelaki bertaring itu banyak keistimewaan.

"Qis... Awak dengar tak apa saya bagitahu awak tadi?" soal jejaka itu apabila Balqis membatu.

"Qis..."

"Ya... Saya dengar... " jawabnya perlahan. Dia taktahu nak respond macamana.

"Jadi, awak macamana?" Fiz ingin mendapatkan kepastian.

"Err... Apa yang saya boleh cakap, awak ni memang talented. Suara awak best gilerrr.. sedap! Dan saya macam tak percaya awak pandai nyanyi sambil main gitar.. Dahsyat!" jawab gadis itu bersungguh-sungguh.

Ya! Kerana nak hilangkan nervousnya, maka itulah jawapan yang dia beri. Dadanya rasa nak luruh. Dia amat berharap lelaki itu tidak menyoal lebih lanjut. Sebab kalau lelaki itu malu untuk confess, dia apatah lagi?? Kira ok la Fiz luah melalui lagu. Dia nak luah melalui apa? Sajak?? Pantun? Adoiii~

Fiz tersenyum. Dia tahu Balqis cemas. Reaksi Balqis yang tak senang duduk dari tadi sebenarnya dapat dibaca oleh Fiz. Cuma mulut gadis itu sahaja belum meluahkannya lagi.

"Takpe... Saya taknak paksa awak jawab sekarang. Saya tunggu awak jawab bila awak dah betul-betul bersedia nanti... Okay, Qis?" jawab lelaki itu. Pada masa yang sama, dia berjanji dengan dirinya untuk terus memenangi hati gadis di sebelahnya itu.

Balqis berasa sedikit lega. Lega kerana lelaki itu tidak memaksa. Tenang je. Esok-esok kalau dia reject, agak-agak Fiz frust melingkup tak? Haha..

"Now... Awak nak lagu apa? Saya cuba mainkan untuk awak..." pelawa lelaki itu.

Balqis tersengih. 'Macam tahu-tahu je aku suka acoustic...' hatinya melonjak riang.

"... And kalau awak nak nyanyi pun boleh, saya petikkan gitar.." sambung Fiz lagi.

Balqis laju menggeleng. Tak bersedia. "Saya dengar je la.. Awak boleh bawak lagu apa lagi?" dia menyoal.

"Lagu ni..."

Lalu Fiz memetik gitar lagu 'Sampai Syurga' dendangan Faizal Tahir.

OMG! Balqis suka gila kot lagu-lagu FT. Semua lagu-lagu dia memang power dan penuh isi. Antara hasil karya seni yang dia admire.

"Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna..."

Khusyuk Balqis menghayati lagu dan lirik yang dilontarkan oleh lelaki di sebelahnya. Dia rasa macam nak nangis.. Fiz sangat menjiwai lagu yang dibawanya. Kemerduan suara lelaki itu tidak dapat disangkal lagi. Muka memang dah sedia handsome, memang boleh buat perempuan cair. Ditambah lagi dengan bakatnya, memang lagi ramai la perempuan suka kat dia.

"Amacam? Okey tak?" soal lelaki itu.

Balqis tersenyum. Manis. Tangan menunjukkan isyarat 'GOOD'. Bukan satu tangan ya, tapi kedua-dua tangannya. Best sangat la tu!

"Nak lagi?" soal Fiz.

Balqis mengangguk-anggukkan kepala macam burung belatuk sambil tersengih. Seronok benar kehendaknya dipenuhi oleh Mr. Vampire handsome yang berbakat itu. Reaksi Balqis menyebabkan Fiz rasa nak cubit-cubit je kedua pipi gadis itu. Geram!

Tapi dia senang hati melayan karenah peminat sulungnya iaitu Cik Superbike. Ya, dia tidak pernah menyanyi atau bermain gitar di hadapan mana-mana wanita. Ibunya dan Aishah tahu dia suka main gitar, tapi tidak berminat nak dengar. Dia selalu bermain gitar bersama Abang Iman di port lepak mereka di tepi sungai, atau jamming bersama dengan kawan-kawan universitinya. Sekadar mengisi masa lapang.

"Nak lagu apa?"

"Apa-apa je lah..." jawab Balqis. Dia tak kisah. Dia tahu apa-apa sahaja lagu yang dimainkan oleh lelaki itu mesti best. Haha.. Confident je!

"Awak la pulak nyanyi... Saya main gitar.. Okay?" Pujuk Fiz.

"Ala... Saya tak reti. Dan saya tak hafal lirik..." Balqis memberi alasan.

"Google je la.. Tengok kat hp... Boleh, kan?" Fiz mula mengeluarkan hp nya dari poket.

"Ehhhh... Tak payah.... err....Suara saya tak sedap!" Balqis bagi alasan mudah.

"Ye ke? Saya bukan tak pernah dengar awak nyanyi... Sedap je suara awak?" Fiz mempersoalkan.

"Ehh.. Takkkk.. Tak sedap.. Suara saya macam angsa.. " Terus Fiz gelak kuat-kuat. Angsa??? Selalu orang cakap suara tak sedap macam katak, tapi Balqis ni boleh cakap angsa pulak. Macamana boleh timbul idea angsa pulak ni?

Setelah ketawanya reda, dia menjawab," Angsa pun angsalah....Nyanyi je.. Bukan ada orang nak dengar pun.. Saya sorang je pun ada kat sini.. Awak nyanyi slow-slow je la.. Okay?"

Balqis tersengih. "Heee... takmau la.. Malu... Suara awak sedap sangat. Takpe.. Awak nyanyikan la untuk saya... Saya suka!"

Kembang pungkoq Fiz bila the one and only fan nya meluahkan rasa suka akan nyanyian dan bakatnya itu. Belum luah rasa hati lagi, luah rasa suka kepada bakatnya pun dia sudah gembira. Kalau dia luah rasa hati, mau dia buat pesta agaknya..

Eh? Apedaaa buat pesta? Baik dia buat kenduri terus, kannnn? Keh...Keh.. Keh...

*******

Haaaa...Romantik tak Abang Fiz korang?

Korang rasa apa yang akan berlaku selepas ini? Jeng...jeng...jeng....

P/s : Please leave a comment. Komen, ulasan dan pandangan readers amatlah dihargai. Thanksss~~~

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience