9

Other Series 41455

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk bagi firma tempat Balqis bekerja. Banyak akaun klien yang hendak dikemaskini dan laporan penyata kewangan yang perlu disediakan. Kesemua rakan-rakan setugasnya busy dengan kerja masing-masing. Selalunya minggu sibuk begini, memang lewatlah mereka pulang ke rumah termasuklah Balqis. Bukan dia tidak boleh nak sambung kerja di rumah sementelah pelbagai kelengkapan telah disediakan oleh syarikat untuk memberi fleksibiliti kepada pegawai sepertinya untuk membuat kerja di mana-mana sahaja, tapi dia tidak mahu menyesakkan kepala dengan membawa pulang kerja pejabat ke rumahnya. Kat rumah, dia nak relax. Taknak fikirkan kerja.

Bunyi azan di hp nya menandakan waktu Maghrib baru sahaja masuk. Dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik air wanita sebelum hendak ke bilik solat. Kebanyakan bilik rakan setugasnya sudah gelap. Masih ada bilik yang terang di hujung sana. Tapi ramai yang sudah balik sebelum Maghrib tadi. Mujurlah Balqis ini jenis yang berani, maka dia tidak ada masalah jika sering pulang lewat seorang diri.

Tiba di lorong berhampiran bilik solat yang berada jauh di belakang pejabat, lampu di kawasan tersebut terpadam. Balqis terkejut. Gelap. Tak nampak apa.

“Dorang ni lupa nak minta extend lampu kat maintenance ke? Adoi~…” keluhnya. Di bangunan yang disewa oleh firmanya ini, kesemua sistem penghawa dingin dan lampu diletakkan di bawah satu pusat (centralized) yang dikawal oleh pihak maintenance. Atas dasar penjimatan, waktu penggunaan lampu dan aircond telah dihadkan sehingga jam 7.00 malam sebelum lampu akan terpadam sendiri secara otomatik, tetapi pihak penyewa bangunan boleh memohon extend penggunaan lampu sekiranya memerlukan.

Balqis cuba berjalan dalam gelap menuju ke hadapan untuk mencari sesiapa yang masih berada di pejabat untuk membantunya. Dia pulak meninggalkan hp di atas meja kerjanya tadi. Kalau ada, bolehlah disuluhnya menggunakan lampu hp. Dengan berhati-hati dia membuka langkah dalam kegelapan. Tiba-tiba dia rasa seperti berlaga dengan sesuatu. Besar, keras di hadapan badannya. Dia menjerit kecil sebelum terasa lengannya seperti disentuh. Dia terkejut, lalu…

Bukkk! Ditumbuknya apa sahaja yang berada di depannya sekuat hati.

“Adoiiiiii!!!! Balqis! Ni saya la… Adui… Sakitnya dada saya awak tumbuk…” Lelaki tersebut mengaduh.

Balqis tersentak. Alamak! Ikram ke?

Ikram cepat-cepat menyalakan lampu suluh di hp nya, mendapatkan sedikit cahaya di kawasan itu.

“Sorry lah... Yang awak duduk dalam gelap ni kenapa? Mana saya nak nampak awak?” jawab Balqis. Sebenarnya nak cover rasanya malunya tatkala merempuh lelaki itu tadi.

“Manalah saya tahu lampu nak terpadam? Saya baru habis solat kat surau tadi. Tengah pakai kasut. Tiba-tiba lampu padam dan awak pulak kebetulan muncul. Tak sempat saya nak cakap apa, awak dah langgar saya. Pastu awak tumbuk saya.” Ikram menjelaskan.

“Habis tu, saya terkejut rasa macam ada orang sentuh saya. Saya ingatkan orang jahat nak apa-apakan saya…” Balqis cuba membela diri.

“Saya takde niat nak sentuh awak. Saya cuba nak pastikan yang awak berada dalam jarak selamat dengan saya. Saya touch guna hp la. Aduii… Sakitnya…” Masih terasa tumbukan padu tadi. Memang sakit pun. Kuat kot penangan gadis superbike ni. Pergi kelas tinju ke apa?

“Hee… Sorry lah… Tak sengaja.” Balqis menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

“Dah... Sekarang ni, kita pegi depan tengok punca lampu terpadam,” ujar Ikram.

Belum sempat ke kawasan hadapan office, lampu pun menyala. Kemudian dengar suara orang bising-bising.

“Oh My God! Balqis! Ikram! You guys okay ka? I was doing my work just now, suddenly lampu takdak…Cuak baqhanggg~ But I managed to call the security and they’ve contacted the maintenance. They said it’s a tripped. The whole building bergelap, you know...” cemas bunyi Mrs. Rangeeta, manager di bahagian korporat. Dia ni asal dari Sungai Petani, Kedah. Tu yang slang utara masih pekat.

“Kitorang okay, Mrs. Rangeeta. Don’t worry... I ada untuk jaga Cik Balqis kita ni…” Ikram menjawab sambal tersengih penuh makna. Balqis berkerut.

“Okay la, guys! I nak sambung keja sikit, then I nak balik. Hangpa jaga diri, naa~” sempat dia berpesan sebelum hilang dari pandangan mata mereka berdua.

“Erm… Okay la, Ikram... Awak balik la dulu. Saya nak pergi toilet ambil wuduk semula untuk solat. Thanks a lot, and sorry tau pasal tadi…” Balqis meminta maaf sebelum bergerak ke bilik air. Ya lah… Walaupun dia rasa tidak bersentuhan kulit secara direct dengan Ikram, tapi dia rasa was-was la jugak kot dalam gelap tadi dia tak perasan ke, kan…

Ikram hanya melihat gadis itu melangkah pergi. Debar hatinya di saat gadis itu merempuhnya tadi masih belum surut.

*********

Selesai solat, Balqis berkemas-kemas untuk balik ke rumah. Dicapainya helmet, jaket, kunci motor dan beg galas sebelum menutup lampu dan mengunci pintu biliknya. Dia melewati bilik Mrs. Rangeeta. Pun sudah gelap. Semasa melintas kawasan tempat menunggu di ruang tamu pejabatnya, dilihatnya Ikram sedang duduk di atas sofa sambil membelek telefon bimbitnya.

“Eh, Ikram… Awak tak balik lagi?” soalnya.

“Belum. Saya tunggu awak nak turun sekali,” jawab pemuda itu sambil tersenyum.

‘Ah… Sudah… Dia tunggu aku buat apalah?’ Balqis bertanya dengan dirinya sendiri. Dia sebenarnya masih segan lagi bila mengenangkan situasi dalam gelap yang berlaku antara mereka berdua tadi. Walaupun hanya beberapa saat, dia rasa kekok.

Jarang-jarang nampak lelaki itu berbual dengan wanita kecuali hal kerja. Dengan dia lagilah boleh kira… Sebab mereka berlainan department. Balqis di Account Department bersama Mimi, Aizat, Kavita dan Sally, manakala Ikram di HR Department. Tak banyak urusan kerja yang boleh menghubungkan mereka. Kalau ada jumpa pun bila mereka pergi makan bersama kerana Ikram berkawan baik dengan Aizat. Itu pun lelaki bermata cantik itu tak banyak cakap sangat.

Dan sekarang, lelaki itu menunggunya untuk balik bersama… Al-Felikkkkk~

“Err… Kenapa awak tunggu saya, Ikram? Saya kan lambat tadi… Nak solat apa semua... Tak sangka pulak awak belum balik lagi.” Balqis bertanya, sementara mereka menunggu lif. Kesian pula dia pada Ikram, mesti lama menunggu.

“Takde apa la…. Bukan tunggu lama sangat pun… Saya takut lampu terpadam lagi dan awak pulak tinggal sorang-sorang. Jadi saya tunggu la untuk temankan awak. At least kalau apa-apa berlaku, saya ada...” jawabnya jujur.

Balqis terdiam. Dia dapat merasakan yang lelaki ini mengambil berat padanya. ‘Ah! Biasalah tu kalau officemate ambil berat kat kawan sendiri. Takde apalah…Takdenya lelaki smart macam dia ada hati kat kau, Balqis…’ Akalnya menidakkan gerak rasa hatinya.

Mereka lalu turun ke tempat parkir kenderaan yang terletak di basement bangunan. Ikram menuju ke kereta Mitsubishi Lancer Evo yang berwarna biru miliknya. Eh… Sama pulak dengan warna superbike Balqis. Suratan atau kebetulan?

Balqis sudah menghidupkan enjin motosikalnya dan baru menyarung jaket di badan apabila kereta Ikram menghampiri.

“Balqis, awak free tak? Kita pergi makan, nak?” ajaknya tiba-tiba.

“Errr… serius la awak ajak saya pergi makan dengan awak, Ikram?” Balqis menyoal kehairanan.

“Betullah. Kenapa? Awak tak percaya ke?” Ikram menjawab dengan soalan.

“Bukan…. Cuma saya tak pernah pulak nampak awak keluar berdua dengan kawan-kawan perempuan kat office kita… Nampak awak tak biasa dengan perempuan. Jadi saya heran la jugak, dalam ramai-ramai orang, saya pulak yang awak berani ajak…” jawab Balqis sambil ketawa.

Sebenarnya, dia senang berkawan dengan Ikram. Ikram ni jenis budak baik, sangat menjaga hati orang, sebab itu dia sangat berhati-hati dalam setiap percakapannya. Dia juga seorang pendengar yang baik. Amat sesuailah kalau nak luah masalah kepadanya kerana dia sangat memahami.

Lagipun, Ikram tidak mempunyai ramai kawan yang rapat di pejabat, selain Aizat. Jadi, bila Ikram mahu menjadi kawan rapatnya, Balqis tidak menolak. Padanya, Ikram boleh menjadi seorang sahabat yang baik.

“Jom la, Balqis…. Kalau awak taknak makan pun, awak temankan saya makan…. Boleh?” Ikram masih mencuba.

Balqis berfikir sejenak. “Okay lah…” jawabnya. Lagipun dia nak tebus rasa bersalahnya sebab menumbuk lelaki itu tanpa sengaja dalam gelap tadi.

Ikram tersenyum riang. Dapatlah dia cuba mengenali gadis superbike itu dengan lebih dekat lagi.

Share this novel

Norazyah Hamid
2019-11-20 20:21:01 

bila nak sambung x sbr nak baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience