26

Other Series 41450

BATU RAKIT, KUALA TERENGGANU

Selesai majlis, rombongan empat sekeluarga itu singgah ke rumah Paksu Man, adik bongsu Pak Long Johar yang terletak di Batu Rakit, juga di dalam daerah Kuala Terengganu. Keluarga Paksu Man yang turut menyertai rombongan itu mahu menjamu mereka makan malam. Lagipun, mereka tidak merancang untuk berjalan ke banyak tempat pada hari kerana masing-masing masih belum cukup rehat kerana perjalanan yang jauh sedari malam semalam.

Turut bersama rombongan itu adalah keluarga Mak Uda Lin. Mak Uda Lin adalah adik ketiga kepada Pak Long Johar dan kakak kepada Paksu Man. Keluarga Mak Uda Lin tinggal di Kuantan, Pahang. Pak Long Johar mempunyai dua orang adik lagi yang tinggal di Kedah dan Perlis. Tapi untuk urusan pertunangan Abang Iman, mereka tidak turut serta kerana masing-masing mempunyai urusan lain.

Rumah Paksu Man berada di kawasan kampung yang berhampiran dengan kawasan pantai. Rumah banglo dua tingkat berwarna putih kelabu yang berkonsepkan moden ini sangat cantik dan kemas. Halamannya sederhana luas dan mempunyai sebuah taman mini dengan landskap yang menarik. Paksu Man merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu. Isterinya seorang ustazah. Mereka mempunyai empat orang anak. Yang sulungnya Mira, anak keduanya Amsyar – tingkatan tiga, yang ketiganya Raeef – darjah enam dan yang bongsu adalah Ecah, si kecil yang paling manja.

Balqis sebenarnya agak kekok dengan dua keluarga adik-adik Pak Long Johar. Mereka pun baru berkenalan pada hari ini. Tapi dia cuba juga menyesuaikan diri. Maklumlah, semua golongan mak-mak, dan tidak ada wanita yang lebih kurang sebaya dengannya. Paling-paling pun si Aishah dengan dua orang sepupunya. Itupun budak-budak bertiga itu sudah menghilangkan diri ke tingkat atas bersama Ecah. Adalah tu projek mereka.

Sekarang, Balqis sedang menolong golongan mak-mak yang sedang bergotong-royong memasak di dapur. Dia sibuk menyiang sebesen sotong yang bersaiz dua dan tiga jari. Separuhnya hendak dimasak sambal sotong dan separuh lagi hendak dibuat sotong goreng tepung. Bahan untuk masak ikan singgang sedang disediakan oleh Mak Mah, manakala mak-mak yang lainnya menyediakan bahan untuk lauk sayur dan lain-lain. Empat orang wanita golongan mak-mak pun sudah kecoh berborak di dapur. Macam-macam cerita yang disembangkan. Balqis hanya memasang telinga sahaja. Sesekali dia turut ketawa apabila salah seorang dari mak-mak itu bercerita lucu. Dalam ramai-ramai tu, yang paling lucu adalah Mak Uda Lin. Ada sahaja cerita darinya yang akan mengundang ketawa dari mereka di dapur.

Golongan lelaki pula sibuk bermain dengan burung…. Err… maksudnya, bermain dengan burung-burung peliharaan Paksu Man. Ada dalam lebih kurang 7-8 ekor. Burung apa, Balqis pun tidak pasti sebab dia bukannya kenal jenis burung sangat. Yang dia tahu, salah satunya adalah burung kakak tua.

Budak-budak lelaki remaja pula semuanya berkumpul depan tv, tengok movie yang sedang ditayangkan di Hypptv. Ada yang sibuk membelek hp, main game PUBG barangkali, atau sibuk dengan akaun sosial media masing-masing.

Balqis membilas sotong-sotong yang disiangnya tadi. Habis hitam semua jari-jarinya dek dakwat sotong. Dicuci tangannya bersih-bersih dengan sabun. Dia membelek baju kurungnya, risau juga kalau-kalau dakwatnya terpercik ke baju. Jenuh nak kena bersihkan nanti. Ok! Clear!

Nasi sudah dimasak dalam periuk nasi elektrik. Lauk ikan singgang dan sayur juga telah selesai dimasak. Isteri Paksu Man sedang menumis sambal untuk menu sambal sotong, manakala minyak dalam kuali sedang dipanaskan atas dapur yang di sebelah lagi untuk menggoreng sotong goreng tepung dan ikan goreng.

Sementara menunggu kesemua menu siap di masak, Balqis menolong mengeluarkan pinggan mangkuk dari dalam almari untuk digunakan sebentar lagi. Maklumlah, bila sesekali saudara-mara berkumpul, dah macam hari raya ramainya. Dia mula membasuh satu demi satu pinggan di sinki. Pinggan yang dah lama tak pakai, tersimpan dalam almari, kena la cuci juga. Kot la ada lipas atau cicak merayap ke, bukannya tahu. Boleh mengundang penyakit.

Tiba-tiba ada tubuh seseorang muncul di sebelahnya mencuci tangan. Dia kenal bau maskulin itu. Fiz!

Balqis menoleh. “Awak buat apa kat sini?” bisiknya perlahan sambil menjarakkan diri dengan lelaki selamba itu. Dia gusar kerana lelaki itu tiba-tiba muncul dan berdiri rapat di sebelahnya, buat-buat basuh tangan. Apa yang akan difikirkan oleh mak-mak yang turut berada di situ?

“Nak tolong awak la… Sian awak buat keja sorang-sorang…. Meh pinggan tu, saya tolong bilaskan,” jawabnya seraya tangannya dihulur untuk menyambut pinggan yang bersabun di tangan Balqis.

“Eh! Tak payah la… Saya boleh buat. Bukan banyak pun… Ish! Pegi la sana! Kang ibu awak dan makcik-makcik awak cakap apa pulak awak kat sini… Pegilah…” Balqis membalas. Memang dia risau. Kang digosipkan…

“Eh, Balqis… Pinggan tu boleh suruh budak-budak tu cuci…. Jap, makcik panggilkan….” Isteri Paksu Man mahu bergerak memanggil Mira dan sepupunya yang berada di tingkat atas.

“Takpe, Maksu Leha… Syafiz boleh tolong. Dah alang-alang ada kat sini cuci tangan, Syafiz tolong je… Small matter…” jawab Fiz kepada Ustazah Solehah, isteri Paksu Man.

Ustazah Solehah hanya tersenyum penuh makna sambil memberi isyarat mata kepada Mak Mah, Mak Long Senah dan Mak Uda Lin sambil mereka memerhatikan Fiz dan Balqis yang berbaju sedondon itu berdiri mencuci pinggan di sinki. Mereka sebenarnya sudah lama perasan yang Fiz menaruh perasaan terhadap Balqis. Kalau tidak, takkanlah anak muda itu berani membawa Balqis pulang ke rumah dan turut membawa Balqis menyertai rombongan ke Terengganu, berkenalan dengan saudara-mara, kan? Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan-betina. Kikiki…

*******

Selesai makan malam dan membantu mengemas, Balqis melabuhkan punggung di kerusi rehat di taman mini rumah Paksu Man sementara empat sekeluarga itu berbual di ruang tamu sambil mengopi. Angin malam yang menghembus menyejukkan wajah gadis itu. Dia memejamkan mata sebentar menikmati udara di kawasan kampung yang masih belum tercemar lagi. Dia membuka mata dan merenung jauh ke langit hitam yang dihiasi dengan jutaan bintang. Teringat kepada seseorang….

Beep!

Bunyi notifikasi WhatsApp. Balqis mencapai hp nya dan membelek mesej. Dia tersenyum. Mesej dari Ikram.

Ikram : Assalamu’alaikum, Balqis yang sweet! Awak sihat ke? Lamanya tak dengar khabar berita…

‘Ngada! Baru 2 hari kot, lama apanya?’ Balqis tersenyum lalu membalas mesej jejaka tersebut.

Balqis : Wa’alaikumussalam warahmatullah, Encik Ikram Fikri the coolest person ever! Alhamdulillah, saya sihat. Ngada-ngada awak, kan? Baru dua hari je kan saya senyap… Mana ada lama? (Ikon rolling eyes)

Ikram : Dua hari tu dah cukup lama bagi saya…. Macam dua tahun… Hahaha…

Balqis : Ngada! Dah makan ke belum ni? Malam minggu ni tak keluar ke?

Ikram : Dah makan petang tadi. Malas la nak keluar. Duduk rumah, mesej dengan awak lagi best. (Ikon sengih)

Balqis : Ooo… Gitu… Eleh, ni mujur la saya pegang hp. So, saya jawab la. Kalau saya tak jawab tadi macamana?

Ikram : Awak mesti jawab punya lah. Antara kita ni kan ada chemistry yang kuat. Hehe…

Balqis : But I don’t like chemistry. I like maths… A lot!

Ikram : Oooo… Loyar burukkk. Okay, then, I don’t like Maths. But I LIKE YOU VERY MUCH! (Ikon gelak)

Balqis tersentak! Terkejut dengan mesej balasan dari jejaka handsome berkaca mata itu. Adakah Ikram baru sahaja meluahkan perasaan kepadanya?

‘Toksah dok mengarut la, Balqis oii…. Dia gurau je tu..’ Balqis berkata kepada dirinya.

Beep!

Mesej dari Ikram lagi apabila Balqis tidak membalas tadi.

Ikram : Balqis, are you still there?

Balqis : Yup. I’m still here. Hey! Office macamana? Mimi macamana? Mokcik tu rindu kat saya tak? Haha.

Ikram : Tak. Dia tak rindu. Tapi saya yang rindu (Ikon kenyit mata).

OMG! Balqis tepuk dahi. Dia salah bagi soalan! Balik-balik jawapan itu akan terkena padanya.

Balqis : Ikram! Jangan main-main! Saya serius laaa…

Ikram : Yes! Me too!

Balqis : IKRAM FIKRI!

Memahami yang gadis itu tidak selesa dengan intipati mesejnya, Ikram membalas:-

Ikram : Okay! Okay! (Ikon sengih). How’s your trip to Terengganu? Dah berjalan pergi mana je?

Balqis : Good boy! (Ikon ‘good’). Terengganu best! You know how I love beaches so much, right? Tapi saya masih belum sempat pergi ke pantai. Esok-esok la kot…

Ikram : Pegi jalan-jalan je tau… Jangan la cari pakwe pulak…

Balqis : Why not?

Ikram : Because I will be jealous…

Balqis : Ikrammmmmm…

Ikram : Haha! Jangan la mareeee… Tapi betul laa… Nanti saya jeles… (Ikon kenyit mata).

Balqis : Hahaha! Ngada-ngada la awak… Macam tak logic je awak nak jeles kat saya… Okay lah.. Dah lewat ni… Saya baru nak balik homestay kejap lagi.. Nak rest. Awak jaga diri. Happy weekend! Assalamu’alaikum.

Ikram : Awak pun jaga diri kat tempat orang. Ingat tau, jangan cari pakwe lagi. Hehe.. Nite! Have a sweet dream, Cik Superbike! Miss you! Wassalam.

Balqis tersenyum. ‘Ada-ada je Ikram ni. Suka nak bagi aku rasa terbang-terbang…. Macamlah dia suka kat aku!’ omelnya sendiri.

“Ehemmmm!”

Balqis mendongak spontan. Sesusuk tubuh Fiz entah dari mana tiba-tiba muncul di hadapannya.

“Senang hati nampak? Buah hati hantar mesej ke?” soalannya berbaur cemburu.

Balqis tersengih. “Saya mana ada buah hati?” jawabnya.

“Habis tu senyum melereetttt je dari tadi jawab WhatsApp?” Fiz bertanya. Suaranya sedikit kendur.

“Senyum la… Mesej lawak….Takkan nak nangis pulak..” jawab Balqis bersahaja.

“Jom balik homestay,” Fiz mengajak. Balqis bingkas membontoti lelaki itu.

Fiz tiba-tiba berhenti menyebabkan Balqis hampir berlaga tubuh dengannya.

“Sapa yang mesej tadi?” Bulat mata Balqis mendengar soalan dari Fiz. Eh? Ingatkan cerita pasal mesej tu dah habis?

“Err… Ikram…” jawab Balqis teragak-agak. Fiz hanya diam lalu menyambung langkah menuju ke arah empat keluarga yang sedang bersalam-salaman sesama mereka.

Begitu juga Balqis yang kemudiannya turut bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada Paksu Man dan Ustazah Solehah atas layanan yang baik. Keluarga Mak Uda Lin tidak pulang pada malam itu. Mereka akan menginap satu malam di rumah Paksu Man sebelum pulang ke Kuantan pada esok hari.

“Haaa, Syafiz! Abang Iman kamu dah bertunang… Tahun depan dah nak langsungnya… Kamu tu dah ada calon … Cepat-cepatlah ikat… Boleh naik pelamin sama-sama!” usik Mak Uda Lin sambil tangannya meramas-ramas tangan Balqis ketika Balqis amenyalamnya. Balqis terkulat-kulat kehairanan. Cerita ini ada kena-mengena dengan dia ke? Sapa calon yang dimaksudkan? Dia memandang Fiz, tapi Fiz sikit pun tidak memandangnya. Buat tak kisah je tapi melayan yang lainnya dengan baik. Haihhh~ Apa kena tah?

Semua orang di situ ketawa dengan wajah blur Balqis. Balqis tersengih lalu cepat-cepat bersalaman dengan semua yang ada di situ sebelum memasuki kereta.

Sepanjang perjalanan balik ke homestay, jejaka di sebelahnya hanya diam sahaja. Balqis pun sama. Tidak mahu bertanya lanjut.

What happen?~~~

*******

Kenapa mood Fiz tiba-tiba berubah?

Apa yang akan terjadi selepas ini?

P/s : Please leave a comment. Komen, ulasan dan pandangan readers amatlah dihargai! Thankssss~

Share this novel

Anis Faiza Mansur
2019-12-23 18:05:50 

sambungan please... best


NovelPlus Premium

The best ads free experience