38

Other Series 41451

Balqis kaku.

Kenyataan Ikram betul-betul menyebabkan dia terkedu.

"Qis...."

Dialog mereka terganggu dengan deringan telefon bimbit Balqis.

Nombor yang tidak dikenali. Balqis menekan butang 'Reject'.

Dia baru hendak menjawab soalan Ikram apabila nombor yang sama memanggil. Sekali lagi dia menekan butang 'Reject'.

Tidak lama kemudian, bunyi mesej masuk. Dari nombor yang sama.

Balqis membaca mesej tersebut.

'Assalamu'alaikum Kak Balqis. Ini Aishah. Aishah guna hp Abang Syafiq. HP Aishah takde kredit. Ni pasal Abang Syafiz..'

Wajah Balqis berubah. Dia berdiri dan terus mendail no yang memanggil tadi. Syafiq. Ikram terpinga-pinga melihat keadaan Balqis yang serba resah. Mundar-mandir.

Telefon berjawab.

"Assalamu'alaikum Syafiq.. Balqis ni.."

Berdebar.

"Ya Allah..." Balqis terduduk. Matanya berair. Mulutnya ditekup.

"Jadi dia kat mana sekarang?.....erm.. Ha.. Okey..."

Ikram memerhati. Pasti ada berita yang tidak enak.

"Emmphh... Syafiq mesej details kat saya ya... Saya pergi malam ni jugak... Ibu macamana?" soalnya dalam sebak. Ikram sekadar diam memerhati dan tekun mendengar.

"Takpe... Syafiq tengok la ibu dulu.. Saya faham.. Saya akan pergi dulu kat sini... Sampaikan salam pada ibu dan Aishah ya... Wassalam..."

Panggilan dimatikan.

Balqis sudah tertunduk menekup mukanya. Dia menangis. Ikram risau. Tak pernah dia berhadapan dengan Balqis dalam keadaan Balqis sedang menangis. Kalaulah Balqis halal baginya, dia sudah menarik tubuh gadis itu dalam dakapannya bagi menenangkannya.

"Balqis.. Saya minta maaf. Saya nak tanya ni.. What's going on? Sampai awak menangis macam ni?"

"Fiz... " jawab Balqis tanpa menaikkan wajah.

Ikram terkejut. Fiz!

"Kenapa dengan dia?"

"Dia kat hospital besar sekarang... Saya kena pegi sana sekarang.. Saya nak ambil kunci motor.. Cepat sikit..." ujar Balqis sambil terus bangun laju.

"Eh...Kejap.. Awak nak pegi mana? Takkan nak naik motor? Dah.. Takpe.. Biar saya hantarkan.. Awak cakap je awak nak pegi ke mana.."

Balqis masuk ke dalam rumah dan memberitahu sesuatu kepada abang dan kakaknya. Semua nampak terkejut. Abang Zikri mengarahkan Balqis pergi ke hospital dulu bersama Ikram dan dia akan menyusul kemudian. Balqis akur. Kepada Ikram, Abang Zikri sempat berpesan supaya memandu dengan berhati-hati.

•••••••

Dalam kereta, Balqis tidak bersuara. Sesekali kedengaran dia menyedut air hidungnya. Sedih benar nampaknya.

Ikram memandu dengan tenang mengikut pandu arah dari Waze menuju ke hospital besar. Ia mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke sana dari rumah keluarga Balqis.

Radio CD memutarkan alunan zikir dipasang perlahan. Cukuplah sekadar untuk menenangkan Balqis.

"Balqis... Awak okey ke ni?" soal Ikram tenang.

"Ada air mineral kat tepi pintu tu. Awak ambillah.. minum sikit... Bagi cool sikit.." arahnya.

Balqis menuruti. Dibuka penutup botol lalu diteguknya perlahan.

"Thanks, Ikram..."

"Sama-sama."

"Ikram, saya nak minta maaf. Saya dah susahkan awak.. Awak tetamu saya.. Sepatutnya saya tak libatkan awak dalam hal ni...Sepatutnya awak dah boleh rehat-rehat dah sekarang ni..."

"Eh? Apa awak cakap macam tu? Buat apa saya ada kat situ tapi tak boleh nak tolong awak? Kan saya dah cakap yang saya nak jaga awak, kan?"

Balqis terdiam. Entah kenapa, dia rasa perjalanan ke hospital ini terlalu panjang. Memanglah panjang, 45minit tu bukan jarak yang dekat.

"Balqis.. Saya nak tanya.. Fiz kenapa sebenarnya?"

"Erm... Adik dia cakap, dia accident.. Sekarang di wad kecemasan... Taktau keadaan dia yang sebenar macamana. Yang tahu, accident dengan treler je... Kereta dia totally loss...Orangnya tak tahu macamana..."

Balqis sudah mula menangis semula mengenangkan berita yang dikhabarkan Syafiq kepadanya.

"Shhh... Shhh... Dah...Dah.. Awak jangan nangis... Awak doa takde yang teruk... okay? Kita kena doa banyak-banyak... Mohon pada Allah..."

Berat matanya memandang keadaan Balqis ketika itu. Balqis kelihatan terlalu sedih. Ikram dapat rasakan terdapat sesuatu yang sangat mendalam di hati Balqis.

"Family dia macamana?"

"Erm... Family dia masih di Melaka. Belum gerak lagi. Ibu dia jatuh sakit. Tekanan darah ibu dia naik tinggi bila dapat berita ni. Kesian makcik... Dia memang ada darah tinggi... Syafiq tak berani nak rushing ke sini dalam keadaan ibu dia macam tu. Sebab tu dorang bagitahu kat saya. Dorang tahu Fiz on the way ke rumah saya.. Dorang akan gerak kemudian ke sini.." jawabnya sambil mengelap hidung menggunakan tisu.

'Oo.. Jadi, 'Syafiq' yang dia bercakap di telefon itu adalah adik Fiz..' getus hatinya.

Ikram semakin faham situasinya. Dan dia dapat membaca yang Balqis agak rapat dengan keluarga Fiz hingga sakit ibu Fiz pun Balqis tahu.

HP Balqis berbunyi. Syafiq.

"Assalamu'alaikum. .. Ya, Aishah... Akak on the way pegi ke hospital. Tapi belum sampai lagi... "

"Haa.. Okay.. Nanti dah sampai, akak dah tanya hospital macamana, akak akan call Aishah ya... Cakap kat ibu jangan risau.. Semua InsyaAllah okay. Kesihatan ibu lebih penting buat waktu sekarang ni..Aishah pesan kat ibu untuk doa banyak-banyak ya.. Aishah tolong jaga ibu ya... Sampaikan salam akak kat dia... Wassalam."

Panggilan dimatikan.

Betul telahan Ikram. Balqis memang rapat dengan keluarga Fiz.

•••••••

WAD KECEMASAN HOSPITAL

"Assalamu'alaikum Encik, saya nak tanya berkenaan pesakit bernama Syafiz Eiman bin Haji Mansor?" soal Balqis kepada seorang petugas lelaki di kaunter Unit Kecemasan.

"Sekejap ya.. Saya semak.." Petugas tersebut memeriksa buku daftar dan rekod dalam sistem di
komputernya.

"Er... Sebelum tu, boleh saya tahu Cik ni siapa ya?" Petugas itu menyoal.

"Saya Balqis..Siti Nur Balqis.." jawab Balqis kalut.

"Bukan.. Maksud saya, apa hubungan Cik dengan pesakit?"

Balqis blur. Tak tahu nak jawab apa.

"Kami sedara dia di Johor. Family dia jauh di Melaka. Tak dapat datang segera malam ni sebab mak dia tak sihat. Jadi family dia minta kami wakilkan waris.." Ikram bantu menjawab.

"Cik Balqis ke?" Seorang nurse muncul dan bertanya.

"Ya saya..."

"Masuk kejap ya... Doktor nak jumpa waris.." Nurse tersebut memberitahu.

Balqis berdebar. 'Ya Allah. .. janganlah ada apa-apa yang buruk berlaku....' doanya dalam hati.

Balqis rasa lemah lutut. Dia memandang Ikram untuk mencari kekuatan. Lelaki itu selalu memberikannya sokongan di saat dia memerlukan. Ikram memahami. Dia lantas mengiringi Balqis masuk ke dalam wad kecemasan.

Mereka dibawa ke sebuah bilik konsultasi yang menempatkan seorang doktor lelaki. Doktor muda yang memakai tanda nama 'Ezra' itu memandang Balqis dan Ikram bergilir sebelum mempersilakan mereka duduk.

Dia membelek rekod pesakit di skrin komputernya sebentar sebelum memulakan bicara.

"Okay.. Cik Balqis dan Encik..?" tanya Dr. Ezra.

"Ikram."

"Baik. Cik Balqis dan Encik Ikram... Boleh saya tahu apa hubungan Encik/Cik berdua dengan pesakit?"

"Kami sedara dia. Family dia tak dapat datang sekarang sebab mak dia jatuh sakit bila dapat berita ni. Jadi, mereka wakilkan kami datang ke sini untuk apa-apa urusan segera.. Doktor boleh call adik pesakit untuk sahkan perkara ni." Ikram menjawab bagi pihak Balqis.

"Saya percaya. Tadi pihak hospital dah call waris.. Keluarga dia maklumkan yang tunang dia akan datang. Jadi, Cik Balqis ni lah tunang Encik Syafiz? " soal Dr. Ezra.

Balqis terkejut. Dia kaget. Wajah Ikram berubah.

"Err...Ya.. Saya tunang dia...Jadi, macamana keadaan Syafiz, doktor? Dia okey ke?" soal Balqis. Dalam keadaan itu, terpaksalah dia mengaku yang dia tunangan Fiz kerana mengetahui keadaan Fiz ketika itu adalah yang lebih utama baginya.

"Okay.. Macam ni.. Harap Cik Balqis dan Encik Ikram tenang menerima berita ni. Encik Syafiz dilaporkan terlibat kemalangan dengan sebuah treler di persimpangan keluar dari plaza tol. Dia tidak sedarkan diri. Orang ramai yang call ambulans dan dia dikejarkan ke sini. Lebih kurang jam 8 lebih malam tadi. Pihak hospital berusaha mencari waris sejak dia tiba di hospital, tapi tiada rekod di sini. Kami terpaksa melakukan pembedahan kecemasan kerana keadaannya yang agak parah terutama di bahagian tulang rusuk, yang hampir menembusi paru-parunya. Kecederaan di kepala, tapi tidak serius, selain patah kaki dan tangan..Berdasarkan maklumat, kereta dia terbalik.."

Balqis mengucap panjang. Air matanya bergenang.

"Jadi dia macamana sekarang? Dia sedar ke? Saya boleh tengok dia ke doktor?" soal Balqis dengan suara bergetar. Air mata yang meleleh disekanya.

"Alhamdulillah. Keadaan dia stabil setakat ini, walaupun dia masih belum sedar. Tapi dia telah dihantar ke wad ICU untuk pemantauan rapi. Kita tak benarkan sebarang pelawat setakat ini," Dr. Ezra memberitahu.

"Doktor, izinkan saya jenguk sekejap je. Saya perlu bagitahu kat ibu dia. Ibu dia jauh dan tak sihat, doktor. Ibu dia harapkan saya untuk tengok keadaan Fiz... Sekejap je, doktor...Please.."

Dr. Ezra menarik nafas panjang. Simpati juga dia melihat keadaan Balqis yang bercucuran air mata.

"Boleh. Tapi sekejap je. Kejap lagi nurse saya bawakan. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?"

"Maaf doktor.. Macamana dengan possibility untuk dia sembuh?" Ikram bertanya.

"It depends.. Untuk dia kembali sedar, maybe ambil satu atau dua hari. Kalau kecederaan yang lain tu memang akan ambil masa yang agak panjang untuk pulih sepenuhnya, biasanya berbulanlah. Ada yang bertahun. Berita baiknya, ia tidak melibatkan kecederaan otak secara langsung mahupun tulang belakang yang berkait dengan saraf. Cuma dia belum sedar je setakat ni. Kalau dia dah sedar, InsyaAllah yang lain takde yang serius. Cik Balqis, Encik Ikram dan ahli keluarga banyakkan berdoa moga dia cepat sedar dan cepat sembuh. Okay? Kalau takde apa-apa lagi, saya akan minta nurse bawak Encik/Cik berdua ke wad. Terima kasih."

"Terima kasih banyak-banyak, Dr. Ezra.." ucap Balqis. Ikram berjabat tangan dengan doktor tersebut lalu mengiringi Balqis keluar dari bilik konsultasi.

Sementara menunggu nurse memanggil mereka untuk dibawa ke wad ICU, mereka berdua duduk di kerusi panjang yang disediakan. Balqis sudah berhenti menangis, tapi masih sugul.

"Balqis, awak sabar ya. Awak dah dengar kan apa kata doktor tadi. Dia cakap semuanya akan okey. Tiada yang serius..." Ikram memujuk Balqis. Walaupun hatinya sedikit terusik kerana Balqis nampak begitu mengambil berat akan pesaingnya, Fiz. Tapi dia tidak sanggup melihat Balqis terus-menerus bersedih begitu.

"Ikram.. Saya minta maaf...Sebab dah susahkan awak.. "

"Shh..Apa awak cakap macam ni? Dah..dah... Toksah fikir lagi... Tu nurse dah panggil kita.. Jom.." ajaknya.

••••••

Di wad ICU, sekali lagi Balqis menitikkan air mata melihat keadaan Fiz yang terlantar di atas katil pesakit. Kepalanya berbalut, mukanya bengkak, bandage di sekeliling abdomen manakala kaki dan tangan bersimen. Wayar dan tiub berselirat di tangan dan tubuh lelaki itu. Dia hampir tidak kenal wajah Fiz dalam keadaan sebegitu.

Balqis merapati katil Fiz yang masih tidak sedarkan diri. Tangannya menyentuh lengan Fiz yang berbalut. Ikram memerhati.

"Assalamu'alaikum Fiz.. Saya ni.. Balqis... Saya datang ni..." sebak suaranya.

Tiada respond dari Fiz. Hanya kedengaran bunyi mesin dan peralatan di sekeliling.

"Fiz...Qis datang ni... Saya datang...nak jumpa awak.. Saya nak dengar... suara awak.." tersekat-sekat patah perkataan yang keluar dari mulut kecilnya. Ikram yang melihat hanya turut sebak.

"Fiz...Awak tolonglah sedar... Ibu dan adik-adik awak tunggu awak.."

Dia berhenti seketika.

".... Saya tunggu awak..." ujarnya perlahan.

Air matanya luruh. Rawan hatinya melihat keadaan lelaki di hadapannya.

Ikram menundukkan wajah. Dia dapat rasakan yang gadis di hadapannya itu menyimpan perasaan terhadap Fiz.

"Maaf, Encik.. Masa dah cukup...Cik dah kena keluar dari bilik ni.. Kita nak pantau keadaan pesakit untuk malam ni. Esok Cik boleh datang semula ya. Anything happen, pihak hospital akan hubungi cik. Maaf ya. Ini prosedur hospital.." Seorang nurse memberitahu mereka.

Balqis kelihatan berat untuk meninggalkan Fiz. Ikram lantas menarik perlahan lengan gadis itu dan membawanya keluar dari wad ICU untuk duduk di kerusi menunggu.

"Balqis... Kita kena balik rumah dulu.. Awak kena berehat.. Esok kita pergi hospital lagi ya... Saya akan bawak awak esok.." pujuk Ikram.

Balqis tidak bersuara. Kepala dianggukkan.

Ikram menatap wajah Balqis di sebelah. Merah mata dan hidung gadis itu akibat menangis. Dia tidak pernah melihat keadaan Balqis sebegitu. Selama ini, Balqis selalu riang, positif dan sentiasa tabah. Tetapi malam ini, Balqis nampak terlalu rapuh... Hanya kerana seorang lelaki...bernama, Fiz.

•••••••

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-12 20:26:20 

Ya Allah patutla x sampai2 rupanya xcident.semoga qis kuat dgn dugaan ini


NovelPlus Premium

The best ads free experience