13

Other Series 41450

Pagi itu, selepas mandi dan solat Subuh, Balqis terus bersiap-siap. Pukul 7 nanti dah ada orang nak ambil dia di rumah. Dia tak tahulah macamana Fiz deal dengan Ikram malam tadi, dan dia pun tak tahulah siapa yang akan muncul sekejap lagi.

Dia sedang mengeringkan rambutnya yang panjang separas bahu menggunakan hair dryer tatkala dia mendengar bunyi enjin kereta di hadapan pagar rumah sewanya. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 6.35 pagi.

‘Eh! Awalnya sampai. Bukan janji pukul 7 ke? Aku belum siap lagi ni!’ Cemas pula si Balqis.

Tuala diletakkan di kepala seolah-olah seperti tudung dan dia menyelak sedikit langsir biliknya untuk melihat siapa yang awal sangat muncul di rumahnya. Honda Civic VTEC warna putih!

“Eiii~ Vampire ni, tak tido ke apa malam tadi? Awal betul sampainya!” Balqis mengomel.

Dia mendail nombor hp Fiz. Sekejap sahaja panggilannya berjawab.

“Assalamu’alaikum awak! Awalnya awak sampai? Saya belum siap lagi leeeerrr…” Balqis berkata.

“Hehe… Saja je saya datang awal…. Awak meh la turun kejap.... Saya tahu awak ngendap saya kat bilik tadi…. Meh turun. Saya tunggu awak kat bawah.” Pap! Terus hang up. Tak sempat Balqis nak kata ‘Taknak’.

“Eiiii dia nihhh… Geram betullah!” Balqis membebel lantas turun ke bawah rumah.

Dia melangkah laju-laju menuju ke pagar dengan muka tak puas hati.

“Eiii! Nak apelah? Orang tak siap lagi ni…. Baru nak keringkan rambut. Jap gi nak kena pakai tudung lagi…. Nak jumpa apanya?? Jumpa kejap lagi tak boleh ke?” Macam peluru dia meluahkan ketidakpuasan hati.

Fiz hanya merenung Balqis sambil tersenyum. Tak cakap apa. Sengih je. Nampak la gigi taring asetnya itu, menambahkan lagi keseksian senyumannya.

“Hah! Nak apa? Kita dah turun ni… Nak apa? Cepatlah cakap! Nanti lambat la…” Marah Balqis.


“Hehe… Saya saja nak tengok muka awak pagi-pagi lepas Subuh. Bukan senang nak jumpa awak pakai tuala je kat kepala. Hahahahahah!” Kuat jejaka itu menggelakkannya.

‘What???? Tuala??? OMG! Macamanalah aku boleh lupa yang aku pakai towel je woiii~’ Balqis panik. Laju dia memperkemaskan tuala di kepalanya agar menutupi auratnya dengan baik. Mujurlah dia sudah lengkap berpakaian cuma tinggal tudung je belum sempat disarungnya dek kerana mahu mengeringkan rambut tadi. Kemudian dia tertunduk malu. Rasa serabai sangat. Hahaha!

“Hihi…. Sorry lah, Balqis…. Saya suka sakat awak…. Dah, awak pergilah bersiap….. Saya tunggu awak kat kereta ya?” ujar Fiz.

Balqis pun melangkah laju menuju ke dalam rumah.

“Tapi awak tetap cantik walaupun bertuala je!” Laungan kecil Fiz tadi mengejutkannya. ‘Tak guna punya hantu vampire! Sempat dia usik aku lagi, ek?’ Balqis geram. Mujurlah laungan itu tidak sekuat mana. Kalau kuat tadi dan didengari oleh jiran-jiran, confirm dorang fikir yang pelik-pelik je…. Bertuala je?? Haihhhh~

***********

Pukul 7 pagi, Ikram tiba di hadapan rumah Balqis. Dia memarkir keretanya di belakang kereta Honda putih milik Fiz. Fiz yang sedang bersandar di keretanya mengangkat tangan kepada Ikram sambil tersenyum.

Ikram hanya membalas dengan lambaian. “Hmmm… Awal betul mamat taring ni sampai…. Semalam dia tak cakap pun yang dia nak amik Balqis, cuma cakap nak join trip je…” bisiknya sendirian.

Keluar dari kereta, mereka bersalaman.

“Awal sampai, bro?” Soalnya berbahasa.

“Takde la awal sangat. Aku Subuh kat masjid taman ni, lepas tu terus ke sini.” Jawab Fiz. Betul! Dia memang solat Subuh berjemaah di masjid taman rumah sewa Balqis pagi ini. Sebab dia taknak Ikram sampai terlebih dahulu sebelumnya. Nampak tak dia cuba memanjangkan langkah dia mendahului Ikram? Haha!

Balqis kemudiannya keluar dari rumah dengan menjinjing beg Hypergearnya. “Okay, guys! Jom! …… Eh, jap! Kita nak pergi naik kereta sapa ni?”

“Kereta saya!” Kedua-dua jejaka tersebut menjawab serentak.

“Adoi~ korang ni…. Naik satu kereta je la…. Satu kereta lagi tumpang park kat rumah saya. Ok?” cadang Balqis.

Mereka bersetuju untuk pergi ke KKB menaik kereta Ikram. Maka, kereta Fiz disimpan di rumah Balqis.

Balqis laju-laju duduk di seat belakang. Malas nak pening-pening dengan dua orang pemuda yang seakan bersaing sesama mereka.

‘Apalah! Pergi air terjun je pun! Chill lah!’ omelnya dalam hati.

“Korang, nanti kalau singgah sarapan kat mana-mana, kejutkan saya ya… Saya nak tido kejap….Babai~”

Dia pun melelapkan mata. Malas nak ambil pusing akan apa-apa yang bakal berlaku di antara kedua jejaka itu di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

**************

AIR TERJUN SUNGAI CHILING, KUALA KUBU BHARU

Mereka tiba di kawasan air terjun tersebut lebih kurang jam 10.00 pagi. Setelah kesemua kenderaan yang dinaiki oleh ahli team diletakkan di kawasan parkir yang disediakan, mereka semua berkumpul untuk membahagikan ration makanan dan barangan keperluan yang perlu dibawa ke kawasan air terjun kelak.

Trip ini disertai oleh lebih kurang lima belas orang yang turut disertai oleh tiga orang wanita termasuk Balqis. Kebanyakan ahli team outdoor ini sudah saling mengenali antara satu sama lain kecuali Balqis dan Fiz yang baru kali pertama menyertai mereka.

Salah seorang ahli team ini dikenali sebagai Kecik, ahli paling muda, baru berumur 19 tahun. Selain kerana umurnya paling muda, dia digelar ‘Kecik’ kerana tubuhnya yang bersaiz kecil dibandingkan dengan abang-abang otai dalam pasukannya. Kurus, betis pun kecik, tapi dia paling pantas bergerak. Kalau bab panjat-memanjat atau lompat-melompat, bagilah kat dia. Macam angin pergerakannya. Kecik ni peramah dan dia suka berborak dengan Balqis. Macam kakak dia, katanya.

“Kak Balqis, nanti akak jalan dengan saya tau. Saya cover akak baikkk punyaaa~” ujar Kecik sambil membuat isyarat tangan ‘Good’.

Balqis hanya ketawa. Dia sambil melihat ahli-ahli yang lain mempersiapkan beg masing-masing. Ada yang ditugaskan membawa tali panjang untuk kegunaan menyeberang sungai nanti, ada yang ditugaskan membawa makanan dan keperluan lain.

Cuaca hari ini sangat baik. Langit biru nampak jelas dengan awan yang sedikit. Walaupun matahari bersinar terang, kawasan air terjun ini redup dengan pokok-pokok hutan di sekelilingnya.

Setelah persiapan lengkap dan bacaan doa ringkas, mereka kemudiannya memulakan langkah perjalanan menuju ke kawasan air terjun Sungai Chiling yang terkenal itu. Trek yang dilalui tidaklah terlalu sukar kerana keadaan treknya yang agak landai dan tidak terlalu berbukit. Bolehlah untuk santai-santai. Cabaran yang sebenar adalah apabila mahu merentasi air sungai yang agak kuat nanti.

Ikram berjalan bersama Along, ahli team paling senior, merangkap ketua group mereka dan beberapa ahli yang lain. Hampir tiga bulan Ikram tidak sempat mengikuti aktiviti team ini kerana sibuk. Hari ini dia berjumpa semula kawan-kawan outdoornya dan mestilah banyak cerita yang nak dikongsikannya. Bukan dia tidak mahu berjalan dengan Balqis, sementelah, dia yang mengajak Balqis menyertai aktiviti mereka pada hari ini. Tetapi kehadiran Fiz menyertai program hari ini tanpa dirancang mencacatkan rencananya untuk merapati gadis itu. Walaupun begitu, matanya tidak lekang memandang Balqis yang berjalan di hadapan bersama-sama kumpulan ahli wanita iaitu Yani dan Shida, dan kadang-kadang disertai oleh Kecik yang suka berborak dengan Balqis.

Fiz pula terpaksa berjalan dengan ahli team yang lainnya. Takkanlah dia tiba-tiba nak join geng gugurl pulak, kan?

Untuk sampai ke air terjun, mereka perlu menyeberangi sungai sebanyak lima kali… Haaa.. Bayangkan…. 5 kali seberang sungai. Confirm berbasahanlah…. Mujurlah Balqis dah bersedia awal-awal. Pakai baju dan kasut yang yang bersesuaian.

Menyeberangi sungai pertama agak mudah. Air tidaklah begitu dalam dan deras. Tapi sememangnya sejuk. Sungai kedua juga sudah berjaya diseberangi mereka dengan jayanya.

Setibanya di sungai ketiga, air nampak agak dalam dan deras. Beberapa ahli lelaki terlebih dahulu ke hadapan untuk memeriksa keadaan. Kemudian diikuti Yani, diawasi oleh 3 orang lelaki dan begitu juga Shida. Kedua-dua wanita itu mendapat bantuan daripada group masing-masing yang telah dibahagikan pada awal-awal tadi.

Kemudian Ikram pula menyusul dan meminta Balqis mengikutinya. Balqis menurut, dan Fiz pun mengambil giliran di belakang Balqis. Mereka berada dalam group yang sama. Air sungai saat ini agak kuat. Terhoyong juga Balqis yang tegap itu. Dia melangkah dengan berhati-hati. Walaupun air sungai hanya di paras pinggang, tapi derasnya boleh tahan.

“Balqis, awak pegang saya kalau rasa nak hanyut…” pesan Ikram yang berada di hadapan.

“Err…. Okey lagi ni,” jawab Balqis. Sebolehnya dia tidak mahulah mendapatkan bantuan sesiapa, dia ingin mencuba selagi boleh. Fiz berada dalam jarak satu kaki di belakang Balqis. Kedua-dua lelaki ini bertanggungjawab memastikan ahli kumpulan wanita dalam group mereka iaitu Balqis sampai dengan selamat ke seberang sungai. Mereka bertiga mengatur langkah dan pergerakan dengan baik sehingga tiba di gigi air. Sungai ketiga is done!

Menyambung perjalanan melalui trek hutan, mereka tiba di sungai keempat. Kali ini aliran sungainya lebih deras lagi. Along, Kecik dan beberapa ahli team sudah berada di seberang untuk mengikat tali sebagai alat bantuan mereka yang lainnya. Group Yani sedang mendahului. Yani yang berbadan kecil itu terkial-kial cuba mengharungi air yang deras separas lehernya. Dia mengambil masa yang agak lama juga untuk cross sungai tersebut, walau bagaimanapun tiba dengan selamat hasil bantuan groupnya dan Along.

Giliran group Shida pula. Shida nampak lebih yakin berbanding Yani. Nampak macam lebih berpengalaman. Akan tetapi, kerana kurang berhati-hati, dia tergelincir ketika memijak batu licin dan hampir tenggelam di tengah sungai. Mujurlah salah seorang teamnya cepat bertindak menyelamatkannya daripada hanyut dan membawanya ke seberang.

Balqis telan air liur. Bukan kerana dia tidak berani, tapi Shida yang dah selalu keluar masuk hutan pun tergelincir. Inikan pula dia yang dah bertahun tak buat aktiviti begini.

“Balqis, are you ready?” Suara Ikram menyedarkannya.

“Err… InsyaAllah,” jawabnya. “Airnya dalam tak?” soalnya.

“Erm…. Paras air tu lebih kurang paras dada awak kot,” jawab Ikram. Balqis terdiam. Samada terdiam sebab perkataan ‘paras air’ atau ‘paras dada’ yang disebut dengan selamba oleh Ikram tadi. Korang rasa??

“Balqis, jangan risau, ok? Saya ada. Saya akan jaga awak.” Tiba-tiba Fiz bersuara.

“Ya, KITORANG ada. Saya dan Fiz akan pastikan awak selamat,” Ikram menyambung. Saja ditekankan part perkataan ‘KITORANG’ tu.

Balqis menarik nafas panjang dan, “Right! Let’s go!” ujarnya.

Ikram mendahului Balqis, diikuti oleh Fiz. Mereka bertiga berada dalam jarak lebih kurang satu kaki di antara satu sama lain. Balqis di tengah-tengah kedua pemuda itu.

Mereka bertiga mula menapak ke dalam air. Sehingga langkah ke 5, air sudah ke paras lutut. Derasnya sudah terasa. Mereka mula bergerak menuju ke tengah sungai. Air sungai yang sejuk makin deras separas pinggang. Kaki Balqis rasa bergoyang menahan air laju. Sesekali Ikram akan menoleh ke arahnya, manakala Fiz mengawasinya dari belakang. Untunglah ada bodyguard. Bukan satu, tapi dua sekali!

“Balqis, awak okay tak?” soal Fiz.

“Ya. Okay. Cuma air ni agak kuat. Tapi so far, okay lagi,” ujarnya.

“Awak pegang belakang baju saya ni, atau awak boleh pegang tali atas ni,” Ikram menawarkan pertolongan. Fiz merapatkan diri, tak kasi chance!

“Err.. takpe… Okay lagi ni,” jawab Balqis.

Dan mereka bergerak lagi. Air sungai sudah di paras dada Balqis. Tapi bagi dua jejaka yang mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama itu, air sungai baru separas atas sedikit dari pinggang. Masih okay lagi.

Balqis melangkah dengan penuh berhati-hati. Langkahnya diatur agar kakinya mendarat di batu atau tapak yang betul. Di dalam sungai begini, terdapat banyak batu-batu bersaiz besar dan sederhana yang tidak dapat dipastikan kedudukannya kerana keadaan airnya yang deras membataskan penglihatan ke dalam air. Kadang-kadang kakinya memang terasa memijak batu-batu yang licin di dalam air dan hampir tergelincir, tetapi masih boleh dikawalnya.

Sudah separuh perjalanan mereka bertiga merentasi sungai. Hanya tinggal separuh lagi sahaja untuk sampai ke tebing tempat Along dan yang lain menunggu.

Kelajuan air di tengah-tengah sungai memang kuat. Kadang-kadang air mencecah ke dagu Balqis dek kerana kederasannya. Tiba-tiba, Balqis tidak bergerak. Dia kelihatan terkial-kial dan mukanya berkerut-kerut. Ikram dan Fiz selaku penjaganya perasan akan keadaan itu.

“Balqis, kenapa ?” soal Fiz di belakangnya.

“Kaki saya…Kaki kanan saya…..” jawab Balqis dengan muka resah.

“Kaki kanan awak kenapa? Cramp ke?” soal Ikram pula.

“Bukan….. Saya rasa kaki saya stucked kat celah batu….” Balqis memberitahu.

“Cuba awak tarik slow-slow,” Ikram memberi tips. Kalau nak diikutkan, mahu saja dia menyeluk tangan ke dalam air dan membantu menarik keluar kaki gadis itu dari celahan batu, tapi risau dicop miang pula.

“Saya dah cuba…. Dari tadi saya cuba…. Tu yang saya tak bergerak ni…. Sebab macam terkehel….” Balqis makin resah, tapi dia tetap masih mencuba. Tangannya memegang tali yang direntang merentasi sungai, manakala kakinya cuba digerakkannya.

‘Adoi….. Macamanalah ni…. Jangan la terkehel pulakkkk…. Aku kat tengah-tengah sungai ni kot…… Ya Allah, tolonglah aku~’ Doanya dalam hati.

Di saat kecemasan begini, dia terfikir yang bukan-bukan. Bagaimana kalau ketika mereka bertiga berada di tengah sungai, tiba-tiba kejadian ‘kepala air’ berlaku? Dia pernah banyak kali baca berkenaan kisah begini, dan ada kes yang melibatkan kematian. Dan dia sendiri beberapa kali pernah melihat kejadian kepala air berlaku di depan matanya. Air sungai naik sangat pantas secara tiba-tiba, warna air yang jernih bertukar menjadi keruh, kemudian air deras berlalu bersama dengan timbunan daun-daun, ranting, dahan kayu dan sebagainya. Cuma dia tidak pernah melihat orang dihanyutkan ‘kepala air’ lagi. Arghhhh~~~ Cuaknya dia.


“Balqis, saya minta maaf….. Saya minta izin untuk sentuh kaki awak, ya… Saya terpaksa…. Kalau tidak, lagi lama kita stucked kat sini. Air makin kuat ni….”

Belum sempat Balqis menjawab, lelaki itu sudah menghampirinya, menundukkan badan dan tangannya memegang kaki Balqis yang tersepit di celah batu besar. Buntang mata Balqis. Tubuh lelaki itu rasa terlalu hampir dengannya hinggakan dia berasa hangat dalam air sungai yang sejuk. Beza jaraknya dalam 2 inci sahaja. Dia panik. Panik kerana kakinya tersepit di tengah sungai dan mungkin tercedera serta panik kerana berada terlalu dekat dengan lelaki itu. Double panic.

‘Balqis! Bertenang! Kau kena bertenang. Dia cuma nak tolong kau. Takkan kau nak berkampung dalam air tu sampai esok? Kau doa banyak-banyak agar semua dipermudahkan Allah. Moga cepat la kaki kau terkeluar dari celah batu tu dan korang semua cepat sampai kat tepi.’ Balqis memujuk hatinya.

Lelaki itu berusaha membantu dengan penuh hati-hati untuk mengeluarkan kaki Balqis yang tersepit. Setelah beberapa kali mencuba, kaki Balqis sudah tidak tersangkut lagi dan boleh digerakkan. Walaupun kaki kanannya sakit, dia tetap meneruskan pergerakan ke gigi air dengan perlahan-lahan dengan bantuan dan pemantauan dua bodyguardnya itu.

“Terima kasih, awak….” ucap Balqis kepada penyelamatnya…..

Pemuda itu hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience